1. PERBELANJAAN DAN PEMBAYARAN
1. Waran Perbendaharaan
a) Seorang pegawai pengawal tidak boleh melakukan sebarang perbelanjaan
sehingga dia menerima satu Waran Perbendaharaan yang ditandatangani
oleh Jurukira Agung pada setiap bermulanya Tahun kewangan ( bermula 1
hb April hingga 31 hb Mac ).
b) Waran Perbendaharaan ini ialah satu surat kuasa kebenaran untuk
sesebuah Kementerian/ Jabatan untuk melakukan perbelanjaan. ( P.K 26)
c) Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab keatas penggunaan
peruntukan dan untuk mempastikan peruntukan adalah mencukupi
sebelum membuat sebarang perbelanjaan.
d) Tempoh kebenaran adalah hanya untuk satu tahun sahaja ( 1hb April
hingga 31 Mac ).
e) Perbelanjaan hendaklah mengikut peruntukan yang telah diluluskan.
f) Waran Perbendaharaan dilampirkan bersama peruntukan yang telah
diluluskan yang mana terbahagi kepada tiga bahagian :
1. Gaji Kakitangan – contoh:
peruntukan untuk membayar gaji bulan, elaun sarahidup, elaun
kurnia khas dan sebagainya.
2. Perbelanjaan Berulang – Ulang -
Peruntukan ini lazimnya dipohonkan untuk diadakan didalam
peruntukan setiap Kementerian / Jabatan pada setiap tahun
contohnya peruntukan bagi pemeliharaan kereta, pemeliharaan
bangunan , telefon dan sebagainya.
3. Perbelanjaan Khas –
Peruntukan ini khas dipohonkan untuk diadakan didalam satu
tahun kewangan tersebut sahaja seperti peruntukan untuk
membeli kenderaan , mesin photocopy dan sebagainya.
f) Peruntukan yang diluluskan hendaklah dibuat perancangan perbelanjaan
atau pembahagian peruntukan. Pegawai Pengawal hendaklah merancang
perbelanjaan mengikut keutamaan ( priority).
g) Pembahagian peruntukan jika perlu bolehlah dibuat kepada Unit – Unit
dalam Jabatan mengikut jumlah yang difikirkan berpatutan .
1
2. 2. Jenis – jenis perbelanjaan
Jenis – jenis perbelanjaan yang terdapat didalam buku peruntukan Anggaran
perbelanjaan dan hasil Negara terbahagi kepada tiga bahagian :
1. Perbelanjaan yang diakui ( Charged Expenditure)
Perbelanjaan yang diakui ialah perbelanjaan yang diadakan
mengikut perintah perlembagaan 1959 iaitu seperti pembayar
pencen, baksis , gaji dan elaun – elaun bagi lantikan jawatan
mengikut perlembagaan seperti Juruaudit Agung , Peguam Negara
dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
2. Perbelanjaan Kemajuan – ( Development Expenditure )
Perbelanjaan yang diperuntukan bagi menampung perbelanjaan
projek – projek kemajuan dibawah Rancangan Kemajuan Negara
yang mana di kawal oleh Jabatan Perancangan dan Kemajuan
Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
3. Perbelanjaan Perbekalan / Belanjawan Tahunan / Perbelanjaan
Biasa ( Supply Expenditure / Annual Budget/ Ordinary
Expenditure)
Perbelanjaan yang diperuntukan melalui Waran Perbendaharaan
pada setiap tahun dan mengandungi 3 jenis( sila lihat penerangan
di muka surat pertama):
ï‚– Gaji
 Perbelanjaan Berulang – Ulang
ï‚– Perbelanjaan Khas
3. Mengadakan Buku Pengawalan Peruntukan ( Vote Book)
a) Sebaik sahaja Pegawai Pengawal menerima Waran Perbendaharaan,
Peraturan Kewangan menghendaki pegawai pengawal menyediakan
buku peruntukan ( Vote Book) bagi merekod setiap tajuk sepertimana
terdapat dalam waran perbendaharaan ( gaji, perbelanjaan berulang –
ulang , perbelanjaan khas) ( PK 45 – 48)
b) Tatacara pengawalan termasuk:
-Membuat catatan bagi tajuk kecil , penambahan atau pengurangan
peruntukan yang dibuat melalui waran tambahan , waran jabatan ,
waran pindah perutukan atau waran perjawatan.
