2. DEFINISI:
Satu pasaran yang mempunyai bilangan firma yang agak banyak
dan menghasilkan satu barangan yang berbeza ( tanggapan
pengguna sahaja ) tetapi merupakan pengganti hampir antara satu
sama lain.
6.4.1) Ciri-ciri pasaran monopolistik:
1). Bilangan firma yang relatif banyak.
Pasaran ini mempunyai banyak firma tetapi bilangannya
kurang berbanding pasaran persaingan sempurna. Saiz
firma adalah kecil berbanding dengan saiz industri. Output
firma adalah kecil dibandingkan dengan output dalam industri.
Firma-firma tidak melakukan kerjasama atau gabungan.
UNIT EKONOMI AE015 2
3. 2). Barang boleh dibezakan
Barang yang dihasilkan berbeza secara fizikal di antara firma
tetapi merupakan pengganti yang hampir. Perbezaan fizikal
seperti cara pembungkusan, bentuk, jenama, pengaruh iklan,
jurujual, lokasi dan tanda perniagaan.
Setiap barang mempunyai fungsi yang sama dan dapat
digantikan antara satu sama lain. Contohnya, ubat gigi dan
sabun mandi.
3). Kebebasan keluar masuk pasaran.
Firma mempunyai kebebasan untuk masuk dan keluar dalam
industri walaupun ada halangan untuk memasuki pasaran.
Jika firma baru ingin menyertai pasaran, ia harus
menghasilkan barang berbeza corak dengan barang yang
sudah ada di pasaran.
UNIT EKONOMI AE015 3
4. 4). Wujud persaingan bukan harga.
Firma-firma dalam pasaran bermonopoli menjalankan dua
bentuk persaingan iaitu persaingan harga dan persaingan
bukan harga. Bentuk-bentuk persaingan bukan harga seperti
iklan, promosi jualan, tawaran istimewa, reka bentuk baru dan
peraduan-peraduan yang perlu disertakan dengan bukti
pembelian.
UNIT EKONOMI AE015 4
5. 6.4.2. KELUK PERMINTAAN DAN HASIL FIRMA BERMONOPOLI
• Keluk permintaan firma bermonopoli berbentuk cerun ke bawah
dari kiri ke kanan. Ia juga sama dengan keluk hasil purata (AR )
bagi firma tersebut.
• Keluk permintaan ( AR ) ini adalah lebih anjal kerana pengguna
menganggap keluran firma itu senang digantikan dengan keluaran
daripada firma-firma lain. Kuasa untuk mempengaruhi harga juga
menjadi lemah.
• Bentuk keluk permintaan atau keluk hasil purata (AR) yang cerun
ke bawah meyebabkan Keluk hasil sut ( MR ) juga bercerun ke
bawah dari kiri ke kanan dan sentiasa terletak di bawah keluk AR.
UNIT EKONOMI AE015 5
6. RAJAH 6.4.1 : Keluk permintaan, hasil purata dan hasil sut
Harga, hasil
D = AR
MR
0 Keluaran
UNIT EKONOMI AE015 6
7. 6.4.3) KESEIMBANGAN FIRMA JANGKA PENDEK
• Firma akan mencapai tingkat keseimbangan apabila output yang
dikeluarkan pada tingkat di mana kos sut sama dengan hasil sut
( MC = MR ).
• Dalam jangka pendek, firma hanya boleh membuat penyesuaian
harga dan output untuk memaksimumkan keuntungan.
• Dalam keadaan keseimbangan jangka pendek, firma-firma pasaran
bermonopoli boleh berada dalam keadaan-keadaan yang berikut:
a. Untung lebih normal.
b. Untung normal.
c. Untung kurang normal (rugi).
