1. PANDUAN PENGURUSAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI
BADAN-BADAN BERUNIFORM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PANEL HAKIM KAWAD KAKI KEBANGSAAN
BAHAGIAN A:
JAWATANKUASA PERTANDINGAN KAWAD KAKI
Pengenalan
Dalam satu acara pertandingan kawad, kerjasama dan saling membantu antara ahli
dalam jawatankuasa sangat penting untuk memastikan kelancaran program. Terdapat 2
jawatankuasa penting yang terlibat dalam program ini iaitu;
a. Jawatankuasa Induk Pertandingan
Jawatankuasa ini merupakan jawatankuasa tertinggi dalam satu-satu program
khususnya program besar seperti pada peringkat kebangsaan. Jawatankuasa ini
terdiri daripada
(i)penaung,
(ii)penasihat,
(iii)pengerusi
(iv)Timbalan Pengerusi I,
(v)Timbalan Pengerusi II,
(vi)Setiusaha I,
(vii)Setiausaha II,
(viii) Penolong Setiausaha I,
(ix)Penolong Setiausaha II,
(x) Bendahari dan
(xi) Jawatankuasa.
b. Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.
Jawatankuasa ini berperanan untuk memikul tanggungjawab sebagai
jawatankuasa yang akan melaksanakan program pertandingan. Pada peringkat
kebangsaan, senarai ahli dalam jawatankuasa ini terdiri daripada (i)Penasihat,
(ii)Pengerusi, (iii)Timbalan Pengerusi I, (iv)Timbalan Pengerusi II, (v)Setiausaha,
(vi)Penolong Setiausaha I, (vii)Penolong Setiausaha II, (viii)Penyelaras,
(ix)Penolong Penyelaras, dan (ix)Ahli-ahli Jawatankuasa Kecil Pengelola.
Jawatankuasa Kecil (JKK) Pengelola Pertandingan Kawad
Jawatankuasa kecil (JKK) pengelola pertandingan kawad adalah sepasukan petugas-
petugas dalam jawatankuasa pengelola pertandingan. Dalam Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan itu, ahli-ahlinya merupakan ketua-ketua dalam sepasukan petugas yang
dipertanggungjawabkan itu. Jawatankuasa kecil pengelola pertandingan boleh terdiri
daripada bahagian-bahagian berikut;
a. JKK Protokol:
b. JKK Sambutan:
c. JKK Kehakiman:
d. JKK Peralatan:
2. KAWAD KAKI KEBANGSAAN
PANEL HAKIM KAWAD KAKI KEBANGSAAN
e. JKK Penginapan
f. JKK Pengangkutan
g. JKK Persiapan Tempat/Gelanggang
h. Juruacara
i. Penjaga Masa
j. Pengangkat Bendera
k. Pengangkat Kon
l. JKK Keselamatan
m. JKK Pertolongan Cemas
n. JKK hadiah dan Sijil
o. Penyelia peserta
p. JKK Dokumentasi
q. JKK Pendaftaran
r. Jamuan
s. Pengumpul Markah
t. Jurukira Markah
Selain daripada jawatankuasa yang dinyatakan di atas, Pengerusi Jawatankuasa
Pengelola juga boleh melantik jawatankuasa kecil lain yang difikirkan sesuai untuk
membantu kelancaran pertandingan kawad. AJK Penyelaras boleh mencadangkan
kepada Pengerusi untuk melantik jawatankuasa kecil (JKK) tersebut.
Jawatankuasa Ex-Oficio boleh diwujudkan pada peringkat induk atau pengelola.
Mereka bertanggungjawab menjadi pegawai perhubungan antara jawatankuasa induk,
jawatankuasa pengelola atau jawaankuasa kecil pengelola.Selalunya mereka juga
berperanan mewakili tugas-tugas jawatankuasa induk atau pengelola.
