1. INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM
JALAN DATIN HALIMAH
80350 JOHOR BAHRU
JOHOR DARUL TAKZIM
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN BOLA JARING
PERINGKAT INSTITUT
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM
TARIKH : 5 APRIL 2008
TEMPAT : GELANGGANG BOLA JARING INSTITUT PERGURUAN
TEMENGGONG IBRAHIM
ANJURAN : PISMP IPGM PENDIDIKAN JASMANI
(AMBILAN JANUARI 2007)
2. 1.0 RASIONAL :
Pengajuran pertandingan bola jaring peringkat institut adalah merupakan antara pra
syarat yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani PJM 3109 yang
mengkehendaki pelatih Pendidikan Jasmani semester 3 mengadakan pertandingan bola
jaring untuk diuji cara pengelolaan pertandingan tersebut.
Hasil daripada pertandingan ini diharapkan dapat memberikan input pengetahuan
tentang aspek teknikal dan kemahiran bola jaring serta dapat memberikan pengalaman
kepada para guru pelatih.
Selain daripada itu, pengelolaan pertandingan ini juga dapat memberikan
pendedahan kepada guru pelatih agar dapat menyediakan diri supaya menjadi seorang
guru yang berpengetahuan luas dan dinamik di samping memenuhi syarat penilaian
mata pelajaran ini. Di samping itu juga, dengan adanya pertandingan sebegini, guru
pelatih akan dapat menerima pendedahan terhadap corak permainan dan peraturan
dalam permainan bola jaring dan setersunya dapat diaplikasikan ketika berada di
sekolah kelak.
2.0 OBJEKTIF :
Melalui pengelolaan pertandingan ini adalah diharapkan guru pelatih dapat :
2.1 Meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman di dalam permainan bola
jaring
2.2 Mengusai pengetahuan dan kemahiran bola jaring
2.3 Mendapat pelbagai pendekatan dalam melaksanakan aktiviti berkaitan bola
jaring
2.4 Menjadi bakal guru yang mahir da;am setiap kemahiran bola jaring sama ada
dari segi kemahiran teknikal mahupun kemahiran taktikal.
3. 3.0 ANJURAN :
Para pelatih PISMP IPGM Pendidikan Jasmani (Ambilan Januari 2007 )
Semester 3
4.0 TEMPAT :
Gelanggang Bola Jaring
Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru
5.0 TARIKH :
5 APRIL 2008
6.0 PENYERTAAN :
Semua pelajar opsyen Pendidikan Jasmani IPTI
7.0 JAWATANKUASA
PENAUNG : Tn. Hj. Zakaria b. Hj. A. Shukor
Pengarah
Institut Perguruan Temenggong Ibrahim
PENASIHAT JABATAN : En. Adib b. Sulaiman
Ketua Jabatan
Institut Perguruan Temenggong Ibrahim
PENASIHAT KURSUS : Pn. Rashidah bt. Suib
4. PENGERUSI : Ahla Wardah bt. Mohd Amin
NAIB PENGERUSI : Mohd Zulkifli b. Mohamod
SETIAUSAHA : Nurul Illiana Hidayah bt. Kamarulzaman
BENDAHARI : Mohd Rizduan b. Ahmad
NAIB BENDAHARI : Muhd Taufik b. Mohd Ali
PENGERUSI TEKNIKAL : Mohamed Mazran b. Mohd Naraddin
JAWATANKUASA KECIL
PERALATAN : Khairul Fusani b. Musa
PENDAFTARAN : Zam Zanizah bt. Yatim
SIJIL & HADIAH : Siti NurulAfidah bt. Zawawi
KEBAJIKAN : Khairul Hamidy b. Latiff
JAMUAN : Elly Yuzreeza bt. Othman
SERANTA & IKLAN : Mohd Ali Hanafiah b. Hamzah
DOKUMENTASI : Nurhidayah bt. Kamal
5. 8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERBELANJAAN KETERANGAN JUMLAH (RM)
1. Sumber kewangan kutipan daripada RM 80.00 80.00
peserta (RM 20.00 x 4 kumpulan )
2. Hamper : Permohonan -
daripada stor
Johan maktab
Naib Johan
Ketiga
Saguhati
3. Makanan & Minuman pagi peserta : RM 80.00 RM 80.00
RM 2.00 x 40
4. Makanan & Minuman pegawai RM 39.00 RM 39.00
RM3.00x 3 Jabatan
Pendidikan
Jasmani IPTI
5. Sijil HEP -
JUMLAH RM 199.00
Ulasan Pegawai Kewangan :
.............................................................................................................................................
.............................................................................................................................................
.............................................................................................................................................
.............................................................................................................................................
6. 9.0 TENTATIF PERTANDINGAN BOLA JARING
HARI / MASA 7.30am– 8.00am 8.00am– 9.00am– 9.45am – 10.45am – 11.45am – 12.30 t/hari
8.45am 9.45am 10.45am 11.30am 12.30 t/hari
SABTU Pendaftaran Perlawanan 1 Perlawanan 2 Rehat & Perlawanan 3 Perlawanan Penyampaian
05 APRIL peserta & minum pagi 4 hadiah &
taklimat penutup
7. 10.0PENUTUP
Diharapkan semoga pertandingan ini bukan sahaja dapat mengcungkil bakat para
pemain baru serta mengasah bakat dan kemahiran pemain yang sedia ada, akan tetapi
turut dapat mengeratkan sillaturrahim antara pelatih Jabatan Pendidikan Jasmani IPTI.
Disediakan oleh :
..............................................
(NURUL ILLIANA HIDAYAH BT. KAMARULZAMAN)
SETIAUSAHA
PISMP PJ (SEM 3 )