際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
Oleh :
  Najihah Binti Isa,
PISMP BM Semester 4
Pemikiran dalam linguistik
 Menurut beliau, bahasa ialah satu sistem isyarat yang
 memiliki bahagian terpenting, berupa gabungan daripada
 makna dengan imej bunyi dan kedua-duanya itu dalam
 rantaian ucapan menurut tatabahasa yang bersifat
 psikologi. (Mangantar Simajuntak, 1982:3)

 Dikenali sebagai pengaruh yang paling besar dalam
 perkembangan linguistik moden dalam kurun yang ke-20
 dalam dua perkara.

 Beliau telah berkecimpung dalam kajian linguistik
 perbandingan. Kemudian mendapat ilham baru dan
 memulakan kajian linguistik deskriptif struktur.
 Beliau telah menjadi tersohor dengan hasil
 penelitiannya yang dikenali dengan Couse de
 Linguistique Generale. Pada tahun 1915, hasil
 pengkajiannya itu telah dibukukan dan diterbitkan
 dalam bahasa Perancis. Kemudiannya, pada tahun
 1959, karyanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa
 Inggeris oleh Wade Baskin.

 Sebenarnya karya agung de Saussure bukan hasil
 usaha beliau sendiri. Sebaliknya karya itu merupakan
 sebuah karya hasil daripada daya usaha murid-
 muridnya juga kerana mereka telah mengumpul dan
 menyusun semula bahan-bahan kuliah beliau
 sehingga terhasil dalam bentuk buku.
 Beliau ialah orang yang pertama mengasaskan ilmu
 linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai Bapa Ilmu
 Linguistik Moden telah terbukti melalui penemuan-
 penemuan konsep dan pendekatan baru dalam bidang
 pengkajian bahasa secara moden.

 Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliaulah orang
 pertama yang mengemukakan malahan yang
 menekankan peri pentingnya tinjauan mengenai bahasa
 itu dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu melalui
 kajian secara sinkronis dan kajian diakronis.
 Antara lain, beliau telah mengemukakan bahawa linguistik
  deskriptif (sinkronis) hendaklah dibezakan daripada
  linguistik historis kerana masing-masing menggunakan
  pendekatan yang berlainan, khususnya apabila
  menganalisis bahasa.

 Penekanan ini tidak lain merupakan prinsip metodologi
  yang memungkinkan penghuraian bahasa itu bebas
  daripada pertimbangan sejarah.

 Linguistik sinkronis meninjau bahasa sebagai satu
  keseluruhan yang hidup, yang wujud sebagai suatu
  keadaan pada sesuatu masa yang tertentu.

 Linguistik sinkronis bermaksud suatu kajian mengenai
  sesuatu bahasa pada satu masa yang tertentu.
 Bidang linguistik diakronis ialah satu kajian bahasa dari
 segi sejarah dengan berdasarkan bahan-bahan sejarah
 iaitu bidang yang mempelajari perkembangan yang
 dilalui oleh bahasa melalui masa.

 Linguistik diakronis bererti kajian tentang
 perkembangan dan sejarah yang dilalui oleh bahasa serta
 perubahan-perubahan bahasa dan sebagainya.
 Ferdinand de Saussure orang pertama yang telah
  mengemukakan konsep langue dan membezakan
  konsep keseluruhan pertuturan yang terdiri daripada dua
  aspek iaitu langue (sistem bahasa) dan parole (pertuturan
  yang konkrit).

 Istilah langue pengertiannya agak sama dengan bahasa
  dan parole sama dengan loghat atau dialek.

 Parole terdiri dari ciri-ciri bahasa yang terdapat dalam
  pertuturan individu yang memperlihatkan kebebasannya
  sendiri. Ringkasnya, parole bererti pertuturan sebenar
  yang diucapkan oleh individu dalam sesuatu masyarakat.
 Bahasa merupakan keseluruhan pertuturan manusia yang
  berlaku bagi manusia yang dilahirkan oleh baka. Bahasa tidak
  lain ialah tingkah laku manusia yang universal.

 Langue pula merupakan keseluruhan yang terkumpul dalam
  sesuatu bahasa, iaitu suatu sistem yang abstrak yang dipakai
  sebagai rujukan bagi setiap penutur dalam sesuatu masyarakat
  bahasa.

 Langue pula terdiri daripada ciri-ciri parole yang umum dalam
  sekelompok parole. Dengan kata lain, langue ialah sistem
  komunikasi yang dimiliki bersama oleh semua penutur yang
  akhirnya secara automatik menjadi rujukan bagi setiap kanak-
  kanak yang dilahirkan dalam sesuatu masyarakat, dan oleh
  yang demikian, langue ialah fenomena sosial.
 Menurut Abdullah Hassan (1984:10-11) bahawa
 linguistik sinkronik ialah kajian mengenai item,
 manakala linguistik diakronik ialah kajian mengenai
 sistem.

