1. PANDUAN MENJAWAB
SOALAN SAINS UPSR
Panduan dan Teknik menjawab
soalan Sains Bahagian A dan
Bahagian B
2. Pengenalan Pada Kertas Sains
Kertas soalan ini mula diperkenalkan pada
peperiksaan UPSR tahun 1997
Kertas soalan peperiksaan ini terdiri daripada satu
kertas sahaja. Masa yang diperuntukkan untuk
menjawab soalan ini ialah satu jam lima belas
minit.
Kertas ini terbahagi dua bahagian, iaitu Bahagian
A dan Bahagian B
3. Pengenalan Pada Kertas Sains
Bahagian A terdiri daripada 30 soalan. Soalan
ini dalam bentuk aneka pilihan atau objektif.
Masa dicadangkan untuk menjawab soalan ini
ialah 45 minit.
Bahagian B terdiri daripada 5 soalan
berstruktur dan masa yang dicadangkan
untuk menjawab soalan ini ialah 30 minit.
4. Panduan Menjawab Soalan
Baca soalan sekurang-kurangnya dua
kali untuk memahami kehendak soalan.
Pertanyaan soalan dalam Kertas Sains
ini tidak secara terus. Sebaliknya calon
dikehendaki menjawab berdasarkan
maklumat yang diberi.
5. Panduan Menjawab Soalan
Kaitkan maklumat-maklumat tersebut
dengan fakta dalam bidang penyiasatan
yang disoal.
Tandakan jawapan Bahagian A di kertas
soalan dahulu sebelum memindahkan
jawapan tersebut dengan menghitamkan
kertas jawapan yang diberi.
6. Panduan Menjawab Soalan
Calon perlu berhati-hati menandakan
jawapan pada kertas jawapan (OMR)
Pastikan jawapan tersebut sama dengan
jawapan yang anda pilih di kertas soalan
7. Panduan Menjawab Soalan
INGAT !! Pastikan anda dapat skor yang
baik bagi kertas Bahagian A ini.
Bahagian A menyumbang 60% daripada
markah keseluruhan kertas Sains UPSR
8. Jenis-Jenis Soalan
Fakta
Urutan
Istilah
Kaedah
Pengelasan
Prinsip / Konsep
Tafsiran
Terjemahan
Ekstrapolasi
Aplikasi
9. Fakta
Menguji pengetahuan calon
tentang fakta seperti ciri , sifat
atau fenomena.
10. Contoh soalan
Alexander Graham Bell
Samual FB Morse
Guglielmo Marconi
Ketiga-tiga pereka cipta di atas memberi
sumbangan dalam bidang
A Pengangkutan
B Komunikasi
C Angkasa lepas
D Pembinaan
12. Urutan
Menguji pengetahuan calon
tentang proses , aliran atau
tertib, pergerakan fenomena
berhubung dengan masa,
kesinambungan dan
perkembangan.
13. Contoh soalan
Susun mengikut urutan kejadian objek
dalam Sistem suria bermula dari ia
berada di angkasa lepas hinggalah jatuh
ke Bumi.
A Meteor Meteroid Meteorit
B Meteroid Meteorit Meteor
C Meteroid Meteor Meteorit
D Meteorit Meteor Meteroid
15. Istilah
Menguji pengetahuan calon
tentang definisi, maksud,
makna atau simbol yang
berkaitan dalam soalan.
16. Contoh soalan
Apakah yang dimaksudkan dengan siratan
makanan ?
A Hubungan makanan antara setiap hidupan
B Keupayaan hidupan untuk terus hidup
walaupun terdapat banyak rintangan
C Gabungan dalam bentuk makanan antara
setiap hidupan
D Cara makanan diagih-agihkan kepada
setiap hidupan
18. Kaedah
Menguji pengetahuan calon
tentang cara, pendekatan dan
teknik bagi mengenal pasti
jawapan yang betul.
19. Contoh soalan
Sebuah kubus mempunyai sisi 4 cm.
Berapakah isi padu kubus tersebut
selepas dipotong separuh daripada
keseluruhannya ?
A 16 cm続
B 32 cm続
C 64 cm続
D 128 cm続
24. Prinsip / Konsep
Menguji pengetahuan calon
tentang hukum dan prinsip
sains.
25. Contoh soalan
Pernyataan berikut boleh menerangkan
tentang pembentukkan bayang-bayang
objek kecuali
A cahaya bergerak lurus
B cahaya boleh dibiaskan
C cahaya tidak boleh menembusi objek
legap
D cahaya boleh diselerakkan
27. Tafsiran
Menguji pemahaman calon tentang
maklumat yang diberi dengan
meminta calon membuat rumusan
atau kesimpulan daripada data dalam
soalan. Calon juga diuji tentang
sesuatu idea secara menyeluruh.
