ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
Cuaca dan Iklim, 
Tumbuhan Semula 
Jadi & Hidupan Liar 
LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN 
KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM 
SEKITAR 
Windows 7 
Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram
Pembuangan sampah yang tidak sistematik… 
1)Undang-undang 
Pihak pemerintah dalam negeri, misalnya Singapura, telah mengadakan berbagai undang-undang 
dan acara untuk meningkatkan lagi mutu alam sekitar. Undang-undang seperti sesiapa 
yang membuang sampah merata-rata akan dikenakan denda dan kehendaki membersihkan 
kawasan dengan diawasi oleh pegawai yang bertugas. Industri-industri yang membuang 
sampah atau kimia sewenang-wenangnya akan di saman. 
2)Kerjasama Masyarakat 
Organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan syarikat boleh 
menyumbang kepada kebersihan alam sekitar. Guru-guru sekolah harus menanamkan sikap 
prihatin kepada alam sekitar melalui pendidikan moral di sekolah serta mengadakan 
pertandingan antara kelas bagi kelas yang paling bersih agar si anak-anak murid mempunyai 
sifat tanggungjawab terhadap alam sekitar. Balai rakyat pula boleh mengadakan pertandingan 
pada blok, kedai makan dan kawasan kejiranan yang terbersih. Kelab remaja boleh mengadakan 
himpunan untuk mengumpul suratkhabar dari rumah ke rumah dan juga memungut sampah di 
tepi pantai sambil beriadah. Syarikat harus mempunyai sikap tanggungjawab dalam 
pembuangan sampah. 
3)Peranan Individu 
Adalah kita sebagai individu memainkan peranan sendiri. Tiga sikap yang harus diamalkan 
adalah menggunakan semula barang-barang yang boleh digunakan semula ( reuse), 
menggunakan barang-barang yang dibuat dari barang-barang yang diproses semula ( recycle) 
dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak diperlukan (reduce). Sikap-sikap 
sebegini dapat mengurangkan pencemaran pada alam sekitar. Tidak lupa, sikap kesedaran pada 
diri sendiri harus ada untuk mengelakkan dari dunia terus di cemar.
Pembakaran hutan secara terbuka… 
1)Penguatkuasaan undang-undang 
Pengharaman pembakaran terbuka di dalam negeri boleh memberhentikan kegiatan membakar 
bagi menambah kepada masalah pencemaran udara terutamanya bagi kawasan- kawasan 
setempat berlakunya kebakaran. Penguatkuasaan undang-undang tersebut akan menunjukkan 
bahawa kerajaan mengambil berat terhadap masalah pencemaran yang dihadapi. Langkah 
seterusnya ialah mengurangkan penggunaan sumber tenaga daripada bahan api fosil, misalnya 
petroleum dan arang batu. Penggunaan bahan api fosil, terutamanya minyak diesel sebagai 
sumber tenaga boleh menyebabkan pencemaran udara yang teruk. Keadaan ini disebabkan 
pembakaran yang sempurna semasa proses penjanaan tenaga. 
2)
Pencemaran Sungai… 
1)Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat 
Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke 
dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan 
dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai 
pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia, 2006). Malah, pihak kerajaan seharusnya 
memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan 
terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip 
khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam 
sistem perparitan. 
2) Penyelenggaraan sistem perparitan berkala 
Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tidak tersumbat 
maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara 
ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas 
ke sistem saliran utama di sungai. 
3) Kempen kesedaran melalui iklan TV 
Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak apa' perlu 
ditangani. kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap individu yang membuang 
sampah tanpa memikirkan kesannya. Oleh itu, adalah perlu setiap individu berubah kita 
seharusnya tidak mementingkan diri sendiri. Kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang 
yang terpaksa menanggung hasil tindakan yang kita buat hari ini. Adalah menjadi harapan agar 
individu mula mencerminkan diri. Sudah tiba masanya kita kembali siapa kita sebenar yang 
memerlukan 'soul reawakening'.
Banjir kilat… 
1)Menyediakan Sistem Perparitan 
Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa 
dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik. 
2)Projek Pendalaman Sungai 
Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu 
mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan. 
Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan. Langkah untuk 
menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek 
semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai 
bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak. 
3)Memelihara Hutan 
Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan 
tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti 
pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit. Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan 
cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang 
mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi. Hutan boleh berfungsi sebagai 
bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan perlahan-lahan ke 
anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan 
kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini 
dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja 
pengurangan air hujan dapat dilakukan.

