1. Soalan 4 (kumpulan Watie, Anita, Sidah dan Laila)
(a) Bincangkan secara terperinci berkaitan model ASSURE.
Model ASSURE
Model ASSURE adalah untuk menyediakan panduan merancang dan pengendalikan
pengajaran yang memerlukan penggunaan media, Heinich (1982). Model reka bentuk ASSURE
dilihat sebagi model reka bentuk pengajaran yang berorientasikan bilik darjah. Reka bentuk
model ini mampu merlahirkan suasana pembelajaran yang berkesan. Terdapat enam langkah
utama dalam model ini yang dapat digambarkan dalam Rajah 1 (Aris et al., 2000)
(Sumber: Aris et al., 2000)
Rajah 1: Enam Langkah Model ASSURE
Dalam Model ASSURE, fasa menganalisis pelajar (Analyze learners) melibatkan
siapakah bakal pengguna yang akan menggunakan aplikasi yang akan dihasilkan. Beberapa
proses iaitu mengenal pasti latar belakang dan tahap pencapaian bakal pengguna akan dikenal
pasti dan dianalisis sebelum pembangunan dijalankan. Fasa kedua ialah menyatakan objektif
(State objectives). Proses ini menekankan tentang tugas pembangun aplikasi untuk menyatakan
objektif yang akan dicapai dalam aplikasi yang akan dibangunkan. Fasa ketiga pula ialah
memilih kaedah, media dan material (Select methods, media & materials) di mana pada
peringkat ini, kandungan yang terdapat dalam sesebuah aplikasi perlulah bersesuaian dengan
pengguna atau sebaliknya. Selain itu, pemilihan kaedah, media dan material yang tepat perlu
A Analyze Learners ( Menganalisis pelajar)
S State Objectives ( Menyatakan Objektif)
S Select Methods, Media & Materials (Memilih kaedah, media dan material)
U Utilize Media & Materials ( Menggunakan media dan material)
R Require Learner Participation ( Memerlukan penglibatan pelajar)
E Evaluate & Revise ( Melakukan penilaian dan pengubahsuaian)
2. dititikberatkan agar maklumat tersebut senang diperolehi dan mudah untuk diubah suai.
Seterusnya, fasa keempat menekankan penggunaan media dan material (Utilize media &
materials) untuk memastikan aplikasi yang telah siap perlu dipastikan sesuai dan berfungsi
dengan baik sebelum digunakan dalam kelas atau dipersembahkan kepada pengguna. Aktiviti
yang membolehkan pelajar aktif dalam pembelajaran turut diterangkan dalam fasa keempat
iaitu memerlukan penglibatan pelajar (Require learner participation) agar aplikasi yang dibina
mampu untuk menyediakan suasana pembelajaran yang sesuai, efektif serta menarik minat
pelajar. Akhir sekali, fasa melakukan penilaian dan pengubahsuaian (Evalute & revise) ialah
fasa yang memerlukan maklum balas pengguna yang bertujuan untuk mengenal pasti kelebihan
dan kelemahan aplikasi yang akan dibangunkan.
Model reka bentuk ASSURE ini akan melahirkan suasana pembelajaran yang berkesan.
Guru-guru digalakkan membuat perancangan pengajaran secara sistematik dan tersususn
supaya alat dan bahan bantu mengajar benar-benar memberi kesan kepada proses pembelajaran
dan pengajaraan (Yusup Hashim, 1998). Menurut model ini, perancangan pengajaran akan lebih
teratur dan berkesan jika mengaplikasikan keenam-enam elemen yang disenaraikan tadi.
b) Bagaimanakah penggunaan model ASSURE dalam rekabentuk instruksional dapat
membantu guru mencipta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik
berbanding kaedah pengajaran tradisional.
