1. 1 | P a g e
PEMBATALAN DAN KEROSAKAN IMAN
1.0 PENGENALAN
Bahasa:Iktiraf, membenarkan, mengakui
Istilah:Tasdik/mengakui dihati bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan
Allah dan Nabi Muhammad saw itu pesuruh ALLAH, ikrar dengan lidah iaitu
syahadah dan membuktikan apa yang ditasdikkan dan membuktikan dengan
amalan anggota dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan lara
Firman Allah surah
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna
imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya)
gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya,
menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka
berserah dengannya.
Istilah iman secara harfiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah
s.w.t. Dengan itu, orang yang beriman ditakrifkan sebagai orang yang percaya
(mukmin). Siapa yang percaya, maka dia dikatakan beriman. Perkataan iman
diambil daripada kata kerja aamana, yukminu yang bererti percaya atau
membenarkan. Perkataan iman yang bererti membenarkan itu disebutkan
dalam Al Quran, antaranya Firman Allah swt yang bermaksud ( al Taubah ,62
).:
o縁随緒醐器鰹¥わわ駈わ鰹鰹刻駈駕縁件o
¥わo居駕随種o¥縁居居駕刻駕駕э縁駈o
o縁эわ駕削種件鰹o
2. 2 | P a g e
Dia ( Muhammad ) itu membenarkan ( mempercayai ) kepada Allah swt dan
membenarkan kepada para orang yang beriman
Takrif iman menurut istilah syariat Islam adalah seperti diucapkan oleh Ali bin
Abi Talib ra yang bermaksud Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang
benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota .Manakala Aisyah ra pula
berkata : Iman kepada Allah swt itu mengakui dengan lisan dan membenarkan
dengan hati dan mengerjakan dengan anggota .
Iman Al Ghazali menghuraikan makna iman sebagai Pengakuan dengan
lidah ( lisan ) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya
dengan rukun rukun ( anggota-anggota ). Justeru , iman boleh dinyatakan sebagai
keyakinan yang dibenarkan oleh hati , diucapkan dengan mulut ( lidah ) dan
dibuktikan dengan amalan .Ringkasnya , orang yang beriman ialah orang yang
percaya , mengaku dan beramal.
Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang
sempurna . Ketiadaan salah satu sahaja daripada tiga syarat itu , maka lainlah nama
yang Islam berikan pada seseorang itu iaitu fasik , munafik atau kafir.Iman
bermaksud membenarkan dengan hati , menyatakan dengan lisan dan melakukan
dengan anggota badan .Iman diasaskan di atas enam perkara iaitu percaya kepada
Allah swt , percaya kepada malaikat , percaya kepada kitab , percaya kepada nabi
dan rasul , percaya kepada hari akhirat dan percaya kepada qada dan qadar.
Percaya kepada Allah swt ialah konsep yang paling asas iaitu percaya
bahawa Tuhan itu satu ( Tauhid ).Konsep keesaan Allah swt ini adalah mutlak , dan
tidak sama dengan apa jua yang wujud di dunia ini . Firman Allah swt dalam Surah
Al Ikhlas yang bermaksud :
駈ワ居縁わ¥わo刻駕¥わo刻刻わ
駈鰹刻器わo器駈鰹刻居駕器鰹刻縁o駈鰹刻居駕わ鰹器
種o¥o件縁随駕件刻駕
Katalah ( wahai Muhammad ) bahawa Allah swt itu tunggal.Allah swt tempat
meminta. Tidak dia beranak dan tidak juga dia diperanakkan . Dan tiada yang
serupa dengannya , dialah Tuhan Yang Esa .
3. 3 | P a g e
Individu mukmin percaya bahawa Allah swt telah mencipta pelbagai makhluk ,
termasuk malaikat yang bertugas melaksanakan apa jua bentuk perintah-Nya
dengan penuh ketaatan.
Secara tepat , hanya Allah swt sahaja yang mengetahui jumlah malaikat .
Namun , individu mukmin percaya bahawa Allah swt telah mencipta pelbagai
makhluk , termasuk malaikat yang bertugas melaksanakan apa jua bentuk perintah
Nya dengan penuh ketaatan . Secara tepat , hanya Allah swt sahaja yang
mengetahui jumlah malaikat .
