ݺߣ

ݺߣShare a Scribd company logo
DISEDIAKAN OLEH: 
Disediakan Oleh: 
MUHAMMAD ZHAHIR BIN ZAINAL ABIDIN 
(2 IBN SINA) 
DISEMAK OLEH: 
USTAZAH SITI FATIMAH
• MENSINTESIS MAKLUMAT DALAM 
BENTUK PERSEMBAHAN MENGENAI 
PENCEMARAN ALAM SEKITAR SECARA 
KREATIF, INOVATIF DAN LENGKAP.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan 
bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang 
mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam – 
perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan 
sampah sarap .
SEBELUM TUH,, TeNGOK VIDEO NI dulu TENTANG pencemaran yang berlaku 
sekarang ni! :D
Terdapat pelbagai cara pencemaran ini boleh berlaku . Tetapi ianya terbahagi kepada dua jenis 
iaitu : 
1. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor Semulajadi 
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku 
dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda 
ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya . 
2. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia . 
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh 
manusia samada sengaja atau tidak disengajakan . Antaranya adalah: 
Pencemaran Udara 
Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, 
jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya . 
Pencemaran Air 
Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah 
dan sebagainya . 
Pencemaran Tanah 
Contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan 
sisa-sisa pepejal
Aktiviti Perindustrian & Pembangunan 
Perkembangan ekonomi Malaysia banyak 
bergantung kepada industri pembuatan, 
terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. 
Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat ini 
telah menyebabkan penambahan kepada pelepasan 
pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan 
kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri ini 
akan menghasilkan bahan cemar yang berbeza.
Industri Kimia 
Industri kimia melepaskan pencemar yang 
mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan 
nitrogen dan sulfur dan ini akan mengakibatkan 
pencemaran kepada air dan udara
Industri Perkilangan & Pembuatan 
Kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang 
mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. 
Selain pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan 
premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan 
kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan 
getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas 
ekzos di kilang-kilang ini juga adalah antara contoh-contoh 
aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang 
tinggi. 
Kilang-kilang yang didirikan boleh menghasilkan sisa 
toksik (beracun) seperti bahan buangan radioaktif dan 
merkuri.
Industri Pertanian 
Penggunaan racun yang berleluasa 
boleh mengancam keselamatan 
alam sekitar. Insektisid(racun 
serangga) seperti DDT boleh masuk 
ke rantai makanan dan 
memusnahkan rantai makanan 
tersebut. 
Sumber makanan seperti daging 
dan ikan mengandungi DDT yang 
seterusnya akan di makan oleh 
manusia.
Penggunaan CFC 
Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am 
freon. Permusnahan lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan 
aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan 
tinggi. Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu. 
Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan lain-lain 
sebagai bahan rejan (propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api. 
Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon. 
Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan 
kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) .
Tanpa kita sedari AKTIVITI HARIAN kita telah 
menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar. 
Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui 
penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik 
seperti peti sejuk. 
Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja 
menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga 
mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang 
digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara 
seterusnya menipiskan lapisan ozon. 
Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang 
mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.
Contoh 
Bahan-Bahan 
CFC
Pencemaran Alam Sekitar
Punca-punca 
Pencemaran 
air 
Perkilangan 
Membuang bahan buangan 
bertoksik 
KITA 
Membuang bahan buangan 
domestik ke dalam sungai 
Pertanian 
Hujan yang turun membawa 
bahan kimia racun serangga 
ke dalam sungai 
Perlombongan 
Kerja cari gali menyebabkan 
tumpahan minyak 
Makmal & Hospital 
Membuang bahan ujian dan 
radioaktif ke dalam sungai
Pencemaran Alam Sekitar
Punca-punca 
Pencemaran 
Udara 
Pembakaran Terbuka 
Pelepasan partikel jelaga yang 
terlalu banyak. 
Aktiviti Harian 
Penggunaan peti sejuk _ 
Pembebasan CFC 
Kenderaan Bermotor 
Pembebasan Karbon 
Monoksida dan CFC ke udara 
Aktiviti perindustrian dan 
perkilangan 
Penjanaan Kuasa
Pencemaran Alam Sekitar
Punca-punca 
Pencemaran 
Tanah 
Pembuangan bahan-bahan 
buangan daripada kilang 
seperti minyak,sisa toksik dan 
sisa-sisa kilang. 
