Merupakan slide presentation mengenai tatacara mengakses e-Komik di bawah pangkalan data PNM Overdrive.
1 of 18
Download to read offline
More Related Content
Panduan Penggunaan Pangkalan Data PNM Overdrive (RBDigital Comics)
2. PENGENALAN
PNM telah melanggan kepada perkhidmatan pangkalan data berbentuk e-buku iaitu Overdrive sejak tahun 2012.
Perkhidmatan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia untuk capaian secara percuma.
Menerusi portal rasmi PNM Overdrive, pengguna boleh membaca atau meminjam ebuku, buku audio dan koleksi-
koleksi digital lainnya yang terdapat di portal.
Portal rasmi bagi PNM Overdrive boleh dicapai menerusi alamat URL :https://pnm.overdrive.com/.
Pengguna boleh akses masuk ke sistem portal PNM Overdrive dengan menggunakan mana-mana satu daripada
Library Card Number yang telah disediakan (pnm001 - pnm099) atau (eb001-eb999).
Pengguna disarankan memuat turun & memasang terlebih dahulu perisian yang diperlukan (Adobe Digital
Editions dan Overdrive pautannya ada disediakan di portal).
Perisian ini diperlukan untuk proses muat turun fail e-buku/buku audio/video (untuk peminjaman sementara
selama 7 hari). Selain itu, perisian ini juga perlu anda gunakan semasa hendak membaca e-buku, mendengar buku
audio atau menonton video yang telah dipinjam daripada portal PNM Overdrive.
Overdrive menyediakan kandungan e-buku yang boleh dipinjam oleh pengguna secara dalam talian. Kandungan
keseluruhan e-buku yang dilanggan PNM setakat ini adalah sebanyak 14,118 buah yang merangkumi pelbagai
bidang perkara seperti Fiksyen, Bukan Fiksyen, Kesenian, Perniagaan, Komputer dan Teknologi, Kesihatan dan
Kecergasan, Bahasa, Sejarah, Perundangan, Politik, Motivasi, Pelancongan, serta buku-buku untuk bacaan remaja
dan golongan dewasa.
Selain daripada e-buku, pengguna juga boleh mengakses kandungan Buku Audio dalam bidang terpilih yang
terdapat di dalam pangkalan data Overdrive.
Pengguna dibenarkan meminjam sebanyak 2 naskhah e-buku untuk tempoh masa selama 7 hari.
3. PANDUAN SECARA RINGKAS
Pastikan anda telah mendaftar sebagai ahli u-Pustaka untuk
mendapatkan akses kepada perkhidmatan pangkalan data
OVERDRIVE.
Sila log masuk ke sistem portal u-Pustaka dari muka hadapan portal
u-Pustaka dengan menggunakan login dan kata laluan masing-
masing.
Setelah log masuk ke sistem portal u-Pustaka, sila pergi ke menu
Perkhidmatan >> e-Sumber , atau untuk lebih mudah, klik pada
ikon (di segmen pautan Pintas pada muka depan portal u-Pustaka).
Skrin bagi capaian ke halaman e-Sumber: Pangkalan Data akan
terpapar. Anda hanya perlu klik imej logo Overdrive atau pautan
nama Overdrive untuk memulakan akses, secara terus
4. 1. PENDAFTARAN DAN PENGAKSESAN KE PNM OVERDRIVE
(https://www.u-library.gov.my/)
Pergi ke https://www.u-
library.gov.my/) daftar
sebagai ahli u-pustaka dan log
masuk jika sudah berdaftar.
Pergi ke menu E-Sumber
dan pilih Pengkalan Data
dan pilih Overdrive
5. 2. LOG MASUK PNM OVERDRIVE
Selepas anda sampai ke
laman web PNM Overdrive,
sila klik log masuk (Sign In
Boleh menukar bahasa
kepada Bahasa
Malaysia / English
6. Pilih u-Pustaka Account dan
masukkan ID U-Pustaka anda di
bahagian Card Number dan
password U-Pustaka anda.
upustakauser
2. LOG MASUK PNM OVERDRIVE
7. Boleh juga log masuk menggunakan
library card number dengan
masukkan sebarang nombor dari e001
sehingga eb999 atau pnm001
sehingga pnm999
eb345
2. LOG MASUK PNM OVERDRIVE
8. 3. PENCARIAN JUDUL
Pengguna boleh menaip
sebarang kata kunci judul
yang ingin dicari.
Pengguna juga boleh
mencari judul dengan
memilih mengikut subjek
dan jenis koleksi disini
9. 3. PENCARIAN JUDUL (RBDIGITAL COMICS)
Di menu utama,
Pengguna perlu skrol ke
bawah dan pilih kategori
COMICS
10. Pengguna hanya perlu
klik butang borrow
4. PEMINJAMAN JUDUL
Juga boleh klik pada
Cover Judul yang ingin
dipinjam/dibaca
11. 4. PEMINJAMAN JUDUL
Klik butang Borrow /
Pinjam atau boleh klik
read sample untuk
bahagian sedikit
kandungan judul.
13. 4. PEMINJAMAN JUDUL (SIRI YANG LAIN)
Pengguna boleh klik pautan
dibawah judul untuk melihat
dan meminjam siri
kesinambungan komik yang
telah dipinjam
15. 4. PEMINJAMAN JUDUL
Pengguna Hanya boleh
meminjam judul yang
Available sahaja. Dan
boleh menempah giliran
pinjaman dengan klik
butang Place A Hold /
Pesan Simpanan dan
memasukkan alamat emel
anda.
Dan juga boleh
memasukkan koleksi ke
dalam senarai bacaan anda
dengan klik butang Wish
List
16. 5. TETAPAN AKAUN
Untuk melihat dan penetapan akaun
boleh tekan pada butang My
Account dan pilih senarai manakan
yang ingin anda lihat. Loans untuk
judul yang sudah dipinjam. Holds
judul yang sedang menunggu giliran
untuk dipinjam. Wish List judul yang
ingin dipinjam kemudian. Rated
Titles buku yang diberi dinilai selepas
membaca. History sejarah judul-
judul yang telah dipinjam.
17. 6. APLIKASI LIBBY
PANDUAN PENGGUNA APLIKASI
1. Muat turun dan pasang aplikasi LIBBY dan pasang di
peranti mudah alih anda.
2. Sila jawab YES jika ditanya adakah anda mempunyai
Library Card dan tekan next.
3. Sila cari nama perpustakaan dengan menaip
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.
4. Seterusnya masukkan Library Card Number anda.
5. Dan kini anda boleh meminjam ebooks dan audiobooks
tanpa menggunakan pelayar (browser).
6. Untuk membaca tanpa menggunakan internet,
pengguna hanya perlu membuat pinjaman judul yang
ingin dibaca hanya dengan menggunakan aplikasi LIBBY.
NOTA : Aplikasi libby hanya menyokong format ebooks (e
buku) dan audiobooks(buku audio) sahaja. Anda boleh
mengakses kesemua jenis koleksi yang lain melalui pelayar
di https://ppas.overdrive.com