Namun, individu mukmin wajib beriman dan percaya terhadap sekurang
kurangnya 10 malaikat iaitu Malaikat Jibril malaikat yang menyampaikan wahyu .
Malaikat Mikail malaikat yang menyampaikan rezeki dan Malaikat Atid malaikat
yang menulis segala amalan kita .Malaikat Raqib malaikat yang menulis segala
kejahatan kita , Malaikat Ridhwan malaikat yang menjaga pintu syurga , Malaikat
Malik malaikat yang menjaga pintu neraka , Malaikat Mungkar malaikat yang
menyoal kita di dalam kubur , Malaikat Nakir malaikat yang menyoal kita di dalam
kubur ,Malaikat Izrail malaikat yang mencabut nyawa dan Malaikat Israfil
malaikat yang meniup sangkakala.
Individu mukmin percaya bahawa Allah swt telah menurunkan kitab kitab
kepada para nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar . Kitab
kitab yang wajib diimani oleh individu mukmin ialah kitab Taurat diturunkan
kepada Nabi Musa as.Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud as , Kitab Injil
diturunkan kepada Nabi Isa as dan Al Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad
saw.
Masyarakat muslim hari ini percaya bahawa selain Al Quran , kitab kitab
yang diturunkan telah diubah suai mengikut kehendak pihak pihak tertentu .
Justeru , tiada lagi naskah naskah yang tulen dan Al Quran menyempurnakan
segala kitab kitab yang terdahulu.Percaya kepada Nabi dan Rasul merupakan
salah satu rukun Iman yang mengajar umatnya bahawa Allah swt menyampaikan
wahyu Nya melalui malaikat kepada nabi dan rasul .Rasul dan nabi merupakan
manusia biasa .
4. 4 | P a g e
Nabi bermaksud seorang lelaki yang dipilih Allah swt menerima wahyu untuk
kegunaan dirinya sahaja manakala Rasul pula merupakan seorang lelaki yang dipilih
untuk menerima wahyu bagi dirinya serta disampaikan kepada orang lain.Terdapat
lebih 300 orang telah dipilih sebagai rasul sejak bermulanya penciptaan manusia.
Manakala , nabi pula lebih kurang 1000 orang ( termasuk rasul ).
Terdapat 25 rasul yang dinyatakan dalam Al Quran , termasuk Adam , Idris ,
Nuh , Lut , Ibrahim , Musa ,Isa , dan Muhammad. Daripada 25 orang ini , terdapat
lima rasul yang digelar rasul ulul azmi .
Antara rasul rasul yang digelar Ulul Azmi itu adalah Nabi Nuh as , Nabi
Ibrahim as , Nabi Musa as , Nabi Isa as dan Nabi Muhammad saw.Muhammad
merupakan nabi dan rasul yang terakhir . Ini bermakna tiada nabi dan rasul akan
dilantik selepas kewafatan Baginda . Baginda telah menyampaikan peringatan
terakhir sebelum berlakunya Hari kiamat, iaitu al Quran dan al Sunnah kepada
manusia.
Rukun Iman yang kelima dan keenam iaitu percaya kepada Hari Akhirat dan
percaya kepada Qada dan Qadar.Individu mukmin wajib percaya akan datangnya
Hari Kemudian atau Akhirat , sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt dalam Al
Quran .Diterangkan bahawa pada akhir zaman akan datang suatu hari di mana
semua makhluk yang ada akan menjadi rosak dan binasa , iaitu pada hari Kiamat.
Individu mukmin wajib percaya bahawa segala ketentuan yang telah terjadi
dan yang akan terjadi , semuanya menurut ketentuan Allah swt . Segala sesuatu (
baik dan buruk ) sudah diatur sejak azali . Manusia tidak mengetahui tentang
sesuatu sehingga ianya terjadi.Qadar atau difahami juga sebagai takdir merupakan
perancangan yang telah ditetapkan oleh Allah swt . Qada pula bermaksud
perlaksanaan perancangan yang telah ditetapkan oleh Allah swt.
