1. Jawab semua solan dengan memilih jawapan yang betul
1 Pak Amin sedang ________ mentimun
di kebun sayurnya.
A mengait
B mengutip
C. memetik
D mengambil
2 Berikut merupakan alat-alat muzik tradisional bagi orang Melayu, Cina, dan India. Di
antara yang berikut manakah merupakan alat muzik tradisional orang Cina.
A B C D
3 Abang mengeluarkan ________ yang
baru dibelinya daripada kotak itu lalu
meletakkannya di atas meja.
A bebuli
B kekunci
C tetikus
D lelabah
4 Ahli Persatuan Sains itu sedang
mencantikkan taman sains._______
melakukan tugas itu bersama-sama.
A Beliau
B Kami
C Mereka
D Dia
5 Makyung _______ kesenian tradisional yang semakin dilupakan oleh generasi muda.
A adalah C ialah
B masih D paling
6 Pemain pasukan Sabah itu sedang
melakukan ________ sudut untuk
pasukannya.
A pukulan
B sepakan
C hayunan
D hantaran
1
2. 7 Pada malam hari raya, Roslan
membantu datuknya ________ ketupat.
A membakar
B menyalai
C merebus
D mereneh
8 Penternak itu terkejut apabila mendapati
________ ekor lembunya mati.
A sebahagian
B beberapa
C setengah
D semua
9 Kita mesti ______ makanan sebelum menelannya supaya mudah hadam.
A melumat
B mengigit
C mengoyak
D mengunyah
10 Badan pesakit yang baru menjalani
pembedahan itu masih _______ dan dia
perlu banyak berehat.
A lembap
B lemah
C layu
D lembik
11 Beberapa orang _______ sedang
menyiasat kejadian rompakan di sebuah
kedai emas.
A orang-orang
B anggota-anggota
C mata-mata
D pengawal-pengawal
12 ________ Robert memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan itu namun dia tidak
membangga diri.
A Kerana
B Sungguhpun
C Jika
D Semenjak
2
3. 13 Terendak itu diperbuat _________ daun
mengkuang.
A dari
B oleh
C dengan
D daripada
14 Bagi _______ seruan kerajaan supaya sentiasa menabung, Ah Chong telah
membuka akaun di bank untuk menyimpan wang gajinya.
A menyahut C disahut
B sahutan D mensahut
15 "Janganlah kamu risau. _______ Azrin dan Laila pasti akan bertegur sapa semula,"
kata Aminah.
A Lambat-laun C Habis-habisan
B Lama-kelamaan D Dulu-dulu
16 Puan Lim mempelawa Emma ________ Devi masuk ke dalam rumah _______
menunggu Mei Ling bersiap.
A serta ... lalu
B atau ... sambil
C apabila..........tatkala
D dan......... sementara
17 Jika _______ antara Ahmad dengan adiknya, tentunya Ahmad jauh lebih pandai
berdasarkan prestasinya di sekolah.
A dibandingkan C membandingkan
B dibandingi D membandingi
18 Setiap pagi, Salwa akan ____________
pokok bunga di halaman rumahnya.
A. menjirus C. menyiram
B. menyiram D. menanam
19 Saya berpendapat _______ masalah murid-murid di sekolah itu bermula ________
ketiadaan Cikgu Malius.
A yang ... jika
B kerana ... apabila
C bahawa ... semenjak
D sama ada ... tatkala
Pilih perkataan seerti yang paling sesuai bagi perkataan yang bergaris
20 Penerokaan hutan secara berleluasa akan mengancam kehidupan haiwan dan
tumbuh-tumbuhan.
A. mengganggu C membantu
B. merosakkan D membahayakan
3
4. Pilih perkataan berlawan yang paling sesuai bagi kata yang bergaris.
21 Hidupnya merana kerana hutang keliling pinggang.
A bahagia
B mewah
C derita
D porak-peranda
22 Adik gemar makan nasi goreng dan roti canai.
A. Suka
B. Aman
C Senang
D Hendak
23. Perompak itu bersembunyi di celah-
celah semak agar tidak dilihat oleh pihak
polis.