UNIT EKONOMI AE015 7
8. ( a) Untung lebih normal
P/R
MC
A AC
Po
B
P1
AR=D=P
MR
Q
Qo
UNIT EKONOMI AE015 8
9. ( b ) Untung normal
P/Q
MC
AC
A
Po
AR = D=P
MR
Q
Qo
UNIT EKONOMI AE015 9
10. ( C ) Untung kurang normal
P/R
MC
B AC
Po
A
P1
AR=D=P
MR
Q
Qo
UNIT EKONOMI AE015 10
11. 6.4.4. Keseimbangan firma jangka panjang
• Firma-firma dalam pasaran persaingan bermonopoli akan memperolehi
untung normal sahaja dalam jangka panjang.
• Keuntungan lebih normal dalam jangka pendek menyebabkan :
i. Lebih banyak firma baru tertarik untuk memasuki pasaran atau pun firma
yang ada akan membesarkan kapasiti pengeluaran.
ii. Untung lebih normal tersebut akan dihapuskan apabila firma baru
menyertai industri dalam jangka panjang.
• Firma yang rugi dalam jangka pendek akan meninggalkan industri
dalam jangka panjang.
• Kesannya, keluk permintaan firma akan beralih ke bawah dan ini diikuti
oleh keluk hasil sut.
UNIT EKONOMI AE015 11
12. Rajah 6.4.2: Perubahan keluk permintaan dan hasil sut dalam
PPB
P/R
AR=D=P
AR1=D1=P1
MR
MR 1
Q
UNIT EKONOMI AE015 12
13. HURAIAN:
• Kemasukan firma baru dalam industri menyebabkan bilangan firma dan
output dalam industri bertambah.
• Keluk AR beralih ke AR1 keluk MR beralih ke MR1.
• Peralihan keluk AR menunjukkan permintaan ke atas keluaran firma
merosot pada pelbagai tingkat harga.
UNIT EKONOMI AE015 13
14. Rajah 6.4.3: Untung lebih normal dalam jangka pendek ke untung
normal
dalam jangka panjang.
P/R
MC
A
Po AC
P2 C
B
P1
E
AR
E1 AR1
MR
MR1
O Q1 Qo Q
UNIT EKONOMI AE015 14
15. Rajah 6.4.4: untung kurang normal dalam jangka pendek ke untung
normal dalam jangka panjang.
P/R
MC
AC
A B
C
F
D
E1
AR1
E
ARo
MR1
MRo
O
Qo Q1 Q
UNIT EKONOMI AE015 15
16. Rajah 6.4.5 : Keseimbangan firma pasaran
persaingan bermonopoli dalam jangka panjang
P/R
SMC LMC SAC
A LAC
Po
E AR=D=P
MR
0 Q
Q0
UNIT EKONOMI AE015 16
17. Huraian :
• Sebarang untung lebih normal mahupun untung kurang normal
dalam jangka pendek akan dihapuskan dalam jangka panjang
melalui keluar masuk firma.
• Ini menyebabkan firma dalam pasaran persaingan bermonopoli
hanya menikmati untung normal sahaja seperti dalam rajah
6.4.5.
UNIT EKONOMI AE015 17
18. 6.4.5. Persaingan bukan harga
• Persaingan bukan harga dilakukan untuk menarik minat para
pembeli. Antara bentuk-bentuk persaingan bukan harga seperti:
( a ) Pengiklanan.
• Ia bertujuan untuk menyampaikan maklumat-maklumat mengenai
sesuatu barang seperti kegunaan, harga, barangan baru di pasaran,
tempat sesuatu barangan itu boleh diperolehi dan pelbagai lagi
maklumat lain yang perlu diketahui oleh pembeli.
• Pengiklanan boleh disampaikan melalui media cetak, media
elektronik, papan iklan dan kain rentang.
UNIT EKONOMI AE015 18
19. b. Galakan jualan
• Sebarang aktiviti bagi menambahkan jualan.
• Contoh: hadiah percuma, kupon, cabutan bertuah, baucer,
pertandingan.
UNIT EKONOMI AE015 19
20. ( c ) Perkhidmatan selepas jualan
• Perkhidmatan-perkhidmatan selepas jualan seperti
penghantaran dan pemasangan secara percuma,
jaminan penggunaan selama tempoh masa tertentu
serta baik pulih percuma dalam tempoh jaminan.