Konsep pembatalan iman terbahagi kepada tiga bahagian iaitu syirik , kufur
dan bidaah . Syirik bermaksud menyekutukan Allah dengan sesuatu pada
zat,sifatnya dan afal,beramal dengan anggota adalah pemangkin kemantapan iman.
5. 5 | P a g e
Kufur bermaksud tidak percaya kepada Allah swt dan menolak ajaran yang
dibawa oleh Nabi Muhammad saw .Sesiapa yg tidak percaya kepada Allah dan
ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dikatakan kafir atau kufur.
Bidaah pula bermaksud mengadakan sesuatu perkara baru yang tidak
terdapat dalam ajaran Islam.Bidah dhalah sesat bermaksud mengadakan
pembaharuan dalam agama yang tidak terdapat dalam al-Quran, hadis, amalan
sahabat dan Ijmak ulamak.
Manakala Bidaah Hasanah baik adalah membuat pembaharuan dalam
agama secara umum tanpa mengubah hukumnya dalam al-Quran dan hadis. Syirik
terbahagi kepada dua iaitu Syirik Jali dan Syirik Khafi.Syirik Jali ialah syirik yang
dapat dilihat secara terang-terangan berlaku secara lisan dan perbuatan contoh
sujud kepad berhala, memohon pada keramat atau kubur, memakai tangkal, dan
mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan.
Syirik Khafi adalah syirik tersembunyi dan tidak meletakkan Allah sebagai
yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat dan berlaku melalui hati.Sebagai
contoh riak iaitu menunjuk kehebatan diri ujub , mengkagumkan diri dan takabbur
bangga diri dan sebagai tambahan syirik Khafi tidak membatalkan iman.
2.0 PERBEZAAN USUL DAN FURU
Sehubungan dengan itu dalam merungkai persoalan tentang pembatalan dan
kerosakan iman ianya terdapat di dalam persoalan mengenai konsep usul dan furu
di dalam aqidah.Usul merupakan ajaran Islam yang menekankan kepada prinsip dan
dasar sehingga Umat Islam tidak boleh bercanggah pendapat mengenai perkara
tersebut kerana ianya boleh mengundang kepada kesesatan.
Manakala furu merupakan ajaran Islam yang sangat penting namun tidak
merujuk kepada konsep prinsip dan dasar. Umat Islam boleh berbeza pendapat
mengenai konsep furu kerana perbezaan dalam furu bukan penyimpangan
kepada kesesatan selagi ada dalil syari yang menyokong kepada perkara tersebut.
Sehubungan dengan itu permasalahan dalam masalah usul dan furu juga
berkaitan dengan taklid.Taklid dalam bahasa arab diambil daripada kalimah al-
6. 6 | P a g e
Qiladah iaitu rantai leher.Maka taklid ertinya memakai rantai leher pada
tengkuk.Sementara taklid menurut istilah ulama fiqah terdapat berbagai takrif seperti
berikut iaitu Taklid itu ialah mengamalkan atau mengambil pakai perkataan
seseorang.
Iaitu yang mana kata-katanya itu bukan salah satu daripada dalil dalil
syarak, tanpa hujah atau alasan (yang disertakan sebagai asas kepada hukum).
Taklid itu ialah menerima pakai sesuatu pendapat tanpa dalil dan taklid itu ialah
mengamalkan pendapat orang lain tanpa hujah mulzimah (dalil yang
mengikatkannya).
Berdasarkan takrif di atas , dapat disimpulkan bahawa taklid itu mengambil
pakai pendapat orang lain tanpa mengetahui dalilnya dan kekuatan dalil itu.
Contohnya , seperti mereka yang berpendapat boleh difasakhkan perkahwinan
disebabkan aib atau kecacatan kerana berdasarkan pandangan Mujtahid tertentu
mengatakan begitu tanpa dia mengetahui dalilnya dan kekuatan dalil ini.Berhubung
dengan perkara di atas dalam meletakkan hukum bertaklid dalam masalah furu
ialah pada asalnya menurut Syariah Islam , taklid dicela dan dilarang , kerana ia
bermaksud mengikut tanpa berdasarkan dalil dan bukti.
