ݺߣ

ݺߣShare a Scribd company logo
MODUL 3: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
       Modul 3E Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran

JUMLAH JAM: 3 JAM (BERSEMUKA)
                      2 JAM (TUGASAN DAN PEMBELAJARAN
                      KENDIRI)


1. SINOPSIS
      Modul     ini   memperkenalkan     aspek    pengurusan    pengajaran      dan
      pembelajaran yang merangkumi pembinaan persekitaran pengajaran
      berkesan dan pengurusan persekitaran pembelajaran berkesan.


2. HASIL PEMBELAJARAN
      Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat:
      i.      Menjelaskan ciri-ciri persekitaran pembelajaran yang positif;
      ii.     Merancang pengurusan pengajaran dan pembelajaran dengan
              berkesan.


3. PEMBAHAGIAN TOPIK DAN MASA

                             TOPIK                                       JAM

1.   Pengurusan persekitaran pembelajarn berkesan                       1 JAM
      1.1 Mewujudkan iklim pembelajaran positif
      1.2 Pengurusan kelas


2.   Pembinaan persekitaran pengajaran berkesan                         2 JAM
      2.1 Pengajaran kolaboratif/berpasukan
      2.2 Amalan reflektif


JUMLAH                                                                  3 JAM
4. PENILAIAN
      Tugasan berkumpulan (100%)
      Menyelesaikan kes yang berkaitan dengan pengurusan pengajaran dan
      pembelajaran.


5. RUJUKAN

Biggs, J. (1999). Teaching for quality learning at university. Buckingham, U.K.:
      Society for Research into Higher Education & Open University Press.


Fry, H., Ketteridge, S. & Marshall, S. (2003). A handbook for teaching and
      learning in higher education: Enhancing academic practice (2nd ed.).
      London: Kogan Page.


Kane, R., Sandretto, S., & Heath, C. (2002). Telling half the story: A critical
      review of research on the teaching beliefs and practices of university
      academics. Review of Educational Research, 72 (2), 177 C 228.


Ramsden, P. (1992). Learning to teach in higher education. London & New York:
      Routledge.
HURAIAN KANDUNGAN


1.    PENGURUSAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN BERKESAN
1.1   Mewujudkan iklim pembelajaran yang positif
Pensyarah yang bagus dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif
dan merangsang pelajar ke tahap pembelajaran maksimum. Ramsden (1992)
menggariskan ciri-ciri berikut sebagai asas kepada pengajaran yang baik ke arah
menghasilkan suasana pembelajaran yang positif:
         ?   A desire to share your love of the subject with students
         ?   An ability to make the material being taught stimulating and
             interesting
         ?   A facility for engaging with students at their level of understanding
         ?   A capacity to explain material plainly
         ?   A commitment to making it absolutely clear what has to be
             understood, at what level and why
         ?   Showing concern and respect for students
         ?   A commitment to encouraging student independence
         ?   An ability to improve and adapt to new demands
         ?   Using teaching methods and academic tasks that require students
             to learn actively, responsibly, and cooperatively
         ?   Using valid assessment methods
         ?   Giving the highest quality feedback on students work
         ?   A desire to learn from students and other sources about the effects
             of teaching and how it can be improved.


Ciri-ciri di atas selaras dengan dapatan kajian penilaian terhadap pengajaran
iaitu apabila pelajar diminta mengenal pasti ciri-ciri pensyarah yang bagus
mereka menyenaraikan ciri berikut: penyusunan (organization), menimbulkan
minat (stimulation of interest), penjelasan yang boleh difahami (understandable
explanations), berempati dengan keperluan pelajar (empathy with students
needs), maklum balas terhadap kerja pelajar (feedback on work), matlamat yang
jelas (clear goals), dan menggalakkan belajar berfikir (encouraging independent
thought). Ciri paling bawah yang disenaraikan adalah personality pensyarah dan
sense of humour. Mengikut Ramsden (1992), dapatan-dapatan ini menyangkal
pandangan umum bahawa pelajar tidak dapat membezakan antara pensyarah
popular dengan pensyarah bagus.


Berdasarkan kesemua ciri-ciri di atas, Ramsden (1992) mengenal pasti enam
prinsip utama pengajaran berkesan (effective teaching) iaitu yang dapat
menghasilkan suasana pembelajaran positif.


