1. MINIT MESYUARAT PANITIA KURANG GURU KALI KE-2
BIDANG TEKNIK & VOKASIONAL TAHUN 2011
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BALING
Tarikh : 1 Januari 2011
Tempat : Bilik Ketua Bidang Teknik & Vokasional
Masa : 1.30 Petang
Kehadiran :
1. Mat Zaini bin Abdullah (Ketua Bidang Teknik & Vokasional)
2. Hj. Salahudin bin Aziz (Lukisan Kejuruteraan)
3. Nik Huzaiman bin Nik Ismail (Prinsip Perakaunan)
4. Mohd Muzhar bin Mohd Yusoff (Perdagangan)
5. Badrul Nizam bin Ahmad (Ekonomi Asas)
Perbutiran mesyuarat sebagaimana berikut :
I. ALU-ALUAN PENGERUSI
1. Ketua Bidang Teknik & Vokasional mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru
bagi mesyuarat kali ke-2, Panitia Kurang Guru di bawah bidang teknik dan
vokasional.
2. Beliau mencadangkan agar En. Mohd Muzhar bin Mohd Yusoff dilantik sebagai
setiausaha mesyuarat, cadangan beliau disetujui oleh En. Nik Huzaiman bin Nik
Ismail. Perlantikan setiausaha akan dibuat secara giliran bagi setiap kali mesyuarat
panitia kurang guru. Minit mesyuarat ditetapkan satu dengan agihan untuk setiap
panitia bagi tujuan fail panitia. Tidak perlu penulisan minit mesyuarat secara
berasingan mengikut panitia.
3. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan guru dalam meningkat
prestasi akademik panitia masing-masing. Diharap momentum kecemerlangan
diteruskan bagi tujuan membantu murid meningkatkan prestasi dan seterusnya
menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
4. Selain itu, beliau juga menegaskan prinsip kerja bidang teknik dan vokasional ialah
Apa yang perlu ada, diadakan. Apa yang perlu dibuat, dilaksanakan. Guru-guru
juga diminta peka dengan maklumat semasa sebagai panduan dalam mengurus kerja-
kerja sebagai seorang guru agar tidak menyalahi dengan kehendak stakeholder
bidang pendidikan.
TINDAKAN : SEMUA GURU PANITIA
II. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LEPAS
5. Nik Huzaiman bin Nik Aziz diminta membentangkan minit mesyuarat yang lepas. Hj.
Salahudin bin Aziz mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan. En. Badrul Nizam
bin Ahmad menyokong.
TINDAKAN : MAKLUMAN AHLI MESYUARAT
2. III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
6. Tiada perkara dibangkitkan mengenai minit mesyuarat lepas
TINDAKAN : MAKLUMAN AHLI MESYUARAT
IV. PERANCANGAN STRATEGIK SPM TAHUN 2012
7. Pengerusi meminta agar setiap panitia menyediakan perancangan strategik bagi tahun
2012 sebagaimana format yang diedarkan oleh Jabatan Pelajaran Kedah.
8. Hj. Salahudin bin Aziz memaklumkan bahawa perancangan strategik telah disediakan
sehingga tahun 2013. Dalam hal ini, pengerusi memaklumkan agar perancangan bagi
tahun 2012 dcabut keluar bagi tujuan pelaksanaan. Beliau meminta agar setiap
program kecemerlangan akademik yang dilaksanakan perlulah landing sesuai
dengan perbelanjaan yang ditanggung.
9. Sehubungan dengan itu, guru-guru perlu melihat perancangan yang telah dibuat
adakah realistik dan memenuhi keperluan murid. Beliau menyarankan setiap program
bersifat menyokong pembelajaran murid dalam bilik darjah. Misalnya, murid prinsip
perakaunan boleh melawat Jabatan Audit Negeri Kedah bagi memperolehi maklumat
proses audit yang dijalankan oleh pihak berkenaan yang bersangkut dengan proses
pembelajaran perakaunan dalam kelas.
10. Dalam pada itu, penekanan perlu diberikan kepada kualiti program dan bukan
kuantitinya. Guru sebelum merancang sesuatu program perlu membuat justifikasi
sejauhmanakah keberkesanan program kepada pencapaian akademik murid?
Sehubungan itu, program perlu dilaksanakan lebih awal supaya keputusan peperiksaan
atau ujian boleh dijadikan KPI (Key Perfomance Index) bagi tujuan penambaikan
program sedia ada atau membina program baru.