Antara hukum bertaklid dalam masalah furu adalah pada asalnya menurut
Syariah Islam,taklid dicela dan dilarang , kerana Ia bermaksud mengikut tanpa
berdasarkan kepada dalil dan bukti.Lebih lebih lagi taklid yang membawa maksud
taksub yang tercela dalam golongan muqallidin ( yang bertaklid ).Para ulama
berselisih pendapat tentang keharusan taklid dalam masalah furu seperti berikut
iaitu dalam pendapat yang pertama mengatakan tidak harus sama sekali bertaklid ,
bahkan mereka mewajibkan setiap mukalaf itu berijtihad , dan mempelajari segala
ilmu yang diperlukan bagi ijtihad.
Ini adalah pendapat Zahiriyyah dan Muktazilah.Pada pandangan yang kedua
mengatakan taklid diharuskan kepada semua orang , sama ada yang mampu
berijtihad ataupun tidak.Ia merupakan pendapat golongan al-Hasyawiyyah dan al-
7. 7 | P a g e
Talimiyyah.Bahkan sebahagian mereka pula mewajibkan bertaklid selepas zaman
imam-imam Mujtahiddin.Manakala dalam pendapat yang ketiga mengatakan taklid
hanyalah diharuskan kepada yang tidak mampu berijtihad sahaja.
Sementara mereka yang mampu berijtihad adalah diharamkan
bertaklid.Pendapat inilah yang muktamad dan betul.Bahkan menurut Ibnu al Subki
, ulama telah sependapat bahawa seseorang Mujtahid tidak harus menyalahi hukum
yang telah diputuskan oleh ijtihadnya dan haram dia bertaklid kepada orang lain
dalam perkara itu.
Mengikut pendapat yang menjadi pilihan oleh kebanyakan ulama,sepertimana
yang diriwayatkan oleh Ibnu al- Subki , adalah haram ke atas mujtahid itu bertaklid
masalah tersebut.Bahkan wajib dia berijtihad , kerana dia mempunyai kemampuan
berijtihad , dan kerana ijtihad itulah yang asal.Maka tidak harus berpaling daripada
asal ( ijtihad ) yang dia mampu kepada gantinya iaitu taklid.
Taklid dalam masalah usul dan akidah pula adalah taklid dalam masalah usul
yang berkaitan dengan akidah seperti beriman kepada Allah , sifat yang wajib bagi-
Nya, sifat yang mustahil atas-Nya , sifat yang harus bagi-Nya dan sebagainya ,
maka jumhur ulama al- Usul berpendapat bahawa tidak harus bertaklid , bahkan
wajib seperti orang itu mengkaji dan meneliti dalil ijmali ( secara ringkas ) walaupun
dia seorang awam.
Al Imam al Syarbini berkata Sesungguhnya orang awam itu tidak harus
bertaklid dalam masalah al Usul kerana mereka itu boleh mengkaji dan menyelidiki
pada dalil ijmali Al Anbari dan pengikutnya pula berpendapat bahawa harus
bertaklid dalam masalah al- Usul .Bahkan sebahagian daripada mereka itu berkata,
Taklid itu wajib dan nazhar ( mengkaji itu haram ) .
Golongan ulama yang menghukumkan wajib mengkaji pada dalil dalil itu
berhujah.Antaranya adalah yang pertama untuk mengkaji dan menyelidiki dalil dalil
8. 8 | P a g e
itu tidak akan menggangu dan menggendalakan urusan kehidupan harian
sepertimana dalam masalah masalah furu .
Ini adalah kerana masalah al Usul terbatas , dalilnya berbentuk ijmali ,
mampu dikuasai oleh setiap orang dan masalahnya tidak berlaku perubahan atau
pembaharuan.
Kedua , dalam masalah al- Usul , manusia diperintahkan supaya
mendapatkan ilmunya itu secara yakin , iaitu ilmu pengetahuan yang berasaskan
hujah dan dalil , bukan taklid yang hanya berasaskan zdhan sahaja.Ketiga adalah
kerana hadis yang diriwayatkan tatkala turun ayat yang berbunyi dalam surah
o誌刻緒刻削削居縁誌刻¥¥刻わ
駈誌わo居駕o誌緒件削わo居駕醐刻わ
わ逸刻わo居駕誌誌器刻種э駕
緒誌器駈醐刻誌わo,
Ali Imran 3:190 maksudnya sesungguhnya dalam penciptaan langit dan
bumi , silih berganti malam dan siang , ada tanda tanda ( kekuasaan ,
kebijaksanaan , dan keluasan rahmat Allah ) bagi orang yang berakal.