 Tegasnya, Saussure juga menyatakan bahawa bahasa
 mempunyai jirim dan bentuk. Misalnya bunyi-bunyi
 yang dituturkan adalah jirim, dan lambang huruf yang
 menggambarkan perkataan itu adalah bentuknya. Apa
 yang dikatakan oleh Saussure sebagai jirim itu agak
 rapat pengertiannya dalam kajian dikronik.
Pemikiran dalam linguistik
 Mendapat pengetahuan dasar dalam bidang Filologi di
 Jerman tetapi telah lama dipengaruhi oleh Franz Boas.

 Oleh sebab itu, beliau turut mengkaji bahasa-bahasa
 orang asli Amerika.

 Menulis bukunya yang pertama iaitu Language (1881).
 Buku ini bersifat agak umum dan ternyata berbeza sekali
 dengan buku language (1933) yang ditulis oleh
 Bloomfield.

 Buku ini lebih mementingkan pendekatan kajian dari
 segi antropologi dan melihat bahasa dan fungsinya dari
 segi masyarakat yang menggunakannya.
Pemikiran dalam linguistik
 Menurut Awang Sariyan (1978:497), Bloomfield hidup di
 antara tahun 1887-1949. Tegasnya, Bloomfield adalah
 ahli bahasa yang diberi nama American Structuralism.

 Bloomfield dikatakan terpengaruh dengan dengan teori
 psikologi behaviorisme yang berkait rapat dengan
 fahaman ahli-ahli psikologi dalam selok-belok
 menghuraikan bahasa.

 Bloomfield beranggapan bahawa bahasa itu sebagai satu
 gudang data laku ucapan yang boleh mengeluarkan
 segala unit bahasa.
 a language is a mass of regularized speech act
 dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di dalam otak
 dan dikeluarkan apabila teransang.
 Menulis buku bertajuk Language (1933).


 Bloomfield merupakan sarjana yang bertanggungjawab
  membuat linguistik menjadi suatu bidang kajian yang
  tersendiri.

 Bloomfield sangat jelas memperlihatkan konsep saintifik
  dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan
  bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan
  dan dapat dianalisa dan ditentukan secara empirikal.

 Bloomfield beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah
  laku manusia yang sama dengan tingkah-tingkah laku
  manusia yang lain.
 Sekiranya tingkah-tingkah laku manusia yang lain itu
 berpunca daripada adanya ransangan (stimulus),
 maka bahasa pun dapat dilahirkan sebagai gerak balas
 (respons) terhadap ransangan itu.
Sekian, terima kasih

