1. Sek. Men. keb. JenJaroM
42600, JenJaroM ,
Selangor
Modul SilibuS MiniMuM
TingkaTan 4
bahaSa Melayu
diSediakan oleh:
PaniTia bahaSa Melayu
SMk JenJaroM
2. PRAKATA
Modul ini dihasilkan dengan satu tujuan iaitu membantu pelajar Tingkatan Empat
untuk memahami sukatan dan bentuk soalan SPM yang berbeza daripada bentuk soalan
PMR agar lebih mudah untuk mereka menguasai teknik menjawab soalan SPM sebenar
serta mencapai kejayaan cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu menerusi
peperiksaan SPM. Hal ini demikian kerana Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras
yang memerlukan pelajar mendapat keputusan yang baik dan membantu mereka
meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.,
Selain itu juga, modul ini dihasilkan untuk membantu para guru membuat
persediaan mengajar yang lebih rapi dalam usaha melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran baru di dalam bilik darjah kepada para pelajar tingkatan empat . Modul ini
boleh digunakan untuk mengajar dan pelajar menggunakan untuk tujuan latih tubi dan
rujukan.
Modul ini dihasilkan mengikut topikal tetapi masih mengekalkan format
peperiksaan SPM Bahasa Melayu yang sebenar sama ada berhubung dengan bentuk soalan
mahu pun skema jawapan yang disediakan. Selain itu, topik-topik yang ada di dalamnya
mengikut Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Bahasa Melayu Tingkatan Empat dan Tingkatan
5.
Modul ini dihasilkan oleh sekumpulan Guru Cemerlang Bahasa Melayu yang rata-
rata terdiri daripada guru-guru berpengalaman mengajar melebihi 10 tahun. Ada dalam
kalangan mereka yang menjadi Jurulatih Utama dan pemeriksa kertas Bahasa Melayu
dalam peperiksaan SPM. Modul ini disusun semula oleh Panitia Bahasa Melayu SMK
Jenjarom untuk disesuaikan dengan sasaran pelajar di SMK Jenjarom.
Diharapkan agar pelajar-pelajar dan guru-guru akan memanfaatkan Modul ini
dalam usaha memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang, khususnya dalam
Bahasa Melayu. Segala usaha ke arah meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu akan dapat membuahkan hasil yang memberangsangkan.
Sekian. Terima kasih
Kumpulan Guru Cemerlang Bahasa Melayu
Daerah Kuala Langat.
Panitia Bahasa Melayu SMK Jenjarom
3. BAHAGIAN 1
KARANGAN BAHAGIAN A
Karangan Bahan Rangsang
( Karangan Berpandu )
BAHAGIAN 1 : KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
Penulisan Karangan berpandu / berdasarkan bahan rangsangan
1. Panjangnya karangan berpandu yang ditulis hendaklah dalam lingkungan 200-250
patah perkataan.
2. Karangan ini sebaik-baiknya hendaklah disiapkan dalam masa 45 minit.
3. Karangan ini memperuntukkan 30 markah.
4. Karangan ini mesti mempunyai pendahuluan, isi dan penutup.
5. Pelajar digalakkan menyelitkan unsure-unsur keindahan bahasa seperti peribahasa,
ungkapan, cogan kata dan sebagainya.
Strategi Penulisan Karangan Berpandu
4. 1. Kenal pasti kehendak soalan berdasarkan tema soalan.
2. Tulis karangan tersebut dalam 5 perenggan meliputi perenggan pendahuluan,
perenggan isi dan perenggan penutup.
3. Jenis-jenis ayat yang terdapat dalam setiap perenggan tersebut adalah seperti
berikut:-
a) Perenggan pengenalan hendaklah terdiri daripada 4- 5 ayat . Ayat pertama
ialah isu. Ayat kedua ialah kesan isu. Ayat ketiga ialah tindakan umum. Ayat
keempat ialah kesan tindakan umum. Ayat kelima ialah kehendak soalan.
b) Perenggan isi terdiri daripada ayat judul, ayat huraian, ayat contoh dan ayat
penegas. Ayat judul ialah ayat isi utama, iaitu ayat yang menyatakan isi
penting karangan tersebut. Ayat huraian ialah ayat yang menjelaskan isi
karangan dengan menjawab soalan mengapa dan bagaimana. Ayat contoh
pula ialah ayat yang memasukkan contoh bagi memperkukuhkan isi yang
dikemukakan. Ayat penegas ialah ayat yang memberikan penegasan tentang
isi dan huraian yang dikemukakan dalam perenggan tersebut.
c) Perenggan penutup terdiri daripada ayat penegasan semula isi, ayat
cadangan , ayat alasan , ayat harapan dan peribahasa . Ayat penegasan
semula isi ialah ayat yang memberikan pendapat secara keseluruhan tentang
karangan yang ditulis. . Ayat cadangan pula mengandungi unsur saranan
atau cadangan untuk mengatasi atau membuat sesuatu. Ayat alasan ialah
ayat yang menyokong cadangan yang diberikan . Ayat harapan ialah ayat
yang mengandungi harapan penulis berkaitan sesuatu cadangan. Peribahasa
ialah ayat peribahasa yang sesuai dengan isu yang dibincangkan
BAHAGIAN A : Karangan Berpandu/ Berdasarkan Bahan Rangsangan
Pengenalan
• Karangan bahagian A merupakan karangan yang terdapat dalam kertas satu dan
wajib dijawab oleh semua calon.
• Karangan ini ditulis berdasarkan bahan rangsangan yang diberi. Bahan-bahan
rangsangan yang dikemukakan itu berupa:
o -gambar tunggal, gambar bersiri, jadual, iklan, ilustrasi, kartun, pelan,
petikan., gambarajah, catatan.
• Karangan ini untuk menilai tahap kefahaman pelajar terhadap bahan
o rangsangan yang diberi, menilai kecekapan dalam membuat tafsiran dan
o menganalisis bahan rangsangan di samping menilai tahap pengetahuan
tentang isu-isu semasa.