BAHAGIAN B:
JAWATANKUASA KECIL KEHAKIMAN KAWAD
Pengenalan
Pertandingan kawad (kaki) dilaksanakan untuk memupuk semangat berpasukan peserta-
peserta dan menampilkan kebijaksanaan dan keunikan dalam bidang kawad oleh
peserta-peserta. Pengurusan yang cekap dan melaksanakan pertandingan secara
sistematik amat diperlukan. Sistem ini hendaklah dipatuhi oleh jawatankuasa khususnya
dalam jawatankuasa kecil (JKK) kehakiman dan jawatankuasa pengelola. Tujuannya
supaya pelaksanaan pertandingan menjadi lancar dan mengelakkan sebarang
kelemahan.
Jawatankuasa Kecil (JKK) Kehakiman
Jawatankuasa kecil kehakiman adalah sepasukan hakim yang telah dipilih dan dilantik
oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengelola pertandingan kawad untuk mengadili
pertandingan kawad. Jawatankuasa kecil ini diketuai oleh seorang Ketua Hakim yang
3. KAWAD KAKI KEBANGSAAN
PANEL HAKIM KAWAD KAKI KEBANGSAAN
mempunyai kelebihan daripada hakim-hakim lain dan dipersetujui oleh kalangan hakim
dan jawatankuasa pelngelola. Ketua Hakim boleh mengagih-agihkan tugas penghakiman
berdasarkan pengetahuan dan kemahiran hakim-hakim yang dipilih dan dilantik itu
untuk menghakimi pertandingan.
Setiap hakim yang dipilih dan dilantik mempunyai tugas yang tertentu.
Pembahagian tugas-tugas ini dilakukan supaya tumpuan hakim semasa aktiviti
penghakiman menjadi lebih baik dan sah. Namun demikian, terpulang kepada Ketua
Hakim untuk menentukankanya. Berikut adalah pembahagian tugas dalam
jawatankuasa kecil kehakiman pertandingan kawad.
1. Ketua Hakim (Pengerusi)
a. Mengetuai tugas-tugas kehakiman.
b. Menerima tabik hormat Ketua Platun yang melapor.
c. Menasihat dan memberikan pandangan kepada
hakim-hakim.
d. Memohon kepada Jawatankuasa Pelaksana untuk
mendapatkan bilik hakim.
e. Mengetuai mensyuarat kehakiman.
f . Menghakimi pertandingan.
(Nota: Ketua Hakim boleh tidak menghakimi pertandingan)
g. Menyemak markah yang diberikan oleh para hakim yang telah dikira oleh
jurukira markah.
h. Mengesahkan markah yang diberikan oleh hakim-hakim dan jurukira
markah.
i. Membuat keputusan untuk berehat, berhenti, membatalkan
pertandingan atau meneruskan pertandingan.
j. Mengumumkan keputusan pertandingan.
Nota:
Sebarang keputusan yang telah diumumkan kepada umum tidak boleh
ditarik balik kecuali berlaku kesilapan. Oleh itu, perbincangan dan penyemakan
markah antara oleh para hakim sangat perlu sebelum keputusan diumumkan.
2. Penolong Ketua Hakim
a. Membantu tugas-tugas Ketua Hakim.
b. Menjalankan tugas-tugas Ketua Hakim jika ketiadaanya.
c. Menjadi Setiausaha dalam mesyuarat, membuat catatan dan
memberikan laporan.
d. Boleh menghakimi pertandingan.
e. Mengawal perjalanan borang-borang markah supaya tidak terdedah atau
berlaku kebocoran keputusan.
3. Hakim-hakim
Tugas hakim-hakim boleh dipecahkan seperti berikut;
4. KAWAD KAKI KEBANGSAAN
PANEL HAKIM KAWAD KAKI KEBANGSAAN
Hakim Pakaian:
a. Memeriksa pakaian peserta-peserta dan memberikan markah yang
sewajarnya dalam borang yang disediakan.
b. Mengesahkan markah yang diberi.
c. Memberikan laporan kepada Ketua Hakim.
d. Menyerahkan markah kepada Ketua Hakim untuk disahkan.
Hakim Kawad (Statik, Dinamik atau Formasi)
a. Memberikan markah sewajarnya kepada pasukan yang bertanding dalam
borang yang disediakan.
b. Mengesahkan markah yang diberi.
c. Memberikan laporan kepada Ketua Hakim
d. Menyerahkan markah kepada Ketua Hakim untuk disahkan.