Prinsip 1: Minat dan penjelasan (Interest and explanation)
Telah diakui semua pensyarah mesti berupaya memberi huraian yang jelas
tentang isi kandungan (subject matter). Malah, lebih penting lagi adalah
keupayaan menjadikan isi kandungan menarik sehingga pelajar merasa seronok
mempelajarinya. Apabila pelajar berminat terhadap sesuatu subjek, mereka akan
berusaha bersungguh-sunggu. Ini merupakan ciri penting pendekatan mendalam
dalam pembelajaran (rujuk modul 3A).


Prinsip 2: Keprihatinan dan hormat terhadap pelajar dan pembelajaran
pelajar (Concern and respect for students and student learning)
Satu lagi ciri penting pensyarah bagus adalah memberi perhatian dan
menghormati pelajar serta pembelajaran mereka. Mengikut Ramsden (1992), it
is sad that they are often scarce commodities in higher education. The
archetypical arrogant professor, secure in the omnipotent possession of
boundless knowledge, represents a tradition that dies hard. Certain lecturers,
especially new ones, seem to take a delight in trying to imitate him (hlm. 97).
Kajian-kajian tentang pendidikan tinggi seperti meta-analisis terhadap penilaian
pelajar menegaskan kepentingan menghormati dan memberi pertimbangan
kepada pelajar dalam menghasilkan pembelajaran berkesan.
Prinsip 3: Penilaian dan maklum balas yang sesuai (Appropriate
assessment and feedback)
Memberi maklum balas terhadap kerja-kerja pelajar adalah juga penting. Kajian
mendapati pelajar kerap mengenal pasti aspek ini sebagai ciri pensyarah yang
bagus. Mengikut Ramsden (1992, hlm. 99), Setting appropriate tasks . . . is
evidently a difficult but crucial skill. It implies questioning in a way that demands
evidence of understanding, the use of a variety of techniques for discovering
what students have learned, and an avoidance of any assessments that require
stdeunts to rote-learn or merely to reproduce detail (lihat Modul 4).


Prinsip 4: Matlamat yang jelas dan mencabar intelek (Clear goals and
intellectual challenge)
Dapatan dari kajian pengajaran berkesan peringkat sekolah telah mengenal pasti
kepentingan guru mempunyai jangkaan akademik yang tinggi bagi menghasilkan
pencapaian pelajar yang tinggi. Oleh sebab prinsip ini boleh diaplikasikan bagi
pendidikan tinggi, pensyarah perlulah mengemukakan tugasan dan soalan yang
mencabar intelek pelajar.


Prinsip 5: Kebebasan, kawalan, dan penglibatan aktif (Independence,
control and active engagement)
Pembelajaran berkualiti tinggi bermakna pelajar terlibat secara aktif, mempunyai
pilihan terhadap cara mereka belajar dan mempunyai kawalan terhadap aspek
yang dipelajari. Mengikut Ramsden (1992, hlm. 100), [g]ood teaching fosters
this sense of student control over learning and interest in the subject matter.


Prinsip 6: Belajar daripada pelajar (Learning from students)
Pensyarah yang bagus adalah yang sentiasa sanggup menerima dan melakukan
perubahan. Ini termasuklah kesanggupan untuk mengenal pasti kesan
pembelajaran kepada pelajar dan mengubahsuai pengajaran berdasarkannya.
Untuk itu pensyarah perlu menyediakan peluang bagi pelajar untuk memberikan
maklum balas berhubung dengan pembelajaran mereka. Contohnya, pensyarah
boleh bertanya pendapat pelajar dan meneliti hasil pembelajaran mereka.


1.2      Pengurusan kelas


Mengikut Biggs (1999), isu pengurusan menjadi semakin penting apabila saiz
kelas adalah besar kerana dari segi pensyarah, saiz kelas menghalang
penggunaan strategi mewujudkan hubungan rapat dengan pelajar (close contact)
sementara dari segi pelajar, saiz kelas bermakna mereka tiada identiti
(anonymous). Walaupun bahagian berikut membincangkan pengurusan kelas
besar, prinsip yang dihuraikan boleh diaplikasi juga bagi pengurusan semua saiz
kelas.


