Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan proses pendidikan formal dan tidak formal untuk memperbaharui pengetahuan dan kemahiran seiring perkembangan sosioekonomi. Pada tahun 2020, PSH diharapkan menjadi amalan biasa yang diiktiraf tanpa mengira masa dan tempat melalui penggunaan teknologi seperti pembelajaran maya. Cabaran utama ialah meningkatkan penyertaan masyarakat dalam PSH.
1 of 9
Downloaded 80 times
More Related Content
Pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat
1. Pembelajaran sepanjang hayat (PSH)
merupakan satu proses pendemokrasian
pendidikan yang merangkumi program
pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan
kompetensi sama ada secara formal atau tidak
formal berdasarkan pengalaman dan latihan di
tempat kerja.
Daya saing global dan kepelbagaian keperluan
telah mendesak
individu supaya sentiasa memperbaharui
pengetahuan dan kemahiran mereka.
2. Pada masa yang sama, sejajar dengan
pembangunan sosioekonomi negara,individu
semakin sedar dan menghayati keperluan
untuk pengayaan ilmu dan kemahiran demi
kemajuan dan kepuasan diri.
Menjelang tahun 2020, pengiktirafan PSH
tanpa mengira masa dan tempat menjadi
amalan biasa berpandukan MQF.
3. Untuk menyokong dan mempercepat
pembudayaan PSH, penggunaan ICT dan
teknologi terkini telah dimanfaatkan secara
intensif melalui penggunaan laman web, internet,
mobile learning, e-pembelajaran, pembelajaran maya,
pembelajaran jarak jauh dan sebagainya.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara PSH
ini bukan sahaja menjadi lebih keberkesanan kos,
tetapi juga memudahkan pelajar mengikuti
pengajian kerana mereka dapat belajar secara
maya tanpa perlu menghadiri kelas sepanjang
masa secara fizikal.
4. Untuk memperkembangkan dasar PSH, maka
pendidikan jarak jauh ke kawasan yang
terpencil telah dibangunkan dengan
menubuhkan perpustakaan awam, pusat
pembelajaran wilayah, muzium, perpustakaan
bergerak, penerbitan berkala dan pancaran
satelit.
5. Cabaran yang dihadapi ialah bagaimana untuk
meningkatkan penyertaan lebih ramai di
kalangan orang awam tanpa mengira had
umur untuk menyertai PSH.
Sistem pengajian tinggi perlu lebih fleksibel
dan responsif untuk menyediakan individu
yang mampu mengamalkan PSH.
6. Meningkatkan mekanisme dan prasarana untuk
memudahkan PSH sebagai alat menambah pelbagai
ilmu dan kemahiran mengikut minat dan kehendak
dalam memperkaya kualiti hidup individu.
Meningkatkan kesedaran dan penyertaan dalam
kalangan orang awam supaya dapat memanfaatkan
potensi kendiri melalui PSH agar dapat menghasilkan
impak positif dari segi produktiviti, daya saing dan
kebolehpasaran melalui peningkatan promosi PSH.
Memelihara kesinambungan dan pengiktirafan PSH.
Menyediakan sokongan pembiayaan yang sewajarnya
bagi membudayakan PSH.
7. Menyediakan kemudahan untuk komuniti
mendapatkan maklumat dan bahan
pembelajaran PSH secara mudah,
Memperkembangkan dan menekankan
kesedaran PSH melalui promosi pelbagai
media.
8. Pengurusan maklumat adalah agar maklumat-
maklumat tersebut secara lebih teratur, mudah
difahami, mudah dicapai dan memenuhi
kehendak pengguna.
Kegagalan untuk memenuhi mana-mana
bahagian akan menyebabkan sumber
maklumat yang diuruskan itu mengalami
sedikit gangguan atau kegagalan fungsi,
yang akan mengganggu kelancaran organisasi
dan proses pembuatan keputusan.
9. Pengurusan sumber maklumat yang baik juga
akan membolehkan pengurus dan pengguna
merancang berbagai perkara yang lebih
merujuk kepada aktiviti menguruskan
organisasi dan memudahkan urusan
pentadbiran.