-Jumlah perbelanjaan yang dikenakan atau dikreditkan melalui baucer
pembayaran , baucer pembetul atau borang resit hendaklah dicatatkan.
-Semua inden – inden ( purchase order) dan tawaran yang sudah
diluluskan bagi pembelian barangan , perkhidmatan – perkhidmatan dan
kerja – kerja , perbelanjaan adalah dikira sudah terikat ( encumbered) .
Perbelanjaan ini hendaklah juga dicatat dalam buku peruntukan sebagai
2
3. tanggungan / liabiliti. Ini adalah bagi mempastikan peruntukan telah
tersedia dan mencukupi untuk membuat pembayaran.
c) Mengikut PK 48 Pegawai Pengawal hendaklah menyesuaikan buku –
buku peruntukan mereka dengan laporan yang dikeluarkan oleh Unit
Lejar , Jabatan Perbendaharaan dalam jarak waktu yang akan ditetapkan
oleh Jabatan Perbendaharaan. Satu surat pengesahan hendaklah
dihantar kepada Jabatan Perbendaharaan apabila siap penyesuaian dan
hendaklah dihantar salinannya kepada Juruaudit Agung.
4. Jenis – Jenis Waran
Jenis – jenis waran terbahagi kepada 7 jenis :
1) Waran Perbendaharaan
Sila lihat nota di Muka Surat 1.
2) Waran Hasil
Sila lihat nota mengenai Kutipan Hasil.
3) Waran Pindah Peruntukan
Satu waran yang digunakan oleh Kementerian/ Jabatan untuk memohon
peruntukan tambahan kepada Kementerian Kewangan apabila didapati tajuk
perutukan yang diluluskan tidak mencukupi untuk membiayai perbelanjaan /
tanggungan hingga keakhir tahun akan tetapi ada tajuk lain di Kementerian /
Jabatan tersebut yang didapati lebih yang boleh dipindah ke tajuk
peruntukan yang memerlukan.
Permohonan Pindah Peruntukan atau Virement Warrant boleh dibuat
dengan 2 cara iaitu diantara tajuk kecil atau diantara gelaran dibawah tajuk
yang sama.
4) Waran Tambahan
Peruntukan tambahan dipohonkan oleh Pegawai Pengawal disebabkan tidak
ada peruntukan disediakan atau peruntukan disediakan tidak mencukupi
bagi perkhidmatan atau projek yang dilaksanakan . Waran ini hanya akan
dipertimbangkan jika tidak ada lebihan peruntukan dalam tajuk – tajuk kecil
dari Anggaran Perbelanjaan yang dikawal oleh pemohon.
Permohonan dihadapkan dengan mengunakan borang permohonan waran
tambahan kepada Kementerian Kewangan dalam empat salinan , setiap
permohonan perlu mengandungi satu penjelasan mengenai dengan
perbelanjaan yang dicadangkan atau sebab yang perlu
3
4. Peruntukan tambahan , jika diluluskan , akan disediakan secara (a) Perintah
Darurat atau (b) Pendahuluan daripada Kumpulanwang Gagasan .
(Kumpulanwang Gagasan adalah satu kumpulanwang yang telah ditubuhkan
mengikut Perlembagaan NBD dan sejumlah $ 50 juta telah pun disediakan).