Hakim Ketua Platun:
a. Memberikan markah sewajarnya kepada Ketua Platun yang bertanding
dalam borang yang disediakan (pergerakan dan bahasa hukuman).
b. Mengesahkan markah yang diberi.
c. Memberikan laporan kepada Ketua Hakim
d. Menyerahkan markah kepada Ketua Hakim untuk disahkan.
(Nota: Semasa para hakim meneyerahkan markah, pastikan dalam keadaan
rahsia, markah tidak terdedah dan jika menggunakan khidmat pembantu untuk
mengutip borang markah, pastikan bahawa pembantu tersebut mengetahui
tugas dan tanggungjawabnya serta bersikap amanah)
Juri Rayuan
Juri rayuan ialah sebuah organisasi atau panel yang ditubuhkan untuk mendengar dan
membicarakan bantahan di beri secara rasmi oleh pasukan-pasukan yang bertanding.
Panel Juri Rayuan hanya berfungsi jika menerima bantahan secara rasmi dan sah
mengikut ketetapan syarat pertandingan. Ahli-ahli panel Juri Rayuan terdiri daripada
mereka yang terlibat dalam Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Pengelola atau
Jawatankuasa Kecil Pengelola (Bahagian Kehakiman) pertandingan kawad. Berikut
adalah senarai ahli-ahli panel dalam Juri Rayuan,
a. Ketua Juri Rayuan
Ketua Juri Rayuan adalah dilantik dalam kalangan panel penasihat pertandingan
atau pengerusi dalam jawatankuasa induk pertandingan kawad.
Walaubagaimanapun, Pengerusi boleh melantik ahli-ahli yang lain yang difikirkan
sesuai untuk memikul tanggungjawab tersebut seperti pengerusi pengelola
pertandingan. Ketua Juri tidak boleh dilantik dalam kalangan hakim-hakim.
b. Ahli-Ahli Panel
5. KAWAD KAKI KEBANGSAAN
PANEL HAKIM KAWAD KAKI KEBANGSAAN
i. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
ii. Ketua Hakim
iii. Penolong Ketua Hakim (setiausaha)
iv. Seorang hakim pakaian.
v. Seorang hakim kawad.
vi. Seorang wakil jawatankuasa pelaksana.
Tugas-tugas Juri Rayuan
a. Menerima bantahan secara rasmi daripada pasukan-pasukan yang
bertanding.
b. Membincangkan dan menyemak bantahan bersama-sama ahli panel sama
ada mahu menerima atau menolaknya.
c. Membicarakan bantahan.
d. Membuat keputusan kepada bantahan yang diterima.
Prosedur Menerima Bantahan atau Aduan
a. Pasukan terlibat menghantar bantahan kepada Pengerusi Juri Rayuan secara
rasmi (bersurat dan terdapat pengesahan pengirim).
b. Pengerusi Juri Rayuan akan menerima bantahan rasmi tersebut dan akan
berbincang dengan ahli jawatankuasa induk untuk memastikan syarat-syarat
bantahan dipatuhi oleh pasukan yang memberikan bantahan seterusnya
menerima atau menolak untuk dibicarakan.
c. Jika bantahan diterima, Pengerusi Juri Rayuan akan memanggil panel Juri Rayuan
untuk bersidang.
d. Bantahan dibicarakan atau dibincangkan.
e. Pengerusi dan ahli panel Juri Rayuan akan membuat keputusan sama ada
menerima atau menolak bantahan tersebut.
f. Menghantar keputusan secara rasmi kepada pasukan yang membuat bantahan.
Syarat-syarat Membuat Bantahan
Syarat-syarat untuk membuat bantahan akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan Kawad yang perlu mendapat restu daripada Jawatankuasa Induk
Pertandingan Kawad. Ahli-ahli panel Juri Rayuan juga mestilah ditentukan, ditetapkan
dan dilantik sebelum pertandingan bermula. Syarat-syarat mengemukakan bantahan
biasanya disertakan dalam syarat-syarat pertandingan yang diberikan kepada setiap
peserta sebelum pertandingan dijalankan.
