PLEASE...TOLONG...BERHENTI MENGGUNAKAN POLISTERIN....
1 of 5
Downloaded 37 times
More Related Content
Pembunuh senyap - polisterin
1. 1
Institute of Teacher Education
Batu Lintang Campus, Kuching
Pembunuh Senyap – Bekas Polisterina 18 Febuary 2015
Artikel Oleh Dr. Tiwi Kamidin, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, sebagai rakan
kongsi kepada Program GreenX- Exchange Youth, 2014
Pembunuh Senyap- Bekas Polisterina
Kita banyak menggunakan bekas polisterina dalam kehidupan seharian khususnya untuk
pembungkusan makanan dan masyarakat menganggap ianya selamat terutama apabila tidak
ada berita kematian akibat penggunaan bekas polisterina. Sebenarnya, ada banyak kajian dan
banyak laporan yang telah diterbitkan mengenai impak negatif penggunaan bekas polisterina
terhadap kesihatan manusia ataupun persekitaran. Namun, kebanyakan rakyat Malaysia tidak
peka dengan sepenuhnya dan tidak mengambil serius akan isu tersebut. Justeru, sudah tiba
masanya untuk kita memberi kesedaran kepada masyarakat agar mereka dapat membuat
pilihan selepas dimaklumkan akan bahaya penggunaan bekas polisterina. Sepatutnya kita
memboikot penggunaan bekas polisterina secara besar-besaran kerana tanpa sedar ianya
sebenarnya pembunuh senyap.
Apakah Bekas Polisterina?
Bekas polisterina ialah barangan yang diperbuat daripada polisterina. Bekas ini banyak
digunakan sebagai pembungkusan makanan bawa balik (take away food packages), bekas
pembungkusan daging dan lain-lain. Bekas-bekas ini dicipta dengan menyuntik polimer
plastik, polisterina dengan gas seperti HCFC 22, CFC 11 atau 12 CFC (merupakan gas
kloroflurokarbon yang boleh memusnahkan ozon), atau petana dan menukarkannya kepada
bahan yang kembang (puffy material). Toksik dan bahan kimia berbahaya termasuk stirena,
benzena dan etilena digunakan untuk membuat busa polisterina.
Bagaimana Stirena berpindah ke dalam makanan?
Penyelidikan pada tahun 1988 oleh Foundation for Advancements in Science and Education
mendapati stirena di dalam tisu lemak manusia dengan satu frekuensi 100% pada tahap dari 8
hingga 350 nanograms/gram(ng/g). Tahap 350 ng/g adalah satu pertiga daripada peringkat
yang diketahui menyebabkan gejala-gejala neurotoksik. Cawan bekas polisterina akan
menyerap polisterina ke dalam kandungan air yang terdapat di dalam cawan tersebut. Ketika
cawan bekas polisterina tersebut digunakan, sebenarnya cawan itu sudah kekurangan berat
kerana pelarutan bahan stirena ke dalam air. Satu kali penggunaan cawan bekas polisterina
(air sejuk atau panas) akan menyerap sehingga 0.025%. Walaupun, peratusan tersebut
nampak kecil namun jika kita minum dari cawan bekas polisterina empat kali sehari dalam tiga
tahun, anda mungkin telah menggunakan satu cawan penuh dengan stirena bersama minuman
anda.
Penyerapan stirena boleh berlaku akibat beberapa perkara iaitu:
1. Haba – Kajian telah mendapati stirena cenderung untuk menyerap lebih cepat apabila
makanan atau minuman tersebut panas. Makanan atau cecair panas merupakan
permulaan kegagalan bekas polisterina yang menyebabkan toxin diserap ke dalam aliran
darah dan tisu manusia jika dimakan atau diminum. Daging atau keju yang dibungkus
2. Institute of Teacher Education
Batu Lintang Campus, Kuching
dengan plastik lutsinar dan dilapik dengan dulang polisterina juga bersedia menyerap
stirena dari bekas polisterina yang digunakan.
2. Kandungan lemak – Stirena juga menyerap dalam minyak dan lemak. Lebih tinggi
kandungan lemak makanan, lebih tinggi penghijrahan stirena ke dalam makanan.
