Modul 1 membahas soalan 3 tentang pengetahuan dan kemahiran bahasa. Soalan terdiri dari 5 bagian yang meliputi penulisan ayat untuk perkataan tertentu, mengubah bentuk ayat, mengidentifikasi kesalahan ejaan dan tatabahasa, serta menjawab soalan berdasarkan petikan teks.
1 of 10
Download to read offline
More Related Content
Moudul silibus minimum daerah kuala langat
1. Modul 1
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[ 30 markah ]
Jawab semua soalan
a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan , menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.
i) pandang
ii) pandangan
iii) berpandangan
iv) pemandangan
v) terpandang
vi) memandangkan
( 6 markah )
b) Tukar ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah tanpa mengubah maksud
asalnya.
Sarah, tolong ambil bubur kacang di dapur. pinta mak . Bubur kacang in, siapa
yang buat mak? tanya Sarah. Kakak kau yang masak tengah hari tadi . balas
mak.
Dah ambil, tolong hidang di meja, boleh kita minum petang bersama-sama ayah,
tambah mak lagi. Baiklah mak, tentu sedap bubur yang kakak buat, Sarah pun dah
lapar ni, jawab Sarah. Memang sedap tu, kakak kamu bubuh durian yang ayah beli
semalam, terang mak. Ayah, mak, marilah makan, Sarah dah hidang di meja ni,
Sarah memanggil ayah dan maknya minum petang.
( 6 markah )
c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan atau satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i) Kopersai peladang beragih dividen kepada para peladang yang menjadi ahli
selepas mesyuarat agong.
ii) Baju korong yang dipakai oleh Aminah sangat membesar.
iii) Kebanyakan pelancung lebih gemar mengunjungi ke pulau-pulau yang cantik
di persisiran pantai Malaysia.
( 6 markah )
2. d) Dalam ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatbahasa. Anda tidak
perlu meyalin ayat itu semula.
i) Pelbagai kesenangan disediakan untuk penghuni asrama , namun mereka dapat
belajar dengan lebih berkesan.
ii) Peniaga goreng pisang mendapat keuntungan berlipat ganda apabila tempat itu
menjadi fokus orang ramai pada hari minggu.
iii) Datuk menceritakan tentang kekejaman tentera Jepun kepada kita sewaktu
menziarahinya di kampung.
( 6 markah )
e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan tiga situasi yang berbeza terdapat dalam petikan ini.
Perpaduan rakyat menjadi tonggak kegemilangan negara Malaysia. Mereka saling
membantu antara satu sama lain. Mereka amat sedar bahawa pada masa ini sikap
negatif akan menyukarkan kerajaan untuk menyatupadukan rakyat. Sekiranya hal ini
wujud, maka tiada sesiapa pun yang untung. Sebaliknya , mereka akan kehilangan
segala-galanya.
( 6 markah )
3. Modul 2
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[ 30 markah ]
Jawab semua soalan
a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan , menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.
i) kupas
ii) kupasan
iii) jemput
iv) jemputan
v) pecah
vi) pecahan
( 6 markah )
b) Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya .
i) Kita akan memikul bersama-sama tugas mengisi program kemerdekaan
negara.
ii) Semenjak kerajaan melancarkan program kitar semula , tahap kebersihan di
kawasan kediaman semakin meningkat.
iii) Mereka telah membina sebuah gelanggang badminton secara bergotong-
royong pada minggu lepas.
( 6 markah )
c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan atau satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i) Pondok rihat di taman bunga itu telah disalah guna oleh pelajar sebagai tempat
mereka bermain judi dan ponteng sekolah.
ii) Nurul tinggal di belok belakang berhampiran taman mainan kanak-kanak.
iii) Sempena hari lahir anak tunggalnya yang ke 21 , Encik Hafiz telah hadiah
anaknya sebuah kereta.
d) Dalam ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak
perlu meyalin ayat itu semula.
i) Bangunan yang tertinggi sekali di Kuala Lumpur iaitu KLCC telah tidak
4. kelihatan beberapa hari akibat ditutupi jerebu yang melanda negara.
ii) Gerai yang didapati kotor di bandar itu telah digam oleh pihak penguat kuasa
untuk amaran tegas kepada peniaga-peniaga lain.
iii) Para pemimpin peringkat bawahan digesa agar dapat mengadakan pelbagai
program kemasyarakatan supaya rakyat saling faham memahami demi
menjamin keharmonian hidup terpelihara.
