Transform any presentation into ready-made study materialselect from outputs like summaries, definitions, and practice questions.
1 of 10
Downloaded 62 times
More Related Content
Penapis udara / Air filter
1. PENAPIS UDARA
AHLI KUMPULAN
MUHAMAD ALIF AL HAFIZ BIN MAIZATUL AKMAM
AGILAN A/L CHANDRASEKARAN
SURENDRAN A/L VERAMANI
MOHAMAD IZZAT BIN HALIM
2. PENGENALAN
Penapis udara digunakan
untuk Membersihkan
udara sebelum masuk ke
dalam enjin melalui
intake manifold.
3. FUNGSI PENAPIS UDARA
1. Membersihkan udara sebelum
masuk ke dalam enjin melalui
intake manifold.
2. Mengurangkan kelajuan udara
yang masuk dengan itu akan
menjimatkan penggunaan bahan
api.
3. Menolak percikan voltan tinggi
semasa terjadinya back fire.
1. Mengambil hawa panas dari
exhaust manifold untuk tujuan
pengeluwapan bahan api sebelum
masuk ke dalam selinder, maka
pembakaran akan mudah berlaku.
4. JENIS-JENIS PENAPIS UDARA
Penapis udara mempunyai beberapa jenis yang biasa digunakan pada
kebanyakan kenderaan sekarang ini, antaranya ialah:
a. Jenis basahan minyak.
b. Jenis rendaman minyak.
c. Jenis katrej.
d. Jenis getah foam.
5. a) Jenis basahan minyak
Pada penapis jenis ini, ia dapat memberikan
satu penapisan yang sempurna dimana kadar
habuk yang masuk berkurangan.
Bahan-bahan yang digunakan pada sistem ini
biasanya ialah satu gelungan wayer yang
diselang-selikan (wire mesh) yang diselaputi
dengan minyak. Segala kotoran yang masuk
akan melekat pada selaput minyak ini.
Penapis jenis ini mestilah dicuci mengikut
jangka waktu yang telah ditetapkan. Pada
kebiasaannya ialah pada tiap-tiap 8,000km.
Cara mencuci bagi jenis ini ialah dengan
mencuci gelungan wayar dengan petrol atau
paraffin. Selepas itu ia hendaklah dikeringkan.
Lumur semula dengan minyak enjin dan
sebelum di pasangkan biarkan minyak yang
berlebihan menitis terlebih dahulu.
6. b) Jenis rendaman minyak
Penapis jenis ini dapat memberikan
suatu sistem penapisan yang sangat
memuaskan. Operasinya berjalan pada
dua peringkat.
Disini segala kotoran yang melekat pada
minyak tadi akan melekat pula pada
elemen wayar.
Penapis jenis ini dibentuk sedemikian
rupa supaya ia dapat menapis segala
kekotoran dari masuk ke dalam enjin
dan di samping itu dapat mengelakan
kekotoran masuk ke karbuertor dan
ruang pelampung (float chamber).
Servis perlu dilakukan pada penapis
jenis ini. Jangka masa bergantung pada
keadaan penggunaannya. Jenis yang
digunakan pada kenderaan kecil
biasanya dicuci pada tiap-tiap 4,000 km.
7. c) Jenis katrej
Penapis jenis ini ia menggunakan kertas
sebagai alat penapisnya. Kertas ini
dikenali sebagai resin impregnated
paper element.
Binaan pada kertas ini dibuat berlipat-
lipat dan padanya juga terdapat lubang-
lubang yang sangat halus.
Kebiasaanynya penapis ini ditukar pada
tiap-tiap 6,000 hingga 1200km.
8. d) Jenis getah foam
Penapis jenis ini dapat menapis udara
dengan baik. Udara yang masuk secara
berpusar-pusar akan mengeluarkan
segala habuk-habuk melalui lubang-
lubang yang dibuat pada perumahnya
secara kuasa balingan.
Penapisan yang dilakukan adalah melalui
udara yang masuk secara berpusar-
pusar. Kemasukan udara yang berpusar
ini akan membawa segala habuk-habuk
masuk bersama-samanya.
Udara itu boleh berpusar dalah kerana
reka bentuk perumahnya terutama
sekali pada vane (mata angin) yang
telah dibuat mengikut sudut yang
tertentu. Rawatan pada penapis jenis ini
tidaklah rumit. Hanya yang perlu
pastikan bahawa intake vane tidak
tersumbat.
9. PENYELENGGARAAN
Buat penyelengaraan dan servis mengikut masa yang disyorkan oleh pengeluar
kenderaan.
Ganti penapis bahan api pada masa yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan.
Buka air filter
Periksa jika ia boleh diguna lagi atau perlu ditukar.
Gunakan air gun untuk servis air filter
Pasang semula air filter
Bagi enjin yang dipasang dengan turbo charger, penyelengaraan terbaik ialah mengikut
arahan untuk menghidupkan dan mematikan enjin mengikut yang disyorkan oleh
pengeluar kenderaan.
10. Kesimpulan
Penting dalam sistem intake.
Membantu mempertingkatkan kualiti sistem
intake.
Mengelakan bendasing masuk ke karburator