1. PEMBUKAAN MAJLIS OLEH JURUACARA
Juruacara (samada terdiri daripada Setiausaha atau Ahli Jawatankuasa
Cawangan Pemuda ) akan memulakan Majlis seperti berikut:
1. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Yang Berbahagia Tuan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi
Tetap Cawangan, Yang Berbahagia Wakil Rasmi Per. Pemuda
UMNO Bahagian ___________, Yang Dihormati Ketua UMNO
Cawangan ___________ . Yang Berusaha Ketua Pergerakan
Pemuda dan ahli Jawatankuasanya, Yang Berbahagia Ahli-ahli
Persidangan, tuan-tuan dan saudara-saudara sekalian.
Saya mohon memulakan Majlis Persidangan hari ini mengikut
Aturcara dengan menjemput _____________________________
untuk membacakan Doa.
Selepas Doa dibaca, Juruacara akan masuk kepada perkara 2
dengan menyebut:
2. Tuan-tuan dan saudara-saudara sekalian, acara seterusnya ialah
menyanyi beramai-ramai lagu `BERSATU BERSETIA
BERKHIDMAT’ DAN ` IKRAR PEMUDA’. Maka dengan ini,
saya menjemput tuan-tuan dan saudara-saudara bangun untuk
menyanyi beramai-ramai.
Setelah selesai menyanyi beramai-ramai, Juruacara seterusnya
akan menyebut:-
3. Tuan-tuan dan saudara-saudara sekalian, Aturan dan Urusan
Persidangan akan dijalankan oleh Tuan Pengerusi Tetap dan
dimulakan dengan PESANAN PENGERUSI.
Sebelum saya serahkan kepada Tuan Pengerusi Tetap untuk
menjalankan Persidangan kita pada hari ini, saya dengan
hormatnya menjemput Wakil Rasmi Bahagian untuk
mengemukakan `SURAT AKUAN SUMPAH’ kepada Tuan
Pengerusi. (Surat Akuan Sumpah ini hendaklah dibaca oleh