ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
1
CADANGAN MEMBELI PERALATAN MULTI CAMERA PRODUCTION (MCP)
DI BAWAH UNIT INFRASTRUKTUR, PROGRAM PEMBELAJARAN ELEKTRONIK
DAN MULTIMEDIA (PEM)
Oleh : Rodzidah Mohd Rodzi
1.0 TUJUAN :
Kertas cadangan ini disediakan untuk mendapat kelulusan daripada Ahli Jawatankuasa Akaun
Amanah CIAST bagi membeli peralatan Multi Camera Production (MCP) di bawah Unit
Infrastruktur, Program PEM.
2.0 LATAR BELAKANG :
Multi Camera Production (MCP) atau Penerbitan Video Kamera Berbilang merupakan satu
penerbitan video dengan menggunakan dua atau lebih kamera video. Penerbitan cara ini
memerlukan ramai kakitangan yang diketuai oleh seorang Pengarah Studio. Crew Penerbitan
terdiri daripada Jawatankuasa MCP yang diketuai oleh En. Muhammad bin Yusof. Setiap
peralatan ditempatkan di bawah Unit Infrastruktur, PEM. Penerbitan Video Kamera Berbilang
(MCP) akan dilakukan di dalam kawasan CIAST dan luar CIAST.
Dalam tugas ini, peralatan untuk membuat rakaman akan dipasang dilokasi berkenaan.
Peralatan-peralatan yang sewajarnya ada untuk membuat penerbitan video kamera berbilang
ini ialah beberapa buah kamera video, tripod tempat meletakkan kamera, Camera Control Unit,
Waveform, Video Switcher, Video tape Recorder atau Hard Disk, Komputer untuk grafik,
Intercom untuk berhubung dengan crew yang lain serta Video Tape Player untuk menayangkan
rakaman-rakaman luar dalam penerbitan berkenaan.
3.0 OBJEKTIF :
ï‚· Mempermudahkan lagi aktiviti rakaman dan pernerbitan video dengan peralatan yang
mencukupi dan bersesuaian kerana peralatan sedia ada tidak mencukupi.
2
ï‚· Meningkatkan lagi kualiti tahap penghasilan penerbitan terutama sekali rakaman secara
live atau semasa acara berlangsung.
ï‚· Meningkatkan lagi kemahiran setiap krew dalam mengendalikan peralatan MCP. Krew
utama adalah Jurukamera, krew audio , krew pencahayaan, pengendali VTR,
penyunting video dan pengendali grafik.
ï‚· Mempelbagaikan lagi anjuran kursus kepada kakitangan kerajaan dan orang awam.
ï‚· Menghasilkan output yang berkualiti dalam bentuk CD/DVD untuk dijual kepada pelajar,
orang awam atau yang berkaitan.
4.0 JUSTIFIKASI :
i. Tiada kamera yang boleh zoom jauh bagi tujuan rakaman yang melibatkan lokasi yang
telah dihadkan ruang rakaman.
ii. Tiada Mixer Audio 4 Channel untuk mengawal audio dari control room.
iii. Tiada peralatan komunikasi diantara jurukamera, krew dan switcher.
iv. Tiada production monitor untuk kegunaan switcher.
v. Tiada remote control untuk kegunaan jurukamera mengawal zoom dan focus kamera.
vi. Dvi-d Connector yang digunakan untuk convert data digital ke analog tidak mencukupi.
vii. Tiada desktop khas untuk kegunaan simpanan rakaman dan suntingan video.
viii. Memerlukan Vest untuk penyeragaman pakaian dan memudahkan pergerakan krew
semasa bertugas.
5.0 LOKASI
i. Rakaman akan dijalankan di dalam kawasan CIAST dan di luar kawasan CIAST.
ii. Peralatan MCP akan ditempatkan di bawah Unit Infrastruktur, PEM.
iii. Makmal khas untuk peralatan MCP ialah di Makmal Komputer 3, Blok E.
6.0 PERUNTUKAN KEWANGAN
Menggunakan Peruntukan Akaun Amanah CIAST.
3
7.0 ANGGARAN KOS
BIL PERALATAN KUANTITI ANGGARAN HARGA
1 P2hd 22x zoom camera recorder 1 RM 35 000
2
Dvd recorder player / harddisk drive
model panasonic dmr-eh69
2 RM 8000
3
Mixer audio 4 chanel model
yamaha mg 102c stereo mixer
1 RM 2000
4
Wirelees communication system
model eartec full duplex digital
wireless
4
( 1 set )
RM 10 000
5
Panasonic production monitors
model bt-lh2550.
2 RM 20 000
6 Remote control varizoom vzrock 3 RM 2000 x 3 = RM 6000
7
Dvi-d connector to vga ( cypres cp-
126)
1 RM 700 x 3 = RM 2100
8 Dekstop ( MAC Pro) 1 RM 30 000
9 Vest 10 RM 300 x 10 = RM 3000
JUMLAH RM 116,100.00
*** Gambar setiap item di Lampiran 1.
Gambar Workstation MCP di Lampiran 2.
