ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
Sebagai seorang guru masalah perlu dilihat sebagai cabaran dan minda perlu
digembeling ke arah penyelesaiannya, begitu jugalah dengan isu ini. kerana melihat
maslah dengan maslah akan meningkatkan lagi darjah kesukarannya.
Salah satunya ialah cadangan yang disarankan oleh pihak kementerian yakni
telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi menangani Isu Beban Tugas Guru
(JKPMITBTG). Jawatankuasa ini telah mencadangkan sebanyak 28 perakuan bagi
menangani isu ini. Salah satu perakuannya ialah bagi memastikan pelaksanaan aktiviti
pada hari Sabtu diadakan secara berjadual serta tidak melebihi dua kali sebulan, satu
surat siaran telah dikeluarkan oleh kementerian untuk memastikan pihak sekolah
mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2005: Pelaksanaan Bkerja Lima Hari
Seminggu.Tuntasnya guru mempunyai masa dan dapat berhat serta melepaskan lelah
setelah lima hari bertungkus lumus di sekoalh.
Jika ditinjau dalam aspek skop proforma EDU 3093, Guru dan Cabaran Semasa
iaitu tajuk Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru, terdapat beberapa pendektaan yang
boleh digunakan bagi mengatasi masalah isu tekanan ini. Salah satunya ialah
melakukan aktiviti beriadah.Kita selalu tidak memberi peluang kepada diri kita untuk
beriadah lantaran daripada kesuntukan masa dan tugas yang perlu
dilaksanakan.sedangkan aktiviti ini amat berfaedah untuk kesihatan fizikal, mental dan
psikolog..Aktiviti boleh dilakukan pada waktu lapang terutamanya pada hujung
minggu.( Lampiran ¡­..) Antara aktiviti-aktiviti beriadah yang boleh dijalankan ialah
berbasikal, joging, bermain futsal, bermain badminton, bersiar-siar di taman reksreasi
dan berjalan-jalan. Kepenatan dapat dirasakan apabila peluh mengalir membasahi
tubuh setelah melakukan aktiviti-aktiviti fizikal. Setelah selesai aktiviti ini kita akan
mem,bersihkan diri dan berehat secukuopnya serta dapat tidur dengan nyenyak. Tidur
nyenyak ini dikategorikan sebagai tidur yang berkualiti dan menyumbang kepada
penambahbaikan fizikal. Bebanan kerja dapat dilupakan untuk semetara waktu dan
tahap kesihatan fizikal yang baik akan mnejurus kepada proses penyelesaian maslah
yang seterusnya mengurangkan beban guru.
Antara asset guru yang berharga selain daripada kesihatan fizikal ialah kesihatan
mental yang mejadi nadi kepada keupayaan berfikir guru serta penyumbang besar
kepada tahap kawalan emosi guru. Kita perlu sentiasa berfikiran positif apabila
berhadapan dengan situasi yang kritikal dan sukar, contohnya, semasa kita diberi
kritikan dan teguran, kita perlu menerimanya dengan hati dan minda yang terbuka dan
menganggapnya sebagai satu kritikan yang membina. kerana krikan perlu dilihat dari
sudut yang positif. Segala kritikan yang diterima itu, memerlukan kepada poses
muhasabah diri lalu memperbaiki segala kekurangan yang ada agar kita tidak
mengulangi kesilapan dan menerima kritikan yang sama pada masa akan datang.
Sekiranya kita tidak dapat menerima kritikan dan teguran tersebut, fikiran kita akan
menjadi tidak menentu dan kusut lalu menyebabkan kita akan terjerat dalam kancah
tekanan yang melampau. Situasi ini akan mengundang kepada suatu tindakan yang
melampau serpti yang berlaku kepada seorang guru yang telah memukul tapak tangan
murid sehinggan patah tangan., Kita sebagai guru perlu mengambil iktibar daripada
peristiwa tersebut dengan mengaplikasikan langkah yang telah dibincangkan ini
supaya kita mudah untuk mengawal emosi kita daripada melepaskan geram kepada
orang lain. Natijahnya, kita perlu menghadapi tekanan dengan fikiran yang terbuka dan
sentiasa berfikiran positif..
Akhir sekali, muzik dapat mencetuskan perasaan gembira dan ceria walaupun
terdapat muzik yang mengundang kesedihan dan kedukaan. Oleh kerana itu, muzik
yang bersesuaian perlu dipilih supaya sesuai dengan emosi yang dialami. Hal ini
bertepatan dengan pandangan ahli-ahli psikologi bahawa muzik merupakan salah satu
wahana terapi yang efisien dan sumber ketenangan fikiran yang sering diabaikan.