Makanan atau minuman yang lebih tinggi lemak (kopi susu dan mi goerang) akan
menyerap stirena daripada bekas polisterina.
3. Keasidan – Asid juga meningkatkan kadar penghijrahan stirena. Terdapat kajian
menunjukkan bahawa teh dengan lemon menghasilkan perubahan yang paling ketara
kepada cawan bekas polisterina.
4. Kehadiran Ethanol –Stirena larut dalam ethanol yang biasanya didapati dalam
minuman beralkohol seperti wain merah. Jika anda menggunakan bekas polisterina
untuk minuman wain, stirena turut akan berhijrah ke dalam minuman tersebut akibat
larut.
5. Kehadiran Vitamin A – Paling menarik ialah degradasi makanan yang mengandungi
vitamin A (betacarotene). Dalam makanan yang dibungkus, dengan tambahan haba,
vitamin A akan mengurai dan menghasilkan m-xylene, toluena dan 2.5
dimenthylnaphthalene. Toluena akan dengan agresif membubarkan polisterina dan
menyebabkan bercampur dengan makanan yang dibungkus.
Kesan Stirena Terhadap Kesihatan Manusia
Sebaik sahaja stirena memasuki dalam makanan atau minuman anda dan kemudian ke dalam
badan anda, ia akan menyebabkan stirena mengajuk estrogens di dalam badan dan akan
menganggu fungsi-fungsi normal dalam badan anda. Seterusnya akan menyumbangkan kepada
masalah tiroid (thyroid), ketaksekataan haid dan masalah berkenaan hormon lain, serta kanser
payu dara dan barah prostat. Estrogenicity stirena difikirkan setanding dengan Bisphenol A
(satu lagi mimic estrogen yang kuat dari botol plastik). Dapatan kajian menunjukkan tahap
rendah kandungan Bisphenol A telah mengurangkan sperma tikus. Bukti oleh kajian World
Health Organization’s International Agency for Research on Cancer juga mendapati stirena
adalah punca barah kepada haiwan. Ini bermakna ia juga memberi kesan kepada manusia.
Menurut Foundation for Achievements in Science and Education, pendedahan jangka panjang
untuk kuantiti kecil stirena boleh menyebabkan ketidakseimbangan pengiraan platet rendah
atau nilai-nilai haemoglobin, ketaknormalan kromosom dan lymphatic, memberi kesan-kesan
neurotoksik disebabkan pengumpulan stirena di tisu otak, saraf tunjang dan saraf periferi
(peripheral nerves) mengakibatkan keletihan, kebimbangan, kesukaran tidur dan masalah-
masalah kesihatan kronik atau tirus lain dikaitkan dengan sistem saraf. Dedahan kronik stirena
akan menjejaskan sistem saraf pusat dan tanda-tanda ia terkesan ialah gejala-gejala seperti
kemelesetan, sakit kepala, keletihan, kelemahan dan boleh menyebabkan kesan kecil di fungsi
buah pinggang dan darah. International Agency for Research on Cancer telah diklasifikasikan
tergolong sebagai kemungkinan karsinogen manusia (human carcinogen).
3. Institute of Teacher Education
Batu Lintang Campus, Kuching
Kesan kepada Pemanasan Global
Satu laporan EPA pada tahun 1986 mengenai sisa pepejal menamakan proses pembuatan
polisterina sebagai pencipta kelima terbesar sisa berbahaya di Amerika Syarikat. Bahan kimia
yang berlibat dalam penghasilan bekas polisterina adalah antara 25 bahan toksik teratas yang
dilepaskan ke dalam persekitaran setiap tahun. Ahli sains menunjukkan bahawa 5 peratus
lapisan ozon telah musnah disebabkan gas-gas pencemar seperti chloroflurocarbon (CFC).
Penggunaan hidrokarbon dalam pengeluaran bekas polisterina mengeluarkan hidrokarbon.