Gambar MCP Process di Lampiran 3.
4
8.0 IMPLIKASI JIKA TIDAK DILAKUKAN :
i. Kebanyakkan aktiviti rakaman tidak dapat dijalankan dengan sempurna memandangkan
peralatan tidak mencukupi dan yang sedia ada ialah peralatan lama.
ii. Latihan atau kursus yang dianjurkan tidak akan dapat sambutan memandangkan kursus
yang dijalankan adalah kursus ulangan dan menggunakan peralatan yang lama.
iii. Kualiti penghasilan rakaman tidak mencapai standard yang sama seperti hasil
penerbitan krew luar dan tidak sesuai untuk menjadi tontonan orang awam.
iv. Banyak aktiviti terutama aktiviti live di CIAST tidak dapat dirakam dan terpaksa
mengupah sumber luar kerana peralatan MCP di CIAST tidak lengkap.
9.0 KESIMPULAN
Setiap krew MCP mestilah mahir dengan peralatan yang dikendalikan kerana jika mereka tidak
berkemahiran, penerbitan atau rakaman yang dijalankan akan mengalami kecacatan. Lebih
buruk lagi jika penerbitan yang sedang dijalankan itu berlangsung secara ‘live’. Selaras dengan
perkembangan teknologi elektronik, JK MCP memerlukan peralatan yang lengkap dan yang
terkini supaya dapat menghasilkan output yang berkualiti serta mencapai standard penerbitan.
Dengan hasil output yang berkualiti, penerbitan CD/DVD boleh dijadikan produk yang boleh
dijual dan kursus yang dijalankan akan menarik minat kakitangan CIAST serta orang awam.
5
BIL PERALATAN GAMBAR
1 P2hd 22x zoom camera recorder
2
Dvd recorder player / harddisk
drive model panasonic dmr-eh69
3
Mixer audio 4 chanel model
yamaha mg 102c stereo mixer
LAMPIRAN 1 (Gambar setiap item)
6
4
Wirelees communication system
model eartec full duplex digital
wireless
5
Panasonic production monitors
model bt-lh2550.
7
6 Remote control varizoom vzrock
7
Dvi-d connector to vga
( cypres cp-126)
8
9 Dekstop ( MAC Pro)
10 Vest
9
LAMPIRAN 2LAMPIRAN 2 (Gambar MCP Workstation)
10
LAMPIRAN 3 ( Gambar MCP Process)
11
LAMPIRAN 3

More Related Content

Multi Camera Production (MCP) Equipment Proposal

  • 1. 1 CADANGAN MEMBELI PERALATAN MULTI CAMERA PRODUCTION (MCP) DI BAWAH UNIT INFRASTRUKTUR, PROGRAM PEMBELAJARAN ELEKTRONIK DAN MULTIMEDIA (PEM) Oleh : Rodzidah Mohd Rodzi 1.0 TUJUAN : Kertas cadangan ini disediakan untuk mendapat kelulusan daripada Ahli Jawatankuasa Akaun Amanah CIAST bagi membeli peralatan Multi Camera Production (MCP) di bawah Unit Infrastruktur, Program PEM. 2.0 LATAR BELAKANG : Multi Camera Production (MCP) atau Penerbitan Video Kamera Berbilang merupakan satu penerbitan video dengan menggunakan dua atau lebih kamera video. Penerbitan cara ini memerlukan ramai kakitangan yang diketuai oleh seorang Pengarah Studio. Crew Penerbitan terdiri daripada Jawatankuasa MCP yang diketuai oleh En. Muhammad bin Yusof. Setiap peralatan ditempatkan di bawah Unit Infrastruktur, PEM. Penerbitan Video Kamera Berbilang (MCP) akan dilakukan di dalam kawasan CIAST dan luar CIAST. Dalam tugas ini, peralatan untuk membuat rakaman akan dipasang dilokasi berkenaan. Peralatan-peralatan yang sewajarnya ada untuk membuat penerbitan video kamera berbilang ini ialah beberapa buah kamera video, tripod tempat meletakkan kamera, Camera Control Unit, Waveform, Video Switcher, Video tape Recorder atau Hard Disk, Komputer untuk grafik, Intercom untuk berhubung dengan crew yang lain serta Video Tape Player untuk menayangkan rakaman-rakaman luar dalam penerbitan berkenaan. 3.0 OBJEKTIF : ï‚· Mempermudahkan lagi aktiviti rakaman dan pernerbitan video dengan peralatan yang mencukupi dan bersesuaian kerana peralatan sedia ada tidak mencukupi.
