2. Tajuk: Mengkaji Kesan
Perkembangan Sistem
Pengangkutan &
Mencadangkan Langkah-
langkah yang sesuai
untuk menwujudkan
sistem pengangkutan
lestari
3. Isi KandunganIsi Kandungan
• Pencemaran Alam Sekitar
i. Langkah2 Mengurangkan kesan terhadap alam sekitar
• Kesesakan Lalu Lintas
i. Langkah untuk Mengatasi Kesesakan Lalu lintas
• Tanah Runtuh
i. Langkah2 yang sesuai
ii.Kes Tanah Runtuh
iii. Bagaimana ia terjadi
• Undang-Undang
4. Pencemaran Alam Sekitar
Antara pencemaran alam yang mencemarkan alam sekitar ialah hujan asid.Hujan asid
secara semulajadi adalah berasid.Hujan asid terbentuk hasil gabungan air hujan dengan
komponen – komponen tertentu seperti karbon dioksida (CO2),sulfur dioksida
(SO2),nitrous oksida(NOx),hidrokarbon,plumbum,merkuri,zink dan logam toksid.Bahan
pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun
sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.
PENCEMARAN UDARA.
-Berlaku akibat pelepasan asap hasil pembakaran petroleum & diesel oleh kenderaan.
-Gas2 utama yang dilepaskan kenderaan ialah nitrogen oksida ,karbon dioksida, karbon monoksida
dan sulfur dioksida. Nitrogen oksida bertindak secara fotokimia & menyebabkan pencemaran
sekunder/ozon & dapat menyerang tisu sistem pernafasan manusia,haiwan dan tumbuhan.
-Kenderaan bermotor menghasilkan habuk terampai yang merupakan penyumbang utama kepada
kejadian jerebu.
5. LANGKAH2 MENGURANGKAN KESANLANGKAH2 MENGURANGKAN KESAN
TERHADAP ALAM SEKITAR.TERHADAP ALAM SEKITAR.
-Penggunaan alat catalytics converter pada ekzos kereta mereka.
Alat ini dapat menukarkan gas beracun kepada bentuk gas yang
tidak memudaratkan seperti karbon dioksida.
-Penggunaan petrol tanpa plumbum.
-Pengurusan trafik yang efisyen.
-Menanam rumput dicerun bukit yang telah dipotong dan
membina longkang yang besar untuk mengelakkan air hujan
melonggarkan tanah.
-Pihak kerajaan juga selalu mengadakan kempen untuk
menggalakkan penduduk berkenderaan menggunakan petrol
tanpa plumbum.
- Mengamalkan ‘kongsi kereta’ bersama rakan atau keluarga untuk
ke tempat kerja atau sebagainya.Hal ini, dapat menjimatkan
minyak dan mengurangkan pencemaran udara.
6. Kesesakan Lalu LintasKesesakan Lalu Lintas
• Kesesakan lalu lintas merupakan isu yang sering diperkatakan
oleh masyarakat di seluruh dunia sama ada di Negara membangun
mahupun di Negara maju. Persoalan ini turut wujud di Malaysia di
mana sehingga kini tidak ada jalan penyelesaian terbaik bagi
menangani masalah ini. Punca yang menyebabkan berlakunya
kesesakan lalu lintas ini adalah disebabkan oleh taraf hidup tinggi
di bandar. Taraf hidup masyarakat yang terlalu tinggi di bandar
disamping memiliki kestabilan ekonomi, membolehkan seseorang
yang bekerja itu mampu memiliki kenderaan sendiri. Biasanya
kenderaan yang dimiliki sendiri adalah bertujuan untuk
kemudahan mereka ke tempat kerja. Tetapi masalahnya, terlalu
ramai mereka yang berkerja memiliki kenderaan secara
persendirian, sehinggakan tanpa disedari ia telah menambahkan
lagi jumlah kenderaan di atas jalan raya dan sekaligus
menyebabkan berlakunya kesesakan. Perkhidmatan pengangkutan
awam yang kurang sempurna juga menjadi punca kepada
berlakunya kesesakan lalu lintas.
7. Langkah untuk Mengatasi Kesesakan LaluLangkah untuk Mengatasi Kesesakan Lalu
lintaslintas
-Pihak kerajaan perlu membuat pengurusan trafik seperti
pembaikan dan perubahan lanskap jalan dan memperluaskan
jalan raya utama agar kenderaan dapat berjalan lancar.
