1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS BAHASA MELAYU
KUALA LUMPUR
KERTAS CADANGAN
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN FUTSAL
Tarikh
7 Mac 2010
Tempat
Gelanggang Futsal
IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
Anjuran
PISMP-IPG 5E
Dengan kerjasama
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
2. KERTAS CADANGAN
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN FUTSAL
PERINGKAT IPG KBM, KUALA LUMPUR.
TAHUN 2010
1. TUJUAN
Kertas ini bertujuan untuk memohon ahli Mesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan
Pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu mempertimbang dan
meluluskan cadangan bagi menjayakan Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan
Futsal 2010 Peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Pertandingan Futsal 2010 Peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
akan dijalankan pada 7 Mac 2010 dan diadakan di gelanggang Futsal IPG
Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.
2.2 Pertandingan Futsal 2010 merupakan sebuah program bercorak pertandingan
yang menggunakan sukan futsal sebagai mediumnya. Futsal adalah salah satu
sukan rekreasi yang sihat dan memerlukan kemahiran dan strategi yang kemas
semasa bermain. Di samping itu, ia dapat melatih pemain menjadi lebih berani
dan berjiwa tegar. Semangat berpasukan sangat penting dalam permainan futsal
ini bagi mengorak langkah kemenangan bersama. Oleh itu, pertandingan futsal
ini diharapkan dapat menerapkan nilai semangat berpasukan dalam setiap diri
peserta.
3. 2.3 Program yang buat pertama kalinya dianjurkan oleh PISMP 5E ini juga diadakan
bertujuan menggalakkan para pelajar untuk bergiat aktif dalam aktiviti yang
mencabar di samping menguji minda selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan sendiri iaitu untuk melahirkan bakal pendidik yang bukan sahaja
cemerlang dari segi akademik malah dari segi kokurikulum.
3. ASAS PERTIMBANGAN
3.1 Pertandingan ini dijalankan untuk memenuhi jam kredit dalam proforma
Pendidikan Jasmani bagi pelajar PISMP IPG Semester 5.
3.2 Program ini dianjurkan bertujuan untuk :
3.2.1 Melahirkan bakal pendidik keluaran IPG Kampus Bahasa Melayu yang unggul
dengan melengkapkan mereka dengan aktiviti yang mencabar mental dan fizikal.
3.2.2 Memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pelajar IPG Kampus Bahasa
Melayu melalui aktiviti rekreasi yang menyihatkan.
3.2.3 Mengetengahkan dan memperkenalkan sukan futsal dengan lebih dekat kepada
para pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu.
4. STRATEGI PERLAKSANAAN
4.1 TARIKH
7 Mac 2010 (Ahad)
4.2 MASA
8.00 pagi hingga 4.00 petang
4.3 TEMPAT
Gelanggang Futsal, IPG Kampus Bahasa Melayu
4. 4.4 ANJURAN
PISMP-IPG 5E dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
4.4 JAWATANKUASA PENGELOLA
Rujuk Lampiran I
4.5 SENARAI TUGAS
Rujuk Lampiran ll
4.6 PERATURAN PERTANDINGAN
Rujuk Lampiran lll
4.7 PENYERTAAN DAN MAKLUMAT PESERTA
Program ini melibatkan 8 kumpulan yang akan bertanding di mana setiap
kumpulan diwakili 7 orang pemain. Oleh itu, sasaran penyertaan adalah seramai
56 orang.
4.8 ATURCARA PROGRAM
Rujuk Lampiran IV
4.9 JADUAL PERTANDINGAN
Rujuk Lampiran V
5. IMPLIKASI
5.1 Pertandingan ini dianggarkan menelan belanja sebanyak RM516.50.
Rujuk Lampiran Vl
5. 6. SYOR
Ahli Mesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran IPG Kampus
Bahasa Melayu adalah dimohon mempertimbangkan dan meluluskan Kertas
Cadangan Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Futsal Peringkat IPG
Kampus Bahasa Melayu anjuran PISMP IPG 5E.
Disediakan oleh,
..