  • 2. 2 ï‚· Meningkatkan lagi kualiti tahap penghasilan penerbitan terutama sekali rakaman secara live atau semasa acara berlangsung. ï‚· Meningkatkan lagi kemahiran setiap krew dalam mengendalikan peralatan MCP. Krew utama adalah Jurukamera, krew audio , krew pencahayaan, pengendali VTR, penyunting video dan pengendali grafik. ï‚· Mempelbagaikan lagi anjuran kursus kepada kakitangan kerajaan dan orang awam. ï‚· Menghasilkan output yang berkualiti dalam bentuk CD/DVD untuk dijual kepada pelajar, orang awam atau yang berkaitan. 4.0 JUSTIFIKASI : i. Tiada kamera yang boleh zoom jauh bagi tujuan rakaman yang melibatkan lokasi yang telah dihadkan ruang rakaman. ii. Tiada Mixer Audio 4 Channel untuk mengawal audio dari control room. iii. Tiada peralatan komunikasi diantara jurukamera, krew dan switcher. iv. Tiada production monitor untuk kegunaan switcher. v. Tiada remote control untuk kegunaan jurukamera mengawal zoom dan focus kamera. vi. Dvi-d Connector yang digunakan untuk convert data digital ke analog tidak mencukupi. vii. Tiada desktop khas untuk kegunaan simpanan rakaman dan suntingan video. viii. Memerlukan Vest untuk penyeragaman pakaian dan memudahkan pergerakan krew semasa bertugas. 5.0 LOKASI i. Rakaman akan dijalankan di dalam kawasan CIAST dan di luar kawasan CIAST. ii. Peralatan MCP akan ditempatkan di bawah Unit Infrastruktur, PEM. iii. Makmal khas untuk peralatan MCP ialah di Makmal Komputer 3, Blok E. 6.0 PERUNTUKAN KEWANGAN Menggunakan Peruntukan Akaun Amanah CIAST.
  • 3. 3 7.0 ANGGARAN KOS BIL PERALATAN KUANTITI ANGGARAN HARGA 1 P2hd 22x zoom camera recorder 1 RM 35 000 2 Dvd recorder player / harddisk drive model panasonic dmr-eh69 2 RM 8000 3 Mixer audio 4 chanel model yamaha mg 102c stereo mixer 1 RM 2000 4 Wirelees communication system model eartec full duplex digital wireless 4 ( 1 set ) RM 10 000 5 Panasonic production monitors model bt-lh2550. 2 RM 20 000 6 Remote control varizoom vzrock 3 RM 2000 x 3 = RM 6000 7 Dvi-d connector to vga ( cypres cp- 126) 1 RM 700 x 3 = RM 2100 8 Dekstop ( MAC Pro) 1 RM 30 000 9 Vest 10 RM 300 x 10 = RM 3000 JUMLAH RM 116,100.00 *** Gambar setiap item di Lampiran 1. Gambar Workstation MCP di Lampiran 2. Gambar MCP Process di Lampiran 3.
  • 4. 4 8.0 IMPLIKASI JIKA TIDAK DILAKUKAN : i. Kebanyakkan aktiviti rakaman tidak dapat dijalankan dengan sempurna memandangkan peralatan tidak mencukupi dan yang sedia ada ialah peralatan lama. ii. Latihan atau kursus yang dianjurkan tidak akan dapat sambutan memandangkan kursus yang dijalankan adalah kursus ulangan dan menggunakan peralatan yang lama. iii. Kualiti penghasilan rakaman tidak mencapai standard yang sama seperti hasil penerbitan krew luar dan tidak sesuai untuk menjadi tontonan orang awam. iv. Banyak aktiviti terutama aktiviti live di CIAST tidak dapat dirakam dan terpaksa mengupah sumber luar kerana peralatan MCP di CIAST tidak lengkap. 9.0 KESIMPULAN Setiap krew MCP mestilah mahir dengan peralatan yang dikendalikan kerana jika mereka tidak berkemahiran, penerbitan atau rakaman yang dijalankan akan mengalami kecacatan. Lebih buruk lagi jika penerbitan yang sedang dijalankan itu berlangsung secara ‘live’. Selaras dengan perkembangan teknologi elektronik, JK MCP memerlukan peralatan yang lengkap dan yang terkini supaya dapat menghasilkan output yang berkualiti serta mencapai standard penerbitan. Dengan hasil output yang berkualiti, penerbitan CD/DVD boleh dijadikan produk yang boleh dijual dan kursus yang dijalankan akan menarik minat kakitangan CIAST serta orang awam.
  • 5. 5 BIL PERALATAN GAMBAR 1 P2hd 22x zoom camera recorder 2 Dvd recorder player / harddisk drive model panasonic dmr-eh69 3 Mixer audio 4 chanel model yamaha mg 102c stereo mixer LAMPIRAN 1 (Gambar setiap item)
  • 6. 6 4 Wirelees communication system model eartec full duplex digital wireless 5 Panasonic production monitors model bt-lh2550.
  • 7. 7 6 Remote control varizoom vzrock 7 Dvi-d connector to vga ( cypres cp-126)
  • 8. 8 9 Dekstop ( MAC Pro) 10 Vest
  • 9. 9 LAMPIRAN 2LAMPIRAN 2 (Gambar MCP Workstation)
  • 10. 10 LAMPIRAN 3 ( Gambar MCP Process)