Contoh Syarat-syarat Membuat Bantahan:
1. Setiap bantahan mestilah dikemukakan sebelum keputusan rasmi diumumkan.
Bantahan selepas keputusan rasmi tidak akan dilayan.
2. Setiap bantahan mestilah dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh
Pengurus Pasukan atau Ketua Pasukan.
3. Setiap bantahan perlu disertakan dengan wang cagaran berjumlah RM..........
(tujuan wang cagaran ini ialah untuk perbelanjaan mengurus perbicaran
6. KAWAD KAKI KEBANGSAAN
PANEL HAKIM KAWAD KAKI KEBANGSAAN
bantahan yang dikemukakan. Wang cagaran ini tidak dipulangkan sama ada
bantahan diterima atau ditolak.
4. Setiap bantahan adalah yang berkaitan dengan prosedur atau teknikal
pertandingan yang terdapat dalam syarat pertandingan. Bantahan yang tidak
berkaitan dengan syarat-syarat pertandingan akan ditolak.
5. Keputusan oleh panel Juri Rayuan sama ada bantahan diterima atau ditolak
adalah muktamad.
Penetapan syarat bantahan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan
Kawad yang mendapat restu dan nasihat daripada Pengerusi Jawatankusa Induk
Pertandingan Kawad.
BAHAGIAN C:
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB HAKIM KAWAD
Hakim Kawad
Seseorang hakim yang dipilih dan dilantik untuk menghakimi pertandingan kawad
adalah mewakili tugas pasukan secara keseluruhannya. Justeru, hakim-hakim ini
mestilah mempunyai keupayaan dan bertanggungjawab. Hakim kawad biasanya dipilih
daripada kalangan anggota atau pegawai yang memiliki kepakaran istimewa dalam
bidang ini. Selain itu, hakim yang dipilih juga mesti memiliki kredibaliti yang lain seperti
bersahsiah, kemas, berdisiplin, tegas, patuh kepada peraturan yang ditetapkan, cergas,
mahir dan boleh membuat keputusan yang adil. Seseorang hakim telah diberikan
amanah untuk mengadili pertandingan dengan adil. Oleh itu, amanah yang diberikan itu
semestinya dapat mengelakkan keputusan-keputusan yang tidak tepat, bersifat berat
sebelah atau boleh dipertikaikan.
Kriteria Pemilihan Hakim Kawad
1. Sihat dan cergas.
2. Memiliki kemahiran dan kepakaran kawad.
3. Berdisiplin dan berpendirian tegas.
4. Mematuhi peraturan.
5. Akauntibiliti.
Tanggungjawab Hakim Kawad
Secara umumnya, tanggungjawab seorang hakim dapatlah digariskan seperti berikut;
1. Memberikan markah yang sewajarnya kepada peserta-peserta dalam
pertandingan kawad.
2. Markah yang diberi mestilah realistik berdasarkan kepada persembahan
peserta-peserta.
3. Tidak mengamalkan berat sebelah.
4. Menyimpan rahsia markah. Tidak memdedahkan pemberian markah kepada
umum.
7. KAWAD KAKI KEBANGSAAN
PANEL HAKIM KAWAD KAKI KEBANGSAAN
5. Komen atau ulasan hanya dicatatkan dalam borang markah sahaja.
6. Prihatin dan peka kepada sebarang pergerakan kawad para peserta. Sentiasa
berada pada kedudukan yang sesuai apabila membuat penilaian dan
memberikan markah.
Nota:
1. Hanya Ketua Hakim boleh memberikan ulasan atau komen jika perlu selepas
pengumuman keputusan.
2. Ketua Hakim boleh memanggil hakim-hakim untuk memberikan maklumat atau
panduan tetapi bukan untuk memberikan arahan membatalkan kelayakan
bertanding (disqualified) atau memotong markah. Bilik Hakim boleh digunakan
untuk berbincang.
Larangan-larangan Kepada Hakim Kawad
1. Tidak memberikan komen atau ulasan secara terbuka sebelum atau selepas
keputusan diumumkan.