( KHAIRUNNISA MOHD HANIFIAH )
Setiausaha,
Pengurusan dan Pengelolaan
Pertandingan Futsal 2010
Anjuran PISMP 5E
IPG Kampus Bahasa Melayu
6. LAMPIRAN 1
AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA
PERTANDINGAN FUTSAL 2010 ANJURAN PISMP 5E
Pengerusi : Mohamad Firdaus bin Bakri
Setiausaha : Khairunnisa binti Mohd Hanifiah
Bendahari : Anas bin Abdul Aziz
Ahli Jawatankuasa :
Peralatan : Mohamad Syukri bin Zainuddin (Ketua)
Abdul Hadi bin Muhamad Azmi
Nur Amalina binti Hamzah
Noor Syamilah binti Md Maliki
Pertandingan : Mohd Ashraf Ikhwan bin Rosli (Ketua)
Azrizal Bin Zaini
Zainab binti Zahari
Najwa binti Mohd Rozmi
Seranta dan Siaraya: Mohd Idham bin Ibrahim (Ketua)
Izhar Raihan bin Mohd Yazid
Mohd Hafiz bin Zakaria
Hadiah dan Tajaan : Siti Salwa binti Ismail (Ketua)
Norfarehan binti Fadzin
Laporan dan
Dokumentasi : Afifah binti Mohd Rosli (Ketua)
Mohamad Syukri bin Ishak
7. Norkairil Fadzillah binti Ibrahim
Tugas-tugas Khas : Youhan bin Yon (Ketua)
Nurhaslina binti Hasnan
Keselamatan : Azmil Fazrul bin Ahmad Puad (Ketua)
Siti Maslizawati binti Zakaria
Muhamad Naim bin Roslee
Makanan : Julia binti Ehmawai (Ketua)
Norlinda binti Ramli
8. LAMPIRAN 2
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA
PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PERTANDINGAN FUTSAL
ANJURAN PISMP 5E
JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
PENGERUSI Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa
Induk
Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua
mesyuarat serta disiplin ahli-ahlinya.
Bertangungjawab dalam pengendalian dan menentukan
kejohanan berjalan dengan lancar.
Memastikan semua AJK telah melapor untuk bertugas
Membuat keputusan dan menentukan perjalanan program
SETIAUSAHA Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidang
pengurusan dan pentadbiran
Mengumpul semua maklumat dan merekodkan semua fail-
fail sebagai rujukan
Bertanggungjawab untuk hadir dalam setiap mesyuarat
dalam perlaksanaan program
Memanggil ahli jawatankuasa untuk mesyuarat
Menguruskan urusan surat-menyurat kepada pihak yang
berkenaan
Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan
surat pekeliling kepada yang berkenaan
Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan
agenda mesyuarat
Menyediakan kertas kerja yang diperlukan program
9. Menyediakan tempat dan kemudahan mesyuarat
BENDAHARI Mencadang yuran ahli dan memungutnya
Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada setiap
jawatankuasa
Merekodkan semua wang keluar dan masuk
Mengumpulkan semua resit-resit pembelian.
Menyediakan akaun yang lengkap
Mengeluarkan wang pendahuluan
Membuat bayaran terhadap tanggungan / perbelanjaan
Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap
mengenai perbelanjaan yang digunakan
PERALATAN Memohon / menerima / mengumpul segala peralatan dari
semua AJK
Membuat pinjaman peralatan dari stor sukan
Menyediakan senarai semak peralatan.
Mempastikan barang pinjaman selamat samada sebelum,
semasa dan selepas aktiviti.
Agihan pengawasan kepada kumpulan tertentu jika perlu.
Menyediakan borang semakan penerimaan dan
penghantaran supaya kerja pengurusan dapat
dikemaskinikan.
Menghantar balik pinjaman pada masa yang ditetapkan
Mengenalpasti alatan yang rosak / perlu diganti atau
dibaiki.
Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas
pertandingan
PERTANDINGAN Kepegawaian
Pengadil
Format pertandingan
Undang-undang
Penyelia peserta
10. Mencari dan menetapkan peserta
Urusetia pertandingan
Pemarkahan dan sebarang urusan lain
Teknikal
Penyediaan tempat dan penyelenggaraan
Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas
aktiviti
SERANTA & SIARAYA Menentukan alat keperluan siaraya dalam keadaan baik
Mengawal sistem siaraya sepanjang pertandingan
Menyimpan semula alat-alat yang telah digunakan selepas
pertandingan
Menyediakan backup sekiranya berlaku sebarang
kerosakan pada alatan
Menyedia dan memasang banner Pertandingan Futsal
Menghebahkan aktiviti kepada umum melalui laman web,
hand out/menampal maklumat tentang aktiviti.
Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas
aktiviti
HADIAH & SIJIL Menentukan cenderamata
Menentukan anggaran perbelanjaan dan mengenalpasti
penerima hadiah
Menentukan bilangan hadiah /sijil yang diperlukan dan
membuat persiapan awal
Mencari tajaan & membuat surat untuk penaja
Menyenarai dan menyusun hadiah mengikut kategori
Menyedia dan menghias meja hadiah
Menyusun dan menyampaikan hadiah pada pemenang
Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas
aktiviti
11. LAPORAN & Mendapatkan laporan bagi setiap AJK dalam bentuk hard
DOKUMENTASI/BUKU copy dan soft copy.
PROGRAM Bertanggungjawab merakam dan merekod segala aktiviti
yang berlangsung sepanjang program
Membuat laporan atau dokumentasi setelah program
berakhir
Laporan hendaklah disemak oleh setiausaha sebelum
dibukukan.
Menyediakan buku dan tentatif program serta senarai
nama peserta.
Menyediakanlaporan berkala dan laporan lengkap selepas
aktiviti
TUGAS-TUGAS Menyelenggara dan membantu Biro Aktiviti dan Kebajikan.
KHAS/KEBERSIHAN Memastikan kebersihan kawasan pertandingan sebelum,
semasa dan selepas pertandingaan
Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas
aktiviti
KESELAMATAN Memastikan keselamatan peserta terjamin sepanjang
pertandingan
Memberikan bantuan keselamatan /pertolongan cemas
apabila diperlukan
Menyediakan perkhidmatan rawatan di tempat
pertandingan
Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas
aktiviti
MAKANAN Membuat anggaran perbelanjaan untuk makanan.
Menguruskan penyediaan dan tempahan makanan dan
minuman peserta.
Menyediakan jamuan kecilan setiap kali mesyuarat.
Menyediakan laporan berkala dan laporan lengkap selepas
aktiviti
12. LAMPIRAN 3
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
PERTANDINGAN FUTSAL ANJURAN PISMP 5E 2010
1.0 UNDANG-UNDANG
Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut undang-undang Persatuan Bola
Sepak Antarabangsa ( FIFA ) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM )
yang sedang berkuatkuasa pada masa kini. (Rujuk Lampiran 1)
2.0 PERATURAN KEJOHANAN
2.1 PENGENALAN
2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai Pertandingan Futsal Tertutup Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu anjuran PISMP 5E.
2.1.2 Keseluruhan Pertandingan ini akan diadili oleh wakil pelajar PISMP
semester 5 sebagai pengadil jemputan dan mempunyai
pengalaman dalam bidang pengadilan.
2.2 TARIKH DAN TEMPAT
13. 2.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 7HB MAC 2010 bertempat di
Gelanggang Futsal Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Melayu.
2.2.2 Taklimat dan undian akan diadakan pada 4HB MAC DI KELAS
TINGKAT BAWAH ASRAMA BUKIT PANTAI pada jam 9.00
malam.Bayaran hendaklah disertakan bersama-sama borang
penyertaan sebelum 1HB MAC 2010.
2.2.3 Pihak penganjur berhak menjalankan undian sekirannya tiadanya
wakil.
2.3 FORMAT KEJOHANAN
2.3.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga di pusingan awal dan
kalah mati di pusingan seterusnya.
2.3.2 8 pasukan dipecahkan kepada 2 kumpulan.
2.3.3 1 kumpulan terdiri daripada 4 pasukan.Perlawanan secara liga di
setiap kumpulan(setiap pasukan akan bermain 3 perlawanan
diperingkat kumpulan)
2.3.4 Hanya juara dan naib juara kumpulan akan layak ke peringkat
separuh akhir.
2.3.5 Penentuan juara dan naib juara kumpulan adalah mengikut jumlah
mata keseluruhan di peringkat kumpulan.3 mata akan diberikan
sekirannya menang,1 mata akan diberikan sekirannya seri
manakala tiada mata akan diberikan sekirannya pasukan itu kalah.
2.3.6 Sekiranya mata sama,keputusan pemenang akan dikira mengikut
format berikut iaitu
a)Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira
sebagai pemenang.
b)Penentuan sepakan penalti akan dilaksanakan sekirannya
terdapat keputusan seri pada peringkat kalah mati(3 pemain
sahaja)
14. 2.3.7 Masa perlawanan adalah selama 15 minit iaitu 7 minit pada
separuh masa pertama dan 7 minit pada separuh masa kedua
termasuk 1 minit waktu rehat.
