Minit mesyuarat panitia sains skmpong baru kapit bil
1. MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS SK MPONG BARU KAPIT BIL/1 2014
Tarikh : 10 Januari 2014
Hari : Jumaat
Masa : 9:40 pagi
Tempat : Bilik Guru, SK Kampong Baru
KEHADIRAN
1. En. Mohd. Farid Bin Mohd. Saalghani Ketua Panitia Sains
2. Cik Nur Saadiah Binti Fadzil
3. Pn. Norehan Binti Abdul Latif
4. En. Ahmad Zahari Bin Mohd. Noor
5. Pn. Ayuni Binti Aziz
Bil Agenda Catatan
01 Ucapan Pengerusi
Ucapan salam dan terima kasih atas kehadiran AJK.
Pengerusi menerangkan secara ringkas agenda – agenda
yang akan dibincangkan pada mesyuarat kali pertama
panitia sains SK Kampong Baru 2014.
Makluman
02 Perkara – perkara berbangkit
Tiada perkara berbangkit.
Makluman
03 Agenda Tahunan
Cik Nur Saadiah Binti Fadzil
Mencadangkan pelbagai aktiviti pada waktu minggu
sains.
2. Antara aktiviti yang akan dijalankan pada minggu sains
ialah mereka cipta bahan terbuang, pertandingan kuiz,
pameran sains.
En. Ahmad Zahari Bin Mohd Noor
Mencadangkan bengkel menjawab sains kepada murid
Tahun 6 dan merancang untuk diadakan pada bulan
Mac.
Mencadangkan menjemput penceramah pakar dalam
menjawab soalan sains ke bengkel tersebut dan
disokong oleh guru – guru lain.
Pn. Norehan Binti Abdul Latif
Penyediaan buletin sains di papan kenyataan panitia
yang mana ditampal info – info yang terkini berkaitan
sains.
Buletin ini juga menyediakan kuiz untuk disertai dan
dimenangi.
Tindakan:
Semua guru sains
04 Penyelarasan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan
Pengajaran Harian
Ketua Panitia menyelaraskan Rancangan Pengajaran
Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian dan
diagihkan kepada semua guru yang terlibat. Makluman
05 Bilik Sumber Sains
Ketua panitia mencadangkan supaya guru – guru
terlibat membantu dalam mengubahsuai bilik sumber
sains yang mana terdapat alatan dan bahan sains.
Beliau juga mencadangkan satu sudut info atau
pameran bahan – bahan sains di bahagian bilik sumber
sains.
Tindakan:
Semua guru sains
3. 06 Inventori Alatan dan Bahan Sains
Pn. Norehan Binti Abdul Latif
Memastikan alatan dan bahan radas mencukupi dan
berada dalam keadaan baik.
Merekodkan semua alatan dan bahan radas termasuk
alatan yang rosak dan tidak boleh digunakan.
Mengemaskini rekod inventori bagi alatan dan bahan
radas yang baru diterima.
Guru – guru perlu mencatat alatan dan bahan radas
yang dipinjam dan memulangkan semula alatan
tersebut.
Tindakan:
Semua guru sains
07 Hal – hal Lain
Ketua Panitia meminta guru mengumpulkan soalan bagi
setiap ujian peperiksaan yang dilaksanakan pada bank
soalan.
Tindakan:
Semua guru sains
Disediakan oleh,
………………………………………..
(AYUNI BINTI AZIZ)