1. Syarat Barangan
- Barangan mestilah bersih dari segi syara' dimana tidak sah menjual najis atau bangkai. Sebagaimana
Hadith riwayat Bukhari :
Terjemahan : Sesungguhnya Nabi melarang daripada mengambil harga jualan anjing
- Tidak Sah juga menjual sesuatu yang terkena najis yang tidak dapat disucikan
Seperti menjual minyak wangi yang bercampur dengan benda najis. Walaubagaimanpun dalam keadaan
lain, Imam Hanafi mengatakan menjual minyak masak yang terkena dengan najis adalah sah kerana ia
boleh disucikan dengan air ke atas minyak yang dimasukkan kedalam bekas plastik. Contohnya, kemudian
minyak dengan air itu ditebuk sedikit dibahagian bawah supaya keluar air semuanya dan tinggal minyak
sehaja.
- Barang yang dijual mestilah mendatngkan faedah dan bermanfaat. Dimana tidak sah hukumnya menjual
tiga biji beras.
- Barang mestilah hak milik penjual atau wakil penjual.
- Dapat diserahkan barangan kepada pembeli ketika akad.
- Penjual dan pembeli mestilah tahu jenis, kadar dan sifat barangan jualan.
Syarat Ijab dan Qabul
- Tidak diselangi dengan perkataan lain, tidak ada hubungan dengan akad jual beli.
- Mestilah sama ijab dan qabul dari segi maknanya walaupun berlainan dari segi lafaz.
Contohnya : Penjual berkata :"saya jual barang ini denagn harga RM5".
Pembeli berkata : "saya beli barang ini dengan harga 500 sen "
Maka ijab dan qabul adalah sah.
- Tidak Boleh dihadkan masa dan waktunya.
Contohnya : "Aku jual rumah ini selam lima tahun" ia adalah tidak sah.
- Tidak boleh ada Ta'lik (syarat)
Contohnya : "saya jual rumah ini kepada awak sekiranya ayah saya meninggl dunia.
Ia adalah tidak sah.
- Tidak boleh diam dan terputus jarak yang lama diantara ijab dan qabul. Sebaik sahaja penjual melafazkan
ijab, pembeli mestilah melafazkan qabul. Walaubagaimanapun mengikut Mazhab Hanafi , sah jual beli
dengan hanya saling beri dan menerima walaupun tanpa lafaz dan ijab qabul.