2.4 KATEGORI PERTANDINGAN
2.4.1 Pertandingan adalah untuk kategori LELAKI sahaja dan TERBUKA
kepada semua pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Melayu.
2.4.2 Tiada syarat umur pemain dikenakan.
2.5 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
2.5.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang pemain dan
sekurang-kurangnya 2 atau 3 pemain simpanan.
2.5.2 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili 1 pasukan sahaja.
2.5.3 Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan RM5 sahaja.
2.5.4 Penyertaan adalah terhad kepada 8 pasukan sahaja dan pasukan
yang menghantar borang penyertaan terawal akan dipilih menyertai
kejohonan futsal ini.
2.5.5 Sekirannya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal
mematuhi peraturan,pihak penganjur berhak membatalkan
penyertaan pasukan tersebut.
2.5.6 Keputusan pihak penganjur kejohanan adalah muktamad.
3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
3.1 Semua jadual perlawanan termasuk tarikh,masa dan tempat
perlawanan akan ditetapkan oleh jawatankuasa pertandingan.
15. 3.2 Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di
tempat pertandingan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.
3.3 Tempoh masa menunggu adalah 15 minit daripada masa yang
dijadualkan dan mana-mana pasukan yang melanggar peraturan
akan dikira kalah.Pasukan lawan mendapat kemenangan 2-0.
3.4 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau
mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada
pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa
diberitahu terlebih dahulu.
3.5 Semua pemain di wajibkan berpakaian sukan yang sesuai dan
tidak dibenarkan merokok dalam kawasan pertandingan.
3.6 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam borang penyertaan
sahaja di benarkan bermain.
3.7 Setiap pasukan boleh membuat bantahan dengan menyertakan
wang cagaran bantahan sebanyak RM10 sahaja,tidak lewat
daripada 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat.
3.8 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh
jawatankuasa pertandingan,maka wang cagaran itu akan
dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur
berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.
3.9 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekirannya
rayuan atau bantahan ditolak.
3.10 Syarat dan peraturan di atas boleh diubah.Segala keputusan yang
dibuat adalah muktamad.
16. LAMPIRAN 1 (UNDANG-UNDANG MENGIKUT FIFA)
1. Memulakan Permainan
Permainan dimulakan dengan melambung duit siling.Pihak yang kalah mestilah
berada di kawasannya sendiri.
2. Bola Masuk / Bola Keluar
Bola dikira masuk sekiranya berada di dalam kawasan permainan, kawasan
touchline dan kawasan garisan gol. Bola dikira keluar jika berada di luar
kawasan tersebut.
3. Jaringan
Dikira apabila bola melepasi garisan gol di antara 2 tiang gol dan di bawah
palang gol.
4. Faul dan kelakuan kurang sopan Tendangan bebas terus diberikan pada
pihak lawan jika dengan sengaja melakukan 10 kesalahan seperti berikut:
a. Menyepak atau cubaan menyepak pemain lawan
b. Membentes pemain lawan
c. Menerpa serta melompat ke arah pemain lawan
d. Menyerang pemain lawan
17. e. Menyerang pemain lawan dari belakang
f. Menghadang pemain lawan dengan sengaja
g. Menolak pemain lawan
h. Menerpa pemain lawan dengan bahu dengan sengaja
i. Tekel menggelungsur sliding tackle yang membahayakan
j. Memegang bola (kecuali penjaga gol)
5. Kesalahan dilakukan di dalam kawasan penalti tendangan bebas tak langsung
diberikan dari garisan 6 meter bagi 8 jenis kesalahan iaitu:
a. Permainan yang bahaya
b. Menghalang dengan sengaja
c. Menyerang / menerpa penjaga gol di dalam kawasan penalti
d. Penjaga gol membuat balingan terus melepasi garisan tengah tanpa disentuh
oleh mana-mana pemain
e. Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar ke belakang
kepadanya.
f. Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar dari tendangan ke
dalam dari rakan sepasukannya.
g. Penjaga gol mengawal bola dengan mana-mana bahagian anggotanya lebih
dari 4 saat.
h. Penjaga gol menyentuh bola yang dihantar ke belakang dengan mana-mana
bahagian anggotanya sebelum bola itu melepasi garisan tengah ataupun
disentuh oleh pemain lawan.
6. Pemain boleh diberi amaran dengan melayangkan kad kuning dan pihak
lawan diberi tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan dari garisan 6
meter jika berlaku di kawasan penalti.
