2. 1. Prinsip rendah diri.
Bumi bukanlah milik manusia sahaja;
kita adalah sebahagian daripada bumi
dan alam
3. 2. Prinsip bekerjasama.
Peranan kita adalah untuk memahami,
bekerja seiring jalan serta hidup
berharmoni dengan alam tabii, dan
bukan untuk menawan, menjajah serta
mengeksploitasinya.
4. 3. Prinsip menghormati
alam/bumi.
Semua spesies sama ada berguna atau
tidak kepada menusia mempunyai hak
untuk hidup atau sekurang-kurangnya
berjuang untuk hidup.
5. 4. Prinsip kehidupan seimbang.
Kebahagian hidup diperoleh daripada
kemajuan dalam aspek kebendaan dan
kerohanian tanpa mengabaikan
kepentingan alam sekitar
6. 5. Prinsip mementingkan
kemapanan ekosistem.
Sesuatutindakan adalah baik apabila
dapat mengekalkan keuntuhan ekologi,
keterusan dan kepelbagaian sistem yang
menyara kehidupan di bumi, untuk kita
dan kehidupan lain.
7. 6. Prinsip mengekalkan kehidupan
liar dan kepelbagaian hidup.
Tindakanmengekalkan hidupan liar dan
kepelbagaian hidup.
8. 7. Prinsip kerosakan minima.
Apabilakita terpaksa melakukan
perubahan kepada alam / bumi untuk
memenuhi keperluan kita, kita mestilah
memilih cara yang akan mengakibatkan
kerosakan yang minima.
9. 8. Prinsip perubahan berterusan.
Sekiranyakita ingin melakukan perubahan
kepada alam l bumi, kita mestilah mengikut
kadar dan cara yang sesuai dengan alam /
bumi.
10. 9. Prinsip ekonomi bukanlah
segala-galanya.
Anggapan bahawa manusia dan benda-
benda hidup sebagai tidak mempunyai
sebarang nilai selain daripada nilai
ekonomi amatlah salah.
11. 10. Prinsip mengiktiraf hak
mereka yang belum lahir
atau hak generasi yang akan
datang.
Kitaharus meninggalkan bumi dalam
keadaan yang sama kalau tidak pun lebih
baik lagi daripada apa yang kita temui pada
mulanya.
12. 11. Prinsip tanggungjawab
setiap individu.
Setiaporang mestilah bertanggungjawab
ke atas pencemaran dan degradasi alam
sekitar yang diakibatkan olehnya.
Membuang bahan cemar di tempat
orang lain, seumpama kita racuni orang
yang mendiami tempat itu.
13. 12. Prinsip kesederhanaan.
Tiadaindividu, badan korporat ataupun
negara mempunyai hak yang tidak terbatas
ke atas sumber-sumber alam / bumi yang
terhad; jangan biarkan keperluan bertukar
menjadi laba.
14. 13. Prinsip perlindungan dan
pemulihan ekosistem.
Kitamestilah melindungi ekosistem yang
masih liar dan memperbaiki semula yang
telah rosak.
15. 14. Prinsip etika melebihi hukum.
Dalam melindungi dan memastikan
ketruswujudan alam / bumi, lakukanlah
lebih baik daripada apa yang dikehendaki
oleh undang-undang.
16. 15. Prinsip mengalami dan meng-
hayati sendiri adalahpaling baik.
Cintailah
alam / bumi dengan mengalami
dan menghayati udara, air, tanah,
tumbuhan, dan haiwan.
17. 16. Prinsip mencintai
persekitaran.
Kenalilah
persekitaran kita supaya kita
dapat memahami dan mencintainya.