5) Waran Jabatan
Waran yang dikeluarkan oleh seorang Pegawai Pengawal dari sebuah
Jabatan kepada seorang Pegawai Pengawal dari Jabatan lain untuk
membelanjakan sejumlah wang peruntukan yang dibenarkan dalam waran
tersebut. Pemegang Waran Jabatan hendaklah menghadapkan pada tiap –
tiap bulan kepada pegawai pengawal yang mengeluarkan waran satu
penyata bagi perbelanjaan yang telah dilakukan. Bagi waran yang diberikan,
satu salinan hendaklah diberikan kepada Jabatan Audit dan Jabatan
Perbendaharaan.
6) Waran Perjawatan
Digunakan oleh Pegawai Pengawal untuk mengubah bilangan perjawatan
( ditambah atau dikurang) atau mengubah gelaran jawatan/ tanggagaji yang
telah diluluskan dalam Anggaran Perbelanjaan bagi tahun kewangan semasa.
Pada lazimnya, pertimbangan hanya akan diberikan jika ada kebenaran
daripada Jawatankuasa Tanggagaji dan Syarat – Syarat Perkhidmatan.
7 ) Tuntutan Kewangan ( Financial Requisition )
Digunakan oleh Pegawai Pengawal untuk memohon pengeluaran semua
atau sebahagian wang peruntukan di bawah tajuk peruntukan yang
ditandakan “ R “ sebelum ianya boleh dibelanjakan.
5 Procedur Pembelian / Perbelanjaan
Peraturan Kewangan 1983 mestilah dipatuhi untuk melakukan sebarang
perbelanjaan . Sebelum melakukan perbelanjaan atau pembelian Pegawai
Pengawal hendaklah mempastikan peruntukan mencukupi dan akaun/ tajuk
adalah bersesuaian.
Cara – cara pembelian hendaklah merujuk :
-Surat Keliling Kementerian Kewangan 3/2004 berkuatkuasa 1 hb November,
2004 dan Surat Kementerian Kewangan bilangan: KKW/X/91 bertarikh 28 OGOS
2008.
a) Perbelanjaan $ 2000 kebawah
 Tidak perlu sebut harga
 Pembelian terus kepada pembekal
4
5. b) Perbelanjaan secara sebutharga ( diantara $ 2001 hingga $ 50,000 )
 Jabatan menubuhkan komiti sebutharga untuk membuat
penilaian dan pemilihan .
 Sekurang – kurangnya 3 sebutharga hendaklah didapati.
 Jika sebutharga dibuat secara terbuka ( diiklankan) sebutharga
yang kurang dari 3 boleh dipertimbangkan asalkan tawaran
tersebut difikirkan berpatutan .Haruslah penjelasan disertakan
dengan baucar bahawa sebutharga telah diiklankan.
 Bagi pembelian yang hanya diperolehi dari pembekal tunggal, 1
sebutharga adalah memadai asalkan mendapat kepastian
pembekal tersebut adalah pembekal tunggal dengan
menyertakan surat atau sijil perlantikan sebagai agen tunggal
bagi barang – barang berkenaan.
 Jika sebutharga yang dipilih adalah bukan yang terendah
penjelasan sebab- sebabnya mestilah dinyatakan didalam
sebutharga tersebut.
 Procedur sebutharga tidak dapat dielakkan dengan cara
membahagikan suatu pembelian atau kontrak kepada beberapa
bahagian yang bernilai $ 2,000.00 atau kurang ( split indent )
ataupun dengan memecah sesuatu keperluan itu dengan
membeli daripada sebilangan pembekal.
c) Perbelanjaan $ 50,001 sehingga $500,000
 Setiap Kementerian menubuhkan LTK untuk membuat
penilaian.
 Sokongan dihadapkan kepada Menteri masing – masing untuk
kebenaran.
d) Perbelanjaan $ 500,001 keatas
 Dihadapkan kepada Lembaga Tawaran Negara yang ditubuhkan
di Kementerian Kewangan
 LTN akan menimbangkan sokongan dan disembahkan kepada
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Menteri Kewangan.