28. Contoh soalan
Masa/minit 5 10 15 20 25 30
Suhu/ 属c 50 33 20 8 0 0
Jadual di atas menunjukkan perubahan suhu air
yang telah direkodkan dalam satu penyiasatan.
Antara berikut, penyataan yang manakah boleh
mewakili maklumat dalam jadual di atas ?
I Tenaga haba telah dibebaskan
II Perubahan keadaan bahan mulai berlaku pada
minit ke 25
III Proses penyejatan telah berlaku
A III sahaja C I dan III sahaja
B I dan II sahaja D I, II dan III
30. Terjemahan
Menguji pemahaman calon tentang
maklumat / data / fakta yang diberikan
dan biasanya memerlukan calon
menyatakan maksud atau memindahkan
data daripada satu bentuk ke bentuk
yang lain. Data / maklumat yang diberi
boleh jadi dalam bentuk jadual, graf,
simbol atau gambar rajah.
31. Contoh soalan
Antara berikut, yang manakah boleh dikaitkan
dengan sifat cahaya di atas ?
A C
B D
33. Ekstrapolasi
Menguji pemahaman calon
tentang kesan / akibat / implikasi
daripada sesuatu tindakan. Calon
biasanya diminta membuat
ramalan berdasarkan maklumat
yang terdapat dalam soalan.
34. Contoh soalan
Antara berikut bola yang manakah akan bergerak
lebih jauh apabila menuruni landasan ?
36. Aplikasi
Menguji keupayaan calon
menggunakan pengetahuan dan
pemahaman fakta untuk
dihubungkaitkan dengan situasi baru
khususnya berlatarbelakangkan
kehidupan seharian.
37. Contoh soalan
Mengapakah kereta lumba lebih rendah
berbanding kereta lain ?
A Lebih laju
B Bentuk yang menarik
C Tidak mudah terbalik
D Menjimatkan perbelanjaan
39. Tip Menjawab Soalan Bahagian B
Bagi soalan Bahagian B, istilah-istilah
yang digunakan perlu diketahui oleh para
calon kerana telah dipelajari di bilik
darjah. Misalnya, apakah inferens?
Apakah kesimpulan? Apakah hipotesis?
Apakah pemboleh ubah? Dan pelbagai
lagi.
40. Tip Menjawab Soalan Bahagian B
Adalah dicadangkan calon memperuntukkan
masa sebanyak 45 minit untuk menjawab
soalan Bahagian A dan 30 minit untuk
menjawab soalan Bahagian B.
Semak jawapan anda sebelum menghantar
kepada pengawas peperiksaan.
41. Tip Menjawab Soalan Bahagian B
Soalan berstruktur sentiasa bermula
dengan sesuatu perenggan yang
mempunyai maklumat tertentu.
Fahamkan segala maklumat yang
diberikan dalam perenggan itu sebelum
menjawab.
42. Bentuk Soalan
Pada asasnya terdapat 4 bentuk utama yang
digunakan dalam pertanyaan soalan Kertas
Sains.
Bentuk-bentuk soalan itu ialah:
i. Eksperimen
ii. Rajah/Gambar Rajah/Jadual/Maklumat
iii. Padanan
iv. Kemahiran matematik
43. Eksperimen
Hampir keseluruhan soalan yang
dikemukakan adalah berasaskan
eksperimen atau uji kaji. Untuk
menjawab soalan seperti ini, calon
hendaklah memerhati dengan teliti dan
memahami dengan teliti perkembangan
eksperimen tersebut.
44. Rajah/Gambar
Rajah/Jadual/Maklumat
Sekurang-kurangnya 20 soalan dalam
Bahagian A dan semua soalan Bahagian
B pada peperiksaan disertakan
rajah/gambar rajah/jadual/maklumat.
Untuk menjawab soalan seperti ini, para
calon perlu memahami maklumat yang
diberi menerusi rajah/gambar
rajah/jadual/maklumat tersebut.
45. Padanan
Selain daripada soalan yang berbentuk
eksperimen atau rajah, ada juga soalan
yang mengemukakan maklumat dalam
bentuk padanan atau gandingan. Para calon
dikehendaki memilih padanan yang sesuai
sebagai jawapannya. Soalan bentuk ini
lebih menguji kepada aplikasi konsep sains
atau tokoh yang terlibat dalam bidang sains.