Lalu baginda saw bersabda maksudnya binasalah atau celakalah mereka
yang memanah dan mengunyah ayat tersebut ( membacanya ) dan tidak mahu
memikirkan padanya ( Riwayat Ibnu Hibban dalam al-Sahih no 620 ) .Dan keempat
pada asalnya , hukum taklid itu dicela oleh Syarak dan tidak
diharuskan.Walaubagaimanapun,taklid yang diharuskan pada masalah furu itu
adalah dikecualikan daripada kaedah asal tersebut.
Masalah dalam pembatalan dan kerosakan iman terdapat dalam pemahaman
kepada konsep usul dan furu tersebut.Sebagai contoh peristiwa Israk dan Mikraj ,
rukun Islam iaitu menunaikan solat lima waktu dan berkaitan dengan zat Allah yang
perlu diyakini sifatnya dan tidak dipersoalkan.
9. 9 | P a g e
Cara menentukan suatu masalah dalam usul atau furu adalah dengan
melihat kekuatan dalil dari segi sanad penyampaian dan fokus penafsiran.Sebagai
contoh masalah yang boleh dikaitkan dengan kefahaman kepada konsep usul dan
furu adalah mengenai peristiwa Isra dan Mikraj.
Percaya dan yakin bahawanya peristiwa Isra dan Mikraj adalah benar-benar
berlaku, tiada yang dapat menidakkan peristiwa tersebut. Berdasarkan dalil naqli
dari al-Quran surah Israk, ayat 1, Allah berfirman:
削誌刻鰹駈駈種ワ¥わo鰹居鰹駕常駈件刻
醐醐鰹刻鰹¥刻醐刻わoo器刻鰹醐刻わ
種鰹¥刻醐刻わoわ種醐ワ誌わoワ¥わ
わ醐器誌器種э鰹刻駈縁刻種э器o刻器
¥わ誌器o居わ器種э居縁わ¥¥刻わ
э器件醐刻わo
Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu
malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkati
sekelilingnya [847] agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda
(kebesaran) Kami. Sesungguhnya dia adalah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui
[847] Maksudnya: Al Masjidil Aqsha dan daerah-daerah sekitarnya dapat berkat
dari Allah dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya.
Terdapat dalil yang jelas daripada al-quran dan hadis sahih tentang mukjizat
al-Israk, maka wajib kita beriman bahawa Allah Taala memperjalankan Nabi
Muhammad pada waktu sepertiga malam dari Mekah ke Palestin. Al-Mikraj adalah
sebuah perjalanan yang dimulakan dari Masjid Al-Aqsa hingga ke langit yang
ketujuh dengan menaiki tangga yang diperbuat daripada emas dan perak.
Kebenaran peristiwa Isra Miraj Rasulullah saw adalah masalah usul, kerana
dalilnya qothi, baik dari segi wurud mahupun dalil. Namun masalah apakah
Rasulullah saw mengalami Isra Miraj dengan ruh dan jasad atau dengan ruh
sahaja, maka masuk masalah furu, kerana dalilnya zhonni, baik dari segi wurud
mahupun dalilnya.Ini kerana, barangsiapa menolak kebenaran peristiwa Isra Miraj
10. 10 | P a g e
Rasulullah saw maka ia telah sesat, kerana menyimpang dari usul aqidah. Namun
barangsiapa yang mengatakan Rasulullah SAW mengalami Isra Miraj dengan Ruh
dan Jasad atau Ruh saja, maka selama memiliki Dalil Syari ia tidak sesat, kerana
masalah furu Aqidah.
Berkaitan dengan arasy, Saidina Ali telah berkata:
Sesungguhnya Allah Taala telah mencipta arasy demi menzahirkan kekuasaanNya
dan bukan menjadikan sebagai tempat untuk zat-nya (diriwayatkan oleh Abu Mansur
al-Baghdad).