A menghendap
B menghilang
C mengintai
D menyorok
24 Mengapakah kita ditegah membakar sampah secara terbuka?
A Pembakaran sampah secara terbuka boleh membahayakan kesihatan
B Membakar sampah dapat mengelakkan daripada berlaku jerebu.
C Dengan membakar sampah secara terbuka kita dapat meringankan kerja
majlis bandaran
D Pembakaran sampah memudahkan proses pengumpulan sampah
25 Siapakah yang akan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim?
A Sumbangan kepada anak-anak yatim akan disampaikan oleh guru besar.
B Majlis penyampaian sumbangan itu dilakukan oleh guru besar.
C Anak-anak yatim akan menyampaikan sumbangan kepada guru besar.
D Sumbangan kepada anak-anak yatim akan disampaikan sebentar lagi.
4
5. Baca dan jawab soalan berdasarkan petikan di bawah.
Nama saya Azila. Saya murid Tahun 3 Biru. Ini gambar keluarga saya.
Datuk saya bernama Haji Yusuf. Beliau berumur 62 tahun. Nenek saya pula
bernama Hajah Aisyah dan berumur 60 tahun. EncikYazid ialah ayah saya.
Beliau berumur 39 tahun, manakala ibu saya, iaitu Puan Amira berumur 38
tahun. Saya ada seorang abang dan adik. Azri ialah abang saya. Dia berumur 12
tahun. Adik saya pula, iaitu Azura berumur 3 tahun. Saya sangat sayang akan
keluarga saya.
26 Apakah perkara yang diceritakan oleh petikan di atas?
A Pekerjaan bapa Azila
B Keluarga Azila
C. Kegemaran Azila
D Kawan-kawan Azila
27. Berapakah umur Azila?
A 6 tahun C 8 tahun
B 9 tahun D 7 tahun
28. Keluarga Azila terdiri daripada berapa orang ahli?
A Lapan orang
B Lima orang
C Empat orang
D Tujuh orang
29. Siapakah yang belajar di Tahun 6?
A Haji Yusuf C Azila
B Azura D Azri
30. Bagaimanakah perasaan Azilah Terhadap leluarganya?
A Azilah marah akan keluarganya.
B Azilah benci akan keluarganya.
C Azilah sayang akan keluarganya.
D Azilah rindu akan keluarganya
5
6. Soalan 31 hingga soalan 35. Baca surat kiriman di bawah, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.
Sek.Men. Keb. St Andrews
Jalan Bakri,
84900 Muiar,
Johor
21 Oktober 2012
Menemui saudara Loqman yang diingati, semoga berada dalam keadaan sihat
sejahtera.
Saudara,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk meminta maaf kerana tidak dapat menyertai
rombongan saudara melawat ke Langkawi tempoh hari.
Sebenarnya pada hari tersebut, saya telah menghadiri Hari Terbuka di Sekolah
Kebangsaan Tanjung Aru, bersama abang saya. Biarlah saya mengambil kesempatan ini
untuk menceritakan apa yang telah berlaku pada hari itu. Pada sebelah paginya, murid-
murid sibuk menyediakan bilik-bilik pameran. Murid-murid Persatuan Masakan sibuk
menyediakan pelbagai jenis masakan untuk dipamerkan kepada pengunjung. Bilik-bilik
makmal juga tidak kurang menariknya dengan berbagai-bagai aktiviti Sains.
Di kawasan lapang di hadapan sekolah pula, ahli-ahli Pandu Puteri mengadakan
perkhemahan. Di dewan besar, kerusi-kerusi tersusun dengan kemasnya untuk pengunjung
menyaksikan pertunjukan kebudayaan. Dewan dihias dengan indah. Pada pukul 2.00
petang, orang ramai mula membanjiri pameran tersebut. Tuan Guru Besar dan guru-guru
kemudian terus dibawa ke bilik pameran. Pada pukul 4.00 petang pula, semua pengunjung
turun ke padang untuk menyaksikan permainan pancaragam oleh para pelajar sekolah ini.
Kemudian, mereka dijemput ke dewan untuk menyaksikan pertunjukan kebudayaan. Abang
saya turut mengambil bahagian. Saya tertarik dengan Tarian Zapin dan Inang. Setelah
selesai pertunjukan itu, para pengunjung dipersilakan menikmati jamuan ringan.
