Amir bangun awal untuk mengemas katil dan bersiap sebelum sarapan bersama ibunya. Dia kemudian menaiki bas sekolah dengan beratur dan tidak berebut-rebut untuk mengelakkan diri daripada terjatuh.
1 of 7
More Related Content
Pencerapan april12 nilai murni t3
1. Petikan nilai murni.
Amir bangun awal pagi setiap hari. Dia mengemas
katilnya sendiri. Kemudian Amir ke bilik air untuk
menggosok gigi dan mandi.
Selepas selesai sembahyang subuh, Amir turun ke dapur
untuk menikmati sarapan berkhasiat yang disediakan oleh
ibunya.
Ibu Amir, Puan Amna, sangat sayang akan anaknya. Dia
memastikan Amir bersarapan sebelum ke sekolah.
Selesai sarapan, Amir bersalam dan mencium pipi ibunya.
Di luar, bas sekolah sudah tiba.
Amir beratur bersama kawan-kawannya yang lain untuk
menaiki bas. Dia tidak mahu berebut-rebut untuk
mengelakkan diri daripada terjatuh.
2. 1) Amir bangun awal pagi setiap hari.
Nilai murni = Menepati Masa
2) Dia mengemas katilnya sendiri.
 Nilai murni = Berdikari
3) Kemudian Amir ke bilik air untuk
menggosok gigi dan mandi.
 Nilai murni = Menjaga Kebersihan
3. 4) Selepas selesai sembahyang
subuh, Amir turun ke dapur untuk
menikmati sarapan berkhasiat yang
disediakan oleh ibunya.
 Nilai murni = Taat perintah agama ,
 menjaga kesihatan
4. 5) Ibu Amir, Puan Amna,
sangat sayang akan anaknya.
 Nilai murni = Kasih sayang /
sayang-menyayangi
6) Dia memastikan Amir
bersarapan sebelum ke
sekolah.
 Nilai murni = Menjaga
kesihatan
5. 7) Selesai sarapan, Amir
bersalam dan mencium pipi
ibunya.
 Nilai murni = Menghormati ibu
6. 8) Di luar, bas sekolah sudah tiba. Amir
beratur bersama kawan-kawannya yang
lain untuk menaiki bas.
 Nilai murni = Berdisiplin
9) Dia tidak mahu berebut-rebut untuk
mengelakkan diri daripada terjatuh.
 Nilai murni = Berhati-hati
7. Tahniah,
anda telah
berjaya
Disediakan oleh – Cikgu Norfatimah Abd. Rahman