Pembuangan sampah merata-rata 
Penggunaan racun serangga 
secara berlebih-lebihan
Pencemaran Alam Sekitar
Mengancam Kesihatan Manusia 
Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di negara kita 
misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding 
tahun 1950an dan 1960an dahulu . Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan 
kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya pencemaran udara, 
pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi . 
Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya 
terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui 
penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat 
beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak . 
Selain dari itu seperti yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang 
masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan 
dan penuturan yang tidak betul . 
Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut . Simptom yang 
disebabkan oleh keracunan raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan . 
Ia dikenali sebagai penyakit Minamata .
Mengancam tumbuhan dan binatang 
Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan 
turut memberi kesan kepada hidupan yang lain . Antara kesan pencemaran yang 
banyak membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan 
minyak ke laut . 
Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia 
membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung . Tumpuhan 
tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton .
Kerosakan Harta Benda 
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi, 
ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya, banyak memberi kesan kepada kerosakan 
harta benda . Sebagai contoh kejadian letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia 
iaitu Gunung Merapi telah menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda . 
Ini disebabkan oleh lahar panas yang dikeluarkan oleh gunung tersebut . Antara 
kerosakan harta benda yang berlaku ialah kemusnahan kediaman penduduk dan 
kemudahan infrastruktur di kawasan yang terlibat .
Ni lah serba sedikit video tentang kesan pencemaran alam 
sekitar.. 
Selamat menonton ! :D
Pelestarian alam adalah 
satu usaha melindungi 
alam sekitar dari 
kemusnahan.
Cara-cara 
Pelestarian Alam 
Kurikulum 
Konsep 3R 
Kerajaan 
Pengguna Alam 
Sekitar 
Penguatkuasaan Sekolah Lestari 
Undang-Undang
Definisi Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar 
Sekolah Lestari membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni 
alam sekitar dalamaspek pengurusan , kurikulum, kokurikolum dan penghijauan secara 
berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan 
lestari. 
Definisi Pendidikan Alam Sekitar ialah: 
"pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar diuruskan 
dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini 
melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam 
sekitar".
Pencemaran Alam Sekitar
Proses memperolehi atau 
menjadikan sebahagian 
atau semua bahan daripada 
sampah untuk di guna semula
Semua jenis kaca 
termasuklah botol 
minuman, bekas 
makanan, botol vitamin 
dan bekas kosmetik. 
Semua jenis kaca ini 
mestilah diletakkan di 
dalam tong yang 
berwarna COKLAT 
Semua jenis barang 
yang diperbuat 
daripada aluminium 
seperti tin-tin 
minuman boleh 
dikitar semula. 
Ia juga mestilah 
dimasukkan ke dalam 
tong yang berwarna 
JINGGA 
Semua jenis kertas 
sama ada yang 
berwarna ataupun 
yang tidak berwarna, 
seperti suratkhabar 
lama, majalah lama, 
buku, katalog, 
risalah, kalendar, 
kad, sampul dan 
kotak boleh dikitar 
semula. 
Semua jenis kertas 
mestilah dimasukkan 
ke dalam tong yang 
berwarna BIRU. 
Beg-beg membeli 
belah plastik, beg 
plastik dari 
supermarkat, botol 
minuman plastik, 
botol air mineral dan 
bekas makanan yang 
diperbuat daripada 
plastik boleh diproses 
untuk dikitar semula. 
Semua jenis plastik 
ini mestilah 
dimasukkan ke dalam 
tong yang berwarna 
JINGGA.