Bagi menguruskan kelas besar secara berkesan, di samping perkara yang
dibincangkan dalam modul tentang kaedah kuliah (lihat Modul 3 B), pengajaran
hendaklah mengambil kira perkara berikut:


?     Persediaan C kelas besar memerlukan persediaan terperinci dan teliti;
      perubahan kelas secara tiba-tiba sukar dilaksanakan; bahan dan teknologi
      pengajaran seperti nota, transparensi, dan mikrofon perlu disediakan
      bersesuaian dengan saiz kelas dan memerlukan masa yang secukupnya
      untuk persediaan,
?     Semasa kuliah C kepentingan eye-contact dengan pelajar; pastikan kejelasan
      suara sehingga boleh didengar di belakang kelas; dalam berinteraksi dengan
      pelajar dalam bilik kuliah, fokus kepada susunan U (barisan belakang dan
      tepi) bukan kepada T (barisan depan dan tengah) terutama apabila
      menanyakan    soalan   atau   mendapatkan    penglibatan   pelajar;   apabila
      pensyarah ingin pelajar mencatat nota secara verbatim, beritahu pelajar dan
      bacakan (dictate) atau gunakan OHP serta berikan masa yang mencukupi
untuk pelajar menyalin; jika ingin memberi nota edaran, berikan pada awal
    atau akhir pengajaran dengan meletakkannya di hadapan kelas supaya
    pelajar boleh mengambilnya semasa masuk atau keluar.
?   Menyoal C prosedur menanyakan soalan dalam kelas besar berbeza
    daripada dalam kelas kecil. Pensyarah perlu menjelaskan kepada pelajar
    peraturan yang digunakan, sama ada dikemukakan pada akhir kuliah, pada
    bila-bila masa sahaja, ketika pensyarah berhenti dari masa ke masa untuk
    membolehkan pelajar bertanya, atau secara satu-sama-satu selepas kelas.
    Jika kelas sangat besar, mungkin lebih baik meminta pelajar menuliskan
    soalan mereka dan pass soalan ke hadapan (daripada meminta pelajar
    menjeritkan soalan) C pensyarah boleh menjawabnya ketika itu atau sebagai
    pengenalan sesi yang berikutnya.
?   Personalizing the class C satu ciri pengajaran kelas besar yang tidak digemari
    pelajar adalah tiadanya hubungan rapat antara pensyarah dengan pelajar
    (impersonality); bagi mengatasi perkara ini pensyarah boleh menggunakan
    cadangan berikut:
    ?   Berdiri di hadapan rostrum dari masa ke masa, jangan membaca daripada
        nota, bergerak ke serata bilik kuliah C kesemua ini memberi gambaran
        accessibility bukan jarak. Walau bagaimanapun, berdiri tegak apabila
        menyampaikan isi-isi penting.
    ?   Jika sesi merupakan aktiviti keseluruhan kelas (whole-class activity)
        seperti kuliah, semasa anda bergerak ke sekeliling bilik kuliah, jangan
        hanya bercakap secara individu dengan pelajar yang berdekatan apabila
        ia kemukakan pertanyaan. Semua persoalan mestilah dilayan sebagai
        soalan yang datang daripada seluruh kelas dengan mengulangi soalan itu
        melalui mikrofon sementara melihat kepada kedudukan U.
    ?   Pada permulaan kelas, minta pelajar yang duduk bersebelahan
        memperkenalkan diri kepada satu sama lain.
    ?   Datang ke kelas lebih awal atau tinggalkan kelas lewat untuk
        membolehkan pelajar berjumpa anda jika ada kemusykilan.
    ?   Selitkan unsur jenaka yang relevan bagi menghidupkan suasana kelas.
1.3     Refleksi
Sejauh    manakah    anda   telah   menggunakan    prinsip   dan   petua   untuk
menghasilkan persekitaran berkesan yang dibincangkan di atas dalam kelas
anda?




2.      PEMBINAAN PERSEKITARAN PENGAJARAN BERKESAN


2.1   Pengajaran kolaboratif/berpasukan
Pengajaran berpasukan mempunyai pelbagai istilah seperti; team teaching,
shared teaching, collaborative teaching. Bagaimanapun kesemua istilah ini
mempunyai makna yang sama iaitu berkaitan dengan pengurusan pengajaran
yang melibatkan dua orang pensyarah atau lebih bagi satu-satu kursus. Pasukan
yang dibentuk ini boleh melibatkan sama ada pensyarah daripada bidang
pengkhususan/disiplin yang sama atau merentas bidang/disiplin tetapi berkaitan
dengan khusus yang diajar. Pada asasnya terdapat tiga bentuk pengajaran
berpasukan:
 a)     Pensyarah yang terlibat bertanggung jawab        terhadap penyediaan
        kandungan kursus, pengajaran bersama dan membuat penilaian bagi
        kursus yang diajar. Mereka mengajar bersama di dalam kelas,
        membincangkan spesifik tajuk daripada perspektif yang berbeza;
 b)     Pensyarah yang terlibat bertanggung jawab terhadap penyediaan
        kandungan dan penilaian. Pengurusan pengajaran pula adalah mengikut
        giliran berdasarkan kepada bidang pengkhususan pensyarah. Ada
        kalanya pensyarah yang tidak terlibat dalam pengajaran boleh bertindak
        sebagai pemerhati dalam konteks pemerhatian rakan sebaya dan
berperanan untuk memberi komen atau cadangan bagi mempertingkatkan
     tahap pengajaran dan pembelajaran kursus berkaitan;
c)   Seorang penyelaras diberi tanggungjawab untuk menyediakan kandungan
     kursus dan penilaian. Kursus dikendalikan oleh pensyarah jemputan dan
     panel yang dipilih bersesuaian dengan tajuk tertentu.


