1. MODUL TEKNIK BELAJAR
KEMAHIRAN MENDENGAR
Tajuk : Simon Say atau Kamil Kata
Masa :
Bahan : - tiada -
Objektif : - Untuk menguji pendengaran murid melalui arahan yang diberikan
- Supaya murid fokus kepada arahan
- Melatih murid untuk mendapat maklumat yang tepat
Kaedah : 1) Murid-murid dikumpulkan dalam satu kumpulan besar
2) Fasilitator memberi arahan setelah murid-murid bersedia
3) Murid-murid dikehendaki melaksanakan arahan yang diberikan
oleh fasilitator
4) Murid-murid perlu fokus dan mengamati arahan tersebut kerana
apa yang perlu dilakukan oleh murid adalah berlawanan dengan
arahan yang diberikan oleh fasilitator.
Nilai : - Murid lebih fokus kepada arahan yang diberikan oleh guru
terutamanya ketika mengikuti pembelajaran di kelas.
- Murid mendengar dengan lebih berkesan
- Murid dapat membuat keputusan berdasarkan penguasaan
kemahiran mendengar.
2. KEMAHIRAN MENGAKTIFKAN DIRI
Tajuk : Hobi Kita Serupa
Masa :
Bahan : Edaran (Borang)
Objektif : - meningkatkan keyakinan diri murid
- melatih murid agar tahu cara untuk melibatkan diri dalam aktiviti
yang disertai
- mengglakkan murid untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti
Kaedah : 1) Murid-murid diedarkan satu kertas yan g mengandungi maklumat
tentang hobi/minat
2) Murid-murid diberi masa selama dua minit untuk mencari murid-
murid yang mempunyai minat yang sama.
3) Pastikan murid-murid mencari rakan yang berbeza-beza untuk
setiap hobi yang dinyatakan
4) Fasilitator akan mengenalpasti jumlah murid yang dapat diisi
pada borang hobi/minat tersebut.
5) Murid yang berjaya mengumpul/mencatat paling banyak nama
pada borang tersebut akan diumumkan sebagai pemenang
Nilai : - Murid diberi peluang untuk menyertai setiap aktiviti sambil
membina sikap yakin diri yang mantap.
- Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan
- Mewujudkan persaingan yang sihat
3. BORANG HOBI/MINAT
1) Membaca 2) Memancing 3) Mengumpul Setem
__________________ __________________ __________________
__________________ __________________ __________________
__________________ __________________ __________________
__________________ __________________ __________________
4) Memasak 5) Menonton televisyen 6) Melayari Internet
__________________ __________________ __________________
__________________ __________________ __________________
__________________ __________________ __________________
__________________ __________________ __________________
7) Bermain game 8) Berkebun 9) Bermain bola sepak
__________________ __________________ __________________
__________________ __________________ __________________
__________________ __________________ __________________
__________________ __________________ __________________
10) Melihara haiwan 11) Menanam bunga 12) Menunggang basikal
__________________ __________________ __________________
__________________ __________________ __________________
__________________ __________________ __________________
__________________ __________________ __________________
4. BELAJAR BERKUMPULAN
Tajuk : Kita cari sama-sama
Masa :
Bahan : Petikan/ keratan akhbar
Objektif : - memupuk suasana pembelajaran berkumpulan
- mendedahkan kepada murid-murid peranan yang perlu
dimainkan ketika belajar berkumpulan
Kaedah : 1) Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan
2) Setiap kumpulan diberikan satu petikan akhbar (tajuk yang
berbeza)
3) Murid-murid dikehendaki mencari membaca seterusnya mencari
isi-isi penting yang terdapat dalam petikan tersebut.
4) Murid akan membentang isi penting yang telah dicari (setiap ahli
kumpulan dikehendaki mengeluarkan isi penting masing-masing)
5) Fasilitator akan membuatr rumusan berdasarkan aktibviti dan
pembentangan yang telah dijalankan.
Nilai : - Kerjasama dalam kumpulan
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
- Murid diberi peluang untuk mengembangkan idea/pendapat
5. KEMAHIRAN MEMBACA
Tajuk : Teknik ABC
Masa :
Bahan : Edaran (petikan), kertas mahjong dan marker.
Objektif : - Mendedahkan murid kemahiran membaca
- Menunjukkan murid cara mudah untuk memahami bahan/petikan
yang dibaca
- Murid tahu untuk mencari kata kunci/isi
Kaedah : 1) Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan
2) Setiap kumpulan diberikan satu petikan
3) Murid-murid dikehendaki membaca petikan tersebut.
4) Setelah baca, murid-murid dikehendaki menulis apa yang telah
dibaca.
5) Langkah di atas diulang sekali lagi.
6) Seterusnya murid-murid dikehendaki membaca petikan tersebut
buat kali ketiga.
7) Kemudian murid-murid dikehendaki menulis semula apa yang
dibaca tetapi kali ini menulis tanpa melihat petikan.
8) Fasilitator akan melihat apa yang ditulis oleh murid.
Nilai : - Melatih murid untuk memahami dan mengingati apa yang dibaca
- Melatih murid untuk mengingat melalui penulisan
- Mengajar murid teknik mengingat secara berkesan
6. KEMAHIRAN MENCATAT NOTA
Tajuk : Visual Mape
Masa :
Bahan : Kertas A4 dan pensel/pen berwarna
Objektif : - Murid tahu cara untuk menghasilkan nota
- murid tahu menghasilkan nota dengan lebih mudah dan menarik
Kaedah : Langkah 1:-
1) Murid-murid dikehendaki memejamkan mata
2) Kemudian murid-murid dikehendaki membayangkan sebuah
televisyen dan memilih saluran dikehendaki. Tiba-tiba televisyen
terpadam.
3) Seterusnya murid-murid dikehendaki membayangkan epal pada
skrin televisyen yang terpadam itu. Murid-murid diminta
membayangkan sama ada EPAL itu dalam bentuk rupa (buah)
atau perkataan.
4) Murid-murid juga ditanya epal tersebut berada di sidut mana
pada skrin televisyen tersebut dan menyatakan warna epal yang
dibayangkan tadi.
Langkah 2:-
5) Setelah itu murid dikehendaki memilih satu tajuk dari mana-mana
mata pelajaran yang dipelajari. Contoh: Rantai Makanan (Sains)
6) Murid-murid dikehendaki membuat ringkasan tajuk tersebut
dalam bentuk pokok kelapa.
7) Cara menulis:
- batang kelapa - tajuk besar
- pelepah - tajuk kecil
- daun - ciri-ciri
8) Murid digalakkan menggunakan pen/pensel berwarna untuk
menjadikannya lebih menarik.
Nilai : - Murid-murid lebih mudah mengingati sesuatu fakta/maklumat
melalui teknik ini.
- Menghasilkan nota yang mudah, ringkas dan padat
- Membentuk kreativiti murid. (murid menghasilkan peta minda
berdasarkan kreativiti masing-masing)