( 6 markah )
e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa
yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan.
Majikan : Kita bekerja di sini seperti adik beradik , _________(i)_______
Sebab itu masalah memberikan kesan kepada kami.
Pekerja : Benar, tuan . Saya sudah bekerja di sini lebih sepuluh tahun.
Sejak
kebelakangan ini saya seperti _____(ii )_____seolah-olah tidak
diperlukan lagi di syarikat ini. Kesilapan saya tidak boleh dimaafkan.
Majikan :Tapi kamu berpengalaman. Pengalaman lebih penting dalam
pekerjaan Kita faham ______(iii) __________ . stiap orang tidak
sunyi daripada kesilapan. Kami bersedia untuk memaafkan kesilapan
kamu.
5. Modul 3
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[ 30 markah ]
Jawab semua soalan
a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan seta menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.
i. insentif
ii. intensif
iii. aspirasi
iv. inspirasi
v. interaksi
vi. interprestasi
( 6 markah )
b) Kenal pasti binaan ayat di bawah ini yang berpola FN + FN dan FN + FK. Bahagikan
subjek dan predikatnya berdasarkan pola berkenaan.
i. Bapa Ahmad pensyarah pusat pengajian tinggi.
ii. Semua makhluk bergantung kepada tuhan.
iii. Buku itu ada pada saya.
iv. Bandar Kuala Kangsar Bandar Diraja.
v. Ketabahan memerlukan ketabahan emosi
vi. Sungai itu sungai bersejarah.
( 6 markah )
c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
i. Program Perkhemahan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Peringkat Negeri
Melaka telah dilaksanakan secara perancangan dan tersusun bagi melahirkan
pelajar aktif dan berkarisme.
ii. Mohamad Adib menghadiahkan ibunya telekung ketika ibunya hendak
menunaikan fardhu haji .
iii. Semasa berhimpun murid-murid diminta mencatit nota dalam buku masing-
masing.
( 6 markah )
6. d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.
i. Kerja-kerja menangkap sotong hanya sesuai dilakukan di waktu malam sahaja.
ii. Cita-citanya untuk memanjangkan pelajarnya ke universiti belum tercapai lagi
oleh kerana hidupnya yang susah itu.
iii. Cerpen yang ditulis oleh saya telah memenangi tempat kedua dalam
pertandingan mencipta cerpen anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Selangor baru-
baru ini.
( 6 markah )
e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan satu peribahasa lain
yang sama atau hampir sama dengan maksudnya dengan peribahasa yang cetak tebal.
i. Pada awalnya pasangan kembar itu bergaduh tetapi akhirnya mereka berbaik-
baik semula. Benarlah kata orang, carik-carik bulu ayam, lama-lama
bercantum juga.
ii. Perangai anak itu kasar seperti bapanya juga. Tepatlah kata peribahasa
bagaimana tepuk, begitulah tarinya.
iii. Setelah bertahun-tahun merantau di negara asing, akhirnya dia pulang ke
tempat asalnya, bak kata peribahasa setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya
hinggap di belakang kerbau juga.
( 6 markah )
7. Modul 4
Soalan 3: Kemahiran dan Pengetahuan Bahasa
[ 30 markah ]
Jawab semua soalan
a) Tulis satu ayat bagi setiap pasangan kata yang berbeza maknanya tetapi hampir sama
bunyinya yang diberi supaya jelas menunjukkan maknanya. Anda tidak boleh
menambah imbuhan, menukar imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa dan nama khas.
i. Belot belut
ii. Cocok cucuk
iii. Tembok tembuk
( 6 markah )
b) Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian pisahkan kandungan petikan itu
kepada enam ayat dasar. Anda hendaklah mengekalkan struktur dan maksud asalnya.
Corak kehidupan masyarakat pada hari ini sudah banyak berubah hingga
menyebabkan hubungan kekeluargaan bertambah renggang dan nilai-nilai tradisi
semakin dilupakan.Golongan remaja pula lebih gemar hidup bebas dan tidak suka
dikongkong oleh ibu bapa kerana mereka menganggap bahawa cara berfikir golongan
tua sudah ketinggalan zaman.
( 6 markah )
(c ) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
(i) Darah merah manusia mengandungi pigmen hemoglobin iaitu molekul protin
yang besar dan amat penting dalam penghidupan.