     Kekuatan pengajaran berpasukan
     ?   perkongsian tanggungjawab dan peranan Cmeringankan beban tugas
         dan memudahkan perbincangan
     ?   himpunan pelbagai kepakaran yang boleh dirujuk oleh pelajar
     ?   potensi kreatif C pelbagai perspektif dikemukakan berdasarkan
         pengalaman pensyarah yang terlibat
     ?   menyediakan sokongan C dapat membantu pengendalian teknik
         pengajaran secara berkumpulan.

     Kelemahan
     ? menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar sekiranya terdapat
         perbezaan pandangan antara pensyarah
     ?   perancangan awal diperlukan bagi memudahkan pengajaran
     ?   keserasian antara pensyarah


     Panduan menjalankan pengajaran secara berpasukan dengan
     berkesan:

     ?   Rancang dengan teliti kursus yang dilaksanakan secara berpasukan
         kerana keserasian antara pensyarah diperlukan bagi menjamin
         kejayaan pelaksanaan
     ?   Beritahu pelajar tentang tujuan pengajaran secara berpasukan.
     ?   Pensyarah yang terlibat tidak boleh bersaing antara satu sama lain
         terutamanya bagi mendapat perhatian pelajar.
     ?   Penentuan tajuk atau sesi pengajaran hendaklah disusun mengikut
         kepakaran pensyarah
?    Sokongan daripada pentadbir diperlukan bagi melicinkan
           perjalanan kursus.


2.2 Amalan Reflektif
Pelbagai strategi pengajaran diperlukan bagi menghasilkan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan khususnya di peringkat pendidikan
tinggi. Dalam mempraktikkan pelbagai strategi ini berkemungkinan ada
pensyarah yang merasakan kurang selesa dengan sesetengah strategi
yang digunakan. Cara terbaik bagi menilai gaya pengajaran adalah
dengan melakukan refleksi kendiri. Fry et al. (2003) mengatakan bahawa
refleksi memainkan peranan penting in transforming and integrating new
experiences and understanding with previous/existing knowledge. Ini
bermakna     refleksi   menjadi   kunci   kepada   pembelajaran   melalui
pengalaman. Untuk memahami gaya pengajaran dan belajar cara
mengajar bagi menjadi pensyarah yang aktif dan mempunyai arah tuju
yang jelas, amalan reflektif dapat membantu menilai pencapaian kendiri.
Kemahiran refleksi boleh diperolehi melalui pelbagai latihan:
      ?    menyediakan dairi/catatan selepas setiap pengajaran
      ?    menggunakan analisis kritikal insiden semasa pengajaran
      ?    menyediakan soalan tentang aspek yang ingin diperhati/dikaji
           dan menjawab persoalan tersebut selepas pengajaran
      ?    menggalakkan pemerhatian rakan sebaya dan berkongsi
           maklumat selepas pengajaran
      ?    menggunakan pandangan, cadangan dan komen pelajar sama
           ada yang melibatkan aspek kognitif, afektif atau hubungan
           interpersonal khususnya selepas satu-satu tajuk
      ?    membuat rakaman video dan menilai aspek yang ingin
           diperbaiki sama ada selepas satu tajuk atau sesuatu program
           tamat
Menjadi pengamal reflektif (reflective practitioner) amatlah penting
          bagi      seorang     pensyarah   yang   menjadi    pakar   dalam    tugas
          pengajaran. Aktiviti reflektif ini boleh dilaksanakan secara berterusan
          dalam tiga peringkat:
            i.        Sepanjang masa aktiviti pengajaran berjalan
            ii.       Selepas tamat satu modul/kursus/tajuk
            iii.      Selepas tamat satu program


            Bagi       membantu     mengubah       atau   menambahbaik        amalan
            pengajaran setiap apa yang dinilai perlu direkodkan. Rekod ini
            boleh dilaksanakan secara penyediaan log pembelajaran. Log/diari
            ini perlu mencatatkan perkara berikut:
            ?      Dapatan daripada refleksi kendiri
            ?      Perubahan yang diperlukan/dicadangkan
            ?      Perkara tertentu yang perlu diberi perhatian untuk memperbaiki
                   pengajaran
            ?      Rancangan bagi memperbaiki pengajaran
            ?      Tindakan susulan yang patut dilaksanakan

2.3   Refleksi

      Pernahkah anda membuat refleksi kendiri terhadap pengajaran anda?
      Jika ya, apakah cara yang anda gunakan dan apakah kesannya terhadap
      pengajaran anda? Jika tidak, mengapa?