Sekian sahaja yang dapat saya ceritakan. Sehingga kita berjumpa lagi dalam lembaran
yang lain, sambutlah salam mesra daripada saya.
Yang benar,
Hanafi
31 Apakah tujuan Hanafi menulis surat kepada Loqman?
A Untuk meminta maaf
B Untuk mengajak melawat pameran
C Untuk menceritakan apa yang berlaku
D Untuk membatalkan rancangannya pergi ke Langkawi
32 Apakah acara yang paling diminati oleh Hanafi pada hari itu?
A Hiasan dewan C Pameran masakan
B Acara sambutan D Tarian tradisional
33 Di manakah persembahan kebudayaan diadakan?
A Di dewan
B Di bilik makmal
C Di bilik pameran
6
7. D Di kawasan lapang
34 Apakah atur cara pertama yang disusun oleh pihak sekolah untuk orang ramai?
A Menikmati jamuan
B Melihat hasil-hasil pelajar
C Melawat ke kawasan perkhemahan
D Menyaksikan pertunjukan kebudayaan
35 Di bilik pameran, para pengunjung dapat menyaksikan perkara-perkara
berikut, kecuali.
A hasil-hasil seni.
B permainan pancaragam.
C kuih-muih dan lauk-pauk.
D hasil-hasil aktiviti sains.
Soalan 36 hingga Soalan 40 berdasarkan petikan di bawah.
Pejabat Pelajaran Daerah Jasin
77000 Jasin, Melaka.
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER
Para guru di daerah Jasin,
10 Mei 2012
Pejabat Pelajaran Daerah Jasin akan mengadakan pertandingan
melukis poster sempena 'Sambutan Hari Guru' peringkat daerah pada
tahun 2012. Tema poster ialah Guru Pembina Negara Bangsa.
Pertandingan ini terbuka kepada semua guru di daerah ini. Mantan
guru-guru juga dialu-alukan untuk turut serta dalam pertandingan
ini.
Butir-butir pertandingan adalah seperti yang berikut:-
Tarikh : 16 Mei 2012
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dataran Wawasan Jasin.
Pihak penganjur akan menyediakan kertas-kertas lukisan.
Tajuk poster akan diketahui pada hari pertandingan kelak.
Hadiah pertama : RM 500
Hadiah kedua : RM 300
Hadiah ketiga : RM 100
11 hadiah saguhati RM55 disediakan
7
8. 36 Kepada siapakah pengumuman itu ditujukan?
A Guru Besar
B Guru-guru
C Murid tahap 1
D Murid tahap 2
37 Di manakah pertandingan tersebut akan diadakan?
A Di daerah Jasin
B Di Dataran Wawasan Jasin
C Di Pejabat Pelajaran Daerah Jasin
D Di sekolah masing-masing
38 Apakah tujuan pertandingan itu diadakan?
A Sempena sambutan hari guru
B Sempena pertukaran guru
C Sempena majlis perpisahan guru
D Sempena majlis hari guru besar
39 Maksud penganjur dalam petikan di atas ialah
A penulis
B penyokong
C pengelola
D pemaju
40 Antara berikut adalah hadiah yang dimenangi kecuali
A RM 100 hadiah ketiga
B RM 500 hadiah pertama
C RM 55 hadiah saguhati untuk 11 orang
D RM 40 hadiah kedua
SOALAN TAMAT
___________________________________________________________________
Disediakan oleh: Disahkan
Idris Saba
................................ ........................................
(En Idris b. Saba) Ketua Panitia Bahasa Melayu
( )
8
9. JAWAPAN SK-011
1. C
2. A
3. C
4. C
5. C
6. B
7. C
8. B
9. D
10. B
11. C
12. B
13. D
14. A
15. A
16. D
17. A
18. C
19. C
20. D
21. A
22. A
23. D
24. A
25. A
26. B
27. B
28. D
29. D
30. C
31. A
32. D
33. A
34. B
35. B
36. B
37. B
38. A
39. C
40. D
9
10. Rumusan:
- A = 11 , B = 10 . C = 10 dan D = 9 == J=40
10