際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
SOLAT BERJEMAAH
1. PENGERTIAN SOLAT BERJEMAAH
Solat berjemaah bermaksud solat yang
dilakukan lebih daripada seorang, atau secara
beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam.
Ini berdasarkan Sabda Nabi SAW:
"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik)
daripada solat bersendirian dengan 27 kali
darjat" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. SYARAT-SYARAT SAH SOLAT
BERJEMAAH.
Syarat-syarat sah solat berjemaah:
 Berniat mengikut/menjadi imam.
 Mengetahui segala apa yang dikerjakan
oleh imam.
 Tiada dinding yang menghalangi antara
imam dan makmum, kecuali bagi
makmum perempuan di masjid hendaklah
dibataskan dengan kain.
 Tidak mendahului imam dalam takbir dan
tidak pula melambatkannya.
 Tidak mendahului imam dalam rukun-
rukun sembahyang.
 Kedudukan imam ialah di hadapan
makmum, sekurang-kurangnya di takat
tumit. Makmum tidak boleh berada di
hadapan atau sebaris dengan imam.
 Solat makmum harus sama dengan solat
imam, misalnya sama-sama solat Zuhur,
Jumaat, qasar, jamak dan sebagainya.
 Makmum lelaki tidak mengikut imam
perempuan.
3. HUKUM SOLAT BERJEMAAH
Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam
Islam.
 Fardu Kifayah: Keatas orang lelaki
disesuatu tempat bagi semua solat fardu
kecuali solat jumaat.
 Fardu Ain: Keatas setiap lelaki bagi
solat Jumaat.
 Sunat: Bagi solat-solat sunat seperti
Solat Hari Raya.
4. KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH.
 Mendapat pahala 27 kali ganda
berbanding solat bersendirian.
 Dapat mengukuhkan persaudaraan
sesama umat Islam.
 Membantu menambah khusyuk didalam
solat.
 Hidup diberkati Allah S.W.T.
 Berpeluang menambah Ilmu.
5. LAFAZ NIAT SOLAT BERJEMAAH
6. PERBEZAAN ANTARA MAKMUM
MUAFIQ DAN MAKMUM MASBUQ
 Makmum Muafiq : Makmum yang
sempat membaca surah Al-Fatihah
bersama-sama imam pada rakaat
pertama.
 Makmum Masbuk: Makmum yang tidak
sempat membaca Al-Fatihah bersama-
sama imam pada rakaat pertama dan
tidak dikira rakaatnya.
Info Fekah :
 Perempuan hanya boleh menjadi imam kepada jemaah perempuan sahaja.
 Kanak-kanak yang sudah mumaiyiz boleh menjadi imam solat.

More Related Content

Nota pendidikan islam t5 solat berjemaah

  • 1. SOLAT BERJEMAAH 1. PENGERTIAN SOLAT BERJEMAAH Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam. Ini berdasarkan Sabda Nabi SAW: "Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 2. SYARAT-SYARAT SAH SOLAT BERJEMAAH. Syarat-syarat sah solat berjemaah: Berniat mengikut/menjadi imam. Mengetahui segala apa yang dikerjakan oleh imam. Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan makmum, kecuali bagi makmum perempuan di masjid hendaklah dibataskan dengan kain. Tidak mendahului imam dalam takbir dan tidak pula melambatkannya. Tidak mendahului imam dalam rukun- rukun sembahyang. Kedudukan imam ialah di hadapan makmum, sekurang-kurangnya di takat tumit. Makmum tidak boleh berada di hadapan atau sebaris dengan imam. Solat makmum harus sama dengan solat imam, misalnya sama-sama solat Zuhur, Jumaat, qasar, jamak dan sebagainya. Makmum lelaki tidak mengikut imam perempuan. 3. HUKUM SOLAT BERJEMAAH Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Fardu Kifayah: Keatas orang lelaki disesuatu tempat bagi semua solat fardu kecuali solat jumaat. Fardu Ain: Keatas setiap lelaki bagi solat Jumaat. Sunat: Bagi solat-solat sunat seperti Solat Hari Raya. 4. KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH. Mendapat pahala 27 kali ganda berbanding solat bersendirian. Dapat mengukuhkan persaudaraan sesama umat Islam. Membantu menambah khusyuk didalam solat. Hidup diberkati Allah S.W.T. Berpeluang menambah Ilmu. 5. LAFAZ NIAT SOLAT BERJEMAAH 6. PERBEZAAN ANTARA MAKMUM MUAFIQ DAN MAKMUM MASBUQ Makmum Muafiq : Makmum yang sempat membaca surah Al-Fatihah bersama-sama imam pada rakaat pertama. Makmum Masbuk: Makmum yang tidak sempat membaca Al-Fatihah bersama- sama imam pada rakaat pertama dan tidak dikira rakaatnya. Info Fekah : Perempuan hanya boleh menjadi imam kepada jemaah perempuan sahaja. Kanak-kanak yang sudah mumaiyiz boleh menjadi imam solat.