More Related Content

Pemikiran dalam linguistik

  • 1. Oleh : Najihah Binti Isa, PISMP BM Semester 4
  • 3. Menurut beliau, bahasa ialah satu sistem isyarat yang memiliki bahagian terpenting, berupa gabungan daripada makna dengan imej bunyi dan kedua-duanya itu dalam rantaian ucapan menurut tatabahasa yang bersifat psikologi. (Mangantar Simajuntak, 1982:3) Dikenali sebagai pengaruh yang paling besar dalam perkembangan linguistik moden dalam kurun yang ke-20 dalam dua perkara. Beliau telah berkecimpung dalam kajian linguistik perbandingan. Kemudian mendapat ilham baru dan memulakan kajian linguistik deskriptif struktur.
  • 4. Beliau telah menjadi tersohor dengan hasil penelitiannya yang dikenali dengan Couse de Linguistique Generale. Pada tahun 1915, hasil pengkajiannya itu telah dibukukan dan diterbitkan dalam bahasa Perancis. Kemudiannya, pada tahun 1959, karyanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Wade Baskin. Sebenarnya karya agung de Saussure bukan hasil usaha beliau sendiri. Sebaliknya karya itu merupakan sebuah karya hasil daripada daya usaha murid- muridnya juga kerana mereka telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah beliau sehingga terhasil dalam bentuk buku.
  • 5. Beliau ialah orang yang pertama mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai Bapa Ilmu Linguistik Moden telah terbukti melalui penemuan- penemuan konsep dan pendekatan baru dalam bidang pengkajian bahasa secara moden. Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliaulah orang pertama yang mengemukakan malahan yang menekankan peri pentingnya tinjauan mengenai bahasa itu dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu melalui kajian secara sinkronis dan kajian diakronis.
  • 6. Antara lain, beliau telah mengemukakan bahawa linguistik deskriptif (sinkronis) hendaklah dibezakan daripada linguistik historis kerana masing-masing menggunakan pendekatan yang berlainan, khususnya apabila menganalisis bahasa. Penekanan ini tidak lain merupakan prinsip metodologi yang memungkinkan penghuraian bahasa itu bebas daripada pertimbangan sejarah. Linguistik sinkronis meninjau bahasa sebagai satu keseluruhan yang hidup, yang wujud sebagai suatu keadaan pada sesuatu masa yang tertentu. Linguistik sinkronis bermaksud suatu kajian mengenai sesuatu bahasa pada satu masa yang tertentu.
  • 7. Bidang linguistik diakronis ialah satu kajian bahasa dari segi sejarah dengan berdasarkan bahan-bahan sejarah iaitu bidang yang mempelajari perkembangan yang dilalui oleh bahasa melalui masa. Linguistik diakronis bererti kajian tentang perkembangan dan sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubahan bahasa dan sebagainya.
  • 8. Ferdinand de Saussure orang pertama yang telah mengemukakan konsep langue dan membezakan konsep keseluruhan pertuturan yang terdiri daripada dua aspek iaitu langue (sistem bahasa) dan parole (pertuturan yang konkrit). Istilah langue pengertiannya agak sama dengan bahasa dan parole sama dengan loghat atau dialek. Parole terdiri dari ciri-ciri bahasa yang terdapat dalam pertuturan individu yang memperlihatkan kebebasannya sendiri. Ringkasnya, parole bererti pertuturan sebenar yang diucapkan oleh individu dalam sesuatu masyarakat.
  • 9. Bahasa merupakan keseluruhan pertuturan manusia yang berlaku bagi manusia yang dilahirkan oleh baka. Bahasa tidak lain ialah tingkah laku manusia yang universal. Langue pula merupakan keseluruhan yang terkumpul dalam sesuatu bahasa, iaitu suatu sistem yang abstrak yang dipakai sebagai rujukan bagi setiap penutur dalam sesuatu masyarakat bahasa. Langue pula terdiri daripada ciri-ciri parole yang umum dalam sekelompok parole. Dengan kata lain, langue ialah sistem komunikasi yang dimiliki bersama oleh semua penutur yang akhirnya secara automatik menjadi rujukan bagi setiap kanak- kanak yang dilahirkan dalam sesuatu masyarakat, dan oleh yang demikian, langue ialah fenomena sosial.
  • 10. Menurut Abdullah Hassan (1984:10-11) bahawa linguistik sinkronik ialah kajian mengenai item, manakala linguistik diakronik ialah kajian mengenai sistem. Tegasnya, Saussure juga menyatakan bahawa bahasa mempunyai jirim dan bentuk. Misalnya bunyi-bunyi yang dituturkan adalah jirim, dan lambang huruf yang menggambarkan perkataan itu adalah bentuknya. Apa yang dikatakan oleh Saussure sebagai jirim itu agak rapat pengertiannya dalam kajian dikronik.
  • 12. Mendapat pengetahuan dasar dalam bidang Filologi di Jerman tetapi telah lama dipengaruhi oleh Franz Boas. Oleh sebab itu, beliau turut mengkaji bahasa-bahasa orang asli Amerika. Menulis bukunya yang pertama iaitu Language (1881). Buku ini bersifat agak umum dan ternyata berbeza sekali dengan buku language (1933) yang ditulis oleh Bloomfield. Buku ini lebih mementingkan pendekatan kajian dari segi antropologi dan melihat bahasa dan fungsinya dari segi masyarakat yang menggunakannya.
  • 14. Menurut Awang Sariyan (1978:497), Bloomfield hidup di antara tahun 1887-1949. Tegasnya, Bloomfield adalah ahli bahasa yang diberi nama American Structuralism. Bloomfield dikatakan terpengaruh dengan dengan teori psikologi behaviorisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli-ahli psikologi dalam selok-belok menghuraikan bahasa. Bloomfield beranggapan bahawa bahasa itu sebagai satu gudang data laku ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. a language is a mass of regularized speech act dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila teransang.
  • 15. Menulis buku bertajuk Language (1933). Bloomfield merupakan sarjana yang bertanggungjawab membuat linguistik menjadi suatu bidang kajian yang tersendiri. Bloomfield sangat jelas memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dapat dianalisa dan ditentukan secara empirikal. Bloomfield beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia yang sama dengan tingkah-tingkah laku manusia yang lain.
  • 16. Sekiranya tingkah-tingkah laku manusia yang lain itu berpunca daripada adanya ransangan (stimulus), maka bahasa pun dapat dilahirkan sebagai gerak balas (respons) terhadap ransangan itu.