1. Objektif Am
Mengenalpasti kesejahteraan warga tua melalui analisis perlakuan pembelian barangan makanan
mereka.
Objektif Khusus
1) Mengenalpasti kekerapan dan pilihan tempat membeli barangan makanan.
2) Mengenalpasti perbezaan perlakuan pembelian barangan makanan antara tiga kumpulan umur
warga tua.
3) Mengenalpasti faktor sosio demografi yang mempengaruhi jumlah perbelanjaan barangan
makanan dalam kalangan warga tua.
Kenyataan Masalah
Malaysia telah mengalami penurunan kadar kematian dan kesuburan menyebabkan nisbah
peningkatan jumlah warga tua adalah lebih tinggi berbanding dengan warga mudah. Selain itu,
perubahan demografi juga menyebabkan segmen pasaran warga tua semakin penting dan menarik
perhatian pihak-pihak tertentu di pasaran.
Bagi memastikan keupayaan penyedia perkhidmatan memenuhi keperluan warga tua,
perlakuan penggunaan, keperluan dan harapan mereka perlu dikenal pasti, terutamanya dalam
aspek pembelian makanan yang merupakan satu daripada keperluan asas.
2. Persoalan Kajian
1) Berapakah kekerapan dan apakah pilihan tempat untuk membeli barangan makanan oleh warga
tua?
2) Apakah perbezaan perlakuan pembelian barangan makanan antara tiga kumpulan umur warga
tua?
3) Apakah faktor sosio demografi yang mempengaruhi jumlah perbelanjaan barangan makanan
dalam kalangan warga tua?
Hipotesis Kajian
1) Terdapat hubungan signifikan yang positif antara perbelanjaan makanan warga tua dengan
pendapatan
2) Terdapat hubungan signifikan yang negatif antara perbelanjaan makanan warga tua dengan
aturan hidup dan tahap pendidikan warga tua.
Metodologi Kajian
Bentuk Penyelidikan
-Kuantitatif
• Deskriptif : Ada guna borang soal selidik secara temu bual bersemuka.
3. Lokasi
Kawasan Bandar dan luar Bandar di Semenanjung Malaysia iaitu merangkumi Kuala
Lumpur/Petaling Jaya, Kuantan, Pulau Pinang, Johor Baharu, Kota Bahru, Kuala Terengganu,
Melaka, Alor Setar dan Ipoh.
Populasi
Semua warga tua di Semenanjung Malaysia.
Sampel
Warga tua di Kuala Lumpur/Petaling Jaya, Kuantan, Pulau Pinang, Johor Baharu, Kota Bahru,
Kuala Terengganu, Melaka, Alor Setar dan Ipoh.
Persampelan
-Persampelan bukan kebarangkalian
• Persampelan mudah (Convenience sampling)
- mengikut kuota etnik pada nisbah 6:3:1 bagi etnik Melayu, Cina dan India.
4. Angkubah
-Angkubah Tak Bersandar
• Latar Belakang (jantina, etnik, tahap pendidikan, pendapatan isi rumah, status pekerjaan,
status perkahwinan, aturan hidup, umur, kawasan).
-Angkubah Bersandar
• Perlakuan pembelian barangan makanan oleh warga tua.
• Kekerapan dan pilihan tempat membeli barangan makanan.
• Jumlah perbelanjaan barangan makanan dalam kalangan warga tua.
Pengukuran Angkubah
Data dianalisis menggunakan SPSS dan dibentang menggunakan analisis deskriptif,
crosstabulation dan Ujian Khi Kuasa Dua. Regresi Pelbagai digunakan dalam bahagian kedua
untuk menganalisis faktor yang mempengaruhi perbelanjaan ke atas barangan makanan dalam
kalangan warga tua.
5. Kajian Literatur
-Menurut Gojard, Lhuisser dan Meunier (2003), perbelanjaan bagi barangan makanan mempunyai
hubungan yang berkadar songsang dengan umur individu sebagai akibat keperluan untuk
makanan yang berkurangan.
-Menurut Bodier (1999) seperti dilaporkan oleh Gojard, Lhuisser dan Meunier (2003), jumlah
pengggunaan bahan makanan pada umur 80-84 tahun, hanya meliputi 69% daripada jumlah
penggunaan untuk mereka yang berumur 40-44 tahun bagi isi rumah yang mempunyai saiz dan
pendapatan yang sama.
-Menurut Moschis (1992), adalah agak sukar untuk memahami perlakuan pengguna warga tua di
pasaran disebabkan oleh dua faktor. Pertama adalah kesan faktor sosiodemografi terhadap
pelbagai kategori perbelanjaan adalah berbeza-beza dan sukar ditelah (Abdel-Ghany dan Sharpe;
1997). Kedua adalah perbelanjaan bagi makanan adalah tidak seragam, kerana amat bergantung
pada keperluan dan kehendak yang pelbagai.
-Menurut Bakker (2000), kajian tentang perlakuan penggunaan perlu menganalisis elemen pilihan
(keputusan untuk membeli atau tidak mmbeli) dan pembelian sebenar (actual purchase).