Kertas 
Surat khabar, kertas-kertas dari pejabat, kertas-kertas dari pencetak, majalah dan risalah 
adalah bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Kumpulkan item-item tadi di mana 
sahaja anda berada dan cuba asingkan kertas-kertas tadi mengikut gred. (Klik pada 
laman gred kertas) 
Plastik 
Terlalu banyak plastik boleh dikitar semula. Semuanya dari kategori bekas-bekas 
minuman, botol-botol sabun, bekas makanan, pembalut makanan, bekas aiskrim dan 
banyak lagi boleh dikitar semula
Kertas kadbod keras 
Barangan elektrik ataupun perabot yang dibeli biasanya dibungkus dengan kotak kadbod 
yang besar dan ramai orang tidak tahu apa yang perlu dibuat terhadap kotak-kotak 
tersebut lalu dibuang begitu sahaja. Apa kata kalau anda mengitar semula kotak-kotak 
tersebut daripada membuangnya begitu sahaja. 
Kaca 
Bekas-bekas jem dan bekas-bekas makanan sesetengahnya masih dipekkan dalam botol. 
Anda boleh kitar semula botol-botol tersebut ataupun gunakanya semula untuk 
menyimpan makanan lain. 
Pakaian 
Pakaian-pakaian lama boleh diguna semula atau didermakan kepada badan kebajikan. 
Cara ini dapat menjimatkan ruang dan tempat dan memberi bantuan kepada mereka 
yang memerlukannya.
Kertas 
Plastik 
Kaca Logam
Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan 
berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan menganggapkan 
bumi ini sebagai rumah kita. Jika kita menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita 
sendiri, sanggupkah kita mengotorinya? 
Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup 
bebas. Bukankah alasan ini sudah cukup untuk kita membelainya dengan perasaan 
penuh timbang rasa dan kasih sayang? Perasaan hormat harus diberikan kepada semua 
bentuk hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. 
Segala tindakan manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. 
Perasaan hormat terhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. 
Menjaga kesejahteraan alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna menghormati 
keperluan kita untuk mendapatkan udara dan bekalan air yang bersih.

More Related Content

Pencemaran Alam Sekitar

  • 1. DISEDIAKAN OLEH: Disediakan Oleh: MUHAMMAD ZHAHIR BIN ZAINAL ABIDIN (2 IBN SINA) DISEMAK OLEH: USTAZAH SITI FATIMAH
  • 2. • MENSINTESIS MAKLUMAT DALAM BENTUK PERSEMBAHAN MENGENAI PENCEMARAN ALAM SEKITAR SECARA KREATIF, INOVATIF DAN LENGKAP.
  • 3. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam – perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .
  • 4. SEBELUM TUH,, TeNGOK VIDEO NI dulu TENTANG pencemaran yang berlaku sekarang ni! :D
  • 5. Terdapat pelbagai cara pencemaran ini boleh berlaku . Tetapi ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu : 1. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor Semulajadi Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya . 2. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia . Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan . Antaranya adalah: Pencemaran Udara Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya . Pencemaran Air Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya . Pencemaran Tanah Contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal
  • 6. Aktiviti Perindustrian & Pembangunan Perkembangan ekonomi Malaysia banyak bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat ini telah menyebabkan penambahan kepada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri ini akan menghasilkan bahan cemar yang berbeza.
  • 7. Industri Kimia Industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur dan ini akan mengakibatkan pencemaran kepada air dan udara
  • 8. Industri Perkilangan & Pembuatan Kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Selain pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang ini juga adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang tinggi. Kilang-kilang yang didirikan boleh menghasilkan sisa toksik (beracun) seperti bahan buangan radioaktif dan merkuri.
  • 9. Industri Pertanian Penggunaan racun yang berleluasa boleh mengancam keselamatan alam sekitar. Insektisid(racun serangga) seperti DDT boleh masuk ke rantai makanan dan memusnahkan rantai makanan tersebut. Sumber makanan seperti daging dan ikan mengandungi DDT yang seterusnya akan di makan oleh manusia.
  • 10. Penggunaan CFC Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am freon. Permusnahan lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu. Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan lain-lain sebagai bahan rejan (propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon. Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) .
  • 11. Tanpa kita sedari AKTIVITI HARIAN kita telah menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar. Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.
