Sesiapa yg bercita-cita nak jadi pegawai sains genetik,bolehlah buka fail ni for further information....
1 of 2
Downloaded 35 times
More Related Content
Pegawai Sains Genetik
1. Kyrashin275@yahoo.com.my
Kerjaya Pegawai Sains Genetik
1. Tugas
1.1 Menganalisis kromosom dan data dari teknik FISH (Flourescence
In-Situ Hybridyzation).
1.2 Menginterpretasi dan membuat laporan penuh keputusan ujian.
1.3 Melakukan validasi terhadap laporan keputusan ujian sebelum
diberikan kepada doktor yang merawat.
1.4 Melakukan kerja-kerja teknikal ujian Sitogenetik dan Molekular
Sitogenetik.
1.5 Memantau kawalan kualiti terhadap ujian yang dijalankan
1.6 Melakukan penyelidikan
1.7 Merancang dan membentuk ujian-ujian genetik yang baru.
1.8 Pakar runding dalam ujian-ujian genetik dan kerja-kerja teknikal
dalam prosedur ujian.
1.9 Membuat penilaian terhadap peralatan untuk ujian genetik
1.10 Menyelia seksyen Sitogenetik dan Molekular Sitogenetik.
1.11 Memberi latihan kepada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS
1.12 Ketua Kumpulan Allied Health Professional (Pegawai Sains
Genetik)
1.13 Pengubal Soalan dalam Penilaian Tahap Kecekapan (Pegawai
Sains Genetik)
2. Kelayakan
Ijazah Sarjanamuda Dengan Kepujian Dalam Program Sel dan Molekular
(Bidang Genetik).
3. Kehidupan dalam seharian
Kehidupan dalam seharian adalah seperti sediakala. Cuma perbezaan mungkin
ilmu pengetahuan dalam bidang genetik ini menjadikan diri lebih berhati-hati
terhadap punca-punca yang boleh menyebabkan kecacatan genetik secara de
novo. Dimana punca-punca seperti bahan kimia dalam pemakanan, sinaran
cahaya (sinar-X,ultra unggu dan sebagainya), bahan-bahan radiasi yang wujud
di persekitaran dan pengambilan ubat-ubatan semasa mengandung yang tidak
terkawal adalah merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan bahan
genetik iaitu kromosom atau DNA berlaku mutasi dan secara tidak langsung
akan menyebabkan proses pembentukan protein berubah dan akibatnya
berlaku kecacatan genetik.
2. Selain daripada itu ilmu yang ada, dapat membantu saudara , jiran atau
kenalan berkenaan pengetahuan tentang penyakit keturunan dan cara untuk
mengelakkan daripada penyakit itu berulang ke generasi berikutnya.
4. Cabaran
Bidang genetik di Malaysia adalah suatu bidang yang baru jika
dibandingkan dengan negara luar yang telah membangun. Ujian-ujian genetik
yang menggunakan teknologi yang canggih adalah begitu sedikit. Ujian-ujian
genetik ini adalah amat diperlukan dewasa ini kerana ujian ini merupakan satu
ujian yang bertindak sebagai pencegah dari berulangnya penyakit genetik
yang mana penyakit ini memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi untuk
proses perawatannya.
Pengwujudan ujian-ujian genetik yang tinggi seperti ujian ujian
Molekular Genetik pula memerlukan kos yang tinggi bagi mendapatkan
peralatan yang berteknologi canggih. Manakala pengoptimaan prosedur ujian
yang mencapai pempiawaian (standard) memerlukan jangkamasa yang amat
panjang dan proses pengoptimaannya pula adalah bukan satu proses yang
mudah kerana ianya memerlukan kecekapan, kemahiran dan ilmu
pengetahuan yang tinggi dalam bidang ini.
Menjadi satu tanggungjawab untuk memenuhi permintaan dari pakar-
pakar klinikal dimana ujian-ujian genetik ini adalah amat diperlukan untuk
mengesahkan pengdiagnosisan terhadap pesakit yang telah dibuat dan untuk
tindakan susulan yang diperlukan. Akibat kekurangan tenaga mahir dan
peruntukan kewangan, banyak ujian-ujian genetik tinggi tidak dapat
diwujudkan.
5. Pengalaman pahit & manis
Pengalaman manis ialah telah di nobat dalam Anugerah Pekerja Cemerlang
tahun 2004.
Pengalaman pahit ialah apabila sepasang suami isteri (kawin campur antara
cina dan Jepun) bercerai apabila mengetahui laporan keputusan untuk ujian
Sitogenetik bagi isterinya iaitu pembawa kepada keabnormalan kromosom
iaitu balanced translocation dimana kromosom yang abnormal ini telah
diwarisi oleh anak mereka yang dilahirkan cacat.
6. Organisasi yang berkaitan
6.1 Human Genetic Society of Australasia.
6.2 Persatuan Genetik Malaysia.
6.3 Allied Health Profession Society
6.4 The American Sociaty of Human Genetic