More Related Content

Modul%203%203 e[1]

  • 1. MODUL 3: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Modul 3E Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran JUMLAH JAM: 3 JAM (BERSEMUKA) 2 JAM (TUGASAN DAN PEMBELAJARAN KENDIRI) 1. SINOPSIS Modul ini memperkenalkan aspek pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pembinaan persekitaran pengajaran berkesan dan pengurusan persekitaran pembelajaran berkesan. 2. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat: i. Menjelaskan ciri-ciri persekitaran pembelajaran yang positif; ii. Merancang pengurusan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. 3. PEMBAHAGIAN TOPIK DAN MASA TOPIK JAM 1. Pengurusan persekitaran pembelajarn berkesan 1 JAM 1.1 Mewujudkan iklim pembelajaran positif 1.2 Pengurusan kelas 2. Pembinaan persekitaran pengajaran berkesan 2 JAM 2.1 Pengajaran kolaboratif/berpasukan 2.2 Amalan reflektif JUMLAH 3 JAM
  • 2. 4. PENILAIAN Tugasan berkumpulan (100%) Menyelesaikan kes yang berkaitan dengan pengurusan pengajaran dan pembelajaran. 5. RUJUKAN Biggs, J. (1999). Teaching for quality learning at university. Buckingham, U.K.: Society for Research into Higher Education & Open University Press. Fry, H., Ketteridge, S. & Marshall, S. (2003). A handbook for teaching and learning in higher education: Enhancing academic practice (2nd ed.). London: Kogan Page. Kane, R., Sandretto, S., & Heath, C. (2002). Telling half the story: A critical review of research on the teaching beliefs and practices of university academics. Review of Educational Research, 72 (2), 177 C 228. Ramsden, P. (1992). Learning to teach in higher education. London & New York: Routledge.
  • 3. HURAIAN KANDUNGAN 1. PENGURUSAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN BERKESAN 1.1 Mewujudkan iklim pembelajaran yang positif Pensyarah yang bagus dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan merangsang pelajar ke tahap pembelajaran maksimum. Ramsden (1992) menggariskan ciri-ciri berikut sebagai asas kepada pengajaran yang baik ke arah menghasilkan suasana pembelajaran yang positif: ? A desire to share your love of the subject with students ? An ability to make the material being taught stimulating and interesting ? A facility for engaging with students at their level of understanding ? A capacity to explain material plainly ? A commitment to making it absolutely clear what has to be understood, at what level and why ? Showing concern and respect for students ? A commitment to encouraging student independence ? An ability to improve and adapt to new demands ? Using teaching methods and academic tasks that require students to learn actively, responsibly, and cooperatively ? Using valid assessment methods ? Giving the highest quality feedback on students work ? A desire to learn from students and other sources about the effects of teaching and how it can be improved. Ciri-ciri di atas selaras dengan dapatan kajian penilaian terhadap pengajaran iaitu apabila pelajar diminta mengenal pasti ciri-ciri pensyarah yang bagus mereka menyenaraikan ciri berikut: penyusunan (organization), menimbulkan minat (stimulation of interest), penjelasan yang boleh difahami (understandable explanations), berempati dengan keperluan pelajar (empathy with students
  • 4. needs), maklum balas terhadap kerja pelajar (feedback on work), matlamat yang jelas (clear goals), dan menggalakkan belajar berfikir (encouraging independent thought). Ciri paling bawah yang disenaraikan adalah personality pensyarah dan sense of humour. Mengikut Ramsden (1992), dapatan-dapatan ini menyangkal pandangan umum bahawa pelajar tidak dapat membezakan antara pensyarah popular dengan pensyarah bagus. Berdasarkan kesemua ciri-ciri di atas, Ramsden (1992) mengenal pasti enam prinsip utama pengajaran berkesan (effective teaching) iaitu yang dapat menghasilkan suasana pembelajaran positif. Prinsip 1: Minat dan penjelasan (Interest and explanation) Telah diakui semua