  • 14. Punca-punca Pencemaran air Perkilangan Membuang bahan buangan bertoksik KITA Membuang bahan buangan domestik ke dalam sungai Pertanian Hujan yang turun membawa bahan kimia racun serangga ke dalam sungai Perlombongan Kerja cari gali menyebabkan tumpahan minyak Makmal & Hospital Membuang bahan ujian dan radioaktif ke dalam sungai
  • 16. Punca-punca Pencemaran Udara Pembakaran Terbuka Pelepasan partikel jelaga yang terlalu banyak. Aktiviti Harian Penggunaan peti sejuk _ Pembebasan CFC Kenderaan Bermotor Pembebasan Karbon Monoksida dan CFC ke udara Aktiviti perindustrian dan perkilangan Penjanaan Kuasa
  • 18. Punca-punca Pencemaran Tanah Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang. Pembuangan sampah merata-rata Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan
  • 20. Mengancam Kesihatan Manusia Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di negara kita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu . Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi . Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak . Selain dari itu seperti yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul . Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut . Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan . Ia dikenali sebagai penyakit Minamata .
  • 21. Mengancam tumbuhan dan binatang Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain . Antara kesan pencemaran yang banyak membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke laut . Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung . Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton .
  • 22. Kerosakan Harta Benda Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi, ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya, banyak memberi kesan kepada kerosakan harta benda . Sebagai contoh kejadian letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia iaitu Gunung Merapi telah menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda . Ini disebabkan oleh lahar panas yang dikeluarkan oleh gunung tersebut . Antara kerosakan harta benda yang berlaku ialah kemusnahan kediaman penduduk dan kemudahan infrastruktur di kawasan yang terlibat .
  • 23. Ni lah serba sedikit video tentang kesan pencemaran alam sekitar.. Selamat menonton ! :D
  • 24. Pelestarian alam adalah satu usaha melindungi alam sekitar dari kemusnahan.
  • 25. Cara-cara Pelestarian Alam Kurikulum Konsep 3R Kerajaan Pengguna Alam Sekitar Penguatkuasaan Sekolah Lestari Undang-Undang
  • 26. Definisi Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar Sekolah Lestari membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalamaspek pengurusan , kurikulum, kokurikolum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari. Definisi Pendidikan Alam Sekitar ialah: "pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar".
  • 28. Proses memperolehi atau menjadikan sebahagian atau semua bahan daripada sampah untuk di guna semula
  • 29. Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik. Semua jenis kaca ini mestilah diletakkan di dalam tong yang berwarna COKLAT Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar semula. Ia juga mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul dan kotak boleh dikitar semula. Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna BIRU. Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarkat, botol minuman plastik, botol air mineral dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula. Semua jenis plastik ini mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA.
  • 30. Kertas Surat khabar, kertas-kertas dari pejabat, kertas-kertas dari pencetak, majalah dan risalah adalah bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Kumpulkan item-item tadi di mana sahaja anda berada dan cuba asingkan kertas-kertas tadi mengikut gred. (Klik pada laman gred kertas) Plastik Terlalu banyak plastik boleh dikitar semula. Semuanya dari kategori bekas-bekas minuman, botol-botol sabun, bekas makanan, pembalut makanan, bekas aiskrim dan banyak lagi boleh dikitar semula
  • 31. Kertas kadbod keras Barangan elektrik ataupun perabot yang dibeli biasanya dibungkus dengan kotak kadbod yang besar dan ramai orang tidak tahu apa yang perlu dibuat terhadap kotak-kotak tersebut lalu dibuang begitu sahaja. Apa kata kalau anda mengitar semula kotak-kotak tersebut daripada membuangnya begitu sahaja. Kaca Bekas-bekas jem dan bekas-bekas makanan sesetengahnya masih dipekkan dalam botol. Anda boleh kitar semula botol-botol tersebut ataupun gunakanya semula untuk menyimpan makanan lain. Pakaian Pakaian-pakaian lama boleh diguna semula atau didermakan kepada badan kebajikan. Cara ini dapat menjimatkan ruang dan tempat dan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukannya.
  • 33. Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita. Jika kita menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita sendiri, sanggupkah kita mengotorinya? Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup bebas. Bukankah alasan ini sudah cukup untuk kita membelainya dengan perasaan penuh timbang rasa dan kasih sayang? Perasaan hormat harus diberikan kepada semua bentuk hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat terhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara dan bekalan air yang bersih.