Apabila muzik bergema, hati akan dibuai oleh alunan melodinya sehingga di luar
kesedaran diri, kita seperti berada di alam yang lain. Muzik yang rancak akan
menyebabkan kaki bergoyang, manakala muzik sentimental pula akan menjadikan diri
dibuai perasaan. Seni katanya yang penuh bermakna akan menyumbang ke arah
penghayatan yang tinggi seolah-olah kita turut merasakan perasaan yang sedang
dialami oleh pelantun lagu tersebut. Tekanan emosi yang dihadapi kita tanpa disedari
kita telah melupakan sebentar tekanan tersebut dengan bantuan muzik. Ketika berada
di sekolah, kita boleh mengaplikasikan cara ini ketika terdapat masa-masa yang
senggang iaitu ketika guru sedang menanti untuk masuk ke dalam kelas untuk
memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung, guru dapat
melepaskan emosi tegangnya melalui terapi muzik supaya dapat memberi ketenangan
untuk memulakan sesi pengajarannya. Selain itu juga, guru boleh menggunakan terapi
muzik ini untuk diterapkan dalam sesi pengajaran guru supaya dapat membina suasana
yang gembira bersama-sama dengan murid. Oleh itu, muzik bukan sahaja dapat
menghiburkan hati, malah muzik seperti memiliki magis yang beruapaya mengurangkan
tekanan yang dihadapi guru seiring dengan perubahan dan pembaharuan dalam bidang
pendidikan yang dihadapinya.
Konklusinya, profesion guru adalah satu tugas yang memerlukan pengorbanan
yang tinggi. Sememangnya ternyata bahawa tekanan emosi daripada bebanan tugasan
kerja yang berlebihan akan menganggu gaya hidup seseorang guru itu. Secara tidak
langsung, keadaan ini seterusnya dapat memberikan masalah kepada guru untuk
menunjukkan prestasi kerja yang berkualiti dalam bidang pendidikan yang diceburinya.
Namun, sebagai seorang guru, perlu mempunyai sikap yang sentiasa inginkan
kejayaan dan menanamkan sikap yang sentiasa positif dalam diri supaya dapat
mengharungi cabaran-cabaran dalam bidang pendidikan yang seringkali mengalami
perubahan dan pembaharuan. Keadaan ini dapat membantu guru untuk mengelakkan
diri daripada mengalami tekanan emosi yang negatif dan tidak menjejaskan
profesionnya sebagai seorang guru. Bagi merealisasikannya, bantuan dan sokongan
daripada segenap pihak amatlah diperlukan bagi mengurangkan bebanan tekanan
tugas yang dihadapi oleh guru.

More Related Content

negeri selati

  • 1. Sebagai seorang guru masalah perlu dilihat sebagai cabaran dan minda perlu digembeling ke arah penyelesaiannya, begitu jugalah dengan isu ini. kerana melihat maslah dengan maslah akan meningkatkan lagi darjah kesukarannya. Salah satunya ialah cadangan yang disarankan oleh pihak kementerian yakni telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi menangani Isu Beban Tugas Guru (JKPMITBTG). Jawatankuasa ini telah mencadangkan sebanyak 28 perakuan bagi menangani isu ini. Salah satu perakuannya ialah bagi memastikan pelaksanaan aktiviti pada hari Sabtu diadakan secara berjadual serta tidak melebihi dua kali sebulan, satu surat siaran telah dikeluarkan oleh kementerian untuk memastikan pihak sekolah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2005: Pelaksanaan Bkerja Lima Hari Seminggu.Tuntasnya guru mempunyai masa dan dapat berhat serta melepaskan lelah setelah lima hari bertungkus lumus di sekoalh. Jika ditinjau dalam aspek skop proforma EDU 3093, Guru dan Cabaran Semasa iaitu tajuk Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru, terdapat beberapa pendektaan yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah isu tekanan ini. Salah satunya ialah melakukan aktiviti beriadah.Kita selalu tidak memberi peluang kepada diri kita untuk beriadah lantaran daripada kesuntukan masa dan tugas yang perlu dilaksanakan.sedangkan aktiviti ini amat berfaedah untuk kesihatan fizikal, mental dan psikolog..Aktiviti boleh dilakukan pada waktu lapang terutamanya pada hujung minggu.( Lampiran ¡­..) Antara aktiviti-aktiviti beriadah yang boleh dijalankan ialah berbasikal, joging, bermain futsal, bermain badminton, bersiar-siar di taman reksreasi dan berjalan-jalan. Kepenatan dapat dirasakan apabila peluh mengalir membasahi tubuh setelah melakukan aktiviti-aktiviti fizikal. Setelah selesai aktiviti ini kita akan