Maka telah kafir orang yang beriktiqad bahawa Allah duduk dan bersemayam
di atas arasy kerana Maha Suci Allah yang tidak menyerupai sesuatu pun bahkan
kewujudan-Nya memerlukan tempat.
Hal ini kerana tiada dalil dari al-Quran dan hadis sahih yang menyatakan Allah
mempunyai tempat atau kedudukan yang dinamakan al-Arasy. Maka perkara ini
menjadi usul iaitu zat Allah ini persoalan usul dan tidak sama sekali boleh disifatkan
dengan apa-apa.
Furu pula adalah bila mana diperkatakan tentang zat, maka itu adalah
samada af'al-nya, asma- nya sifat-nya (berpandukan al-quran dan as-
sunnah).Sebagai contoh Allah itu ialah nama bagi zat, menyembah nama bukan
bermakna menyembah zat, dan apabila hendak menyembah zat maka namanya pun
disebut dan Allah adalah kata ganti nama bagi zat.Bila berkata tentang zat
hakikatnya kita berkata tentang sifat-nya bukan zat-nya, kerana zat-nya iaitu tidak
diketahui sama sekali.
Hukum-hukum yang ada itu semuanya sifat-sifatNya, maknanya bila kamu
memperjuangkan dan mempertahankan hukum bukan sebenarnya kamu
memeperjuang dan mempetahankan Dia. Itu antara sebab mentauhidkan tuhan
yang bernama Allah, merupakan perkara yang paling atas bagi setiap diri manusia.
Peristiwa al-Israk dan al-Mikraj adalah salah satu mukjizat dianugerahkan
kepada Nabi Muhammad oleh Allah SWT. Dalam peristiwa ini, solat lima waktu
difardukan ketika mana baginda bertemu dengan Nabi Musa AS dan baginda
11. 11 | P a g e
menyuruh Nabi Muhammad agar meminta kepada Allah SWT supaya dikurangkan
solat yang asalnya difardukan 50 solat kepada lima solat. Hasilnya setiap solat itu
mendapat 10 ganjaran. Maka solat lima waktu itu samalah dengan solat yang 50 itu
dari segi ganjarannya.
Solat adalah rukun Islam yang kedua, dimana sebagai Muslim wajib
melaksanakan dan jika ditinggalkan akan mendapat dosa. Dalil naqli dari al-Quran
mewajibkan setiap Muslim menunaikan solat dari surah al-Baqarah ayat 238 :
o縁随誌刻随器o削居縁緒刻わ
器縁緒刻わo居駕器鰹鰹縁醐刻わoo縁o縁ワ居駕
器誌種誌鰹ワ
Peliharalah semua shalat(mu), dan (peliharalah) shalat wusthaa [152].
Berdirilah untuk Allah (dalam shalatmu) dengan khusyu
[152] Shalat wusthaa ialah shalat yang di tengah-tengah dan yang paling utama
ada yang berpendapat, bahwa yang dimaksud dengan Shalat wusthaa ialah shalat
Ashar. menurut kebanyakan ahli hadits, ayat Ini menekankan agar semua shalat itu
dikerjakan dengan sebaik-baiknya.
Dalil lain dari surah ah-Hasyr ayat 7 :
¥わ居わ¥わ鰹刻駕¥わo器随器o常¥縁居器
件わ駕鰹器醐刻わo鰹刻縁э緒刻居駕ワ¥居
器縁駈醐刻わo器刻誌器居醐刻わo居
誌種鰹誌種¥刻醐刻わo居駕誌醐鰹わo居駕駈¥¥刻わo駈鰹
件器縁わ鰹器э鰹¥駕器誌件種器わ¥わ居醐誌わ
駈わ鰹器¥わ器居駕oわ鰹刻鰹随o居わo縁э刻わ
э駕わo鰹刻わ器居駕駈わ鰹刻逸器э件器oo縁э器わわ鰹
器o縁随わo居駕¥わo¥わo醐
常わ鰹醐刻わo
Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada RasulNya (dari
harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota Makkah adalah untuk Allah,
untuk rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang
yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang Kaya
12. 12 | P a g e
saja di antara kamu, apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dan apa
yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. dan bertakwalah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya
Sehubungan dengan itu daripada ayat diatas dapatlah diketahui bahawa
kewajipan solat lima waktu adalah masalah usul , kerana dalilnya qothi , baik dari
segi wurud mahupun dalil.Namun masalah apakah boleh dijama tanpa uzur , maka
masuk masalah furu kerana dalilnya zhonni, baik dari segi wurud mahupun dalil.Ini
kerana , barangsiapa telah menolak kewajipan solat lima waktu maka ia telah sesat
kerana menyimpang dari usul syariat.