Apabila bergabung dengan nitrogen oksida dan disertakan dengan kehadiran cahaya matahari,
akan membentuk ozon troposfera. Pada hari ini, banyak pengeluar menggantikan CFC kepada
gas HCFC yang dikatakan kurang merosakkan lapisan ozon, namun, menurut Institute of
Energy and Environmental Research (1992), HCFC menyumbang kepada 3 hingga 5 kali
kepada kemusnahan lapisan ozon berbanding kepercayaan dulu yang mengatakan HCFC
kurang merosakkan lapisan ozon.
Kesan terhadap Tempat Pembuangan Sampah dan Alam Sekitar
Kajian mendedahkan bahawa 630,000 bekas makanan dan minuman polisterina digunakan di
sebuah negeri selepas dua hari pesta manakala 347,000 bekas makanan dan minuman
polisterina dipungut selepas pesta yang sama di sebuah negeri yang lain. Adakalanya gerai-
gerai ini menyediakan sehingga 40,000 bekas polisterina secara pakej. Boleh anda bayangkan
jika jumlah bekas polisterina dikumpulkan di seluruh negeri di Negara kita? Ini akan dibuang
di tapak pelupusan sampah dan bekas polisterina hanya akan terlupus dengan memakan masa
lebih 500 tahun. Lebih-lebih lagi jika ditutupi oleh sampah-sampah yang lain dan plastic
(plastik merupakan 25 hingga 35 peratus sisa pepejal di tapak pelupusan sampah Negara) dan
plastik juga bahan sukar untuk lupus. Jika dibakar, sudah tentu ia akan menghasilkan gas yang
berbahaya untuk kesihatan manusia.
Apa Alternatif Kita?
1. Peka terhadap bahaya kesan penggunaan bekas polisterina dan beritahu rakan-rakan,
saudara mara, keluarga dan lain-lain.
2. Guna cawan atau pinggan boleh guna semula berbanding bekas polisterina.
3. Membawa bekas makanan sendiri ketika membeli makanan.
4. Guna bekas makanan atau minuman alternatif yang diperbuat daripada bahan lain
seperti kertas dan jagung.
5. Meminta peniaga menggunakan bekas bungkusan selain bekas polisterina.
Kesimpulan
Berdasarkan analisis yang dibuat, kandungan stirena dalam bekas makanan atau minuman
polisterina jelas menimbulkan risiko kesihatan kepada manusia. Walaupun kesan buruknya
tidak boleh dilihat dalam jangka masa yang pendek atau wujud sebagai kes-kes segera, namun
ia akan dan boleh menyebabkan masalah kesihatan manusia dalam jangka masa panjang.
Seperti racun arsenik, stirena boleh meracuni seseorang secara senyap di dalam badan manusia
sehingga akhirnya kita tidak tahu punca sebenar kematiannya. Banyak Negara sudah mula
membantah dan mengharamkan penggunaan bekas polisterina. Oleh itu, pilihan terletak di
tangan kita dan sudah tiba masanya kita memilih jalan yang lebih selamat demi kesihatan kita.
4. Institute of Teacher Education
Batu Lintang Campus, Kuching
Bekas-bekas ini dicipta dengan
menyuntik polimer plastik, polisterina
dengan gas seperti HCFC 22, CFC 11 atau
12 CFC (merupakan gas kloroflurokarbon
yang boleh memusnahkan ozon), atau
petana dan menukarkannya kepada
bahan yang kembang (puffy material).
Toksik dan bahan kimia berbahaya
termasuk stirena, benzena dan etilena
digunakan untuk membuat busa
polisterina.
Masih ramai dalam kalangan rakyat
Malaysia mengambil mudah dengan
menggunakan bekas makanan dan
minuman polisterina bagi majlis-majlis
tertentu. Penggunaan bekas tersebut
memang memudahkan namun tanpa
disedari ianya boleh memberi kesan
kepada kesihatan manusia.
Alternatif: penggunaan bekas makanan
dan minuman diperbuat daripada kertas
atau jagung yang sudah boleh didapati di
pasaran dengan harga yang sedikit tinggi
daripada bekas polisterin biasa.
5. Institute of Teacher Education
Batu Lintang Campus, Kuching
Membawa bekas makanan sendiri
ketika membeli makanan di luar
bagi mengelakkan menggunakan
bekas polisterina untuk tapau
makanan.