2. Tidak berhubung dengan pihak luar kecuali dengan hakim-hakim sepanjang masa
pertandingan.
3. Tidak berbincang dengan hakim-hakim lain untuk memberikan markah.
4. Berada jauh dari kedudukan peserta atau pada kedudukan statik.
5. Tidak meninggalkan gelanggang dengan tiba-tiba tanpa memberitahu Ketua
Hakim.
6. Tidak mengarahkan hakim-hakim lain untuk melakukan sesuatu.
7. Tidak memberikan arahan atau menegur pasukan-pasukan yang sedang
bertanding.
8. Tidak memberitahu kesalahan peserta-peserta semasa pasukan itu membuat
persembahan.
9. Tidak menjerit-jerit atau berbuat bising semasa mengadili pertandingan atau
semasa pertandingan berlangsung
10. Tidak makan atau minum semasa pertandingan dijalankan. Makan dan minum
hendaklah di bilik hakim dan tidak dibenarkan berada di tempat lain.
11. Berehat hanya di bilik hakim dan tidak dibenarkan berada ditempat lain.
12. Jangan memuji atau merendah-rendahkan maruah pasukan-pasukan yang
bertanding. Hendaklah bersikap neutral.
13. Tidak mahu meneruskan tugasan sebagai hakim. Hendaklah menghakimi
pertandingan hingga selesai.
(Nota: Jika hakim tidak dapat meneruskan penghakiman kerana sebab tertentu
seperti pitam, pengsan, sakit dan sebagainya, pemberian markah keseluruhan
pasukan yang telah diadili oleh hakim berkenaan hendaklah dibatalkan)
14. Lain-lain perkara:
a. Tidak menggunakan telefon bimbit.
8. KAWAD KAKI KEBANGSAAN
PANEL HAKIM KAWAD KAKI KEBANGSAAN
b. Tidak makan atau minum sehingga menjejaskan penghakiman.
c. Tidak melanggar etika sebagai hakim.
BAHAGIAN D:
TATACARA PENGELOLAAN DAN PENGHAKIMAN KAWAD
Tatacara Pengelolaan
Tatacara pengelolaan pertandingan kawad mesti dimaklumkan kepada Jawatankuasa
Induk dan diketahui serta difahami oleh setiap ahli dalam Jawatankuasa Pengelola
termasuk para hakim. Tatacara ini akan memberikan panduan kepada setiap ahli
jawatankuasa atau petugas tentang tugasan dan peranan mereka sebelum, semasa dan
selepas pertandingan. Oleh itu mereka dapat bersedia dan melakukan tindakan kepada
tugasan mereka. Secara umumnya, tatacara pengelolaan dapatlah digariskan seperti
berikut:
Sebelum Hari Pertandingan
a. Mesyuarat Jawatankuasa Induk.
b. Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola.
c. Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pengelola.
Tujuan mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pengelola ialah untuk menetapkan
tugasan dan kerja-kerja kepada ahli-ahlinya yang dilantik.
Antara perkara yang perlu dimesyuaratkan atau ditaklimatkan pada masa ini
ialah;
i. Taklimat Ketua Hakim:
ii. Penetapan syarat pertandingan dan prosedur bantahan:
iii. Taklimat penyediaan gelanggang oleh jawatankuasa persiapan.
iv. Penyediaan alatan dan logistik:
v. Perkara-perkara lain:
a. Penyedian aturcara dan buku program oleh Setiausaha.
b. Penyediaan senarai jemputan, perasmi, VIP dan VVIP oleh JKK
Protokol.
c. Pengurusan peserta memanggil Ketua Kontinjen untuk
mendengar taklimat pertandingan oleh JKK Pengelola.
d. Penyediaan skrip juruacara.
e. Penubuhan Panel Juru Rayuan.
f. Taklimat JK Keselamatan.
g. Taklimat pembantu hakim dan Jawatankuasa Pengelola.
