Tiga kalimat ringkasan dokumen tersebut adalah:
1) Dokumen tersebut membahas masalah pembuangan bayi di Malaysia, terutama oleh remaja, dan faktor-faktor yang mempengaruhinya seperti kurang didikan agama dan pengaruh teman sebaya.
2) Dokumen tersebut juga menjelaskan dampak buruk pembuangan bayi terhadap bayi, ibu, keluarga, dan masyarakat secara umum.
3) Beberapa saran
1 of 13
Downloaded 1,005 times
More Related Content
Pembuangan bayi
1. 1.0 PENGENALAN
Isu Pembuangan bayi yang semakin hari semakin banyak dilaporkan di dada akhbar
dan paling menyayat hati terdapat bayi yang tidak berdosa bukan saja dibuang, malah
dibakar. Menurut pandangan Anitayahya (2007), pengguguran dan pembuangan bayi
membawa maksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup bulan (sembilan bulan untuk
manusia) yang mengakibatkan kemusnahan janin. Pandangan yang diberikan oleh saudari
Anitayahya ini membuktikan bahawa pembuangan bayi ini merupakan satu jenayah yang
boleh dianggap sebagai jenayah berat dan teruk. Selain itu, definisi dari saudari Anitayahya
turut memaparkan kesan negatif kepada ibu sekiranya proses kelahiran dalam melahirkan
anak tidak mengikut kaedah yang betul.
Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, perkataan buang bermaksud
mencampakkan, melemparkan, menghapuskan, dan menghilangkan. Perkataan bayi
bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh si ibu. Manakala, makna pembuangan bayi
pula adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke
merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan. Definisi yang ditakrifkan dalam
kamus Dewan ini menjurus ke arah menerangkan makna pembuangan bayi yang lebih jelas.
Maksud yang diberikan ini mampu memberi lebih kefahaman kepada pembaca untuk
mengetahui lebih mendalam tentang masalah pembuangan bayi ini.
Akta yang terlibat didalam kes pembuangan bayi ialah Di bawah Akta Kanak-kanak
2001 (Child Act) Bab 3 Kesalahan Berhubung Dengan Kesihatan Dan Kebajikan Kanak
Kanak. Seksyen 31 iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-
kanak. Di Malaysia, kes pembuangan bayi dilihat berlaku semakin menjadi-jadi. Dianggarkan
bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan di Malaysia,
manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun 2010 hingga 12/8/2010. Malah masalah ini dari
hari ke hari semakin bertambah di negara tersebut. Berikutan itu, Kabinet Malaysia telah
memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh
bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat. Kes
bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa
hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307
kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini, semua kes
pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh
dihukum denda maksimum RM 20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika
sabit kesalahan.
1|Page
2. 2.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBUANGAN BAYI
Pada zaman abad ke 21 ini, Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat
membangun dan bersedia dalam menongkah arus pemodenan dan globalisasi. Kini, nama
Malaysia begitu terkenal di mata dunia. Namun begitu, di sebalik kegemilangan ini,
masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang sudah lama bersarang dalam
kalangan masyarakat Malaysia, iaitu masalah pembuangan bayi. Biasanya, golongan remaja
yang sering terlibat dalam kes pembuangan bayi di Malaysia. Di bawah ada beberapa faktor
pembuangan bayi :
2.1 Kurang Didikan dan Kefahaman Agama
Faktor utama berlakunya permasalahan ini ialah kurangnya didikan dan kefahaman
agama. Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup remaja
telah menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan dan seterusnya terlibat dalam
gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas dan sebagainya. Remaja yang melibatkan diri
dalam gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sudah semestinya menjalinkan
hubungan di luar tabii. Hal ini telah menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum
ada ikatan yang sah. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama tidak
teragak-agak untuk membuang dan meninggalkan anak mereka selepas dilahirkan. Lebih
teruk lagi, ada segelintir remaja membunuh dan membakar bayi yang mereka lahirkan
semata-mata mahu menghilangkan bukti hasil hubungan sulit mereka. Sikap negatif mereka
ini telah menimbulkan seribu tanda tanya kepada masyarakat tentang kewibawaan mereka
dalam memacu Malaysia ke arah pemodenan pada masa hadapan.
