Pelan Integriti Nasional (PIN) merupakan pelan induk yang bertujuan meningkatkan integriti di kalangan semua sektor masyarakat dan negara melalui 8 strategi utama yang meliputi keluarga, komuniti, masyarakat sivil, sosio-budaya, agama, ekonomi, politik dan pentadbiran. PIN bermatlamat merealisasikan aspirasi Wawasan 2020 untuk membentuk masyarakat Malaysia yang berintegriti.