Namun barangsiapa yang berpendapat bahawa boleh menjama solat tanpa
uzur atau sebaliknya , maka selama dia telah memiliki dalil syari ia tidak tersesat
kerana termasuk dalam masalah furu syariat.
3.0 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN DAN DALIL.
1. Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah SWT. Dalil naqli dari
surah al-Maidah ayat 23 :
器わ鰹ワ醐o居削器誌ワ¥わoo縁刻わ鰹鰹
削刻件駕¥わoわ刻駈緒器oo縁緒わ削件わ
o駈緒器oわ器駈醐刻わoo鰹鰹刻э縁э刻緒刻削刻
駈わ鰹鰹刻器縁э件緒誌醐器随器o居駕¥わ
o常縁緒居縁器鰹刻эわ器誌種件鰹
Berkatalah dua orang diantara orang-orang yang takut (kepada Allah) yang
Allah Telah memberi nikmat atas keduanya: "Serbulah mereka dengan melalui pintu
gerbang (kota) itu, Maka bila kamu memasukinya niscaya kamu akan menang. dan
Hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang
yang beriman .
2. Insan tidak mengakui segala nikmat ialah kurniaan Allah SWT. Dalil naqli dari
surah Ibrahim ayat 34 :
わ鰹刻鰹随o居わ居駕ワ駕わ器э縁э醐刻駕э刻
居駕o駕o鰹随種刻件¥わo
13. 13 | P a g e
¥わ刻わ縁醐器鰹o削誌種¥緒わo縁緒鰹鰹
わわ随駕
Dan dia Telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang
kamu mohonkan kepadanya dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat
kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat
mengingkari (nikmat Allah)
3. Beramal kerana sesuatu selain daripada Allah SWT. Dalil naqli dari surah al-
Anam ayat 162 :
駈ワ醐種刻居¥居駕刻わ居醐器醐居
わ刻器居駕¥常居器誌種鰹常誌刻醐刻わo
Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku
hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam .
4. Hak menghalal, haram, perintah, tegahan diberi kepada tuhan-tuhan selain Allah
SWT. Dalil naqli dari surah at-Taubah ayat 31 :
o随駕わ鰹わo駈わ居わ器駈器駕駈э居誌器駈件わ居
わわ器駈駕o駕¥わ
刻醐¥刻醐刻わo居駕駈わo削器駈器¥わ器居
o随駕o件o随駕э駈件居刻わэ誌鰹刻
o削居駕件器誌鰹刻件居縁わ器種э誌刻鰹駈件
わo器oo縁駕器縁э
Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai
Tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al masih putera Maryam,
padahal mereka Hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan
(yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka
persekutukan
*Maksudnya: mereka mematuhi ajaran-ajaran orang-orang alim dan rahib-rahib
mereka dengan membabi buta, biarpun orang-orang alim dan rahib-rahib itu
menyuruh membuat maksiat atau mengharamkan yang halal.
14. 14 | P a g e
5. Mentaati dengan ketaatan yang tidak berbelah bagi selain kepada Allah SWT dan
Rasul SAW. Dalil naqli dari surah an-Nisak ayat 80 :
o器縁э刻わo器鰹鰹刻器わ鰹駕¥わo
器居駕器種居縁鰹随¥わ刻鰹刻刻件誌刻緒刻駈駕
駈э醐緒器わ随刻
Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, Sesungguhnya ia Telah mentaati
Allah dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), Maka kami tidak
mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka
*Rasul tidak bertanggung jawab terhadap perbuatan-perbuatan mereka dan tidak
menjamin agar mereka tidak berbuat kesalahan.
