Dokumen tersebut membahas tentang 5 komponen asas dalam nyanyian, yaitu nada, irama, pernafasan, suara, dan sebutan. Komponen-komponen tersebut penting untuk menghasilkan penyampaian lagu yang baik dan dapat dinikmati pendengar.
1 of 8
Downloaded 123 times
More Related Content
Nyanyian dan suara dalam nyanyian
1. Nyanyian dan Suara dalam Nyanyian
Nama : Rizal bin Embran
No :
Pensyarah pembimbing : Puan Hanizah binti Baha
2. Defenisi Nyanyian
• Nyanyian merujuk kepada aktiviti membunyikan suara dalam bentuk
tertentu yang bertujuan menghasilkan nada dan melodi yang disenangi.
Ia merupakan salah satu aktiviti manusia yang bertujuan untuk
mengembirakan hati. Nyanyian boleh dilakukan dengan bantuan alat
muzik atau hanya dengan secara bertepuk tangan dan sebagainya.
Nyanyian memerlukan daya kreativiti manusia dan dianggap sebagai salah
satu cabang seni. Mereka yang menyanyi digelar penyanyi.
3. Terdapat 5 Komponen Asas Nyanyian:-
1. Pitch/Nada
2. Rhythm/Irama
3. Pernafasan
4. Suara
5. Sebutan
4. Pitch/Nada
• Pitch merujuk kepada nota dan bunyi yang kita dengar apabila
seseorang itu menyanyi, dan ini akan menentukan yang lagu itu akan
kedengaran sedap atau menjadi sumbang.
• Seseorang penyanyi itu perlu tahu cara untuk melontarkan suara
mereka dalam kepelbagaian nada-nada yang tepat dalam sesebuah
lagu bagi menyesuaipadankan dengan irama serta muzik secara
keseluruhan dalam sesebuah lagu itu.
• Jadi jika pitching bagus maka penyampaian lagu akan bagus dan
sedap didengar. Kepentingan pitch/nada ini dalam penyampaian
nyanyian.
5. Rhythm/Irama
• Setiap lagu mempunyai beat atau rentak yang tersendiri, dan adalah
penting untuk kta mengekalkan asas irama lagu tersebut, jika tidak
kita mungkin sukar untuk menyanyi dengan sempurna, lirik
berterabur dan tak kena dengan irama dan mungkin akan ketinggalan
dibelakang .Rentak jugalah menentukan ‘groove’ sesebuah lagu, dan
ianya juga membuatkan kita menghentakkan kaki atau menganggukkan
kepala bila kita mendengarkan lagu lagu yang ber’tempo’ laju
contohnya lagu-lagu rock.
• Kemahiran ‘deria’ irama anda bermula dengan mempelajari bagaimana
mengenali kepelbagaian durasi rentak, untuk menyanyikan notes
dengan rentak yang berbeza-beza, begitu juga kebolehan mengawal
tempo asas sesebuah lagu.
6. Pernafasan
• Pernafasan adalah sangat penting dalam nyanyian, dan ianya adalah
perkara yang pertama yang akan diajar oleh kebanyakan guru-guru vokal
kepada anda jika anda mengambil kelas latihan vokal.Ianya juga adalah
soalan yang sering menjadi pertanyaan kepada kita-apa kena mengena
pernafasan dengan menyanyi ini?
• Apa yang kebanyakan kita tak tahu adalah yang pernafasan ini
sebenarnya adalah proses yang amat semulajadi, dan semestinya adalah
amat senang sekali untuk mahirkan diri kita dengan kawalan suara yang
betul dalam menyanyi. Memahami cara pernafasan untuk nyanyian akan
menjadi ‘tool’ yang berguna bagi mencapai tahap ‘cemerlang’ dalam asas
pernafasan untuk menyanyi.
7. Suara
• Suara selalunya kita abaikan apabila kita menyanyi dan kita
terlampau memfokuskan perhatian kita kepada komponen-
komponen nyanyian yang lain dari mencari bagaimana caranya
untuk menguatkan vocal bagi mengindahkan lagi mutu nyanyian
kita.
• Asas dalam memahami suara dan vocal cord atau lipatan
suara amat mustahak bagi membantu kita kearah
menggunakan tabiat menyanyi yang baik, juga dalam
melontarkan bunyi/nyanyian yang lebih santai dan ‘sihat’.
8. Sebutan
• Belajar bagaimana cara untuk melontarkan nyanyian melalui suara
kita saja tidak mencukupi, tetapi kita perlu membentuk suara kita
dalam bentuk patah perkataan bahasa yang akan difahami oleh
audience kita.
• Inilah yang menjadikan sebutan adalah asas penting dalam
nyanyian, kerana ini adalah batu pengukur samada audience kita
faham atau tidak apa yang disampaikan melalui lagu yang kita
sampaikan, dan sama ada audience boleh ‘connect’ melalui
persembahan nyanyian. Sebutan juga adalah kunci kepada
penghasilan pitching yang tepat dalam nyanyian.