Subjek Minoriti Muslim
PPPJ 2373
Subjek Modul Sejarah (Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam)
1 of 12
More Related Content
Minoriti Muslim di Denmark
1. MINORITI MUSLIM PPPJ 2373
TAJUK PERBENTANGAN:
MINORITI MUSLIM DI DENMARK
PEMBENTANG
NURAMALINA BINTI DAOD
A141574
PENSYARAH
DR IZZIAH SURYANI BINTI MAT RESAD
2. PENDAHULUAN
 Populasi minoriti di sesebuah negara boleh
diklasifikasikan berdasarkan satu atau lebih berdasarkan
kriteria-kriteria yang dilihat dari aspek bangsa atau
etnik, agama dan bahasa.
 Islam merupakan agama minoriti yang terbesar di
Denmark
 Denmark merupakan sebuah negara yang major
penduduknya telah menganut agama kristian Lutheran
 Gereja Lutheran pula telah menjadi gereja kerajaan
negara ini.
 Kebebasan beragama telah diperkenalkan pada 1849
 Jumlah sebenar penduduk di Denmark dengan latar
belakang muslim tidak diketahui.
 adalah dianggarkan bahawa 1-1.5 peratus (50,000-
75,000)
3. SEJARAH KEMUNCULAN MASYARAKAT
MINORITI MUSLIM
Terdapat tiga pendapat tentang kedatangan Islam ke Denmark
1) Melalui penduduk Denmark yang memeluk agama Islam
2) Melalui pendatang-pendatang Islam yang datang dari
negara-negara yang majoriti muslim untuk mencari
pekerjaan. Datang dari negara-negara seperti Yugoslavia,
Afrika Barat, Pakistan dan Turki. Berkahwin dengan
wanita tempatan.
3) Penghijrahan pelarian-pelarian dan ahli keluarga mereka
ke Denmark untuk mencari suaka politik
4. PENGIKTIRAFAN PEMERINTAH TERHADAP
MASYARAKAT MINORITI MUSLIM DI DENMARK
 Denmark telah memperuntukkan kebebasan beragama di
dalam perlembagaan semenjak kali pertama menjadi
negara demokrasi iaitu pemerintahan beraja pada tahun
1848
 Raja Denmark yang memerintah ketika itu telah
memutuskan untuk menganut agama Kristian Lutheran
 Minoriti muslim di Denmark dibenarkan untuk membina
masjid-masjid, surau-surau dan bebas untuk
mengamalkan ajaran agama Islam sepenuhnya sama ada
di sekolah mahupun tempat bekerja.
5.  Disamping itu, minoriti Muslim juga dibenarkan
untuk menubuhkan sekolah persendirian yang
membolehkan mereka mempelajari bahasa
ibunda mereka dan agama Islam.
 Kebajikan minoriti Muslim sangat dijaga oleh
kerajaan sehinggakan kepada urusan untuk
mendapatkan makanan halal. Anak-anak imigran
yang masih berada di negara asal juga diberi
bantuan kewangan seperti warganegara Denmark
yang lain.
 Bulan September tahun 2006, kawasan
perkuburan khas itu telah dibuka di daerah
Brondby, berdekatan Kopenhagen.
6. PERKEMBANGAN MASYARAKAT MINORITI
MUSLIM
AGAMA
 Masjid pertama yang dibina di Denmark ialah pada 1967,
iaitu Masjid Nusrat Djahan yang telah dibina di
Hvidovre, pinggiran kota Kopenhagen.
 Masjid ini dibina oleh golongan Ahmadiyya yang
berfahaman syiah
 Terdapatnya aktiviti penterjemahan Al-Qur’an ke dalam
bahasa Denmark yang dilakukan oleh seorang guru
Denmark yang telah memeluk agama Islam.
7. SOSIAL
 Tidak terdapat statistik yang terperinci mengenai jumlah
orang Islam di Denmark.
 Kerajaan Denmark tidak pernah mengeluarkan maklumat
lengkap tentang jumlah penduduk muslim di negara
tersebut.
 Bilangan orang Islam di Denmark hanya boleh diketahui
secara anggaran sahaja.
 2009, penduduk Denmark terdiri daripada 5.5 juta.
 Dikatakaan bahawa pada tahun 1980, populasi muslim
sebanyak 0.6 peratus (29,500 orang) dan meningkat
kepada 4.2 peratus pada tahun 2011 (231,200).
 Kumpulan etnik yang terbesar pada tahun 2011 ialah
pendatang dari Turki (23,6 peratus adalah muslim), diikuti
oleh Iraq (10.8 peratus), Lubnan (9.9 peratus), Pakistan
(8.7 peratus) dan Somalia (7.2 peratus).
8. PENDIDIKAN
 Kanak-kanak yang tidak mempunyai kewarganegaraan
Denmark dan yang mempunyai latar belakang budaya
yang berbeza, telah ditawarkan pendidikan yang sama
dengan kanak-kanak warganegara Denmark, tanpa
dikenakan sebarang pembayaran.
 Bahasa perantaraan yang digunakan ialah bahasa
Denmark
 1972, Majlis Perbandaran Eropah telah menawarkan kos
untuk mempelajari bahasa ibunda mereka dan
kebudayaan negara asal mereka. Kos ini ditawarkan bagi
kanak-kanak yang ibunya bukan rakyat Denmark.
9.  1980, jumlah murid-murid beragama Islam semakin
meningkat dan berkembang ke bahagian barat, selatan
dan pinggir kota Denmark. Semasa inilah
berkembangnya silibus pendididkan, termasuklah
wujudnya subjek geografi.
 Sekolah persendirian Islam pertama diasaskan pada 1978
- Den Islamisk Arabiske Skole dan menerima pelajar dari
semua negara.
 1980-an, sekolah-sekolah untuk penutur dalam bahasa
Pakistan, Turki dan Arab telah ditubuhkan.
10.  Pada tahun 1990-an sekolah-sekolah untuk
Somalia, Palestin dan Iraq telah diasaskan
 Sekolah terbesar pula adalah Dia Privatskole
di Norrebro dengan pelajar seramai 410
orang.
Ekonomi
 Sebagai buruh di Denmark
 Industri daging halal
11. MASA HADAPAN MINORITI MUSLIM
 Suatu perkara yang dikhuatiri menimpa nasib
minoriti Muslim di Denmark ialah serangan-
serangan dari agama lain terutamanya agama
majoriti negara tersebut.
 Dibuktikan dengan munculnya berbagai-bagai isu
yang menimbulkan kemarahan umat Islam.
 Contohnya, pada tahun 2006, isu penghinaan Nabi
Muhammad S.A.W melalui karikatur yang
diterbitkan di sebuah majalah tempatan Denmark.
12. PENUTUP
 Denmark merupakan sebuah negara monarki
berperlembagaan dengan raja permaisuri sebagai ketua
negara dan gereja-gereja Kristian termasuk dalam
pentadbiran kerajaan.
 Walaupun negara ini dibawah pemerintahan Kristian,
tetapi minoriti Muslim di Denmark menerima layanan
yang baik berbanding minoriti-minoriti di negara lain
seperti minoriti Muslim di Myanmar dan Filipina.