Sila rujuk nota daripada Unit Belanjawan
6. Arahan /Makluman kepada Pembekal
 Inden ( Purchase Order ) hendaklah dihantar kepada pembekal.
 Kontraktor/ pembekal dimaklumkan mengenai barangan , perkhidmatan dan
kerja – kerja dengan jelas.
 Antara arahan diberikan seperti tempat penghantaran , tarikh siap kerja dan
lain – lain hal yang dipersetujui didalam surat perjanjian.
5
6. 7. Penerimaan Barangan Stor/ Perkhidmatan / Kerja - Kerja Siap
Dilaksanakan
 Pengesahan hendaklah dibuat oleh pegawai penerima bagi barangan stor
perkhidmatan dan kerja – kerja siap dilaksanakan sepertimana kehendak PK
75.
 Sila lihat nota mengenai pengurusan stor untuk memahami dengan lebih
lanjut apa yang perlu dibuat selanjutnya keatas barang-barang yang
dibekalkan.
 Pengesahan bagi bayaran kemajuan adalah dibuat secara bulanan ataupun
mengikut kemajuan kerja (progressive payment). Contoh adalah seperti dalam
pengurusan bayaran kontrak yang berperingkat-peringkat bagi projek
bangunan dan jalanraya.
8. Proses Pembayaran
 Sebaik sahaja pengesahan penerimaan barangan stor/ perkhidmatan / kerja –
kerja siap telah dilaksanakan maka urusan pembayaran hendaklah dibuat
dengan segera.
 Sebelum dan semasa baucar pembayaran dibuat peraturan kewangan yang
lain mesti juga dipatuhi seperti :
a) PK 69 – Pastikan ada inden asal, invois asal dan surat akuan kemajuan
kerja bagi kontrak . Semua ini mesti mempunyai keterangan lengkap
seperti tarikh , harga seunit , quantity , jumlah harga , jumlah dalam
perkataan , tandatangan pegawai yang dibenarkan , cop Jabatan ,
pengesahan PK 75 atau kerja – kerja sudah siap / disahkan betul.
b) PK 71 – Pengesahan dibuat bagi setiap salinan dokumen jika dokumen
asal hilang dan pembayaran belum pernah dibuat.
c) PK 341 – Jika terdapat kesilapan pada sesuatu keterangan dalam
baucar atau lain – lain dokumen pembetulan hendaklah dibuat dengan
cara memotong angka atau perkataan itu dan menulis yang betul
diatasnya dan pembetulan tersebut mesti disahkan oleh pegawai yang
dibenarkan dengan menandatanganinya , penggunaan dakwat puteh
( tipex) dalam pembetulan tidak dibenarkan.
d) PK 344 – Penggunaan dakwat hijau tidak dibenarkan kecuali Jabatan
Audit.
e) PK 68 – Sebutharga , kebenaran LTK atau LTN dan surat kebenaran
khas mesti disertakan.
f) Pastikan perkiraan dalam inden , invois dan baucar pembayaran
adalah betul mengikut harga seunit , quantity dan jumlah harga.
g) Pk 52 – Pastikan tajuk kecil yang digunakan adalah bersesuaian
dengan barangan atau kerja kerja yang dibeli atau dibuat. Sila catitkan
pembelian tersebut (baucar pembayaran) didalam buku peruntukan
bagi kegunaan pengawalan (sila lihat nota pengawalan peruntukan).
6
7. Jika satu peruntukan yang bersesuai tidak mencukupi sila pohonkan
satu waran pindah peruntukan atau waran tambahan.
9. Baucar Pembayaran ditandatangani oleh Pegawai Pengawal
 Baucar pembayaran yang telah di semak dan diteliti hendaklah ditandatangani
oleh Pegawai Pengawal atau mana – mana pegawai kanan yang diamanahkan.
