Dokumen ini berisi panduan sembahyang sunat Tarawih dan Witir selama bulan Ramadhan. Termasuk hukum, waktu, jumlah rakaat, dan cara melaksanakannya secara berjemaah maupun individu. Juga memberikan contoh bacaan surat-surat Al-Quran yang dibaca pada setiap rakaat.
3. PANDUAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH
息 JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
Aras 4 Blok D9, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519 W.P PUTRAJAYA, MALAYSIA
Telefon : 03-8886 4000 Faks : 03-8889 2039
Emel : webmaster@islam.gov.my
www.facebook.com/kedaibukujakim
Cetakan Kelima belas 2013
Cetakan Keenam belas 2014
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang
mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan
buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya.
Konsep & Rekabentuk
Card Information Sdn. Bhd.
Emel : cisb49@yahoo.com.my
SOLAT TARAWIH - NEW.indd 2SOLAT TARAWIH - NEW.indd 2 16/07/2014 14:31:4916/07/2014 14:31:49
4. 3
KANDUNGAN
1. Pendahuluan 6
2. Hukum Sembahyang Sunat Tarawih 7
3. Waktu Sembahyang Sunat Tarawih 7
4. Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih 7
5. Rukun Sembahyang Sunat Tarawih 8
6. Kai鍖at Sembahyang Sunat Tarawih 20 Rakaat 8
7. Bacaan Sebelum Memulakan Sembahyang
Sunat Tarawih 17
8. Sembahyang Sunat Tarawih 18
9. Bilal Memberitahu Tentang Sembahyang Sunat
Witir yang akan Dilakukan Selepas Sunat Tarawih 34
10. Sembahyang Sunat Witir 36
11. Tahlil Selepas Sembahyang Sunat Witir 40
12. Kai鍖at Sembahyang Sunat Tarawih 8 Rakaat 41
13. Setelah Kita Selesai Mengerjakan Sembahyang
Tarawih Sebanyak Lapan Rakaat Diikuti pula
dengan Sembahyang Witir Sebanyak Tiga Rakaat 50
14. Penutup 54
SOLAT TARAWIH - NEW.indd 3SOLAT TARAWIH - NEW.indd 3 16/07/2014 14:31:5016/07/2014 14:31:50
5. 4
KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas
kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas
orang-orang yang terdahulu daripada kamu,
agar kamu bertaqwa.
(al-Baqarah, ayat 183)
SOLAT TARAWIH - NEW.indd 4SOLAT TARAWIH - NEW.indd 4 16/07/2014 14:31:5016/07/2014 14:31:50
6. 5
Daripada Abu Hurairah RA
bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih)
pada malam bulan Ramadhan dengan penuh
keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan
segala dosanya yang lalu...
(Riwayat Muslim)
SOLAT TARAWIH - NEW.indd 5SOLAT TARAWIH - NEW.indd 5 16/07/2014 14:31:5016/07/2014 14:31:50
7. 6
SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH
PENDAHULUAN
Setiap tahun, kita umat Islam berpuasa dalam bulan
Ramadhan yang mulia. Selama itulah juga kita dapati di
mana-mana saja dalam kelompok masyarakat Islam di
Malaysia memeriahkan malam-malam bulan yang mulia ini
dengan ibadat sembahyang sunat Tarawih, sunat Witir, tadarus
al-Quran dan lain-lain amal kebajikan.
Oleh itu supaya kita sama-sama dapat menghidup dan
memeriahkan malam-malam yang mulia bagi tahun ini, dengan
tujuan mencapai keredhaan Allah SWT dan kelebihan beribadat
di malam Lailatul Qadr seperti yang jelas dari 鍖rman Allah SWT
pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud: Malam Lailatul
Qadritulebihbaikdariseribubulanyanglaindansebagaimana
sabda Nabi Muhammad SAW dalam hadithnya yang diriwayatkan
oleh Muslim yang bermaksud: Barang siapa yang mendirikan
sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan
penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan
segala dosanya yang telah lalu, maka eloklah kita mengetahui
atau mengulangi kembali cara-cara sembahyang sunat Tarawih
dan Witir supaya kedatangan Ramadhan tahun ini lebih berguna
dan bermanfaat untuk kita.
SOLAT TARAWIH - NEW.indd 6SOLAT TARAWIH - NEW.indd 6 16/07/2014 14:31:5016/07/2014 14:31:50
8. 7
HUKUM SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH
a. Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan
oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap
malam bulan Ramadhan sama ada secara berseorangan
atau berjemaah.
b. Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat
sembahyang orang-orang Islam.
WAKTU SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH
Ditunaikan selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak dan
sunat badiah dua rakaat.
