10. tajuk akhbar yang dipaparkan iaitu "Tingkat pengajaran bahasa
Melayu tanpa ketepi pengajaran bahasa Inggeris."
Ada tiga isu tatabahasa menarik yang hendak dibincangkan. Yang
pertama: 'Tingkat pengajaran bahasa Melayu.' Tingkat merujuk kepada
tahap atau peringkat. Sekali imbas, frasa ini merupakan subjek yang
perlu diikuti dengan predikat untuk melengkapkan maksudnya. Frasa
tersebut akan menjadi lebih bermakna sekiranya diikuti unsur predikat
seperti "... akan dimantapkan." Tanpa unsur predikat ungkapan
tersebut tidak akan lengkap.
Isu yang kedua ialah '.. tanpa ketepi pengajaran bahasa Inggeris." Kata
'ketepi' dalam ungkapan ini ialah frasa sendi nama, sama seperti di
sana, ke utara, di hadapan, dan sebagainya. Dari segi penulisan,
sebagai frasa sendi nama, kata sendi 'ke' perlu dijarakkan dengan kata
arah 'tepi'
Kedua-dua perkataan ini akan lebih tepat penggunaan dan maskudnya
sekiranya ditambah dengan akhiran ...kan. Sekiranya hal ini dilakukan,
maka keterangan tajuk utama itu akan menjadi "Tingkatkan
pengajaran bahasa Melayu tanpa ketepikan pengajaran bahasa
Inggeris." Ungkapan ini lebih tepat dari segi binaannya dan dari segi
maksudnya iaitu seruan supaya pengajaran bahasa Melayu
ditingkatkan tanpa meminggirkan bahasa Inggeris.
11. Isu yang ketiga ialah mengapakah b' pada bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris ditulis dengan huruf kecil,
bukan huruf besar sedangkan kedua-duanya merujuk
kepada mata pelajaran yang diajarkan di sekolah. Oleh
sebab Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan
mata pelajaran sama seperti mata pelajaran Matematik,
Pendidikan Islam, dan lain-lain, sewajarnya 'b' pada
kedua-dua perkataan dieja dengan huruf besar kerana
kedua-duanya ialah kata nama khas. Sekiranya
perkataan 'bahasa' merujuk kepada sesuatu yang
umum, bukan kata nama khas pada situasi seperti itu
maka 'b' huruf kecil digunakan.
Berdasarkan huraian yang telah dikemukakan,
keterangan tajuk itu lebih tepat sekiranya ditulis :
"Tingkatkan pengajaran Bahasa Melayu tanpa
ketepikan pengajaran Bahasa Inggeris."