2. Jenis-jenis Boss..
Boss jenis "yes boss"
Boss jenis macam ni letih kita dibuatnya. Mana taknya, apa yang boss dia suruh, apa
yang boss besar kata, CONFIRM dia akan kata "yes boss" walaupun benda tu tak
betul. Yang buat kerjanya kita. DIa senang la, cakap "yes boss' lepas tu yang kena
pulun buat kerja kitalah. Yang buat lagi boring, arahan yang dia "yes boss" kan tu
semuanya merapu, mengarut, membazir dan takde makna.
Boss jenis tak percaya anak buah
Confirm letih. Mana taknya gila tak percaya tahap gaban punya. Benda-
benda kecik pun nak disemaknya satu-satu. Kadang-kadang tu ada yang
jenis duduk sebelah kita tengok kita buat kerja macam mana. Perghh
stress....
Boss jenis manjang nak cepat
Memanglah kerja tu kadang-kadang nak cepat siap. Tapi lemas kalau kerja
dengan boss jenis ni. Baru je bagi kerja, tak sampai 2 minit tanya kita dah siap
belum? Lepas tu dia dok tanya-tanya sampai la kita siap kerja tu. Kot ya pun
bagi la masa sikit. Kalau kerja yang perlu analysis etc. tak akan la seminit dua
dah siap.
3. Boss yang kita tak faham apa yang dia nak
Haaa... bos yang jenis ni memang banyak. Bila time bagi kerja kat kita
seolah-olah dia bagi freedom la kononnya You buatlah macamana you rasa
elok. Waa macam ok jer bunyinya. Tapi bila kita tunjuk output kat dia, haa
macam-macam la katanya. Bukan macam ni yang I nak. Ah sudah! cakap je
la awal-awal yang macamana yang dia nak.
Boss jenis tak konsisten
Boss jenis ni memang letih kita. Memang tahan sabar je la. Suruh
buat macam ni, jumpa dia sekali dia ubah lak tang lain. Jumpa dia
lepas tu lain pulak yang disuruhnya. Aaaa kacau Boss macam ni elok
dikurangkan aje berjumpa dengan dia. Baru aman hidup kita. Setiap
kali jumpa, setiap kali dia ubah arahan dia.
Boss jenis yang elok dia dapat nama, yang tak elok?
Boss jenis ni pun ramai. Jenis nak selamatkan diri dia jer. Bila ada salah, kena tegur
dengan orang atas, dia channel kat kita. Haa tu la you patutnya buat macam ni,
bukan macam tu. Padahal semua yang kita buat semua dia dah approve. Ini jenis
bos yang nak lari daripada tanggungjawab. Mati hidup balik dia tak kan pikul
tanggungjawab dia. Yang elok atau dapat pujian memang dia yang kaut semua.
Bab-bab negatif ni semua dia tala kat kita. Silap-silap depan boss besar dia tala
kita. Bestt kan....
4. Boss yang kerja tak buat tapi mengampu kuat
Boss yang macam ni kalau ikut kata dia, kerja biar strategik. Strategik
tengkorak dia... Kalau dah kita jer yang asyik pulun. Dia lepas tangan terus,
sibuk duk pulun kayu golf dengan orang2 besar. Orang macam ni memang
cepat naik pangkat sebab dia pandai ampu boss besar. Yang dok pulun kerja
tak mengampu hmmm.... duduk la kerusi yang sama sampai ke tua.
Boss yang tak nak dengar pendapat orang lain.
Mentang-mentanglah dia boss. Bila dalam meeting tu serupa takde
meeting la. Orang start bagi pendapat, dia cantas. Penghabisnya
meeting tu semua pendapat dia la yang betul. Orang lain ni pakat
cukup syarat jer datang meeting. Dia nak suruh orang dengar dia
bercakap, tu jer matlamat dia.
BOS HITAM PUTIH.
Bos dalam kategori ini berada dalam kekeliruan dan sukar memahami sesuatu. Dia
tidak memahami konteks sesuatu perkara dan idea-idea yang sukar. Jika demikian
keadaannya, layanilah bos sebegini seperti mana kita melayani anak-anak kecil.
Berikan dia maklumat-maklumat yang mudah berserta sokongan data-data yang
meyakinkan. Jangan cuba memaksanya memahami perkara-perkara yang sukar dan
memeningkan kepalanya sahaja.
5. BOS YANG LEMAH.
Bos seperti ini hakikatnya tidak berminat sama sekali menjadi bos. Kelakuannya beragam-
ragam. Dia mahu di-sukai oleh orang lain dan bencikan konflik serta risiko. Dia amat lemah
dalam kemahiran mengurus, tetapi tidak bersedia mempelajarinya. Berdepan dengan bos
sebegini memerlukan kita mengenal pasti masalah-masalah yang ada dan menghindarkan
diri daripada memperkatakan apa yang menjadi kebenciannya. Jika dia tidak mahu
mengambil peranan kepimpinan, berhubunglah dengan bos kepada bos itu. Ambil inisiatif
bagi melaksanakan kerja-kerja yang perlu, tetapi jangan lupa memaklumkannya
perkembangan yang berlaku dalam organisasi. Jadikan hidupnya menyenangkan. Dia tetap
perlu dimaklumkan dengan isu-isu kritikal sahaja supaya tindakan anda mendapat
sokongannya apabila timbul apa-apa pertelingkahan di kemudian hari.