pensyarah mesti berupaya memberi huraian yang jelas tentang isi kandungan (subject matter). Malah, lebih penting lagi adalah keupayaan menjadikan isi kandungan menarik sehingga pelajar merasa seronok mempelajarinya. Apabila pelajar berminat terhadap sesuatu subjek, mereka akan berusaha bersungguh-sunggu. Ini merupakan ciri penting pendekatan mendalam dalam pembelajaran (rujuk modul 3A). Prinsip 2: Keprihatinan dan hormat terhadap pelajar dan pembelajaran pelajar (Concern and respect for students and student learning) Satu lagi ciri penting pensyarah bagus adalah memberi perhatian dan menghormati pelajar serta pembelajaran mereka. Mengikut Ramsden (1992), it is sad that they are often scarce commodities in higher education. The archetypical arrogant professor, secure in the omnipotent possession of boundless knowledge, represents a tradition that dies hard. Certain lecturers, especially new ones, seem to take a delight in trying to imitate him (hlm. 97). Kajian-kajian tentang pendidikan tinggi seperti meta-analisis terhadap penilaian pelajar menegaskan kepentingan menghormati dan memberi pertimbangan kepada pelajar dalam menghasilkan pembelajaran berkesan.
  • 5. Prinsip 3: Penilaian dan maklum balas yang sesuai (Appropriate assessment and feedback) Memberi maklum balas terhadap kerja-kerja pelajar adalah juga penting. Kajian mendapati pelajar kerap mengenal pasti aspek ini sebagai ciri pensyarah yang bagus. Mengikut Ramsden (1992, hlm. 99), Setting appropriate tasks . . . is evidently a difficult but crucial skill. It implies questioning in a way that demands evidence of understanding, the use of a variety of techniques for discovering what students have learned, and an avoidance of any assessments that require stdeunts to rote-learn or merely to reproduce detail (lihat Modul 4). Prinsip 4: Matlamat yang jelas dan mencabar intelek (Clear goals and intellectual challenge) Dapatan dari kajian pengajaran berkesan peringkat sekolah telah mengenal pasti kepentingan guru mempunyai jangkaan akademik yang tinggi bagi menghasilkan pencapaian pelajar yang tinggi. Oleh sebab prinsip ini boleh diaplikasikan bagi pendidikan tinggi, pensyarah perlulah mengemukakan tugasan dan soalan yang mencabar intelek pelajar. Prinsip 5: Kebebasan, kawalan, dan penglibatan aktif (Independence, control and active engagement) Pembelajaran berkualiti tinggi bermakna pelajar terlibat secara aktif, mempunyai pilihan terhadap cara mereka belajar dan mempunyai kawalan terhadap aspek yang dipelajari. Mengikut Ramsden (1992, hlm. 100), [g]ood teaching fosters this sense of student control over learning and interest in the subject matter. Prinsip 6: Belajar daripada pelajar (Learning from students) Pensyarah yang bagus adalah yang sentiasa sanggup menerima dan melakukan perubahan. Ini termasuklah kesanggupan untuk mengenal pasti kesan
  • 6. pembelajaran kepada pelajar dan mengubahsuai pengajaran berdasarkannya. Untuk itu pensyarah perlu menyediakan peluang bagi pelajar untuk memberikan maklum balas berhubung dengan pembelajaran mereka. Contohnya, pensyarah boleh bertanya pendapat pelajar dan meneliti hasil pembelajaran mereka. 1.2 Pengurusan kelas Mengikut Biggs (1999), isu pengurusan menjadi semakin penting apabila saiz kelas adalah besar kerana dari segi pensyarah, saiz kelas menghalang penggunaan strategi mewujudkan hubungan rapat dengan pelajar (close contact) sementara dari segi pelajar, saiz kelas bermakna mereka tiada identiti (anonymous). Walaupun bahagian berikut membincangkan pengurusan kelas besar, prinsip yang dihuraikan boleh diaplikasi juga bagi pengurusan semua saiz kelas. Bagi menguruskan kelas besar secara berkesan, di samping perkara yang dibincangkan dalam modul tentang kaedah kuliah (lihat Modul 3 B), pengajaran hendaklah mengambil kira perkara berikut: ? Persediaan C kelas besar memerlukan persediaan terperinci dan teliti; perubahan kelas secara tiba-tiba sukar dilaksanakan; bahan dan teknologi pengajaran