ݺߣ

ݺߣShare a Scribd company logo
1.0

PENGENALAN
Sistem Pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat yang jelas sama ada tersurat

atau tersirat iaitu melahirkan insan dan bangsa yang cemerlang melalui Falsafah Pendidikan
Negara(FPN).Justeru itu, guru sebagai input seharusnya cemerlang terlebih dahulu sebelum
menentukan output iaitu murid yang cemerlang sebagaimana yang dikehendaki oleh
FPN.Jelas ,matlamat Pendidikan Seni Visual adalah untuk melahirkan insan yang
harmonis,kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan

asas seni visual.Malahan

Pendidikan Seni Visual juga memberi peluang kepada pelajar memperkembangkan minat dan
bakat.Maka pada keseluruhannya Pendidikan Seni Visual memain peranan dalam
memperkembangkan sifat yang kreatif, ekspresif dan aktif.Namun demikian, sifat-sifat ini
tidak akan berkembang dengan sendirinya tanpa panduan daripada guru.Justeru, guru
Pendidikan Seni di sekolah harus memainkan peranan yang penting dalam mengenal pasti
pengetahuan seni dan psikologi kanak-kanak.
Bagi Pendidikan Seni Visual(PSV), guru seharusnya memainkan peranan sebagai
‘moderator’ ataupun pemudahcara bagi mendapatkan ilmu pengetahuan.Maka jelas, pendidik
seni seharusnya dapat bertindak sebagai moderator yang kompeten dan berupaya menerap
serta menyediakan diri dalam menyampaikan ilmu secara berkesan menerusi pelbagai bahan.
Dengan kata lain pendidik seni harus memperlengkapkan diri sebagai moderator yang kreatif,
inovatif dan inventif.Guru Pendidikan seni harus bersikap proaktif terutamanya dalam
penyampaian ilmu bukannya sekadar mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja.Zalina Yahya
(Utusan Malaysia, 15 hb Mei 1999), dalam artikel yang bertajuk (Guru Abad 21 Peranan
Lebih Kompleks dan Mencabar),
“Sebagai arkitek sosial , guru ................... dipertanggungjawabkan untuk
merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-citakan oleh negara,Justeru itu
.................... setiap guru harus mula menyesuaikan diri dengan persekitaran
pembelajaran baru dalam memasuki abad ke 21.......”.
Maka sudah jelas bahawa guru pendidikan seni seharusnya sentiasa meneroka ilmu-ilmu baru
khususnya yang berkaitan dengan teknologi komputer seperti kemahiran menggunakan
internet, membina laman web, blog, perisian dan seumpamanya.Ini disebabkan kesanggupan
dan kemampuan pendidik seni bagi menggunakan teknologi komputer dalam pendidikan
mereka akan menjamin mutu produk modal insan yang akan dikeluarkan oleh bidang seni.
Peranan guru pendidikan seni juga penting dalam menentukan kemajuan murid dan
sekolah sekaligus ia bertangunggjawab memastikan mata pelajaran seni dapat dimanafaatkan .
Dua peranan penting bagi menentukan seseorang guru pendidikan seni di sekolah, iaitu
memastikan mata pelajaran seni di ajar kepada murid-murid dengan sempurna dan
berkesan.Kedua-duanya menggunakan kemahiran pendidikan seni yang berguna kepada
kemajuan sekolah dari segiu aspek fizikal dan kemudahan.Bagi guru pendidikan seni
berperanan dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan adalah
berkesan,berpengetahuan dan berkemahiran dalam pendidikan seni, malah haruslah berkualiti
diri dari segi kepimpinan, kreatif dan berwawasan dan komunikasi serta hubungan dengan
pelajar