18. a. Pemain gantian memasuki gelanggang dari tempat yang salah atau pemain
yang diganti belum betul-betul meninggalkan gelanggang.
b. Seseorang pemain sentiasa melanggar undang-undang permainan.
c. Seseorang pemain tidak patuh dengan keputusan pengadil.
d. Berkelakuan tidak sopan atau kurang ajar.
7. Pemain akan dibuang padang serta dilayangkan kad merah untuk kesalahan
berikut:
a. Kesalahan permainan yang berat.
b. Berkelakuan ganas
c. Kesalahan menggunakan bahasa tercemar
d. Kesalahan atas kesalahan kedua (2 kad kuning)
e. Bertindak menghalang peluang jaringan gol lawan dengan niat yang tidak
professional
f. Menghalang peluang jaringan pihak lawan didalam kawasan penalti dengan
sengaja.
8. Peraturan Buang Padang
a. Seseorang pemain yang dibuang padang akan dikeluarkan terus sehinggakan
tidak dibenarkan duduk dibangku simpanan.
b. Pasukan di mana pemainnya dibuang padang boleh diganti selepas 2 minit
permainan berjalan atau selepas pihak lawan menjaringkan gol yang mana
terdahulu.
c. Hantaran 2 minit akan dikira dan ditentukan oleh penjaga masa atau penolong
pengadil jika penjaga masa tidak digunakan.
d. Pemain gantian tidak boleh terus menggantikannya sehingga permainan
diberhentikan serta mendapat kebenaran pengadil.
9. Tendangan Bebas
19. a. Jenis : Tendangan bebas terus.
b. Dinding wall Sekurang-kurangnya 5 meter dari jarak bola yang akan
disepak
c. Had masa Tendangan mesti diambil dalam jangka masa 4 saat.
10. Tendangan Penalti
a. Diambil dari titik penalti di tengah-tengah garisan 6 meter
b. Semua pemain mesti berada di luar kawasan penalti sekurangnya 5 meter dari
titik penalti.
c. Penendang tidak boleh memainkan bola pada kali kedua hanya setelah
disentuh oleh pemain lain.
11. Tendangan ke dalam
a. Digunakan untuk menggantikan balingan ke dalam.
b. Bola diletak di atas garisan touchline sebelum menyepak.
c. Sebelah kaki pemain mesti berada di luar atau di atas touchline kalau tidak
tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan lawan.
d. Tendangan ke dalam mesti diambil dalam masa 4 saat kalau tidak
tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan lawan.
e. Penendang tidak boleh memainkan bola kali kedua sebelum bola itu disentuh
atau dimainkan oleh pemain lain kalau tidak pasukan lawan akan diberikan
tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan.
f. Pemain-pemain lawan mestilah berada 5 meter jauh dari tempat sepakan
diambil.
g. Tidak dibenarkan menjaringkan gol terus dari tendangan ke dalam.
12. Membebaskan Kawasan Gol
a. Dilakukan menggantikan tendangan gol
20. b. Dari dalam kawasan penalti, penjaga gol membaling bola untuk meneruskan
permainan.
13. Tendangan Sudut
a. Bola diletakkan di bucu dua garisan gol dan garisan tepi. Jika bola itu salah
letak,tendangan sudut akan diambil alih oleh pihak lawan.
b. Mesti diambil dalam masa 4 saat. Jika gagal bererti pihak lawan akan
diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat sudut tersebut.
c. Penendang sudut tidak boleh memainkan bola kali kedua. Jika tidak, pihak
lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan
tersebut.
d. Pemain lawan mestilah berada sekurang-kurangnya 5 meter jauh dari tempat
tendangan sudut dibuat.
e. Gol boleh dijaringkan dari tendangan sudut.
14. Tendangan Penalti
a. Pengadil utama menentukan gawang gol yang akan digunakan.
b. Undian dengan cara lambungan siling digunakan.
c. 5 tendangan diambil oleh 5 orang pemain yang di pilih dari setiap pasukan.
Ketua pasukan masing-masing mengumumkan pemain-pemain yang telah dipilih
kepada pengadil utama sebelum penalti dijalankan.
d. Jika penalti terikat selepas 5 tendangan, tendangan tambahan akan diambil
melalui sudden death oleh pemain-pemain yang belum melakukan tendangan
penalti.
e. Pemain yang dibuang padang semasa permainkan tidak boleh mengambil
bahagian.
f. Mana-mana pemain boleh mengambil tempat penjaga gol jika perlu.
g. Semasa tendangan penalti dilakukan, semua pemain mesti berada di
separuh gelanggang yang tidak digunakan.