6. Berhukum dengan selain daripada Allah SWT. Dalil naqli dari surah al-Maidah
ayat 44 :
¥わわ居醐刻器駕鰹逸縁居駈縁刻わoわ逸
わ縁э居駕器oわ鰹醐器鰹わ逸居o縁誌刻わ
器誌ワ¥わoo縁緒鰹駕器誌ワo刻o駕わ刻
器縁誌э刻わo居駕わ器駈器誌わo居駕わ刻
o縁随鰹鰹э鰹わo緒誌器¥わ
o縁эワ駕居駕醐緒器o居わ¥o刻逸器醐鰹
o縁器縁件鰹随緒わ刻わo駈縁器縁件削わo居駕件居
o駕э器器縁誌器わ器わ刻駕醐緒鰹ワ
器居駕鰹刻わ鰹醐器鰹¥わ刻器器駕¥わ
刻件器誌鰹刻э駕э鰹刻oわ器駕o随誌鰹鰹醐刻わo
Sesungguhnya kami Telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada)
petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara
orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-
orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan
memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Kerana itu
15. 15 | P a g e
janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku dan janganlah
kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit dan barangsiapa yang tidak
memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah orang-
orang yang kafir .
¥わo件o随醐鰹器駕醐醐居器鰹э
常o随醐鰹器居駕わ器器駕刻件刻削鰹
刻刻わ¥わ器縁器器居駕居醐器鰹э
¥わわ鰹鰹刻o居器醐刻わoわ醐醐
わ醐器o
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan dia mengampuni
segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya.
barangsiapa yang mempersekutukan Allah, Maka sungguh ia telah berbuat dosa
yang besar .
o縁o器件随わo居駕わ器o縁緒件鰹随誌種誌居わ縁刻わ
器随器o件刻緒o削誌刻醐緒わ器居駕器醐随
誌刻醐緒o鰹誌鰹刻居駕削種誌居わ縁刻わ
o駕o醐随醐器縁緒刻o緒わ刻わ
器鰹鰹¥刻わo¥わ器居駕器随器
誌件種醐駈緒刻醐刻わoわ器駈種駕o誌刻
駕o誌器居駕器わ器居駕わ刻緒刻o器常器駕
器刻件縁器わ刻醐器件逸件刻醐鰹
駈随居鰹鰹随器縁緒刻器居鰹刻わ刻э件わ器
o縁ワ醐随o常器誌件種器わ駈刻醐刻わ
常件駕刻居駕器わ器居駕わ器誌¥わ常
器常刻駕件醐¥わo
器縁э常刻器器居駕わ器駈わ器件居
駈эo醐随器器器鰹鰹刻居駕o縁緒器o刻鰹
э縁居器器わoわ器種э鰹刻誌器削刻わo
刻誌緒刻削器醐駈鰹刻居駕わ器o件駕器醐随常
駈э種¥随駕器駈縁鰹刻o縁эわ駕o縁緒器器
16. 16 | P a g e
102. Dan mereka mengikuti apa[76] yang dibaca oleh syaitan-syaitan[77] pada
masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu
mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (Tidak mengerjakan sihir), Hanya
syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). mereka mengajarkan sihir kepada
manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat[78] di negeri Babil
yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada
seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami Hanya cubaan (bagimu),
sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu
apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami)
dengan isterinya[79]. dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan
sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. dan mereka mempelajari
sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat.
Demi, Sesungguhnya mereka Telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya
(Kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat
jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.
Kesimpulan daripada pembatalan dan kerosakan iman ini adalah sebagai
umat Islam kita perlu membenarkan dengan yakin akan wujudnya Allah swt ,
membenarkan dengan yakin akan keesaan Allah swt , yakin bahawa Allah swt
bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan membenarkan dengan penuh yakin
dan keinsafan yang perlu diinterprestasi dan dibuktikan melalui amalan dan
perbuatan harian makhluk-Nya sama ada dari segi perbuatan , perkataan dan juga
hati sanubari.