RAKAAT SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH
i. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan
sembahyang sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada
juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
ii. Pada zaman Rasulullah SAW sembahyang Tarawih dikerjakan
sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan
keberatan. Walau bagaimanapun terdapat juga hadith
yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah
mengerjakan sebanyak 20 rakaat.
SOLAT TARAWIH - NEW.indd 7SOLAT TARAWIH - NEW.indd 7 16/07/2014 14:31:5016/07/2014 14:31:50
9. 8
iii. Pada zaman Khalifah Omar bin al-Khattab RA pula beliau
melaksanakannya sebanyak 20 rakaat kerana beliau
berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu
tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
iv. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua
rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya
dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
v. Lafaz niat sembahyang sunat Tarawih:
Sahaja aku sembahyang sunat Tarawih dua rakaat
makmum (mengikut imam) kerana Allah Taala.
RUKUN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH
Rukun sembahyang sunat Tarawih ini samalah dengan rukun
sembahyang yang lain juga.
KAIFIAT SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH 20 RAKAAT
Bacaan Surah
Selepas membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat
sembahyang sunat Tarawih ini, dibaca pula surah-surah yang
tertentu:
SOLAT TARAWIH - NEW.indd 8SOLAT TARAWIH - NEW.indd 8 16/07/2014 14:31:5116/07/2014 14:31:51
10. 9
1. Dari malam 1 hingga 15 Ramadhan:
a. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah
yang bermula dari surah al-Takathur hingga surah al-
Masad. Susunan surah-surah adalah seperti berikut:
1. Surah Al-Takathur
2. Surah Al-Asr
3. Surah Al-Humazah
4. Surah Al-Fil
5. Surah Quraisy
6. Surah Al-Maun
7. Surah Al-Kautsar
8. Surah Al-Ka鍖run
9. Surah An-Nasr
10. Surah Al-Masad
SOLAT TARAWIH - NEW.indd 9SOLAT TARAWIH - NEW.indd 9 16/07/2014 14:31:5116/07/2014 14:31:51
16. 15
b. Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca surah al-Ikhlas.
SURAH AL-IKHLAS
2. Dari malam 16 hingga akhir Ramadhan:
a. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah
al-Qadr.
b. Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah
seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi
malam-malam 1 hingga 15 Ramadhan iaitu bermula dari
surah al-Takathur hingga kepada surah al-Masad.
SOLAT TARAWIH - NEW.indd 15SOLAT TARAWIH - NEW.indd 15 16/07/2014 14:31:5416/07/2014 14:31:54
35. 34
BILAL MEMBERITAHU TENTANG SEMBAHYANG SUNAT WITIR
YANG AKAN DILAKUKAN SELEPAS INI DENGAN MENYEBUT:
(dan bagi malam-malam mulai 16 Ramadhan hingga akhir
ditambah
SOLAT TARAWIH - NEW.indd 34SOLAT TARAWIH - NEW.indd 34 16/07/2014 14:32:0816/07/2014 14:32:08
37. 36
SEMBAHYANG SUNAT WITIR
i. Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia
menunaikan sembahyang sunat Witir selepas sembahyang
sunat Tarawih sebanyak tiga rakaat sahaja. Sunat Witir ini
ditunaikan secara berjemaah.
ii. Tiga rakaat dengan dua salam.
iii. Lafaz niat sembahyang sunat Witir:
a. Bagi dua rakaat yang pertama:
Sahaja aku sembahyang sunat Witir satu rakaat makmum
(mengikut imam) kerana Allah Taala.
iv. Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadhan disunatkan
membaca qunut pada rakaat yang akhir. Lafaznya samalah
dengan lafaz qunut sembahyang Subuh.
v. Bacaan Surah:
Selepas membaca surah al-Fatihah di dalam tiap-tiap rakaat
sembahyang sunat Witir dibaca pula surah-surah berikut:
Sahaja aku sembahyang sunat Witir dua rakaat makmum
(mengikut imam) kerana Allah Taala.
b. Bagi satu rakaat yang akhir:
SOLAT TARAWIH - NEW.indd 36SOLAT TARAWIH - NEW.indd 36 16/07/2014 14:32:1016/07/2014 14:32:10
41. 40
TAHLIL SELEPAS SEMBAHYANG SUNAT WITIR
i. Lazimnya dibaca: (2 kali)
ii. Zikir (tahlil)
seberapa banyak yang disukai
IMAM MEMBACA DOA
SOLAT TARAWIH - NEW.indd 40SOLAT TARAWIH - NEW.indd 40 16/07/2014 14:32:1216/07/2014 14:32:12
42. 41
IMAM MEMBACA DOA
iii. Ramai-ramai membaca al-Fatihah.