2.2 Pengaruh Rakan Sebaya
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayi
dalam kalangan remaja berlaku. Rakan-rakan yang negatif tidak teragak-agak mengajak
remaja untuk melakukan perkara-perkara di luar batasan agama dan norma masyarakat
seperti pergi ke tempat hiburan, menghisap dadah, melepak, melakukan pergaulan bebas
antara lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah
negatif tersebut, tanpa segan silu melakukan hubungan seks rambang dan akhirnya menemui
jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak,
mereka terpaksa membuang bayi mereka demi mengelakkan maruah diri dan keluarga
tercemar.
2|Page
3. 2.3 Sikap Masyarakat
Di samping itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut
menyebabkan masalah pembuangan bayi ini berlaku. Apabila seseorang remaja perempuan
melahirkan anak luar nikah, sudah pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang
serong padanya. Secara tidak langsung, remaja perempuan itu juga pastinya dianggap
menjatuhkan maruah keluarganya. Remaja perempuan berasa tertekan dengan bebanan yang
ditanggung seorang diri tanpa sokongan daripada pelbagai pihak. Demi menjaga imej sendiri
dan juga keluarga, remaja tersebut mengambil jalan mudah dengan membuang bayinya
ekoran bimbang dipandang jijik dan hina oleh masyarakat. Jalan mudah yang diambil mereka
membuktikan bahawa mereka memerlukan bimbingan dan sokongan daripada masyarakat
untuk menyelesaikan masalah yang mereka alami.
2.4 Sikap Ingin Tahu Remaja
Faktor yang terakhir adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru atau
sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri remaja.
Biasanya, mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah
yang ingin diterokai oleh mereka. Remaja berfikiran bahawa mereka menjadi lebih matang
sekiranya mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang lain, lebih-lebih lagi seks
rambang. Mereka juga beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah mereka patut berseronok
dan bergembira sehingga melakukan perkara seperti seks bebas ini. Sikap remaja yang ingin
mencuba sesuatu ini sebenarnya tidak mengetahui baik dan buruknya serta akibat yang bakal
diterima mereka. Sebagi remaja yang matang, mereka mestilah berfikiran rasional dan bijak
dalam menilai sesuatu perkara supaya tidak menyesal dikemudian hari. Bak kata pepatah,
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
3|Page
4. 3.0 KESAN MASALAH PEMBUANGAN BAYI
Pembuangan bayi pada hari ini telah memberi kesan dan impak yang begitu besar
dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama dan penting negara pada masa hadapan,
memainkan peranan yng besar dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka
pendek pasti berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu cara terbaik untuk
membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Kesan-kesan pembuangan bayi boleh
diklasifikasikan kepada beberapa bahagian seperti kesan kepada bayi, ibu yang melahirkan,
keluarga remaja perempuan yang terlibat dalam pembuangan bayi, kesan kepada masyarakat
dan juga kesan kepada negara itu sendiri.
3.1 Kesan kepada Bayi
Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada pasangan suami isteri
tetapi, bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur dan
tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah, yakni usia remaja.
Akibat daripada hilangnya sifat kemanusiaan dalam diri, bayi-bayi telah menjadi mangsa dan
kesannya, semua bayi ini hidup tidak mengenali dan mendapat kasih sayang daripada ibu
bapa kandung mereka. Bayi-bayi ini juga terpaksa memikul gelaran anak luar nikah
sepanjang hidup mereka walaupun mereka menjadi mangsa keadaan dalam masalah ini.
Tambahan lagi, bayi-bayi ini masih kecil lagi dan tidak mengerti apa yang sedang berlaku
kepada mereka. Apa yang lebih teruk lagi, mereka dibuang tempat-tempat yang terpencil dan
jauh daripada pandangan masyarakat sehingga menyebabkan bayi-bayi yang tidak berdosa ini
meninggal dunia.
Sebagai contoh, baru-baru ini di Melaka, seorang bayi lelaki dijumpai mati dalam
keadaan yang sungguh menyayat hati. Mengikut sumber dari pengarang utusan Malaysia,
Rizanizam Abdul Hamid (2010), mayat bayi itu ditanam berhampiran Sungai Melaka selepas
dikatakan meninggal dunia di Taman Melaka Baru, Batu Berendam. Apa yang lebih
mengejutkan lagi, bayi tersebut adalah anak kepada pasangan remaja yang baru berusia 15
dan 19 tahun. Siasatan polis mendapati bayi lelaki yang cukup sifat itu masih hidup ketika
dilahirkan selain terdapat beberapa kesan lebam di bahagian kepala. Kejadian seperti ini
cukup jelas membuktikan betapa kejamnya insan yang bergelar remaja yang tidak tahu
menghargai pemberian dari Tuhan.