Bagi melahirkan suasana pembelajaran yang berkesan dan dinamik, guru digalakkan
merancang rancangan mengajar secara sistematik supaya teknologi dan media (alat dan bahan
bantu mengajar) yang digunakan benar-benar memberi kesan kepada proses pengajaran dan
pembelajaran. Sistematik bermaksud tiap-tiap langkah dalam model ini akan menerima input
daripada langkah-langkah sebelumnya dan akan memberi output kepada langkah seterusnya.
Model ASSURE boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dan teknologi
dalam rancangan mengajar instruksi (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1982, 1996).
Kemahiran dalam reka bentuk instruksional sangat perlu bagi guru dan pembina bahan
instruksional. Ia dapat membantu guru merancang pembinaan dan penggunaan media dan
kaedah yang sesuai. Model Reka Bentuk instruksional ASSURE, (Heinich, 1982) bertujuan
menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan
3. penggunaan media. Justeru itu penyesuaian ini dapat dilakukan berasaskan Model Reka Bentuk
tersebut bagi memilih dan menggunakan media pengajaran secara umum.
Terdapat enam langkah penting dalam Model ASSURE yang boleh digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran yang rapi dan tersusun akan
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di mana pengajaran dan
pembelajaran berlaku sebagai proses perkembangan secara berperingkat.
Berdasarkan model ASSURE, enam langkah utama adalah seperti berikut :-
A ¨C Analyze learner (menganalisis murid)
S - State objective (menyatakan objektif pengajaran)
S - Select method (memilih kaedah,media dan bahan sumber pengajaran )
U ¨C Utilize media and materials (menggunakan media dan bahan )
R ¨C Require learner perticipation (memerlukan penglibatan murid yang aktif )
E ¨C Evaluate and revise (menilai hasil pembelajaran dan buat penambahbaikan)
Langkah-langkah pengajaran menggunakan Model ASSURE dalam rekabentuk instruksional
dapat membantu guru mencipta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik
berbanding kaedah pengajaran tradisional.
1. Analyze learner (menganalisis murid)
Sebelum memulakan pengajaran, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah menganalisis
setiap murid dalam kelas. Ini penting kerana melalui penganalisaan ini, guru dapat mengenali
dan memahami ciri-ciri murid, tahap pengetahuan, pengalaman sedia ada dan gaya
pembelajaran murid kerana setiap murid mempunyai tahap yang berbeza antara satu sama lain.
Selain daripada itu, guru juga mendapatkan maklumat murid melalui pemerhatian semasa
proses pengajaran dan pembelajaran, temubual dengan ibu bapa/penjaga, guru kelas dan mata
muridan dan serta rakan sebaya. Berdasarkan kepada penganalisisan dan pemerhatian
maklumat diperolehi daripada segi emosi dan tingkahlaku, sosial, kesihatan, kesedaran belajar,
pengamatan dan kebolehan. Melalui proses menganalisis murid-murid yang memerlukan
pemulihan dan bimbingan ini, ia membantu guru untuk memilih media, teknologi dan kaedah
yang sesuai dengan murid.
4. 2. S-State (menyatakan objektif pengajaran)
Setelah guru dapat menganalisis ciri-ciri umum murid dan mengetahui tahap penguasaan
kemahiran asas murid, langkah seterusnya ialah guru perlu menyatakan objektif pengajaran
yang hendak dicapai. Objektif pembelajaran diambil daripada sukatan pelajaran yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia dirancang berdasarkan Dokumen
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Ini perlu dilakukan dengan teliti kerana guru
perlu melihat setiap perubahan tingkah laku yang berlaku pada murid sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu menyatakan objektif pengajaran yang jelas, boleh
dilihat perubahan tingkah laku dan dapat dicapai.