46. Kemahiran matematik
Terdapat juga soalan dalam Kertas Sains
ini memerlukan calon menguasai
kemahiran matematik. Soalan yang
dikemukakan biasanya melibatkan aspek
pengiraan. Pengiraan ini meliputi
pengiraan isi padu, keluasan, panjang,
masa dan sebagainya.
47. Tip Menjawab Soalan Bahagian B
Kata Kunci Kemahiran Proses Sains
Membuat Inferens
Meramal
Membuat Hipotesis
Mentafsir Maklumat/ Data
Mengawal Pemboleh Ubah
Pemerhatian
Pola dan Corak
Hubungan
Kesimpulan
49. Tip-tip untuk menjawab
Perhatikan fenomena / kejadian
yang berlaku (menggunakan
deria)
Fikirkan sebab berlakunya
kejadian / fenomena (menggunakan
minda )
Penerangan dari pemerhatian
utama atau sebab terjadi demikian
51. Kata Kunci Soalan
Meramal
Apakah yang akan berlaku .?
Ramalkan apakah yang akan berlaku ?
Menjangkakan apa yang akan berlaku
pada masa akan datang berdasarkan
pengalaman / pengetahuan atau data-data
/ maklumat yang terbukti
kesahihannya.
52. Tip-tip untuk menjawab
Kaji keputusan atau pemerhatian yang diberi
Tentukan sama ada soalan meminta meramal
keputusan akan datang / keputusan yang
sebelumnya
Lihat pola yang ada ( jika ada jadual atau graf
diberi )
Cari susunan pola yang berurutan
Daripada susunan pola tentukan jawapan anda
54. Kata Kunci Soalan
Mengawal Pemboleh Ubah
Nyatakan / cadangkan
maklumat yang perlu
55. Tip-tip untuk menjawab
Senaraikan semua pemboleh
ubah yang terlibat dalam
eksperimen
Kenal pasti jenis pemboleh
ubah
56. Tip-tip untuk menjawab
Pemboleh Ubah dimanipulasikan
Perkara yang diubah-ubah pada mulanya seperti saiz,
bentuk, bilangan, suhu dan sebagainya.
Pemboleh Ubah bergerak balas
Perkara yang bertindak balas berikutnya setelah diubah-ubah
pemboleh ubah manipulasi atau hasil keputusan
eksperimen yang perlu dicatat
Pemboleh ubah dimalarkan
Perkara yang perlu ditetapkan/ dikawal agar tidak
mempengaruhi keputusan eksperimen nanti atau
faktor-faktor lain yang boleh menpengaruhi keputusan
eksperimen selain daripada pemboleh ubah yang
dimanipulasikan
58. Kata Kunci Soalan
Mentafsir Maklumat
Apakah tajuk eksperimen ?
Tajuk penyiasatan
Tujuan eksperimen
Tujuan penyiasatan
Nyatakan pola / corak
59. Tip-tip untuk menjawab
Kaji semua maklumat yang
dikumpulkan / diberi
Kenal pasti pola / corak maklumat
Fahamkan apa sebenarnya
maklumat-maklumat tersebut
Tentukan perkaitan antara maklumat-maklumat
itu
64. Kata Kunci Soalan
Soalan-soalan Aplikasi
Soalan yang menggunakan pengetahuan
dan pemahaman fakta untuk
dihubungkan dengan situasi baru
khususnya berlatarbelakangkan
kehidupan seharian.
65. Rumusan
Rumusan ada kaitan dengan membuat
kesimpulan, tetapi rumusan lebih
ringkas penerangannya dan masih
menggunakan data yang dicatat.
66. Contoh soalan
Berat
baja (g)
30 40 50 60 70 80 90
Bilangan
buah
mangga
yang
dihasilkan
10 15 22 24 24 24 20
67. Soalan
Nyatakan rumusan
berdasarkan maklumat
dalam jadual tadi.
68. Contoh soalan
Berat
baja (g)
30 40 50 60 70 80 90
Bilangan
buah
mangga
yang
dihasilkan
10 15 22 24 24 24 20
Nyatakan rumusan berdasarkan maklumat dalam jadual
diatas.
69. Jawapannya
Bilangan buah mangga
yang dihasilkan paling
banyak jika menggunakan
baja dari 60g hingga 80g.
70. SILA JAWAB TEKA-TEKI INI
Rekaan teknologi sangat berguna,
Memudahkan kerja pada masa kini,
Menaik objek mudah sekali,
Seperti bendera di tiang tinggi.
72. SILA JAWAB TEKA-TEKI INI
Bahagian sistemnya ada dua,
Bulat dan lurus itulah sifatnya,
Banyak didapati pada basikal dan kereta,
Berputar dan bergerak bebas jika diguna