seperti nota, transparensi, dan mikrofon perlu disediakan bersesuaian dengan saiz kelas dan memerlukan masa yang secukupnya untuk persediaan, ? Semasa kuliah C kepentingan eye-contact dengan pelajar; pastikan kejelasan suara sehingga boleh didengar di belakang kelas; dalam berinteraksi dengan pelajar dalam bilik kuliah, fokus kepada susunan U (barisan belakang dan tepi) bukan kepada T (barisan depan dan tengah) terutama apabila menanyakan soalan atau mendapatkan penglibatan pelajar; apabila pensyarah ingin pelajar mencatat nota secara verbatim, beritahu pelajar dan bacakan (dictate) atau gunakan OHP serta berikan masa yang mencukupi
  • 7. untuk pelajar menyalin; jika ingin memberi nota edaran, berikan pada awal atau akhir pengajaran dengan meletakkannya di hadapan kelas supaya pelajar boleh mengambilnya semasa masuk atau keluar. ? Menyoal C prosedur menanyakan soalan dalam kelas besar berbeza daripada dalam kelas kecil. Pensyarah perlu menjelaskan kepada pelajar peraturan yang digunakan, sama ada dikemukakan pada akhir kuliah, pada bila-bila masa sahaja, ketika pensyarah berhenti dari masa ke masa untuk membolehkan pelajar bertanya, atau secara satu-sama-satu selepas kelas. Jika kelas sangat besar, mungkin lebih baik meminta pelajar menuliskan soalan mereka dan pass soalan ke hadapan (daripada meminta pelajar menjeritkan soalan) C pensyarah boleh menjawabnya ketika itu atau sebagai pengenalan sesi yang berikutnya. ? Personalizing the class C satu ciri pengajaran kelas besar yang tidak digemari pelajar adalah tiadanya hubungan rapat antara pensyarah dengan pelajar (impersonality); bagi mengatasi perkara ini pensyarah boleh menggunakan cadangan berikut: ? Berdiri di hadapan rostrum dari masa ke masa, jangan membaca daripada nota, bergerak ke serata bilik kuliah C kesemua ini memberi gambaran accessibility bukan jarak. Walau bagaimanapun, berdiri tegak apabila menyampaikan isi-isi penting. ? Jika sesi merupakan aktiviti keseluruhan kelas (whole-class activity) seperti kuliah, semasa anda bergerak ke sekeliling bilik kuliah, jangan hanya bercakap secara individu dengan pelajar yang berdekatan apabila ia kemukakan pertanyaan. Semua persoalan mestilah dilayan sebagai soalan yang datang daripada seluruh kelas dengan mengulangi soalan itu melalui mikrofon sementara melihat kepada kedudukan U. ? Pada permulaan kelas, minta pelajar yang duduk bersebelahan memperkenalkan diri kepada satu sama lain. ? Datang ke kelas lebih awal atau tinggalkan kelas lewat untuk membolehkan pelajar berjumpa anda jika ada kemusykilan. ? Selitkan unsur jenaka yang relevan bagi menghidupkan suasana kelas.
  • 8. 1.3 Refleksi Sejauh manakah anda telah menggunakan prinsip dan petua untuk menghasilkan persekitaran berkesan yang dibincangkan di atas dalam kelas anda? 2. PEMBINAAN PERSEKITARAN PENGAJARAN BERKESAN 2.1 Pengajaran kolaboratif/berpasukan Pengajaran berpasukan mempunyai pelbagai istilah seperti; team teaching, shared teaching, collaborative teaching. Bagaimanapun kesemua istilah ini mempunyai makna yang sama iaitu berkaitan dengan pengurusan pengajaran yang melibatkan dua orang pensyarah atau lebih bagi satu-satu kursus. Pasukan yang dibentuk ini boleh melibatkan sama ada pensyarah daripada bidang pengkhususan/disiplin yang sama atau merentas bidang/disiplin tetapi berkaitan dengan khusus yang diajar. Pada asasnya terdapat tiga bentuk pengajaran berpasukan: a) Pensyarah yang terlibat bertanggung jawab terhadap penyediaan kandungan kursus, pengajaran bersama dan membuat penilaian bagi kursus yang diajar. Mereka mengajar bersama di dalam kelas, membincangkan spesifik tajuk daripada perspektif yang berbeza; b) Pensyarah yang terlibat bertanggung jawab terhadap penyediaan kandungan dan penilaian. Pengurusan pengajaran pula adalah mengikut giliran berdasarkan kepada bidang pengkhususan pensyarah. Ada kalanya pensyarah yang tidak terlibat dalam pengajaran boleh bertindak sebagai pemerhati dalam konteks pemerhatian rakan sebaya dan