iv. Imam menyambung doa yang kedua:
KAIFIAT SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH 8 RAKAAT
Di bawah ini diterangkan cara-cara menunaikan sembahyang
sunat Tarawih sebanyak lapan rakaat sepertimana yang diamalkan
oleh setengah-setengah tempat di negara kita ini:
BILAL
JEMAAH
SOLAT TARAWIH - NEW.indd 41SOLAT TARAWIH - NEW.indd 41 16/07/2014 14:32:1316/07/2014 14:32:13
43. 42
1. Memulakan sembahyang Tarawih dua rakaat (rakaat pertama
dan kedua).
Bacaan surah selepas al-Fatihah.
Rakaat pertama
Surah al-Takathur
SURAH AL-TAKATHUR
SOLAT TARAWIH - NEW.indd 42SOLAT TARAWIH - NEW.indd 42 16/07/2014 14:32:1316/07/2014 14:32:13
44. 43
Rakaat kedua
Surah al-Asr
SURAH AL-ASR
2. Menyambung sembahyang Tarawih dua rakaat lagi (rakaat
ketiga dan keempat).
Bacaan surah selepas al-Fatihah.
SOLAT TARAWIH - NEW.indd 43SOLAT TARAWIH - NEW.indd 43 16/07/2014 14:32:1416/07/2014 14:32:14
51. 50
SETELAH KITA SELESAI MENGERJAKAN SEMBAHYANG
TARAWIH SEBANYAK LAPAN RAKAAT DIIKUTI PULA DENGAN
SEMBAHYANG WITIR SEBANYAK TIGA RAKAAT
i. Sembahyang Witir ini ditunaikan dengan satu takbiratul ihram
dan satu salam sahaja. Lafaz niatnya:
Sahaja aku sembahyang sunat Witir tiga rakaat makmum
kerana Allah Taala.
ii. Bagi sembahyang Witir seperti ini tidak ada bacaan tasyahud
(tahiyat) awal.
Bacaan surah selepas al-Fatihah.
Rakaat pertama
Surah al-Ala
SURAH AL- ALA
SOLAT TARAWIH - NEW.indd 50SOLAT TARAWIH - NEW.indd 50 16/07/2014 14:32:1716/07/2014 14:32:17
54. 53
Surah al-Nas
iii. Mulai malam ke-16 Ramadhan kita disunatkan membaca
qunut. Lafaz qunut samalah seperti sembahyang Subuh. Jika
tidak membaca qunut disunatkan sujud sahwi.
iv. Berzikir atau bertahlil
Seperti biasa selepas sembahyang Witir diadakan tahlil.
Terdapat pelbagai cara mengelolakan tahlil ini.
SURAH AL-NAS
SOLAT TARAWIH - NEW.indd 53SOLAT TARAWIH - NEW.indd 53 16/07/2014 14:32:1816/07/2014 14:32:18
55. 54
PENUTUP
Demikianlah cara-cara yang ditunjukkan bagi memudahkan kita
menunaikan sembahyang sunat Tarawih dan sunat Witir untuk
mencari keberkatan, kurniaan dan keampunan Allah SWT pada
malam-malam bulan Ramadhan yang mulia ini dan terpulanglah
kepada masing-masing individu memilih dan mengikuti cara yang
sesuai mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri.
Penentuan sesuatu surah seperti yang disebutkan itu
hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakyat
sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca mana-mana
surah atau ayat yang diingatnya. Begitu juga tentang peraturan
berselawat antara rakaat-rakaat sembahyang Tarawih kerana
tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan
yang mulia ini.
Apa yang kita mahu ialah penyertaan yang seramai-ramainya
dari segenap lapisan masyarakat Islam dalam menunaikan
sembahyang sunat Tarawih dan Witir. Kita berharap mudah-
mudahan kedatangan bulan Ramadhan pada tahun ini akan lebih
memberi manfaat dan faedah yang besar untuk kita semua.
Amin Ya Rabbal Alamin.
SOLAT TARAWIH - NEW.indd 54SOLAT TARAWIH - NEW.indd 54 16/07/2014 14:32:1916/07/2014 14:32:19
56. Lafaz niat yang digunakan dalam risalah ini
untuk makmum sahaja. Oleh itu perkataan
Makmuman hendaklah ditukar kepada
Imaman jika menjadi imam atau buang
langsung jika sembahyang seorang diri.
Peringatan
SOLAT TARAWIH - NEW.indd 55SOLAT TARAWIH - NEW.indd 55 16/07/2014 14:32:1916/07/2014 14:32:19