Pegawai Pengawal atau pegawai yang diamanahkan hendaklah juga
meluluskan baucar pembayaran didalam sistem TAFIS.
 Bagi pegawai yang diamanahkan untuk menandatangani samaada baucar
pembayaran atau inden , contoh tandatangan hendaklah diberikan kepada
Jabatan Perbendaharaan untuk rujukan Jabatan dan Bank.
10. Baucar Pembayaran dihantar ke Jabatan Perbendaharaan / Sub
Treasury Officer
 PK 88 – Pihak Jabatan Perbendaharaan melalui Unit Pembayaran / Sub
Treasury Officer akan menyemak baucar pembayaran dan dokumen
penyokong dan mereka mestilah berpuas hati yang peraturan kewangan yang
dinyatakan sebelum ini dipatuhi sebelum meluluskan pembayaran.
 Setelah pembayaran diluluskan maka bayaran akan dibuat melalui cek atau
bank melalui proses paycycle didalam sistem TAFIS di Unit Pembayaran ,
Jabatan Perbendaharan.
DEFINASI
1 WANG PANJAR/PETTY CASH
FR 161 – Ialah wang yangmana baucar nya tidak boleh dikemukakan terus kepada
Perbendaharaan bagi pembayaran. Jumlah wang panjar dibenarkan oleh
JABATAN PERBENDAHARAAN. FR 162 – Ketua jabatan mesti mengadakan buku
panjar untuk merekod PENERIMAAN, PEMBAYARAN BALIK DAN PERBELANJAAN
PANJAR. FR 163 – Apabila panjar semestinya ditambah, baucar-baucar
pembayaran mesti dihadapkan ke Perbendaharaan untuk di masokkirakan baucar
yang berbagai--bagai itu sebagai perbelanjaan dan membayar jumlah baucar itu
kepada pemegang panjar. FR 164 - Wang wang Panjar hendaklah diperhitongkan
dan dikembalikan ke Perbendaharaan pada setiap akhir tahun
7
8. 2 WANG TARUHAN
FR 141- Wang taruhan ialah wang yang diterima oleh Ketua Jabatan oleh sebab
jawatannnya dan bukan yang bersumber dari peruntukan perbelanjaan ,
peruntukan hasil atau Kumpulanwang amanah dan hendaklah disimpan dalam
kira-kira wang tarohan. FR 142 – Ketua jabatan bertanggung jawab menyimpan
dengan betul kira-kira wang taruhan dan ianya hendaklah dengan segera
diperhitungkan dalam resit Perbendaharaan dan hendaklah menyebutkan nama
penaroh dan jenis wang tarohan.
Penaroh hendaklah menjaga keselamatan borang resit kerana dia akan
dikehendaki supaya menunjokkan nya apabila wang tarohan itu di keluarkan
semula. FR 144 – Sebelum pembayaran balik wang taruhan boleh dibuat, Ketua
jabatan hendaklah mempastikan bahawa orang itu adalah berhak menerima wang
tersebut dan hendaklah dirujok kepada lejar wang tarohan bahawa jumlah wang
tarohan itu sebenarnya dalam tarohan. Satu baucar pembayaran balik hendaklah
dibuat dengan menyebutkan nombor dan tarikh borang resit diatas mana wang
trauhan itu telah diterima dan jika ada borang resit asal hendaklah dikembarkan
dan nombor serta tarikh baucar pembayaran hendaklah disebutkan didalam lejar
wang taruhan itu. Jika borang resit asal tidak dapat diperolehi maka suatu surat
Ganti rugi hendaklah diperolehi.
FR 145 – penyesuaian kira-kira wang taruhan hendaklah dibuat dengan jumlah di
Jabatan Pebendaharaan pada tiap-tiap tiga bulan dan pada akhir tahun Kewangan.