More Related Content

Pembuangan sampah yang tidak sistematik

  • 1. Cuaca dan Iklim, Tumbuhan Semula Jadi & Hidupan Liar LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR Windows 7 Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram
  • 2. Pembuangan sampah yang tidak sistematik… 1)Undang-undang Pihak pemerintah dalam negeri, misalnya Singapura, telah mengadakan berbagai undang-undang dan acara untuk meningkatkan lagi mutu alam sekitar. Undang-undang seperti sesiapa yang membuang sampah merata-rata akan dikenakan denda dan kehendaki membersihkan kawasan dengan diawasi oleh pegawai yang bertugas. Industri-industri yang membuang sampah atau kimia sewenang-wenangnya akan di saman. 2)Kerjasama Masyarakat Organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan syarikat boleh menyumbang kepada kebersihan alam sekitar. Guru-guru sekolah harus menanamkan sikap prihatin kepada alam sekitar melalui pendidikan moral di sekolah serta mengadakan pertandingan antara kelas bagi kelas yang paling bersih agar si anak-anak murid mempunyai sifat tanggungjawab terhadap alam sekitar. Balai rakyat pula boleh mengadakan pertandingan pada blok, kedai makan dan kawasan kejiranan yang terbersih. Kelab remaja boleh mengadakan himpunan untuk mengumpul suratkhabar dari rumah ke rumah dan juga memungut sampah di tepi pantai sambil beriadah. Syarikat harus mempunyai sikap tanggungjawab dalam pembuangan sampah. 3)Peranan Individu Adalah kita sebagai individu memainkan peranan sendiri. Tiga sikap yang harus diamalkan adalah menggunakan semula barang-barang yang boleh digunakan semula ( reuse), menggunakan barang-barang yang dibuat dari barang-barang yang diproses semula ( recycle) dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak diperlukan (reduce). Sikap-sikap sebegini dapat mengurangkan pencemaran pada alam sekitar. Tidak lupa, sikap kesedaran pada diri sendiri harus ada untuk mengelakkan dari dunia terus di cemar.
  • 3. Pembakaran hutan secara terbuka… 1)Penguatkuasaan undang-undang Pengharaman pembakaran terbuka di dalam negeri boleh memberhentikan kegiatan membakar bagi menambah kepada masalah pencemaran udara terutamanya bagi kawasan- kawasan setempat berlakunya kebakaran. Penguatkuasaan undang-undang tersebut akan menunjukkan bahawa kerajaan mengambil berat terhadap masalah pencemaran yang dihadapi. Langkah seterusnya ialah mengurangkan penggunaan sumber tenaga daripada bahan api fosil, misalnya petroleum dan arang batu. Penggunaan bahan api fosil, terutamanya minyak diesel sebagai sumber tenaga boleh menyebabkan pencemaran udara yang teruk. Keadaan ini disebabkan pembakaran yang sempurna semasa proses penjanaan tenaga. 2)
  • 4. Pencemaran Sungai… 1)Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia, 2006). Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan. 2) Penyelenggaraan sistem perparitan berkala Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai. 3) Kempen kesedaran melalui iklan TV Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak apa' perlu ditangani. kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya. Oleh itu, adalah perlu setiap individu berubah kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri. Kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung hasil tindakan yang kita buat hari ini. Adalah menjadi harapan agar individu mula mencerminkan diri. Sudah tiba masanya kita kembali siapa kita sebenar yang memerlukan 'soul reawakening'.
  • 5. Banjir kilat… 1)Menyediakan Sistem Perparitan Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik. 2)Projek Pendalaman Sungai Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan. Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak. 3)Memelihara Hutan Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit. Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi. Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan.