1. NilaiSubjektif, Objektif, Instrumental (Ekstrinsik),
Intrinsik, Relatif, Multak (Absolute)
NilaiSubjektif, Objektif, Instrumental
(Ekstrinsik), Intrinsik, Relatif, Multak
(Absolute)
Pengenalan
Secara umunnya, terdapat 6 jenis nilai utama yang sering digunakan
oleh individu dalam pelbagai konteks, antaranya ialah nilai instrumental (juga
dikenali sebagai nilai ekstrinsik), nilai intrinsik, nilai subjektif, nilai objektif, nilai
relatif dan nilai mutlak (absolute).
Sebenarnya, nilai mempunyai beberapa fungsinya. Yang berikut
adalah antara fungsi-fungsi terpenting bagi nilai. ( Eow B.H., 2001)
Nilai berperanan sebagai satu kriteria atau piawai (standard) yang
konsisten agar individu atau masyarakat bertindak dengan baik, betul dan
boleh diterima. Fungsi ini membolehkan individu dan masyarakat menjadi
agen moral dan pengkritik moral, iaitu mengetahui apa yang boleh dilakukan
dan menilai kemoralan diri sendiri dan orang lain.
Selain itu, fungsi nilai juga sebagai satu tunjuk arah, rujukan dan
panduan untuk menyelesaikan konflik moral. Ini bermaksud, walaupun dalam
keadaan beberapa nilai mungkin berkonflik, keutamaan nilai seseorang itu
akan membantunya menyelesaikan konflik yang dialami. Nilai bukan hanya
sebagai perangsang, malahan membataskan perlakuan seseorang. Ini
bermakna seseorang itu akan bertindak mengikut nilainya sendiri dan tidak
akan melakukan sesuatu yang dirasakan berlawanan dengan nilai yang
dihayati.
Di samping itu, nilai juga berfungsi sebagai batasan (restriction)
terhadap perbuatan dan kelakuan individu atau masyarakat mengikut
kehendak nilai yang dipengangi. Apabila kita dapat memahami dan
menghayati nilai, maka kita akan melakukan perbuatan mengikut kehendak
dan kepentingan nilai terhadap diri sendiri dan orang lain.
Dalam asas nilai etika, terdapat pelbagai cara dan konteks dalam
menggunakan sesuatu nilai. Jadual berikut adalah tiga konteks utama yang
boleh membantu seseorang itu memahami sesuatu nilai:
2. Jenis-jenis nilai Peranan
Nilai Instrumental
(Ekstrinsik)
Nilai Intrinsik
Nilai yang digunakan untuk menunjukan
hubungan antara nilai.
Nilai Subjektif
Nilai Objektif
Nilai yang digunakan untuk menunjuk
pandangan seseorang terhadap nilai.
Nilai Relatif
Nilai Mutlak
(Absolute)
Nilai yang digunakan untuk menunjukkan
apa yang dinilai.
Nilai Subjektif
Definisi bagi Nilai Subjektif adalah nilai (kualiti) yang diterima atau
ditolak oleh seseorang individu dengan berdasarkan kepada pandangannya
sendiri terhadap sesuatu benda atau perkara. Sebenarnya, Nilai subjektif
adalah berasal daripada dunia dalaman individu, iaitu berpunca daripada
dalaman individu.
Berdasarkan maklumat, boleh dirumuskan bahawa nilai Subjektif
mempunyai beberapa fungsi yang penting. Antaranya adalah membayangkan
keinginan, minat dan harapan terhadap sesuatu benda atau perkara. Nilai
Subjektif juga berperanan dapat membayangkan perasaan gemar atau tidak
gemar bagi individu terhadap sesuatu perkara atau benda.
Terdapat banyak contoh yang boleh dikaitkan dengan Nilai Subjektif
dalam proses pembentukan moral individu, antaranya ialah pengunaan buku
teks dalam pengajaran Pendidikan Moral. Secara amnya, penggunaan buku
teks Pendidikan Moral adalah membantu pelajar mengkaji perkara-perkara
yang dibincangkan. Pelajar boleh memberi nilai atau pendapatnya
berdasarkan kehendakan soalan-soalan dalam buku tersebut dan ini dapat
membentuk yakin diri dalam pelajar sendiri. Akan tetapi, sekiranya buku ini
dibaca oleh individu yang mempunyai pemikiran kasar, maka buku itu tidak
nilai bagi mereka. Kerana mereka akan berpendapat bahawa segala
pengajaran atau maklumat dalam buku adalah tidak relevan dalam
kehidupan.
Selain itu, kes hukuman rotan ke atas murid di dalam kelas juga
merupakan salah satu contoh yang hangat dibincangkan dalam isu
pendidikan. Sebenarnya, terdapat sebabnya guru merotan muridnya dalam
kelas. Mungkin ia berlaku disebabkan murid tersebut terlalu nakal atau malas
dalam kelas sehingga menganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
Contoh ini amat sesuai kerana ia boleh memberi impak kepada murid supaya
mengamalkan amalan yang bagus dan bertanggungjawab sebagai penerima
ilmu. Justeru, ia akan membantu remaja dalam membentuk sikap dan moral
yang baik.
3. Nilai Objektif
Definisi bagiNilai Objektif adalah nilai yang bebasdaripadapilihanperibadi.
Nilai yang diterimaatauditolakberdasarkanpengalaman dalaman yang dialami
atauberpunca dari aspek luaryang dipersetujuiolehkebanyakkan orang.
Nilai Objektif berfungsi bagi menegaskan bahawa setiap barangan
atau objek tersebut mempunyai bentuk dan kegunaan tersendirinya. Dengan
dapat mengenalpasti bentuk atau kegunaan objek, maka kita dapat membuat
pertimbangan selanjutnya.
Bagi contoh nilai ini, seperti isu pergaduhan dalam masyarakat hendak
dielakkan menjadi satu pengajaran bagi remaja masa kini bagi aspek
perpaduan. Contoh ini adalah diterima dengan sokongan bukti pengajaran
daripada tragedi 13 Mei 1969. Secara umunnya, pengaduhan sememangnya
akan membawa kesan yang negatif kepada banyak pihak dan harus
dielakkan. Jadi, ia secara langsung dijadikan pembentukan moral yang kukuh
dalam jiwa anak bangsa yang cinta kepada keamanan.
Seterusnya, contoh lain seperti pandangan tentang penderaan haiwan
adalah tidak mencerminkan nilai perikemanusiaan. Sebenarnya haiwan
memang memberi banyak kegunaan dan kelebihan kepada manusia. Dengan
itu, segala kebajikan bagi haiwan harus dijaga oleh tuannya. Akan tetapi,
masih terdapat penderaan haiwan dengan cara dendaan atau deraan
memang harus dikejikan. Ini dapat membolehkan remaja mengamalkan nilai
moral dengan tidak mengabaikan kebajikan pihak lain.
Nilai Instrumental (Ektrinsik)
Definisi bagi nilai instrumental adalah nilai yang memerlukan kepada
nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Kualiti yang diterima atau ditolak
sebagai alat mencapai sesuatu matlamat. Nilai instrumental ini adalah nilai
peringkat kedua (second order value), misalnya berani, rajin, dan hormat-
menghormati.
Nilai Instrumental dijadikan satu kepiawaian kepada apa yang
dilaksanakan serta membentu adalam menunjukan arah dan menjadi penentu
dan dalam membuat pilihan dan tindakan. Akan tetapi, nilai ini menegaskan
unsur teguh beriman dan bertakwa dalam setiap tindakan.
Bagi contoh yang boleh dikaitkan dengan nilai instrumental ini adalah:
Albert suka membantu rakan-rakannya menyelesaikan masalah matematik
bukannya mengharapkan sebarang balasan daripada rakan-rakannya tetapi
untuk memantapkan kemahirannya dalam menyelesaikan masalah
matematik pada diri sendiri. Contoh ini dapat membantu remaja
mengamalkan nilai baik dan diberi pengetahuan bahawa memberi bantuan
juga boleh mendatangkan kelebihan pada diri sendiri.
Selain itu, contoh seperti Cikgu Lee mendenda Siew Ming, seorang
pelajar yang gagal dalam Bahasa Cina. Akan tetapi, sekirannya dipandang
4. secara positif bagi tindakan Cikgu Lee tersebut sebenarnya adalah untuk
meningkatkan semangat memajukan diri dan mengharapkan prestasinya
akan bertambah baik pada ujian yang akan datang. Ini membolehkan remaja
berfikiran jauh bahawa terdapat niat baik sebelah dendaan dan mengikis
perasaan dengki atau benci antara murid dengan guru.
Di samping itu, contoh yang biasa dilihat adalah pihak sekolah mengenakan
tindakan disiplin bagi pelajar yang merokok demi menjaga tatatertib para pelajar.
Tindakan sekolah ini bukan sahaja boleh menjaga tingkah laku murid-murid, malah ia
juga dapat membentuk nilai moral dalam kalangan murid, khasnya remaja kini.
Nilai Instrinsik
Nilai instrinsik boleh didefinisikan sebagai nilai yang tidak perlu
bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamatnya, kerana nilai itu
sendiri merupakan matlamat akhir.Kualiti bagi nilai diterima atau ditolak
semata-mata ia berniat baik atau buruk dan tanpa mengira kesannya. Nilai ini
merupakan nilai peringkat pertama (first order value), misalnya baik hati,
kasih saying, keadilan dan sebagainya.
Nilai ini mempunyai fungsi tersendiri, antaranya ialah menjadi
penentuan dalam membuat pilihan atau tindakan. Nilai ini juga menegaskan
menyempurnakan tugas dan amanah serta mengutamakan keadilan dalam
setiap perbuatan.
Contoh yang boleh dikaitkan dengan nilai ini adalah seperti Situasi
Musan ialah seorang ketua kelas tingkatan Enam Biru. Walaupun Musan
sebagai pengadil dalam pertandingan banner antara kelas. Walaupun rakan
sekelasnya menyuruhnya memberi markah yang tinggi kepada kelas mereka
atas statusnya. Namun, Musan tidak berbuat demikan kerana dia menilai
semua karya dengan teliti dan adil tanpa dipengaruhi oleh permintaan rakan-
rakanya. Contoh ini dapat memberi gambaran kepada remaja supaya
bertindak dengan saksama dalam segala hal.
Selain itu, contoh yang boleh diambil seperti Zaini sedang menunggu
bas di sebuah pondok bas. Tiba-tiba seorang gadis yang kelihatan dalam
keadaan takut dan menyembunyikan diri di belakang pokok. Kemudian,
terdapat tiga orang pemuda garang muncul dan bertanya kepada Zaina sama
ada ternampak gadis itu. Zaini berbohong mengatakan bahawa gadis itu telah
menaiki teksi beberapa saat yang lalu. TIndakan Zaini ini adalah ingin
menolong gadis melepaskan diri daripada kesusahan. Contoh ini dapat
menerapkan nilai menghulur bantuan dengan tanpa keraguan dalam
kalangan remaja. Ini dapat memberi impak kepada remaja supaya mereka
mengetahui bahawa kadang-kala pembohongan juga boleh membantu
orang.
Nilai Relatif
5. Secara umunya, nilai realatif boleh didefinisikan sebagai nilai yang
diterima atau ditolak dengan berdasarkan peraturan masyarakat untuk
mencapai matlamat masyarakat. Nilai relatif ini adalah bersifat arbitrary, iaitu
tidak tertentu, tidak sempurna dan berbeza antara masyarakat yang
berlainan. Jadi, nilai relatif ini boleh berubah mengikut semasa dan fahaman
mengenai benar atau salah bagi suatu topik yang dibincangankan.
Nilai relatif membolehkan semua manusia membentuk nilai norma
masyarakat yang berbeza mengikut kesesuaian pandangan masyarakat
masing-masing. Nilai ini mampu mengubah nilai norma masyarakat mengikut
masalah yang dihadapi dan juga pemikiran manusia. Nilai relatif yang
berdasarkan pandangan digunakan untuk menggantikan nilai atau norma
masyarakat yang tidak sesuai atau kurang relavan.
Contoh bagi nilai relatif ini adalah seperti situasi pergaulan bebas
antara remaja yang berleluasa serta menjadi isu hangat pada masa kini.
Walaupun perkara ini adalah biasa di negara barat, tetapi ia adalah masalah
sosial yang hangat di Malaysia. Negera Barat berpandangan perkara ini
adalah tidak bersalah dari sisi undang-undang, manakala Malaysia
berpandangan serius tentang isu ini kerana ia membawa kesan seperti orang
yang terlibat akan dipandang keji dan dikutuk oleh orang lain. Ini membawa
pengajaran kepada remaja supaya mengamalkan nilai relatid yang
mengutamakan pandangan dan peraturan dalam masyarakay yang mana ia
berada.
Selain itu, kes bersedudukan sebelum berkahwin juga merupakan
contoh bagi nilai relatif. Kita tahu bahawa amalan suami isteri tinggal bersama
tanpa nikah adalah perbuatan yang tidak dibenarkan dari segi agama dan
dikeji oleh masyarakat. Akan tetapi, kes ini dialukan semata-mata bertujuan
untuk memadankan bakal pasangan suami isteri. Disebabkan kes ini
dipandang serius di Malaysia, maka ia beri pengajaran kepada remaja masa
kini supaya bertindak dengan rasional dan mesti selaras dengan pandangan
masyarakat.
Di samping itu, contoh kebebasan memilih pasangan perkahwinan
pada dahulu dan kini. Pasa masa dahulu, orang tiada kebebasan untuk
memilih pasangan hidupnya. Tetapi, masa kini remaja diberi bebas untuk
memilih pasangannya. Menerusi contoh ini, dapat dilihat perubahan zaman
membawa ubahan dan pemikiran remaja masa kini harus selaras dengan
faham masyarakat dan bukannya mementingkan hasrat diri sahaja.
Nilai Mutlak (Absolute)
6. Nilai Mutlak adalah nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada sesuatu
kebiasaan bagi sesebuah masyarakat. Segala idea atau fakta dapat diterima
secara umun dan diuji atau terbukti samada ia baik ataupun buruk. Nilai ini
adalah berkekal sepanjang masa dan di semua tempat serta hampir sama
bagi semua situasi norma masyarakat.
Nilai ini berfungsi sebagai satu standard yang konsiten dan kukuh bagi
seseorang individu atau masyarakat untuk bertindak supaya tindakan mereka
adalah berhala niat baik dan betul serta dapat diterima oleh pihak lain. Selain
itu, nilai ini juga berperanan untuk sebagai batasan terhadap perbuatan dan
kelakuan individu supaya seseorang dapat bertindak secara rasional dan
tidak keterlaluan.
Contoh yang berkenaan dengan nilai mutlak ini adalah seperti gambaran
Hidup berkeluarga adalah kehidupan yang baik. Ini memberi gambaran yang positif
kepada remaja kini supaya mengamalkan amalan hidup berkeluarga yang sihat
mendatangkan keharmonian antara ahli keluarga serta menyumbang kepada
perpaduan masyarakat dan negara. Justeru, pengamalan nilai yang baik akan
mendatangkan kebaikan kepada diri dan pihak lain.
Selain itu, contoh yang biasa sepertitindakan membunuh tanpa sebab adalah
perbuatan yang perlu dikejikan. Ini terbukti perbuatan membunuh adalah
perbuatan yang tidak bermoral dan ia akan menjadi ingatan mendalam
kepada orang lain dengan kekal sepanjang masa serta tidak kira di mana jua
berada. Ini dapat mengingatkan remaja supaya sentiasa berniat baik dan
harus mempunyai batasan dalam segala tindakan dan memahami betapa
mendalamnya ingatan atau kenangan terhadap tindakan yang dibuat kepada orang
lain.
Penutup / Kesimpulan
Moral merupakan satu nilai tetapi bukan semua nilai itu adalah moral.
Moral adalah sesuatu benda yang dapat dilihat dan menunjukkan harga
nilainya serta sesuatu yang dapat dirasai secara dalaman.
Terdapat 3 konteks utama yang boleh membantu memahami sesuatu
nilai. Pertama, nilai yang digunakan untuk menunjukkan hubungan antara
nilai, iaitu nilai Instrumental / Ekstrinsik dan nilai Intrinsik. Nilai Instrumental
merupakan nilai yang bergantung kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu
matlamat. Nilai Intrinsik tidak mengambil kira kesan dengan nilai sendiri
sebagai matlamat. Kedua, nilai yang digunakan untuk menunjukkan
pandangan seseorang terhadap nilai, iaitu Nilai Subjektif dan Nilai Objektif.
Nilai subjektif mengikuti pandangan seseorang individu.Nilai Objektif
berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua orang. Ketiga, nilai
yang digunakan untuk menunjukkan apa yang dnilai, iaitu Nilai Relatif dan
Nilai Mutlak. Nilai Relatif tidak sempurna, tidak tertentu dan berbeza-beza
antara masyarakat yang berlainan. Nilai Mutlak diterima umum dan telah diuji
atau terbukti sebagai baik atau buruk.
7. Sesetengah nilai boleh berubah tetapi sesetengah masih stabil dalam
kehidupan seseorang dan masyarakat. Sesuatu nilai itu, kadang-kadang
berbeza di antara seseorang dengan yang lain atau sesuatu masyarakat
dengan masyarakat yang lain.
Oleh itu, kita perlu memahami fungsi nilai iaitu satu piawai yang
konsisten agar kita dapat bertindak dengan baik, betul dan boleh diterima.
Kita dapat menjadi agen moral, mengetahui apa yang boleh dilakukan dan
menilai kemoralan diri sendiri dan orang lain.
Posted by Tree Builder