2. FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmonis
berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat yang berilmu
pengetahuan, berakhlak
mulia, bertangggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan Negara.
4. MATLAMAT
1
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan
bersatupadu
2
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak
mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera
3
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk
kemajuan negara
4
Memberi peluang-peluang pendidikan kepada
semua warganegara Malaysia
5. FALSAFAH SMK BL
Pendidikan di SMK Batu Lapan, Jalan Puchong
adalah suatu usaha berterusan meningkatkan
khidmat profesionalisme bagi menjayakan
kelangsungan pembangunan holistik pendidikan
akademik yang berkesan dan menyeronokkan
untuk melahirkan warganegara yang
berdisiplin, berilmu, bertanggungjawab, berakhlak
mulia dan meninggikan daya saing bagi memenuhi
aspirasi Negara selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan dasar-dasar
pendidikan Negara.
8. LENCANA SEKOLAH
EMPAT BELAS
JALUR: perpaduan
negara
TIGA TUBUH
MANUSIA: kekuatan
perpaduan bangsa
Malaysia
RODA BERGERIGI:
bermuafakat dan
berteknologi
OBOR: guru mendidik
menerangi anak
bangsa
PERISI: pelindung
bagi menangkis
ancaman
9. OBJEKTIF SMKBL
Mendidik ke arah perkembangan emosi, intelek
dan rohani bagi melahirkan murid yang cemerlang
sahsiah, akademik dan kokurikulum
Mendidik menjadi yang
berminat, berpengetahuan dan berkemahiran
dalam sains dan teknologi
Mewujudkan warga yang membina dan
menghayati budaya selaras dengan budaya
Malaysia
Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk
pembelajaran dan pengajaran
Membina persepakatan dengan kerja berpasukan
dalam sistem pengurusan yang berkesan
10. PIAGAM SMKBL
Menyediakan perkhidmatan pengurusan sekolah
yang mesra, cekap dan pantas
Memberikan kepemimpinan intruksional yang
berkualiti melalui sistem penyampaian berkesan
Mengadakan kepemimpinan transformasional
yang disenangi serta mudah diterima oleh semua
Menjalankan kajian tindakan sebagai agenda
meningkatkan kecemerlangan pembelajaran
pengajaran
Mengembangkan daya kreativiti dan inovatif
dalam mencapai kualiti dan disiplin murid yang
tinggi
Menyediakan pelbagai peluang mengikuti aktiviti
kokurikulum dan sukan yang berkualiti