Konsep susunan dan gerakan zarah-zarah dalam jirim
1 of 14
Download to read offline
More Related Content
Miskonsepsi Jirim
2. PENGENALAN
Mengikut Teori Kinetik Jirim, jirim terdiri daripada
zarah-zarah yang sangat seni
berasingan (diskrit)
didapati dalam bentuk atom dan molekul
Zarah-zarah tersusun mengikut pola tertentu
bergantung kepada keadaan jirim pepejal, cecair, gas
Zarah-zarah boleh bergerak
5. MISKONSEPSI
Konsep jirim merupakan sesuatu yang abstrak . Sangat
sukar untuk menggambarkan keadaan dan rupa bentuk
zarah-zarah.
Salah konsep itu ialah berkaitan susunan dan gerakan
zarah dalam setiap jirim. Mereka gagal memahami
konsep jirim sebenarnya terbina daripada zarah-
zarah seni dengan susunan tertentu. Ia amat penting
kerana berkaitan dengan sub-unit berikutnya -
pergerakan zarah-zarah dalam jirim.
Miskonsepsi ini terjadi kerana murid-murid
menganggap bahawa sebarang objek maujud yang
dapat dilihat itu adalah satu (seperti yang dilihatnya).
6. contoh, jika mereka melihat sekeping coklat, murid-
murid beranggapan bahawa zarah-zarah coklat adalah
sebesar saiz coklat yang mereka lihat secara maujud
itu.
Mereka tidak memahami konsep bahawa sebenarnya
kepingan coklat itu terdiri daripada zarah-zarah
coklat yang sebenarnya berasingan.
Bila zarah-zarah itu tersusun berasingan, bermakna
sudah pasti ada ruang di antara zarah- zarah jirim itu
(coklat).
.......MISKONSEPSI
7. Untuk memperbetulkan miskonsepsi ini, aktiviti
hands-on dilakukan oleh murid sendiri.
Tujuannya supaya murid-murid lebih memahami
dan menguasai konsep jirim terbina daripada zarah-
zarah diskrit, terdapat jarak di antara zarah-zarah
dan zarah- zarah boleh bergerak dalam setiap
keadaan jirim iaitu pepejal, cecair dan gas.
........MISKONSEPSI
8. KAEDAH PENGAJARAN
Kaedah yang dipilih ialah pembelajaran secara
kontekstual.
Kaedah ini dipilih kerana:
Aktiviti `hands- on` iaitu murid sendiri
menjalankan aktiviti secara berkumpulan.
Konsep yang abstrak dan sukar boleh terus
dihubungkaitkan dengan pengalaman sedia ada
pada murid dalam kehidupan seharian.
Kerjasama dalam kumpulan membantu murid-
murid menguasai konsep yang abstrak melalui
pengalaman konkrit.
9. KAEDAH PENILAIAN
Kaedah penilaian yang dipilih ialah secara:
Lisan - Guru mengemukakan soalan secara lisan
Bertulis Lembaran kerja.
10. LAMPIRAN 1
AKTIVITI PEMERHATIAN
1. Masukkan bola ping-
pong ke dalam bekas
yang berisi air. Apakah
yang berlaku kepada
bola ping-pong?
2. Masukkan seketul hablur
kuprum(II) sulfat ke
dalam air. Perhatikan
perubahan yang berlaku
kepada kuprum(II)
11. LAMPIRAN 1 - sambungan
AKTIVITI PEMERHATIAN
3. Campurkan kacang
hijau dengan guli ke
dalam balang gas.
Apakah yang berlaku
kepada ruang di antara
guli?