4|Page
5. 3.3 Kesan kepada Ibu Bayi
Kesan yang kedua pula adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau lebih tepat lagi
pesalah. Hal ini kerana, sewaktu pesalah melahirkan anak, mereka tidak berada dalam
keadaan dan situasi yang selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi, pesalah ini
pastinya mengalami jangkitan kuman yang serius, kecederaan semasa melahirkan anak, dan
juga kehilangan darah yang banyak. Majoritinya, mereka melahirkan anak dengan
menggunakan kudrat sendiri tanpa pertolongan daripada pihak hospital dan pihak lain. Selain
itu, pesalah juga sudah semestinya mengalami pelbagai masalah dalam diri seperti
kemurungan, hilang keyakinan diri, dan juga masalah emosi. Hal ini akibat daripada
perbuatan mereka sendiri yang sememangnya salah dari segi undang-undang, agama, dan
negara.
3.4 Kesan kepada Institusi Kekeluargaan
Di samping itu, akibat daripada pembuangan bayi juga, berlakunya keruntuhan
institusi kekeluargaan. Apabila institusi sesebuah keluarga itu runtuh, keharmoniaan dalam
kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya. Hal ini disebabkan, ibu bapa berasa malu
mempunyai anak yang sebegitu rupa tingkah lakunya. Mereka menganggap anak seperti ini
telah menconteng arang ke muka mereka. Apa yang mereka bimbangkan adalah jiran
sekeliling mereka yang pastinya memandang serong dan negatif dengan keluarga mereka.
Disebabkan masalah pembuangan bayi juga, masalah penceraian berlaku. Ibu bapa remaja
yang terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral ini bergaduh dan menyalahkan sesama
sendiri kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak sehingga anak-anak yang lain
terpaksa menanggung akibatnya. Sebagai ibu bapa, janganlah terus menyalahkan anak-anak
mereka tetapi membantu dengan memberi sokongan dan panduan untuk meneruskan hidup.
3.5 Kesan kepada Masyarakat
Kesan yang seterusnya adalah kepada masyarakat. Kes pembuangan bayi yang
berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan
kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini
kerana biasanya, remaja merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam kegiatan ini.
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Peribahasa ini bertepatan sekali dengan situasi
yang berlaku ini. Masyarakat telah menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak
bermoral ini dan secara tidak langsung telah menimbulkan persepsi orang luar tentang
kredibiliti masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti daripada berlaku.
5|Page
6. 4.0 CADANGAN DAN LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
Perbuatan membuang bayi di merata-rata tempat adalah satu jenayah yang amat zalim
dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Malah haiwan lebih baik daripada itu
kerana mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan dan nyawa
anak-anak. Inilah kesannya apabila rohani seseorang tidak diisi dengan ajaran agama.
Langkah yang lebih berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk membendung gejala
sosial itu agar tidak ada lagi anak-anak luar nikah yang dilahirkan terbiar dan tidak mendapat
kasih sayang yang sewajarnya.
4.1 Peranan Ibu Bapa
Bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan, para ibu bapa seharusnya
memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang penuh kepada anak-anak mereka lebih-
lebih lagi pada peringkat remaja. Manusia perlu memenuhi keperluan peringkat asas atau
keperluan hayat atau fisiologi terlebih dahulu sebelum timbul keperluan peringkat berikutnya
iaitu keperluan keselamatan. Seterusnya, keperluan kasih sayang dan diikuti pada peringkat
berikutnya, keperluan peringkat kendiri. Peringkat yang terakhir adalah sempurna kendiri.
Berdasarkan teori ini kasih sayang diletakkan pada peringkat ketiga di mana memberi
gambaran bahawa penghargaan dan kasih sayang sangat penting kepada manusia lebih-lebih
lagi diperingkat remaja. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang
secukupnya maka anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain seperti rakan
sebaya. Oleh itu, ibu bapa mestilah memainkan peranan yang penting dalam membentuk
sahsiah diri anak-anak mereka supaya tidak terjerumus ke lembah maksiat seperti seks
rambang, pergaulan bebas, dan sebagainya.