BOS YANG SUKA BERPOLITIK.
Bos sebegini selalunya mempunyai agenda tertentu dan hanya merujuk kepada anda
sekiranya anda mampu me-nyempurnakan agendanya. Dia juga tidak teragak-agak
mengorbankan anda sebagai ¡®kambing hitamnya¡¯ apabila matlamatnya terjejas. Kepada bos
sebegini, penuhilah impiannya dengan menjadikan mereka kelihatan hebat dengan kejayaan
projek-projek yang strategik. Anda pula, hanya perlu memfokuskan kepada kerja-kerja yang
mempunyai nilai yang tinggi sahaja, tetapi kurang glamor. Anda juga perlu ingat bos sebegini
pasti bertindak balas hatta sanggup menghapuskan anda jika kedudukan dan agendanya
diancam. Jika perlu, maklumkan ke pengetahuan pihak atasan peranan penting bos sebegini
kepada kejayaan sesebuah projek supaya dia merasa bangga dengan tindakan kita
mengharumkan namanya. Anda tidak rugi berbuat demikian kerana masa anda naik pasti
tiba juga apabila bos sebegini naik kerana kejayaannya bergantung pada anda.
6. BOS YANG GHAIRAH PADA PERKARA-PERKARA KECIL.
Biar betapa kerap dan baik pun anda melakukan sesuatu, bos sebegini sentiasa mencari
kesalahan anda. Anda tentu merasa sangat kecewa dan hilang upaya berdepan dengan bos
sebegini. Mengapa dia begitu tidak mempercayai anda? Ini mungkin disebabkan dia tidak
sanggup menerima kegagalan. Bagi bos sebegini, berilah maklumat yang lengkap dan
yakinkan dirinya yang anda mengambil langkah-langkah yang berhati-hati ketika
melaksanakan kerja-kerja anda.
BOS YANG HALIMUNAN.
Anda tentu menjadi tidak tentu hala kerana bos ini tidak memandu anda dalam
melaksanakan sesuatu kerja. Wujud ataupun tidak wujudnya bos ini tidak
membantu anda kerana dia adalah halimunan. Halimunan mungkin kerana dia
sentiasa sibuk dengan urusan lain, tidak mahu mengambil tahu ataupun tidak
mahir dalam sesuatu perkara dan hanya membiarkan anda sahaja bergelut
dengannya.Bagi bos ini, anda perlulah menggunakan kemahiran komunikasi anda
dengan memberikannya maklumat yang lengkap, ringkas dan mudah sahaja.
Mudahkan dia supaya dapat memberikan keputusan yang anda mahukan.
Tunjukkan kepadanya arah tuju, perancangan dan matlamat kerja anda. Ikatlah
dirinya dengan komitmen secara berkala.
7. BOS YANG HANYA MEMENTINGKAN KERJA SAHAJA.
Bos ini memerah keringat dan idea anda semaksima mungkin sehingga anda mungkin
terpaksa melupakan dunia sebenar anda di luar pejabat. Anda mungkin tidak dapat
bertahan lama dengan bos sebegini. Cubalah cari peluang menerangkan kepadanya
bahawa anda memerlukan keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan.
Howard Eisner (2001) menerusi artikelnya bertajuk ¡°Bad Bosses:
How to Cope if You Get Stuck With One¡± di dalam Majalah Tech
Manager menyenaraikan 6 jenis bos yang teruk, iaitu:
-Bos yang tidak mendengar dengan baik.
-Bos yang bersifat autokratik.
-Bos yang enggan membuat sebarang keputusan.
-Bos yang cenderung mengambil kisah dan men-campuri perkara-perkara
yang kecil dan remeh temeh.
-Bos yang suka mencari masalah dengan sesiapa sahaja.
-Bos yang lebih berminat mendapat pujian atas kejayaan yang dicapai.
8. Walau bagaimanapun rupa dan perangai bos, anda sebenarnya mempunyai dua pilihan. Sama
ada anda berterusan bertahan dengannya sehingga anda mencapai kejayaan yang melayakkan
anda pula bergelar bos ataupun anda mengangkat kaki meninggalkan organisasi itu. Pilihan di
tangan anda. Buatlah pertimbangan yang sewajarnya kerana mencari bos yang terbaik adalah
sama beratnya kepada sesebuah organisasi mencari pekerja yang terbaik. Peranan anda adalah
bekerja dengan baik, cekap, mencapai matlamat anda serta memajukan diri anda. Jika bos
anda gagal membantu anda mencapai hasrat itu, apalah gunanya lagi anda terus berhempas
pulas bersama-sama organisasi sebegini.