  • 2. mem,bersihkan diri dan berehat secukuopnya serta dapat tidur dengan nyenyak. Tidur nyenyak ini dikategorikan sebagai tidur yang berkualiti dan menyumbang kepada penambahbaikan fizikal. Bebanan kerja dapat dilupakan untuk semetara waktu dan tahap kesihatan fizikal yang baik akan mnejurus kepada proses penyelesaian maslah yang seterusnya mengurangkan beban guru. Antara asset guru yang berharga selain daripada kesihatan fizikal ialah kesihatan mental yang mejadi nadi kepada keupayaan berfikir guru serta penyumbang besar kepada tahap kawalan emosi guru. Kita perlu sentiasa berfikiran positif apabila berhadapan dengan situasi yang kritikal dan sukar, contohnya, semasa kita diberi kritikan dan teguran, kita perlu menerimanya dengan hati dan minda yang terbuka dan menganggapnya sebagai satu kritikan yang membina. kerana krikan perlu dilihat dari sudut yang positif. Segala kritikan yang diterima itu, memerlukan kepada poses muhasabah diri lalu memperbaiki segala kekurangan yang ada agar kita tidak mengulangi kesilapan dan menerima kritikan yang sama pada masa akan datang. Sekiranya kita tidak dapat menerima kritikan dan teguran tersebut, fikiran kita akan menjadi tidak menentu dan kusut lalu menyebabkan kita akan terjerat dalam kancah tekanan yang melampau. Situasi ini akan mengundang kepada suatu tindakan yang melampau serpti yang berlaku kepada seorang guru yang telah memukul tapak tangan murid sehinggan patah tangan., Kita sebagai guru perlu mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut dengan mengaplikasikan langkah yang telah dibincangkan ini supaya kita mudah untuk mengawal emosi kita daripada melepaskan geram kepada
  • 3. orang lain. Natijahnya, kita perlu menghadapi tekanan dengan fikiran yang terbuka dan sentiasa berfikiran positif.. Akhir sekali, muzik dapat mencetuskan perasaan gembira dan ceria walaupun terdapat muzik yang mengundang kesedihan dan kedukaan. Oleh kerana itu, muzik yang bersesuaian perlu dipilih supaya sesuai dengan emosi yang dialami. Hal ini bertepatan dengan pandangan ahli-ahli psikologi bahawa muzik merupakan salah satu wahana terapi yang efisien dan sumber ketenangan fikiran yang sering diabaikan. Apabila muzik bergema, hati akan dibuai oleh alunan melodinya sehingga di luar kesedaran diri, kita seperti berada di alam yang lain. Muzik yang rancak akan menyebabkan kaki bergoyang, manakala muzik sentimental pula akan menjadikan diri dibuai perasaan. Seni katanya yang penuh bermakna akan menyumbang ke arah penghayatan yang tinggi seolah-olah kita turut merasakan perasaan yang sedang dialami oleh pelantun lagu tersebut. Tekanan emosi yang dihadapi kita tanpa disedari kita telah melupakan sebentar tekanan tersebut dengan bantuan muzik. Ketika berada di sekolah, kita boleh mengaplikasikan cara ini ketika terdapat masa-masa yang senggang iaitu ketika guru sedang menanti untuk masuk ke dalam kelas untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung, guru dapat melepaskan emosi tegangnya melalui terapi muzik supaya dapat memberi ketenangan untuk memulakan sesi pengajarannya. Selain itu juga, guru boleh menggunakan terapi muzik ini untuk diterapkan dalam sesi pengajaran guru supaya dapat membina suasana yang gembira bersama-sama dengan murid. Oleh itu, muzik bukan sahaja dapat menghiburkan hati, malah muzik seperti memiliki magis yang beruapaya mengurangkan
  • 4. tekanan yang dihadapi guru seiring dengan perubahan dan pembaharuan dalam bidang pendidikan yang dihadapinya. Konklusinya, profesion guru adalah satu tugas yang memerlukan pengorbanan yang tinggi. Sememangnya ternyata bahawa tekanan emosi daripada bebanan tugasan kerja yang berlebihan akan menganggu gaya hidup seseorang guru itu. Secara tidak langsung, keadaan ini seterusnya dapat memberikan masalah kepada guru untuk menunjukkan prestasi kerja yang berkualiti dalam bidang pendidikan yang diceburinya. Namun, sebagai seorang guru, perlu mempunyai sikap yang sentiasa inginkan kejayaan dan menanamkan sikap yang sentiasa positif dalam diri supaya dapat mengharungi cabaran-cabaran dalam bidang pendidikan yang seringkali mengalami perubahan dan pembaharuan. Keadaan ini dapat membantu guru untuk mengelakkan diri daripada mengalami tekanan emosi yang negatif dan tidak menjejaskan profesionnya sebagai seorang guru. Bagi merealisasikannya, bantuan dan sokongan daripada segenap pihak amatlah diperlukan bagi mengurangkan bebanan tekanan tugas yang dihadapi oleh guru.