1. Cenderabahasa Bil. 1 JPNPP
MODUL 2 KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT
1. Maksud:
Kata ganti nama diri yang telah disingkatkan.
2. Contoh:
Kata Ganti Diri
Pertama
Penerangan Ayat Contoh
kau Asal daripada kata engkau. Digunakan
pada awal kata yang dirapatkan dengan
kata yang menyertainya.
1. Surat ini hendaklah kaubaca, pinta
Encik Hazim.
2. Lukisan yang kaulukis sangat cantik
sekali.
ku Asal daripada kata aku. Digunakan
pada awal atau akhir kata yang ditulis
rapat.
1. Kata Dina, Lagu ini kutujukan untuk
Shida yang berada di Johor.
2. Aduh, sakitnya kakiku! kata Dol.
mu Asal daripada kata kamu. Digunakan
pada akhir kata sahaja.
1. Hasratmu akan aku tunaikan.
2. Adikmu pandai menyanyi, kata Zuraini
kepada Syafiqah.
nya Asal daripada kata ganti nama diri
ketiga (dia). Digunakan pada akhir kata
sahaja.
1. Kakaknya menuntut di luar negara.
2. Setiap kesalahan akan menerima
balasan daripada-Nya.
3. Bentuk kesilapan
a. Tidak ditulis rapat kata ganti nama diri singkatan dengan kata yang menyertainya.
SALAH BETUL
Warna apa yang kau minati? tanya Azim kepada
Syafiq.
Warna apa yang kauminati? tanya Azim kepada
Syafiq.
Kawan ku ini berasal dari Sabah, kata Arif kepada
Sayuti.
Kawanku ini berasal dari Sabah, kata Arif kepada
Sayuti.
b. Tidak boleh menggunakan kata singkatan sebagai subjek ayat.
SALAH BETUL
Mu berdua tidak bekerja hari ini? tanya Enzik
Azwan.
Kamu berdua tidak bekerja hari ini? tanya Enzik
Azwan.
Kau belum mandi lagi, Man? tanya ibu kepada
Rosman.
Engkau belum mandi lagi, Man? tanya ibu
kepada Rosman.
c. Tidak menggunakan tanda sempang dan huruf besar bagi kata singkatan berkaitan dengan Tuhan.
SALAH BETUL
Ya Allah, aku memohon keampunanmu. Ya Allah, aku memohon keampunan-Mu.
Tuhan akan sentiasa mengampunkan dosa
hambanya.
Tuhan akan sentiasa mengampunkan dosa
hamba-Nya.