Lapuran penyesuaian dihadapkan ke Jurukira Agung dan Juruaudit Agung. Bagi
mana-mana wang tarohan yang belum dituntut selama tempoh 5 tahun, wang
taruhan hendaklah diiklankan dalam surat khabar sebanyak 3 kali secara berturut-
turut. Sebulan selepas penyiaran pemberitahuan ketiga maka wang taruhan
tersebut hendaklah dipindahkan ke Kredit kira-kira hasil rampaian FR146.
Tuntutan wang taruhan yang telah masuk ke akaun hasil boleh dikeluarkan jika
Jurukira berpuas hati FR147.
3 Akaun kumpulan wang yang disatukan-Consolidated Fund
FR 58 – semua wang hasil dan wang yang diterima atau didapati oleh Kerajaan
hendaklah dimasukkan kedalam dan dijadikan satu Kumpulanwang dikenali sebagi
“Kumpulanwang yang disatukan
• terdiri daripada 3 akaun yang berasingan
• Akaun hasil yang disatukan yang akan menyimpan semua wang dalam
kumpulanwang tersebut selain daripada wang zakat, fitrah etc
• Akaun pinjaman yang disatukan yang akan menyimpan semua wang yang
diterima dengan cara pinjaman ke atas kredit Kerajaan Negara Brunei
Darussalam
8
9. • Akaun amanah yang disatukan yang akan menyimpan semua wang yang
diterima tertakluk kepada suatu amanah dan mestilah digunakan menurut
syarat-syarat amanah itu
FR 65 – dikeluarkan dari Kumpulanwang yang disatukan adalah perbelanjaan-
perbelanjaan seperti charged expenditure, supply expenditure iaitu Akta
Perbelanjaan, pindahan kepada kumpulanwang Kemajuan dan pindahan kepada
Kumpulan wang berkanun.
Consolidated Fund
Charged Expenditure Statutory Fund DevelopmentFund SupplyBill
1) Charged Expenditure (Perbelanjaan diakui)
Perbelanjaan yang diakui seperti Civil List Expenditure, Pension dan Baksis, Gaji
dan Elaun Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
2) Statutory Fund (Wang Berkanun)
Kumpulanwang yang disebutkan didalam Perlembagaan dan termasuk dalam
Akaun Amanah Kerajaan yang Disatukan contohnya adalah Pinjaman Perumahan,
Pinjaman Kereta, Advance, Petty cash, Kumpulanwang Gagasan dan Akaun
Perdagangan, Trading Account (untuk pembelian barang-barang yang tak beruntuk
e.g. electrical equipment at JE, rice at ITSS), Contingency Fund (Wang Gagasan –
B$50 juta) etc.
3) Development Fund
Perbelanjaan Pembangunan (Rancangan Kemajuan Negara, RKN) dana yang
diperuntukkan untuk membiayai projek-projek RKN bagi perancangan 5 tahun.
4) Supply Bill (Perbelanjaan Perbekalan / Perbelanjaan Tahunan)
Perbelanjaan perbekalan yang dibahagikan kepada
a. Personal Emolument, PE (Gaji)
b. Annual Recurrent, OCAR (Perbelanjaan berulang-ulang)
c. Special Expenditure, OCSE (Perbelanjaan khas)
Kumpulanwang Luarjangka/Wang Gagasan (Contingency Fund)
Jika timbul satu keperluan yang mendesak dan tidak diduga bagi perbelanjaan
yang tidak didapati dalam peruntukan lain, pinjaman wang dibuat dari
kumpulanwang ini. Kebenaran adalah melalui Kementerian Kewangan dan mana
mana pinjaman melalui wang gagasan ini mesti diganti semula
-sejumlah $50 juta disediakan dibawah Kumpulanwang Berkanun bagi membiayai
keperluan Tambahan Peruntukan tertakluk pada baki yang ada: setiap peruntukan
yang diambil akan diganti melalui Rang Perintah Perbelanjaan Tambahan
9