(ii) Sekim cepat kaya yang memperdaya orang ramai didapati menyalahkan
undang-undang.
(ii) Telivisyen dapat memberikan impak yang baik melalui penghiburan dan
muzik walaupun pendengarnya buta huruf.
8. ( 6 markah )
(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.
(i) Novel itu mempamerkan tema permasalahan sosial di dalam kalangan
remaja di ibu kota.
(ii) Guru menyapa perlakuan pelajarnya yang agak kurang sopan bila
bercakap dengan orang yang lebih tua.
(iii) Minah restoran telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tengku Mansur ibni
Sultan Idris Syah pada bulan lepas.
( 6 markah )
(e ) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini.
Malaysia telah menyambut kemerdekaan negara yang ke-54 tahun. Berbekalkan
ekonomi yang stabil dan kehidupan yang harmoni, maka rakyat perlu bersyukur akan
nikmat yang dianugerahkan kepada kita. Kita tidak boleh melupakan jasa tokoh yang
terdahulu yang telah membuka jalan kearah kemakmuran negara. Janganlah kita suka
mementingkan diri tanpa memikikan kepentingan orang lain. Sebaliknya kita perlu
bersikap saling membantu keran kesenangan yang dinikmati oleh orang lain secara
tidak langsung akan kita rasai bersama dalam putaran ekonomi yang saling berkait.
( 6 markah )
9. Skema Jawapan Modul 1
a) Membina ayat
i) lihat
ii) hasil perbuatan memandang / yang menjadi perhatian / anggapan / pendapat
iii) saling memandang
iv) keadaan alam yang indah dipandang / keupayaan mata untuk memandang
v) terlihat tidak sengaja / tiba-tiba terpandang
iv) memikirkan
b) Ayat cakap ajuk kepada ayat pindah
Emak meminta Sarah mengambil b bubur kacang di dapur. Sarah ingin tahu orang
yang memasak bubur kacang tersebut. Emak memaklumkan bahawa bubur tersebut
dimasak oleh kakak Sarah pada tengah hari itu. Emak kemudiannya meminta Sarah
menghidangkannya di meja untuk minum petang bersama-sama ayah Sarah. Sarah
menuruti suruhan emak sambil memuji dengan mengatakan bubur kacang yang dibuat
oleh kakaknya sedap, tambahan pula dia sedang lapar. Emak mengiakan kata-kata
Sarah dengan mengatakan bahawa kakak telah membubuh buah durian yang dibeli
oleh ayah Sarah semalamnya. Sarah mempelawa ayah dan emaknya minum petang
kerana dia telah siap menghidangkan bubur kacang di meja.
c) i) beragih - mengagihkan , agong agung
ii) korong kurung , membesar - besar
iii) pelancung - pelancong , mengujungi berkunjung
d) i) kesenangan kemudahan , namun agar
ii) goreng pisang pisang goreng , fokus tumpuan
iii) menceritakan tentang kekejaman menceritakan kekejaman , kita kami
e ) i) bersatu teguh , bercerai penuh
ii) bagai tanduk diberkas
iii) kalah jadi abu, menang jadi arang
10. Skema Jawapan Modul 2
a) Membina ayat
i) kopek / buang kulit / menghuraikan
ii) hasil perbuatan kupas
iii) datang
iv ) mempersilakan / menyuruh datang
v) berbelah menjadi kecil
vi) hasil benda yang pecah
b) Tukar ayat aktif menjadi ayat pasif
i) Tugas mengisi kemerdekaan negara akan kita pikul bersama sama.
ii) Semenjak program kitar semula dilancarkan oleh kerajaan , tahap kebersihan
di kawasan kediaman semakin meningkat.
iii) Sebuah gelanggang badminton telah dibina oleh mereka secara bergotong-
royong pada minggu lepas.
c) i) rihat rehat , disalah guna disalahgunakan
ii) belok blok, mainan permainan
iii) ke 21 ke-21 , hadiah- menghadiahi
d) i) tertinggi sekali tertinggi , ditutupi dilitupi
ii) digam disita , untuk sebagai
iii) digesa diseru , saling faham-memahami - saling memahami
e) i) cubit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya
ii) melukut di tepi gantang
iii) bumi mana yang tidak ditimpa hujan.