TINDAKAN : SEMUA GURU PANITIA
V. PERANCANGAN STRATEGIK TINGKATAN EMPAT 2012
11. Pengerusi juga memaklumkan supaya perancangan strategik tingkatan 4 bagi setiap
mata pelajaran dibuat berdasarkan format Jabatan Pelajaran Kedah yang diedarkan
pada tahun 2010.
12. En. Badrul Nizam bin Ahmad bertanyakan perancangan strategik bagi mata pelajaran
ekonomi asas kerana mata pelajaran berkenaan tidak dimuktamadkan samada sekolah
akan menawarkan ataupun tidak. Perkara yang sama juga dikemukakan oleh En. Mohd
Muzhar bin Mohd Yusoff berkaitan mata pelajaran perdagangan.
13. Respon pengerusi, secara dasarnya pengetua telah memberi kebenaran untuk mata
pelajaran berkenaan ditawarkan. Hal ini akan dimuktamadkan dalam mesyuarat
pengurusan sekolah. Sekiranya pengurusan sekolah memutuskan kedua-dua mata
pelajaran berkenaan tidak akan ditawarkan maka perancangan strategik bagi tingkatan
4 tidak perlu dibuat. Jika sebaliknya, maka ia perlu dibuat.
14. Hj. Salahudin bin Aziz bertanyakan tarikh penghantaran perancangan strategik kepada
pihak pengurusan.
3. 15. Pengerusi menetapkan pada minggu ke-2 persekolahan (selewat-lewatnya hari
Khamis) dihantar kepada beliau dan beliau akan memanjangkan kepada pengetua serta
penolong kanan pentadbiran mengikut keperluan.
TINDAKAN : SEMUA GURU PANITIA
VI. ANGGARAN BELANJAWAN PANITIA 2012
16. Semua panitia dikehendaki menyediakan anggaran belanjawan panitia bagi tahun 2012
untuk tujuan perbelanjaan. Tarikh serahan kepada beliau telah ditetapkan pada minggu
pertama persekolahan (selewat-lewatnya pada Khamis).
17. Nik Huzaiman bin Nik Ismail bertanyakan tentang penggunaan wang PCG mata
pelajaran. Pengerusi meminta beliau rujuk kepada Surat Pekeliling Kewangan bil.8
tahun 2010 dan dibaca bersekali dengan Akta Acara Kewangan 1957.
18. Hj. Salahudin bin Aziz membangkitkan soal pembelian harta modal dengan
menggunakan wang PCG mata pelajaran. Pengerusi memaklumkan mengikut Surat
Pekeliling Kewangan Bil.8(2010) pembelian harta modal dengan wang PCG mata
pelajaran adalah dibenarkan dengan syarat diputuskan oleh Jawatankuasa Khas
peringkat sekolah yang dipengerusikan oleh pengetua sahaja. Laporan dan salinan resit
pembelian perlu dihantar ke Jabatan Pelajaran Kedah melalui Pejabat Pelajaran
Daerah.
19. Pengerusi juga mengingatkan agar pembelian dilakukan dengan mengikut prosedur
kewangan yang betul. Guru diminta mengisi borang prapesanan atau nota minta,
setelah pengetua meluluskan maka pembelian barang boleh dilaksanakan. Jika berlaku
pembelian barang tanpa melalui prosedur bagi tahun 2012, beban pembayaran akan
menjadi tanggungjawab guru berkenaan.
TINDAKAN : SEMUA GURU PANITIA
VII. HAL-HAL LAIN
20. Semua guru diminta mengemaskini fail-fail panitia, urusan berkaitan panitia, buku
rekod pengajaran, kemasukan markah ke dalam SAPS dan teacher assit sebelum
bercuti. Semua buku latihan murid (jika ada) perlu dipulang semula kepada murid.
Kemaskini stok panitia perlu dilaksanakan supaya memberi kesenangan untuk
pengurusan panitia pada tahun hadapan.
TINDAKAN : SEMUA GURU PANITIA
21. Mesyuarat diakhiri dengan tasbih kafarah dan surah al-as.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.10 Petang
Dicatat oleh : Disemak oleh :
............................................................... ................................................
MOHD MUZHAR BIN MOHD YUSOFF MAT ZAINI BIN ABDULLAH
Setiausaha Mesyuarat Pengerusi
Tarikh : 02 Januari 2011 Tarikh : 02 Januari 2011