1. PANITIA PENDIDIKAN MUZIK
SK BUKIT CERMIN
TAKLIMAT TENTANG SUBJEK PENDIDIKAN MUZIK
TARIKH : 16 JANUARI 2014
MASA : 1.40 PETANG
TEMPAT : MEJA MESYUARAT GURU
KEHADIRAN : EN JEFRI BIN MUHAMAD
PN MARIANI ABD KADIR
PN ROHAYA MOHD SOOD
EN AIMAN SYAFIQ SHARUL BAHARI
BIDANG TUGAS DAN SENARAI TUGAS
(A). Bidang Tugas Ketua Panitia Pendidikan Muzik
1. Bertanggungjawab dalam hal Kurikulum dan Pentadbiran yang berkaitan dengan pendidikan
muzik.
2. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang
berkaitan dengan pendidikan muzik.
3 Membantu Guru Besar menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang
berkaitan dengan pendidikan muzik,
4. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah murid.
5. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang
berkaitan dengan pendidikan muzik.
6. Membantu Guru Besar menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan muzik,
dengan pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir sekolah, latihan mengajar bagi
guru-guru pelatih/maktab/university dan seumpamanya.
2. (B) Senarai Tugas Ketua Panitia Pendidikan Muzik
1. Memperolehi Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini untuk kegunaan
ahli-ahli panitia.
2. Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai
dengan keperluan pembelajaran murid dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di Pusat
Sumber Sekolah.
3. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan yang disediakan bagi tiap-tiap tahun dan
jika perlu menubuhkan bank soalan.
4. Mengadakan mesyuarat Panitia Pendidikan Muzik sekurang-kurangnya tiga kali setahun.
5. Mengatur mesyuarat Panitia Pendidikan Muzik untuk membincangkan isu-isu atau masalah-
masalah yang berkaitan dengan pelajaran Pendidikan Muzik,
6. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru setelah mengikuti kursus atau seminar
pendidikan muzik dengan guru-guru muzik.
7. Melantik seorang setiausaha daripada ahli-ahli panitia pendidikan muzik untuk menyediakan
dan mengedarkan minit mesyuarat kepada semua ahli panitia.
8. Menyelenggarakan dan menyimpan semua fail minit mesyuarat, rekod-rekod serta laporan
dengan baik dan teratur.
9. Menyediakan aktiviti-aktiviti tahunan panitia pendidikan muzik bersama semua ahli panitia.
(C). Senarai Tugas Harian Guru Muzik
1. Menjalankan pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik mengikut Jadual waktu yang
telah ditentukan.
2. Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang bersama panitia pendidikan muzik
sepanjang tahun.
3. Mengurus Bilik Muzik dengan baik, kemas dan teratur.
4. Mengurus dan menjaga peralatan muzik dengan baik.
3. 5. Memastikan Nyayian Lagu Rasmi sewaktu perhimpunan setiap pagi hari Isnin berjalan dengan
lancar juga di majlis tertentu yang diarahkan.
6. Menyediakan persembahan tertentu di majlis tertentu jika diarahkan.
7. Memastikan murid-murid mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ketika berada di Bilik
Muzik semasa pengajaran dan pembelajaran.
Disediakan oleh,
( JEFRI BIN MUHAMAD )
KETUA PANITIA PENDIDKANMUZIK