4.2 Peranan Sekolah
Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam mencorak sahsiah peribadi
remaja daripada terjebak dengan gejala ini. Menurut pandangan Karen Yong (2006), dalam
penulisannya yang bertajuk masalah sosial tiada penghujungnya, pihak pentadbiran sekolah
perlu mewujudkan Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan secara
komprehensif melalui kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah/IPT, intervensi, latihan guru
dan penglibatan ibubapa. Pendidikan ini adalah elemen penting dalam strategi pencegahan
dan sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas
dari gejala sosial. Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenalpasti,
6|Page
7. merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan
pendidikan pencegahan masalah sosial di peringkat sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPT
untuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala sosial, menyediakan
alternatif-alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial dan
mewujudkan suasana sekitar yang menjadikan masalah sosial itu dibenci dan jijik (Khoo Kay
Kim dan Alias Mohammed 1937).
4.3 Pencegahan sebelum berlaku
Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah seseorang
daripada terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti pergaulan bebas lelaki dan
perempuan, dan sebagainya. Walaupun gejala ini bermula dengan masalah individu tetapi
jika tidak dibendung ianya akan memberi kesan yang mendalam kepada keseluruhan
masyarakat sekitarnya. Masalah pembuangan bayi boleh diklasifikasikan sebagai salah satu
jenayah yang paling kritikal di Malaysia. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah
bekerjasama dalam mewujudkan kesedaran tentang kesan dan bahaya pembuangan bayi.
Di samping itu, mereka juga perlu merangsang penglibatan seluruh masyarakat setempat
dalam usaha memerangi masalah pembuangan bayi yang semakin meruncing ini. Setiap
individu, keluarga dan masyarakat di satu-satu kawasan perlu bekerjasama dan mempunyai
peranan dalam pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala
sosial ini. Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan bagi
membantu kerajaan dalam melaksanakan program-program seperti pencegahan pergaulan
bebas di kawasan mereka. Strategi jangka panjang ini juga untuk mewujudkan kesedaran
kepada semua lapisan masyarakat bahawa pergaulan bebas membawa mudarat kepada diri,
keluarga dan masyarakat.
4.4 Bantuan kepada ibu-ibu yang hamil luar nikah
Akhir sekali, anak-anak remaja yang hamil luar nikah mestilah dibantu bagi menjalani
pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika mereka hamil tetapi yang
paling utama ialah membina kekuatan dalaman serta rohaniah. Hal ini penting bagi menjamin
kesihatan si ibu dan juga anak yang bakal dilahirkan. Sekiranya penjagaan rapi dibuat, gejala
pembuangan bayi mungkin dapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya. Semua pihak
digesa agar turut serta dalam memberi bimbingan dan bantuan kepada kaum lelaki dalam
usaha mendidik golongan tersebut untuk tidak mengambil kesempatan terhadap wanita.
7|Page
8. 5.0 STATISTIK PEMBUANGAN BAYI
Statistik pembungan bayi juga menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke
tahun dan bukanlah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara
islam. Statistik dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati purata tiga bayi dibuang
setiap dua minggu di negara ini sepanjang 2007 hingga April lalu, membabitkan 312 kes.
Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Mohamed Fadzil Che Din, berkata perangkaan itu
mungkin lebih tinggi kerana ia yang disenaraikan itu hanyalah kes yang dilaporkan kepada
JKM.
Kemudian, Statistik kes pembuangan bayi dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
pula menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga tahun lalu. Ia menunjukkan trend
peningkatan walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005, 83
kes (2006) yang menurun kepada 65 kes pada 2007, 102 kes (2008) dan 79 kes (2009).
Sebilangan besar individu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi berusia antara 18 hingga
25 tahun, 20 kes membabitkan individu berusia bawah 18 tahun, 33 dilakukan individu 25
tahun ke atas, manakala 403 individu lagi gagal dikesan peringkat umur mereka. Daripada
jumlah 396 kes itu, 137 kes membabitkan pembuangan bayi lelaki, 102 bayi perempuan dan
selebihnya tidak diketahui jantina.
Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi 2000 hingga 2008 pula,
257,000 kanak-kanak didaftarkan tidak mempunyai nama bapa. Lebih menyedihkan bagi
tempoh 1999 hingga 2003 saja, 44 peratus anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah
anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan. Dalam
perkembangan berkaitan Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dan Pakar Runding Kanan
HKL, Datuk Dr J Ravindran, berkata kes wanita melahirkan anak luar nikah di hospital
terbabit mencatatkan peningkatan pada tahun ini berbanding tahun lalu. Tahun lalu 392
wanita melahirkan anak luar nikah. Daripada itu, 62 adalah berumur bawah 18 tahun. Pada
tahun ini terdapat penambahan kes iaitu sehingga bulan Julai, terdapat 301 kes termasuk 34
kes bawah umur 18 tahun,.
8|Page
9. 6.0 KESIMPULAN
Setelah meneliti dan mengkaji tentang permasalahan pembuangan bayi, terdapat
banyak aspek yang boleh dikaitkan dengan masalah ini seperti punca-punca masalah, kesan-
kesan daripada masalah, dan langkah-langkah mengatasi. Antara punca-punca masalah
pembuangan bayi adalah kurangnya didikan agama dalam diri, terpengaruh dengan rakan
sebaya yang mempunyai moral yang negatif, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan
menghukum individu yang terlibat tanpa usul periksa, dan sikap remaja yang suka mencuba
sesuatu yang baru. Semua punca ini membuktikan betapa ampuhnya jati diri seseorang dalam
meneruskan kehidupan yang penuh cabaran ini.
Selain itu, kesan-kesan daripada permasalahan ini juga patut dititikberatkan. Hal ini
kerana, melihat kepada kesan-kesan yang diperhatikan, pastinya negara Malaysia tidak
mampu untuk terus bersaing dengan negara lain disebabkan golongan remaja terus hanyut
dengan masalah sosial ini. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti berlaku sekiranya
remaja pada hari ini tidak tahu cara untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka
sendiri. Antara kesan-kesan pembuangan bayi adalah seperti kesan kepada bayi yang
dibuang, kesan kepada ibu yang melahirkan, kesan kepada institusi kekeluargaan, dan juga
kesan kepada masyarakat.
Akta yang terlibat juga sudah menerangkan bahawasanya telah diperuntukkan di
bawah akta yang terlibat didalam kes pembuangan bayi ialah Di bawah Akta Kanak-kanak
2001 (Child Act) - Akta 611 seksyen 31. Berikutan itu, Kabinet Malaysia telah memutuskan
kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan
perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat. Kes bunuh disiasat
mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung
sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama
membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi
disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum denda
maksimum RM 20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kesimpulan yang dapat dibuat mengenai kes pembuangan bayi ini ialah semua pihak
haruslah bekerjasama untuk menangani masalah ini. Jika salah satu pihak tidak mengambil
tahu, masalah pembuangan bayi ini akan terus menjadi semakin serius.
9|Page
10. 7.0 RUJUKAN
INTERNET
Wikipedia (2011). Hukuman mati di Malaysia. Diperoleh daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hukuman_mati_di_Malaysia.
Berita Harian (2010). Tangani kes pembuangan bayi. Diperoleh daripada
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tanganikesbuangbayi/Article
Rohaniza Idris dan Umi Nadirah Abdul Rahman (2010). Empat lagi kes buang bayi. Diperoleh
daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Empatlagikesbuangbayi/Article
Anitayahya. 2007. Pengguguran dan Pembuangan Bayi: Definisi pembuangan bayi.
Diperoleh daripada http://pengguguranbayi.blogspot.com/
Abdul Halim Abdullah. 2010. Koleksi Berita Buang Bayi: Remaja Tanam Bayi. Diperoleh
daripada http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/
BUKU
Kamus Dewan Edisi 4. 2005. Edisi baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khoo Kay Kim dan Alias Mohammed. 1937. Masalah Sosial Dan Politik Di Malaysia.
Kuala Lumpur: Gateway.
Karen Yong (2006), dalam penulisannya yang bertajuk MASALAH SOSIAL TIADA
PENGHUJUNGNYA
SURAT KHABAR
Rizanizam Abdul Hamid. 2010. Remaja Tanam Bayi. Utusan Malaysia, 17 Mei: 17.
10 | P a g e