3. S ¨C Select Method ( memilih kaedah, media dan bahan sumber pengajaran)
Bagi langkah ketiga, guru perlu memilih kaedah, media dan bahan yang bersesuaian dengan
kemahiran murid. Pertama guru perlu memastikan kaedah yang digunakan mestilah bersesuaian
dengan ciri-ciri murid, pengetahuan sedia ada, gaya pembelajaran serta objektif. Kedua, guru
juga mesti melihat format media yang bersesuaian seperti gambar, foto, slad, audio serta video
interaktif. Guru perlu mengambil kira kumpulan murid, keupayaan, objektif serta maklum balas
dalam memilih format media yang bersesuaian. Ketiga, guru juga perlu memilih, mengubahsuai
atau menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran di mana bahan sumber adalah merujuk
kepada isi murid yang difokuskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Bagi murid pemulihan, guru memilih kaedah pembelajaran masteri. Kaedah pengajaran ini
memang sesuai dengan murid pemulihan. Melalui kaedah ini, guru akan memastikan murid
telah menguasai satu kemahiran, kemudian barulah diperkenalkan dengan kemahiran yang lain.
Bagi murid yang tidak menguasai kemahiran kata adjektif, mereka akan mempelajari kemahiran
tersebut sehingga berjaya menguasai. Sepanjang proses pengajaran, teknik latih tubi akan
sentiasa diterapkan.
4. U-Utilize Media and Materials (menggunakan media dan bahan)
Persoalan yang penting dalam langkah ini ialah, bagaimana sesuatu media dan bahan sumber
dapat dimanfaatkan oleh guru dan murid. Oleh itu,guru perlu menyemak, pratonton, mengkaji
bahan sumber sebelum digunakan serta sesuai dengan persekitaran bilik darjah. Kad-kad
5. cantuman perkataan dan kad imbasan yang dibekalkan dan dibina sendiri diletakkan di sudut
yang mudah dicapai oleh murid. Secara tidak langsung, minat murid pemulihan untuk belajar
sendiri terbina. Guru dapat menggunakan media dan bahan dengan secara optimum. Media
pengantar utama bagi murid pemulihan adalah laptop dan LCD. Pembelajaran secara interaktif
berbantukan komputer dapat menarik minat murid pemulihan untuk mencuba perkara yang
baru. Paparan slaid perkataan kata adjektif yang jelas, gambar yang mudah difahami serta
berwarna-warni di samping penggunaan lagu dan nyanyian yang sesuai dapat meningkatkan
tahap pembelajaran murid pemulihan.
5. R-Require Learner Perticipation (memerlukan penglibatan murid)
Penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting. Pemilihan media
dan bahan sumber yang sesuai dapat membantu dan mengekalkan pemglibatan murid. Melalui
penggunaan gambar, gambar bersiri, video, dan nyanyian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia dapat mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan penglibatan
murid secara aktif. Ini sekali gus memudahkan guru menilai tingkah laku dan pemahaman
mereka terhadap pembelajaran dalam langkah seterusnya.
6. E-Evaluate and Revise (melakukan penilaian dan pengubahsuaian)
Dalam langkah terakhir ini, guru perlu membuat penilaian dan pengubahsuaian berdasarkan
proses pengajaran dan pembelajaran. Peringkat ini penting dalam sesuatu langkah kerana untuk
mendapatkan maklum balas dan penilaian yang dibuat oleh murid. Oleh itu, guru mengadakan
satu sesi refleksi bersama-sama murid. Ia bertujuan untuk mendapatkan maklum balas terhadap
tahap penguasaan murid dalam pembelajaran yang baru dilakukan. Dalam langkah ini, beberapa
persoalan boleh digunakan untuk melihat penilaian dan seterusnya membuat pengubahsuaian.
Soalan-soalan ini akan membantu guru mengenal pasti kelemahan dan kekuatan yang terdapat
dalam pengajaran dan pembelajaran dapat diubahsuai bagi pengajaran dan pembelajaran
seterusnya.
Sebagai kesimpulannya, penggunaan model ASSURE dalam rekabentuk instruksional
dapat membantu guru mencipta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik
berbanding kaedah pengajaran tradisional.