21. 15.Tiada permintaan time out atau offside.
16.Tiada had bilangan penggantian pemain semasa perlawanan berlansung.
17.Pemain yang telah keluar boleh masuk semula ke dalam gelanggang.
18.Penggunaan bola saiz 4 yang mempunyai lantunan 30% lebih rendah.
LAMPIRAN 4
ATURCARA PROGRAM
Tempat : Gelanggang Futsal, IPG Kampus Bahasa Melayu
Tarikh : 7 Mac 2010 (Ahad)
8.00 pagi : Pendaftaran/Taklimat
8.30 pagi : Pasukan A vs Pasukan B
8.50 pagi : Pasukan E vs Pasukan F
9.10 pagi : Pasukan C vs Pasukan D
9.30 pagi : Pasukan G vs Pasukan H
9.50 pagi : Pasukan A vs Pasukan C
10.10 pagi : Pasukan E vs Pasukan G
10.30 pagi : Pasukan B vs Pasukan D
10.50 pagi : Pasukan F vs Pasukan H
11.10 pagi : Pasukan C vs Pasukan B
11.30 pagi : Pasukan G vs Pasukan H
11.50 pagi : Pasukan D vs Pasukan A
12.10 tghari : Pasukan H vs Pasukan E
12.40 tghari : Separuh Akhir 1
1.00 petang : Separuh Akhir 2
22. 1.30 petang : Akhir
2.00 petang : Ucapan dan Penyampaian hadiah
LAMPIRAN 5
FORMAT JADUAL PERTANDINGAN FUTSAL PISMP 5E
Dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan 1 dan 2
Kumpulan 1 Kumpulan 2
A E
B F
C G
D H
A vs B E vs F
C vs D G vs H
A vs C E vs G
B vs D F vs H
C vs B G vs F
D vs A H vs E
Hanya juara dan naib juara kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir.
23. JADUAL PERTANDINGAN PERINGKAT KUMPULAN 1
Pasukan A B C D Jumlah Mata
A
B
C
D
Giliran Masa Perlawanan
1 8.30-8.45 A vs B
3 9.10-9.25 C vs D
5 9.50-10.05 A vs C
7 10.30-10.45 B vs D
9 11.10-11.25 C vs B
11 11.50-12.05 D vs A
JADUAL PERTANDINGAN PERINGKAT KUMPULAN 2
Pasukan E F G H Jumlah Mata
E
F
G
H
Giliran Masa Perlawanan
2 8.50-9.05 E vs F
4 9.30-9.45 G vs H
24. 6 10.10-10.25 E vs G
8 10.50-11.05 F vs H
10 11.30-11.45 G vs H
12 12.10-12.25 H vs E
JADUAL PERTANDINGAN PERINGKAT KALAH MATI
Separuh akhir Akhir
Johan Kumpulan 1
N/Johan Kumpulan 2
( JOHAN )
N/Johan Kumpulan 1
Johan Kumpulan 2
Giliran Masa Perlawanan
13 2.30-2.45 Separuh akhir 1
14 2.50-3.05 Separuh akhir 2
15 3.30-3.45 Akhir
25. LAMPIRAN 6
ANGGARAN PERBELANJAAN
1) MAKANAN DAN MINUMAN
Makanan pagi RM 1.00 x 100 orang RM 100.00
Makanan tengah hari RM 3.50 x 30 orang RM 105.00
2) HADIAH / CENDERAMATA
Hamper
- Johan RM 30.00 x 1 unit RM 30.00
- Naib johan RM 20.00 x 1 unit RM 20.00
- Ketiga RM 10.00 x 2 unit RM 20.00
Saguhati RM 0.75 x 82 unit RM 61.50
Cenderamata RM 5.00 x 4 unit RM 20.00
3) PUBLISITI
Cetakan poster RM 0.50 x 20 helai RM 10.00
Cetakan banner RM 150.00 x 1 unit RM 150.00
JUMLAH RM 516.50
ANGGARAN PENDAPATAN
Yuran Penyertaan (8 pasukan x RM5) RM 40.00
26. Tajaan:
- Banner RM 150.00
- Makanan pagi RM 100.00
JUMLAH RM 290.00