ݺߣ

ݺߣShare a Scribd company logo
NOTA REVISI CEPAT
DAN EFEKTIF
SEJARAH
TINGKATAN 1
(BAB 1)
DIPETIK DARIPADA “WHIZZ THRU  SEJARAH TINGKATAN 1,2,3”
BAB 1­PENGERTIAN
SEJARAH
Istilah sejarah berasal daripada perkataan 
Arab,iaitu syajaratun yang bermaksud
­ Pohon atau pokok
­ salasilah
­ riwayat
­ keturunun
­ asal usul
Pengertian sejarah menurut tokoh sejarah 
Ibn Khaldun­ Sejarah membicarakan tentang 
masyarakat manusia, atau peradaban manusia,
tentang perubahan­perubahan yang berlaku 
pada sifas­sifat masyarakat itu.
Herodotus­ Penceritaan tentang tindakan 
manusia dan sebab­sebab mereka 
melakukanya.
Muhd.Yusof Ibrahim­ Sejarah merupakan 
catatan atau rekod mengenai sesuatu 
peristiwa/perkara yang berlaku pada suatu 
masa yang lalu
Secara ringkas, sejaraj ialah penyelidikan 
tentang peristiwa yang telah BERLAKU
Ciri­ciri sejarah
1) Melalui ciri­ciri sejarah, kita dapat 
merekonstruksi sesuatu peristiwa.
2) Gambaran sesuatu peristiwa masa lalu 
dapat dibentuk melalui rekonstruksi.
3) Fakta seperti peristiwa,tempat,tokoh, dan 
tarikh perlu dibuktikan kebenarannya.
4) Fakta sejarah TIDAK boleh ditokok 
tambah atau direka.
5) Sumber dan kesasihan fakta sejarah perlu 
dipertanggungjawabkan.
Contoh fakta yang tepat dan benar:
Perisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah 
Persekutuan pada 1 Februari 2001.
6) Peristiwa bersejarah penting dan 
memberikan kesan kepada seseorang 
individu,ahli keluarga,masyarakat atau 
negara.
7) Tarikh lahir dan tarikh mula bersekolah 
dianggap bermakna bagi seseorang pelajar.
8) Tarikh perkahwinan ibu bapa dianggap 
bermakna bagi sesebuah keluarga.
9) Hari Pekerja dan Hari Guru merupakan 
hari yang bersejarah kerana mengharai 
sumbangan pekerja dan guru kepada 
masyarakat.
10) Tarikh 31 Ogos 1957 merupakan tarikh 
yang bermakna dan penting kepada negara.
11) Sejarah bertujuan untuk mencari 
kebenaran sesuatu peristiwa yang lampau.
12) Pengkaji sejarah perlu tahu apa, siapa, 
bila, di mana, mengapa dan bagaimana 
sesuatu peristiwa itu berlaku.
Sumber Sejarah
­ Sejarah ditulis berasaskan kajian yang telah 
dijalankan terhadap sumber sejarah.
Jenis Sumber Definisi Contoh
Sumber 
pertama atau 
sumber primer
­Sumbe yang 
bersifat asli, 
iaitu bahan 
asal yang 
belum 
ditafsir,diolah 
dan dicetak.
­Berbentuk 
fosil,artifak,ke
rtas atau 
keterangan 
lisan
­Fail rasmi 
jabatan
­Diari
­Batu bersurat
Sumber kedua
atau sumber 
sekunder
­Bahan yang 
telah 
diolah,dicetak.
­Buku
­Ensiklopedia
­Akhbar
Kaedah Pengkajian Sejarah
Kaedah Bertulis
­ Maklumat mengenai sesuatu perkara, 
peristiwa, tokoh , kejadian, perundangan , dan
adat redam diperoleh daripada sumber yang 
ditulis, dilakar atau dipahat.
­ Maklumat bertulis mungkin terdapat pada 
batu, dinding gua, kulit kayu, daun, barangan 
logam, gading dan kertas.
Kaedah Lisan
­ Sejarawan mendapat maklumat sejarah 
melalui:
 ­ucapan seorang tokoh
 ­temu ramah atau perbualan
 ­penceritaan dan pengkisahan
­Kaedah ini sering dikaitkan dengan tradisi 
sastera rakyat seperti mitos,legeda,puisi.
­Kelemahan kaedah lisan ialah wujudnya 
unsur tokok tambah.
Kaedah Arkeologi
­Maklumat diperoleh melalui kajian saintifik
­Usia bahan­bahan tinggalan sejarah tersebut 
dapat disashkan melalui pentarikhan 
radiokarbon.
Pentafsiran Sejarah
­Tugas penting seseorang sejarawan 
menerangkan sebab ­musabab sesuatu 
perkara.
­Untuk menjadikan sesuatu peristiwa itu 
bermakna dan berfaedah.
­Penyelidikan perlu dijalankan mengenai 
sesuatu perkara kerana pandangan orang 
ramai yang berbeza.
Contoh:
Pandangan 
sejarawan 
tempatan
Peristiwa Pandangan 
sejarawan 
Barat
J.W.W Birch 
dibunuh 
kerana cuba 
Pembunuhan 
J.W.W 
Birch(Residen
Dibunuh 
kerana ingin 
mengenalkan 
mengambil 
ahli kuasa 
pembesar 
Perak.
British di 
Perak
sistem cukai
Kepentingan Sejarah
­ Memperoleh pengetahuan untuk 
membolehkan kita menilai sesuatu peristiwa.
­Melahirkan jati diri yang tinggi dalam 
kalangan rakyat.
­Menghargai jasa dan usaha pemimpin 
negara.
­Mengelakkan kesilapan masa lalu berulang 
lagi.
­Menjadi panduan dan memberikan iktibar 
untuk membaiki sebarang kesilapan yang 
telah dilakukan.
­Semangat patriotisme atau semangat cinta 
akan tanah air dapat dipupuk apabila kita 
mengetahui sejarah diri, bangsa dan negara 
kita.
Konsep Masa
­ Kurun/Abad
Jangka masa 100 tahun
­ Zaman
Jangka masa yang mempunyai pertalian atau 
keistimewaan tertentu.
­Dekad
Jangka masa 10 tahun.
­Masihi
Tahun atau kurun yang dihitung sesudah 
kelahiran Nabi Isa a.s
­ Hidjrah
Tahun Islam yang bermula dengan peristiwa 
perpindahan Nabi Muhammad SAW dari 
Makkah ke Madinah
­ Kronologi
Berurutan mengikut masa kejadian
Nota Sejarah Cepat dan Efektif TIngkatan 1(Bab 1)

More Related Content

Nota Sejarah Cepat dan Efektif TIngkatan 1(Bab 1)