9. KAWAD KAKI KEBANGSAAN
PANEL HAKIM KAWAD KAKI KEBANGSAAN
h. Penyediaan borang-borang seperti borang-borang penyertaan
dan borang-borang hakim oleh Setiausaha.
i. Penyediaan bilik hakim
d. Raptai pertandingan boleh dilaksanakan atau sebagai gantinya ialah dry-run
atau simulasi pertandingan.
Semasa Hari Pertandingan
a. Pemeriksan:
i. Kawasan-kawasan gelanggang, peralatan dan keperluan borang
hendaklah lengkap tersusun dan sedia digunakan setengah jam sebelum
peserta pertama masuk gelanggang.
ii. Bilangan hakim juga mencukupi untuk mengadili pertandingan.
iii. Semua petugas melaksanakan kerja dan tugasan mereka.
b. Pelaksanaan pertandingan:
i. Pemeriksaan Pakaian Peserta.
ii. Peserta masuk gelanggang. Persembahan kawad statik, dinamik dan
formasi.
iii. Pengiraan markah dan pegesahan.
Selepas Pertandingan
a. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah.
b. Penyediaan dokumentasi dan laporan oleh setiausaha dan jawatankuasa terlibat.
Laporan dan dokumentasi dihantar kepada Jawatankuasa Induk dan salinan
kepada Jawatankuasa Pengelola.
c. Melakukan feedback atau perbincangan semula untuk memperbaiki keadaan
pada masa akan datang.
Nota:
Ketua hakim dikehendaki menyedia dan memberikan laporan.
Tatacara Penghakiman Kawad
Sebelum Hari Pertandingan
Hakim-hakim yang dilantik akan bermesyuarat dan membincangkan;
i. Syarat-syarat pertandingan.
ii. Melakukan perubahan.
iii. Membuat ketetapan atau keputusan.
iv. Menetapkan Panel Juri Rayuan.
v. Membincangkan tatacara atau gerakan kawad dan pemberian markah.
10. KAWAD KAKI KEBANGSAAN
PANEL HAKIM KAWAD KAKI KEBANGSAAN
Semasa Hari Pertandingan
a. Menyemak keadaan gelanggang dan memastikan siap untuk pertandingan.
b. Membariskan peserta.
c. Pemeriksaan Pakaian oleh hakim-hakim pakaian yang dilantik. Semasa
pemeriksan pakaian, kawasan pemeriksaan hendaklah bebas daripada orang
awam. Hanya hakim dan pegawai bertugas sahaja berada di kawasan tersebut.
d. Pertandingan Kawad:
I. Pasukan atau peserta masuk gelanggang dan penghakiman oleh hakim-
hakim. Tatacara persembahan kawad seperti yang ditetapkan iaitu;
i. Melapor kekuatan pasukan.
ii. Kawad statik.
iii. Kawad dinamik.
i. Kawad formasi.
ii. Melapor keluar.
2. Pemberian markah oleh hakim-hakim.
Nota: Setiap peserta atau pasukan mestilah diberikan markah walaupun
secara teknikalnya akan dibatalkan penyertaannya kerana kesahan
tertentu.
3. Penyemakan markah oleh hakim dan pengesahan.
4. Pengiraan markah oleh Jurukira dan pengesahan.
5. Pengesahan atau penyemakan markah dan jumlah markah oleh Ketua
Hakim.
6. Menerima bantahan dan membicarakannya (jika ada) serta membuat
keputusan.
7. Mengumumkan keputusan rasmi(dalam majlis penutup atau majlis
penyampaian hadiah).
Selepas Hari Pertandingan
a. Mengadakan feedback atau pemeriksan semula untuk mengetahui masalah-
masalah dan kekuatan untuk rujukan pertandingan akan datang.
b. Ketua Hakim atau Penolong Ketua Hakim akan membuat laporan dan dihantar
kepada Jawatankuasa Pengelola.
Penutup:
Pertandingan kawad memerlukan tenaga kerja yang komited dan prihatin kepada
pelbagai perkara. Kerja-kerja pelaksanaannya memerlukan perancangan rapi dari
peringkat permulaan cadangan diadakan pertandingan sehingga laporan-laporan dan
dokumentasi selesai disiapkan seterusnya dihantar kepada pegawai peringkat atasan.