1. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEMAYAN
PERANCANGAN STRATEGIK MATA PELAJARAN SAINS TULEN
(2006 2010)
1. VISI SEKOLAH TOP SCHOOL IN BERA DISTRICT YEAR 2010
2. MISI PANITIA Sains Tulen
2.1 Memastikan semua ahli panitia Sains Tulen berkaliber, berpengetahuan dan
berkemahiran dalam proses Pengajaran-Pembelajaran.
2.2 Memastikan semua pelajar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan
dalaman dan peperiksaan awam.
2.3 Memupuk minat dan sikap positif di kalangan pelajar terhadap mata pelajaran
Sains Tulen.
3. OBJEKTIF PANITIA
Meningkatkan pencapaian peratusan kelulusan Fizik, Kimia dan Biologi kepada 100%.
4. SASARAN Pelajar Tingkatan 4 dan 5
5. STRATEGI
5.1 Sistem penyampaian P&P yang baik dan berkesan.
5.2 Sistem Ulangkaji Perdana SMK Kemayan.
5.3 Program SUPER Panitia.
5.4 Pemuafakatan antara pihak sekolah dengan waris pelajar - melalui
Program Sentuhan Peperiksaan dan Lawatan Sosial.
2. ANALISIS SWOT
Panitia Sains Tulen bagi mata pelajaran Fizik
KEKUATAN (S)
S1. Guru bermotivasi dan proaktif.
S2. Kesemua guru Fizik, Kimia dan
Biologi adalah terlatih dan opsyen mata
pelajaran.
S3. Seorang guru pemeriksa kertas Kimia 2
S4. Sokongan dari pentadbir dalam apa
juga aktiviti yang dijalankan.
S5. Kemudahan makmal yang lengkap dan
selesa.
S6. Asas pengetahuan Sains & Matematik
pelajar cemerlang sangat kukuh.
KELEMAHAN (W)
W1. Ramai pelajar bukan Melayu lemah
dalam penguasaan Bahasa Melayu.
W2. Sebahagian besar pelajar Melayu
lemah dalam penguasaan Bahasa
Inggeris.
W3. Sebahagian pelajar lemah dalam
kemahiran manipulatif.
W4. Sebilangan besar pelajar tidak
membuat ulangkaji di rumah.
W5. Kurang pengetahuan dalam teknik
menjawab soalan esei.
W6. Pelajar kurang bermotivasi dan tiada
hala tuju yang sebenar.
PELUANG (O)
O1. Wakil rakyat yang sentiasa memberi
sokongan.
O2. Hubungan baik pihak sekolah dengan
PIBG. (wang / sokongan)
O3. Hubungan baik dengan pegawai PPD.
O4. Harapan ibu bapa yang tinggi.
ANCAMAN (T)
T1. Pengaruh rakan sebaya.
T2. Ibu bapa kurang memainkan peranan
dalam memberi motivasi kepada anak-
anak ke arah kecemerlangan akademik.
T3. Pelajar tidak mengambil berat tentang
kerja rumah yang diberi oleh guru.
T4. Kebanyakan pelajar datang dari
keluarga yang berpendapatan rendah.
T5. Masalah pengangkutan bagi pelajar
yang tinggal di kawasan perladangan.