  • 9. berperanan untuk memberi komen atau cadangan bagi mempertingkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran kursus berkaitan; c) Seorang penyelaras diberi tanggungjawab untuk menyediakan kandungan kursus dan penilaian. Kursus dikendalikan oleh pensyarah jemputan dan panel yang dipilih bersesuaian dengan tajuk tertentu. Kekuatan pengajaran berpasukan ? perkongsian tanggungjawab dan peranan Cmeringankan beban tugas dan memudahkan perbincangan ? himpunan pelbagai kepakaran yang boleh dirujuk oleh pelajar ? potensi kreatif C pelbagai perspektif dikemukakan berdasarkan pengalaman pensyarah yang terlibat ? menyediakan sokongan C dapat membantu pengendalian teknik pengajaran secara berkumpulan. Kelemahan ? menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar sekiranya terdapat perbezaan pandangan antara pensyarah ? perancangan awal diperlukan bagi memudahkan pengajaran ? keserasian antara pensyarah Panduan menjalankan pengajaran secara berpasukan dengan berkesan: ? Rancang dengan teliti kursus yang dilaksanakan secara berpasukan kerana keserasian antara pensyarah diperlukan bagi menjamin kejayaan pelaksanaan ? Beritahu pelajar tentang tujuan pengajaran secara berpasukan. ? Pensyarah yang terlibat tidak boleh bersaing antara satu sama lain terutamanya bagi mendapat perhatian pelajar. ? Penentuan tajuk atau sesi pengajaran hendaklah disusun mengikut kepakaran pensyarah
  • 10. ? Sokongan daripada pentadbir diperlukan bagi melicinkan perjalanan kursus. 2.2 Amalan Reflektif Pelbagai strategi pengajaran diperlukan bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan khususnya di peringkat pendidikan tinggi. Dalam mempraktikkan pelbagai strategi ini berkemungkinan ada pensyarah yang merasakan kurang selesa dengan sesetengah strategi yang digunakan. Cara terbaik bagi menilai gaya pengajaran adalah dengan melakukan refleksi kendiri. Fry et al. (2003) mengatakan bahawa refleksi memainkan peranan penting in transforming and integrating new experiences and understanding with previous/existing knowledge. Ini bermakna refleksi menjadi kunci kepada pembelajaran melalui pengalaman. Untuk memahami gaya pengajaran dan belajar cara mengajar bagi menjadi pensyarah yang aktif dan mempunyai arah tuju yang jelas, amalan reflektif dapat membantu menilai pencapaian kendiri. Kemahiran refleksi boleh diperolehi melalui pelbagai latihan: ? menyediakan dairi/catatan selepas setiap pengajaran ? menggunakan analisis kritikal insiden semasa pengajaran ? menyediakan soalan tentang aspek yang ingin diperhati/dikaji dan menjawab persoalan tersebut selepas pengajaran ? menggalakkan pemerhatian rakan sebaya dan berkongsi maklumat selepas pengajaran ? menggunakan pandangan, cadangan dan komen pelajar sama ada yang melibatkan aspek kognitif, afektif atau hubungan interpersonal khususnya selepas satu-satu tajuk ? membuat rakaman video dan menilai aspek yang ingin diperbaiki sama ada selepas satu tajuk atau sesuatu program tamat
  • 11. Menjadi pengamal reflektif (reflective practitioner) amatlah penting bagi seorang pensyarah yang menjadi pakar dalam tugas pengajaran. Aktiviti reflektif ini boleh dilaksanakan secara berterusan dalam tiga peringkat: i. Sepanjang masa aktiviti pengajaran berjalan ii. Selepas tamat satu modul/kursus/tajuk iii. Selepas tamat satu program Bagi membantu mengubah atau menambahbaik amalan pengajaran setiap apa yang dinilai perlu direkodkan. Rekod ini boleh dilaksanakan secara penyediaan log pembelajaran. Log/diari ini perlu mencatatkan perkara berikut: ? Dapatan daripada refleksi kendiri ? Perubahan yang diperlukan/dicadangkan ? Perkara tertentu yang perlu diberi perhatian untuk memperbaiki pengajaran ? Rancangan bagi memperbaiki pengajaran ? Tindakan susulan yang patut dilaksanakan 2.3 Refleksi Pernahkah anda membuat refleksi kendiri terhadap pengajaran anda? Jika ya, apakah cara yang anda gunakan dan apakah kesannya terhadap pengajaran anda? Jika tidak, mengapa?