ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
PANTUN WARISAN
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Dari jauh ke permatang
Tetak dengan papan kemudi
Dari jauh kami datang
Mendengar tuan yang baik budi

Tuai    padi antara masak
Esok    jangan layu-layuan
Intai   kami antara nampak
Esok    jangan rindu-rinduan

Hendak dulang diberi dulang
Dulang berisi sagu mentah
Hendak pulang ku beri pulang
Tinggalkan pantun barang sepatah

Hendak dulang diberi dulang
Dulang ada berpahar tidak
Hendak pulang ku beri pulang
Pulang sahaja berhantar tidak

Kembang cendawan di tengah padang
Tempat cik Siti memacu kuda
Pada bulan baik bintang
Sungguh kecil selalu ada

Lancang kuning lancang pusaka
Nampak dari Tanjung Puan
Andai kering laut Melaka
Barulah hamba lupakan tuan
Mangkuk jorong pinggan jorong
Si jorong berisi buah jati
Dua tiga kata terdorong
Jangan dibawa masuk ke hati



PANTUN BUDI

Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya

Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi

Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga

Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu

Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi

Di sana padi di sini padi
Padi huma dari seberang
Di sana budi di sini budi
Barulah nama disebut orang

Jeruk manis dimakan manis
Manis sekali dengan kulit bijinya
Dilihat manis dipandang manis
Manis sekali hati budinya

Burung Serindit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang
Budi bahasa rangkaian hati

Jikalau ada lenggundi pahit
Belanga baru saya jerangkan
Jikalau ada budi yang baik
Menjadi abu saya kenangkan

Kapal nelayan belayar ke seberang
Sampan kolek mudik ke hulu
Kalau budi dikenang orang
Mengapa dagang terbuang lalu

Pisang nangka dimasak pengat
Kait-kait banyak durinya
Bagaimana saya tIdak ingat
Orang baik dengan budinya

More Related Content

Pantun warisan rina2011 blogspot.com

  • 1. PANTUN WARISAN Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara Dari jauh ke permatang Tetak dengan papan kemudi Dari jauh kami datang Mendengar tuan yang baik budi Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan Hendak dulang diberi dulang Dulang berisi sagu mentah Hendak pulang ku beri pulang Tinggalkan pantun barang sepatah Hendak dulang diberi dulang Dulang ada berpahar tidak Hendak pulang ku beri pulang Pulang sahaja berhantar tidak Kembang cendawan di tengah padang Tempat cik Siti memacu kuda Pada bulan baik bintang Sungguh kecil selalu ada Lancang kuning lancang pusaka Nampak dari Tanjung Puan Andai kering laut Melaka Barulah hamba lupakan tuan
  • 2. Mangkuk jorong pinggan jorong Si jorong berisi buah jati Dua tiga kata terdorong Jangan dibawa masuk ke hati PANTUN BUDI Asam kandis mari dihiris Manis sekali rasa isinya Dilihat manis dipandang manis Lebih manis hati budinya Ayam hutan terbang ke hutan Tali tersangkut pagar berduri Adik bukan saudara bukan Hati tersangkut kerana budi Ayam rintik di pinggir hutan Nampak dari tepi telaga Nama yang baik jadi ingatan Seribu tahun terkenang juga Bila memandang ke muka laut Nampak sampan mudik ke hulu Bila terkenang mulut menyebut Budi yang baik ingat selalu Bunga melati bunga di darat Bunga seroja di tepi kali Hina besi kerana karat Hina manusia tidak berbudi Di sana padi di sini padi Padi huma dari seberang
  • 3. Di sana budi di sini budi Barulah nama disebut orang Jeruk manis dimakan manis Manis sekali dengan kulit bijinya Dilihat manis dipandang manis Manis sekali hati budinya Burung Serindit terbang melayang Mari hinggap di ranting mati Bukan ringgit dipandang orang Budi bahasa rangkaian hati Jikalau ada lenggundi pahit Belanga baru saya jerangkan Jikalau ada budi yang baik Menjadi abu saya kenangkan Kapal nelayan belayar ke seberang Sampan kolek mudik ke hulu Kalau budi dikenang orang Mengapa dagang terbuang lalu Pisang nangka dimasak pengat Kait-kait banyak durinya Bagaimana saya tIdak ingat Orang baik dengan budinya