• Ia secara tidak langsung dapat menarik pelanggan dan
berupaya untuk menyaingi firma-firma lain yang tidak
menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut.
UNIT EKONOMI AE015 20
21. 6.4.6: Perbandingan antara pasaran persaingan
Bermonopoli dengan PPS
P/C/R
MC
AC
P B
E
MR=AR (PPS)
P1
C
AR=D (PPB)
MR (PPB)
0 Q
QO Q1
UNIT EKONOMI AE015 21
22. • Perbandingan antara PPB dengan PPS dalam jangka
panjang dari aspek :
a). Harga
Tingkat harga PPB lebih tinggi ( P ) berbanding harga PPS iaitu
P1.
b). Kuantiti
Kuantiti keluaran PPS lebih besar ( Q1 ) berbanding kuantiti
dalam PPB ( Q0 ).
c). Untung
PPB dan PPS memperolehi untung normal sahaja.
UNIT EKONOMI AE015 22
23. d). Kecekapan pengeluaran.
• Firma PPS mencapai kecekapan pengeluaran kerana ia
menghasilkan output terbanyak dengan kos per unit yang
minimum.
• Firma PPB tidak mencapai kecekapan pengeluaran kerana output
keseimbangan Q0 dicapai pada bahagian keluk kos purata yang
sedang menurun.
UNIT EKONOMI AE015 23
24. e). Kecekapan peruntukan sumber
• Firma PPS mencapai kecekapan peruntukan kerana P1 = MC
di titik keseimbangan E.
• Manakala tingkat harga PPB ( P) lebih dari MC pada tingkat
keseimbangan MC=MR. Oleh itu, kecekapan peruntukan tak
tercapai.
UNIT EKONOMI AE015 24
25. 6.4.7. Kebaikan dan kelemahan pasaran
bermonopoli
Kebaikan :
a) Pilihan yang luas
Pengguna mempunyai pilihan yang banyak kerana
barang
yang dihasilkan dapat dibezakan dari segi mutu,
bungkusan,
reka bentuk, jenama dan sebagainya.
UNIT EKONOMI AE015 25
26. b) Perkembangan teknologi
Dalam pasaran bermonopoli, firma akan bersaing
antara satu sama lain dengan pelbagai cara untuk
menarik lebih ramai pelanggan.
Keadaan ini akan meyebabkan setiap firma akan
berusaha
memperbaiki kuantiti keluaran mereka melalui
peningkatan
teknologi atau teknik yang lebih canggih.
UNIT EKONOMI AE015 26
27. c). Agihan pendapatan yang lebih setara
Dalam jangka panjang, firma-firma PPB Cuma
menikmati untung normal.
Oleh itu, pemilik firma atau usahawan tidak
mendapat untung yang berlebihan .
Bilangan firma yang banyak dalam PPB bermakna
untung yang diperolehi dinikmati oleh ramai pihak
UNIT EKONOMI AE015 27
28. Kelemahan :
a) Persaingan memerlukan modal
• Perbezaan reka bentuk keluaran antara firma
seperti pembungkusan dan pengiklanan
memerlukan modal yang besar
• Ini akan meningkatkan kos perunit
pengeluaran dan seterusnya menyebabkan
peningkatan harga yang terpaksa dibayar oleh
pengguna
UNIT EKONOMI AE015 28
29. b). Ketidakcekapan operasi pengeluaran dan
peruntukan faktor pengeluaran
• Firma persaingan bermonopoli mencapai kecekapan
keluaran kerana pada tingkat keluaran keseimbangan kos
purata adalah lebih tinggi pada kos purata minimum.
• Begitu juga ia kurang cekap kerana tidak
memperuntukkan faktor-faktor pengeluaran secara cekap
kerana pada keseimbangan P > MC.
UNIT EKONOMI AE015 29