Anda perlu ingat peranan bos kepada diri dan kerjaya anda adalah amat penting. Jika anda
mempunyai bos yang bersikap seperti pembimbing, pengajar, mentor dan juru-latih, anda pasti
berjaya dalam mencapai matlamat anda. Jika sebaliknya, anda sebenarnya sudah membazirkan
umur singkat anda kepada sesuatu yang menjahanamkan diri anda sahaja.
Bos lahir daripada pelbagai sumber. Ada orang yang berhempas pulas dari bawah, meniti
tangga kerjaya dan akhirnya menjadi bos. Ada yang masuk sahaja ke dalam organisasi, terus
sahaja menjadi bos, biarpun umur dan pengalaman baru setahun jagung. Ada juga yang
menjadi bos secara kebetulan ataupun dengan tidak sengaja. Bermacam-macam lagi cara
seseorang itu mendapat gelaran bos.
9. Pengurus Penyelesai Masalah.
Pengurus sebegini biasanya amat fokus untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Lebih gemar
mengetahui apakah tindakan-tindakan yang dilakukan dan hanya ingin melihat hasratnya
tercapai. Pengurus sebegini tidak suka mendengar alasan-alasan atau pandangan-pandangan
yang melambatkan proses-proses tindakan.
Pengurus Pengugut.
Pengurus jenis ini suka kakitangannya untuk melakukan sesuatu kerja mengikut
kehendaknya dengan cara memaksa dan dituruti dengan elemen-elemen ugutan. Di
antara ayat-ayat yang berbaur ugutan yang pernah terpacul dari mulut pengurus
seperti ini ialah:
¡°Kalau kerja itu tidak siap minggu ini, bonus awak akan dipotong¡±.
¡°If you think you can¡¯t do it, you are not belonged here¡±.
¡°You need to buck up! Otherwise, I¡¯ll replace you with somebody else¡±.
¡°Saya lihat awak tidak banyak menyumbang untuk jabatan ini tidak seperti pekerja-
pekerja lain. Bagaimana saya hendak naikkan pangkat awak? Elok awak cari kerja lain
sahajalah¡±.
10. Pengurus Kaki Bodek.
Biasanya pengurus seperti ini mengakui bahawa dia tidak berpihak kepada mana-mana parti di
dalam sesebuah organisasi. Macam ¡°lalang¡± dan mengikut arah pengurus atasan untuk
memastikan jawatannya terjamin dan mungkin pangkatnya dinaikkan.Kadangkalanya, pengurus
ini menghadapi masalah sekiranya berlaku apa-apa situasi yang dia tidak terfikirkan atau tidak
bersedia. Jarang sekali mahu membuat keputusan dan lebih suka menyuruh orang lain
membuatnya tetapi mahukan merit sekiranya keputusan tersebut membuahkan hasil yang baik.
Jika sebaliknya, padahlah orang yang membuat keputusan tersebut.
Pengurus Ego.
Pengurus seperti ini hanya fokus untuk diri sendiri sahaja. Baginya, semua
hasil kerja yang telah dilakukan oleh pekerja-pekerjanya adalah
tanggungjawab pekerja-pekerja tersebut tetapi semua penghargaan-
penghargaan yang diterima termasuklah bonus dan kenaikan pangkat
hanyalah untuk dia seorang.Pengurus seperti ini biasanya meletakkan
matlamat hidupnya sendiri sebagai yang paling utama melebihi matlamat
jabatannya.
Pengurus Terlalu Sempurna.
Pada pandangan ramai, pengurus seperti ini mempunyai kualiti diri yang amat bagus.
Walaubagaimanapun, kerana inginkan kesempurnaan sentiasa dan takut untuk menghadapi atau
berlakunya kesilapan, tindakan-tindakannya banyak yang menjurus kepada kelewatan di dalam
membuat keputusan-keputusan kerana terlalu mementingkan dan mencari fakta-fakta tambahan.
11. Pengurus Pasif.
Pengurus seperti ini menganggap menjaga hati para pekerjanya sebagai suatu kemestian. Hanya
membuat keputusan-keputusan setelah pasti bahawa kakitangannya boleh menerima akan
keputusannya. Dia hanya bertindak jika sesuatu kejadian itu telah berlaku dan biasanya telah
terlambat.Mungkin pengurus seperti ini mudah disayangi oleh pekerjanya tetapi juga boleh
mendatangkan masalah sekiranya ingin menjalankan dasar-dasar baru syarikat yang mungkin tidak
disukai oleh para pekerjanya.
Pengurus Proaktif.
Pengurus Proaktif pula adalah seorang pengurus yang memiliki kesemua
elemen-elemen yang baik dan ideal daripada semua jenis-jenis pengurus
yang aku sebutkan di atas dan tanpa apa-apa cacat celanya. Pengurus pro-
aktif adalah jenis pengurus yang terbaik yang diperlukan oleh sesebuah
organisasi atau syarikat yang mahukan kejayaan yang cemerlang.