Pemanasan global adalah peningkatan suhu atmosfera bumi akibat pertambahan gas rumah hijau seperti karbon dioksida dan klorofluorokarbon. Faktor utama pemanasan global adalah aktiviti manusia seperti pembakaran bahan bakar fosil dan penyahutanan serta faktor alam seperti letusan gunung berapi. Kesan pemanasan global meliputi kenaikan suhu permukaan dan kebakaran hutan.
2. MAKSUD PEMANASAN GLOBAL
• Pemanasan global ialah peningkatan suhu
atmosfera bumi secara berterusan akibat
daripada kesan rumah hijau yang melibatkan
pertambahan gas karbon dioksida
(CO2),klorofluorokarbon (CFC) dan bahan-
bahan pencemar yang lain.
• Glosari: Global: Meliputi, mempengaruhi atau
mengenai seluruh dunia.
4. Info Geografi
• Tahun 2016 mencatatkan suhu permukaan
yang terpanas sejak penyimpanan rekod
moden bermula, iaitu pada tahun 1980.
Peningkatan suhu permukaan adalah kira-kira
1.1ºC.
(Sumber: NASA, 2017)
5. Faktor – faktor Pemanasan Global
• Faktor aktiviti manusia.
– Aktiviti pertanian yang menggunakan racun
serangga dan baja kimia secara berlebihan.
– Penyahutanan secara besar-besaran bagi
menjalankan aktiviti pertanian, petempatan dan
perindustrian.
– Pembebasan asap oleh kenderaan bermotor dan
aktiviti perindustrian yang menggunakan bahan
api fosil(petroleum) sebagai bahan utama.
– Pembakaran terbuka.
6. Faktor – faktor Pemanasan Global
• Faktor semulajadi
– Letusan gunung berapi yang mengeluarkan asap
tebal dan debu yang banyak.
– Penerimaan sinaran ultraviolet yang berlebihan
akibat penipisan ozon.
– Kebakaran hutan kerana suhu panas yang
menyebabkan banyak tumbuhan mengering
dengan cuaca panas.
7. Glosari
• CO = Karbon monosida
• SO2 = Sulfur Dioksida
• NO2 = Nitrogen Dioksida
• Penyahhutanan = pemusnahan hutan secara
kekal.
8. Sumber Rumah Hijau
Aktiviti Jenis Gas
Pembakaran Terbuka Karbon Dioksida CO2
Penjanaan tenaga elektrik terma CO2
Pengangkutan CO2 dan Karbon Monoksida CO
Perindustrian CO2, NO2, CFC
Pertanian Metana, Nitrus Oksida N2O
Letusan Gunung Berapi CO2, CO, SO2