-Semua pengguna jalan raya perlu mematuhi
peraturan lalu lintas seperti mengikut papan tanda isyarat jalan
raya, mematuhi had laju yang telah ditetapkan dan mematuhi
lampu isyarat.
-Berkongsi kereta sekiranya hala destinasi yang hendak dituju
sama. Dapat jimat tenaga,minyak dan wang
8. Tanah RuntuhTanah Runtuh
• Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan
dengan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian.
• Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan
tanah,seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek , lihat
aliran.Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah
runtuh, terdapat faktor tambahan lain:
• -hakisan oleh sungai, glasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam
• -cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat
• -gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh
• -letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran sampah.
• -gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan
keruntuhan cerun lemah.
• -berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau
bijih,daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan
kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain
• -tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil pada tanah cetek,
penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat colluvium kepada batu asas.
• Bahan di cerun yang menjadi tepu dengan air boleh membentuk aliran sampah atau
aliran lumpur. Campuran pekat batu dan lumpur mungkin menghanyutkan pokok,
rumah, dan kereta, dengan itu menghalang jambatan dan aliran sungai menyebabkan
banjir sepanjang laluannya.
9. Langkah-langkah yang sesuaiLangkah-langkah yang sesuai
PENGAWASAN CERUNPENGAWASAN CERUN
Musim hujan bermula, tips-tips mengenali tanda-tanda awal tanah runtuh dan pelajari
bagaimana untuk mengawasi kawasan sekitar anda.
Sebelum tanah runtuh
a. Wujudkan dan mulakan system amaran awal di kalangan penduduk dalam komuniti
anda.
b. Merancang pelan perpindahan. Ketahui cara dan jalan untuk menyelamatkan diri anda
dan keluarga.
Ketika tanah runtuh
a. Maklumkan jiran yang berdekatan. Jiran anda mungkin tidak menyedari yang berlaku.
Tindakan pantas anda mampu menyelamatkan nyawa.
b. Selamatkan diri. Keluar dari kawasan yang terdedah pada tanah runtuh dengan
segera. Jika anda berada di rumah sewaktu berlakunya tanah runtuh, cara paling
selamat adalah berlindung di bawah objek yang kukuh. Ini bagi mengurangkan
kecederaan akibat dihempap objek berbahaya seperti bumbung rumah.
Selepas tanah runtuh
1. Pastikan jika ada individu atau haiwan dalam komuniti anda tercedera atau
terperangkap. Anda tidak dibenarkan memasuki kawasan itu, sebaliknya hanya
maklumkan kepada pasukan penyelamat. Arahkan penyelamat ke lokasi tersebut.
2. Sedia mendengar arahan daripada pihak berkuasa dan pengurusan bencana untuk
perkembangan lanjut.
3. Jauhi kawasan tanah runtuh. Ini kerana runtuhan susulan mungkin boleh berlaku
disebabkan oleh tanah yang masih kurang stabil.
10. Kes Tanah Runtuh di BukitKes Tanah Runtuh di Bukit
AntarabangsaAntarabangsa
11. Bagaimana ia terjadiBagaimana ia terjadi•
Peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember 2008 dan
kejadian tanah runtuh yang meragut nyawa anak-anak yatim di Hulu
Langat, merupakan dua peristiwa yang banyak mengalirkan air mata rakyat.
• Kekuatan cerun yang tidak mampu mengawal dan menyokong
kekuatan tapak bagi perumahan tersebut akibat hujan yang
berterusan, telah menyebabkan kawasan menjadi tidak stabil dan aliran air
berlebihan ini telah menyusup ke bawah permukaan dan menjadikan
bahan bumi di bawah permukaan semakin lemah. Di
tambah pula, dengan keadaan
cerun yang tidak stabil menyebabkan sejumlah bahan bumi bersama
beberapa rumah penduduk yang terlibat runtuh di sepanjang cerun
dan dilonggokkan ke beberapa ratus meter dari tempatnya yang
asal. Menurut laporan, 13 Ogos 2008, menunjukkan bahawa
kebanyakkan cerun di kawasan Bukit Antarabangsa berada pada
kelas III, iaitu cerun yang berisiko tinggi kerana mempunyai kecerunan 26°
- 35°.
12. UNDANG-UNDANGUNDANG-UNDANG
Akta Tanah
• Kanun Tanah Negara 1965 Dan Perairan
• Akta Pemuliharaan Tanah 1960
Saliran Mesra Alam
• Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974
(Akta 133) - Seksyen 70A(9)
• Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974
(Akta 133) - Seksyen 71