harus

berkesan.Namun

demikian,guru

pendidikan

seni

cemerlang

pada

keseluruhannya ialah seorang guru yang berwibawa tinggi, kreatif, kecindan dan peka
terhadap perkembangan individu, simpati dan empati serta mampu menjadi contoh kepada
guru-guru lain dan para pelajar.
Guru pendidikan seni berperanan dalam menyebarkan kualiti pengajaran pendidikan
seni yang berkesan, sebagai contoh pendidikan seni haruslah menarik minat pelajar,berkesan,
mudah diingat dan digunakan oleh pelajar serta guru harus bijak menggunakan kemahiran dan
pengetahuan sedia ada pelajar.Guru pendidikan seni juga harus sentiasa menunjukkan minat
yang mendalam semasa penyampaian pengajaran dan pembelajaran kerana ia boleh
menyebabkan rasa minat, seronok dan semangat dikalangan pelajar.Bukan itu sahaja, guru
seni yang baik juga akan membuat penilaian keberkesanan pengajaran , memberi motivasi dan
insentif kepada pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran.
Secara khususnya, peranan, tugas dan tanggungjawab guru pendidikan seni semakin
mencabar.Namun demikian, sebagai guru pendidikan seni yang aktif dan cemerlang , cabaran
dan rintangan yang berat dapat dipikul dengan mudah .Kerja-kerja yang ada kaitan dengan
tugas dan yang berkaitan dengan pendidikan seni merupakan kerja yang menyeronokkan bagi
guru pendidikan seni yang cemerlang.Kebiasaannya guru yang cemerlang sentiasa mahu
melakukan kerja dengan berkualiti.Indikator utama guru pendidikan seni yang cemerlang
ialah sikap amanah dan bertanggungjawab.Justeru itu, tahap kesempurnaan tugas datang dari
diri yang ikhlas dan sentiasa mahu meningkatkan pengetahuan, menguasai kemahiran, sikap
terbuka, berfikiran secara fleksibal, kreatif dan inovatif.
2.0

ARTISTIK
PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK

Semua kanak-kanak memiliki perkembangan artistik dan justeru itu, perkembangan
artistik

kanak-kanak

dibesarkan.Persekitaran

dipengaruhi
sebenarnya

oleh

persekitaran

memainkan

peranan

dan
penting

suasana
dalam

mereka
membantu

memperkembangkan artistik, kognitif kanak-kanak secara positif.Terdapat banyak kajian
mengenai perkembangan artistik kanak-kanak antaranya, Corrado Ricci yang berbangsa Italy
dalam tulisannya”Art of Little Children”, yang mengkaji beberapa lukisan kanak-kanak
mengikut perkembangan artistik mereka.
Terdapat pelbagai model yang memperjelaskan perkembangan artistik kanak-kanak
antaranya Lowenfeld (1975), Chapman (1972).Kedua-dua model ini walaupun secara
umumnya adalah berbeza tetapi masih mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang
sama.Antara persamaan-persamaan ialah:

a. Pada peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak faktor sosialekonomi yang
dipengaruhi amat terbatas.Ini kerana, kanak-kanak lelaki dan perempuan melukis
dengan cara yang lebih kurang sama.
b. Perkembangan artistik kanak-kanak boleh dilihat melalui lukisan mereka daripada
catan.Ini kerana, mereka menggunakan krayon, pensil dan pen.Alatan ini lebih mudah
dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna.
c. Lukisan kanak-kanak juga mempunyai elemen dua peringkat serentak tidak
semestinya satu peringkat perkembangan sahaja.

2.1

TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK.

Terdapat beberapa teori tentang perkembangan artistik kanak-kanak antaranya Teori
Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day(2001),”Stage of development are useful norms
that can enlighten the teacher, but they should not be considered as goals for education”.Ia
membawa maksud Peringkat pembangunan seni adalah norma yang berguna yang boleh
menyedarkan

guru,tetapi

mereka

tidak

harus

dianggap

sebagai

matlamat

untuk

pendidikan.Hurwitz dan Day juga merumuskan bahawa peringkat perkembangan artis kanakkanak terbahagi kepada 3 iaitu, peringkat manipulatif, membuat simbol dan peringkat praremaja.Manakala bagi Lowenfeld dan Britain (1982),menyatakan bahawa perkembangan
artistik kanak-kanak merangkumi peringkat umur dari 2-14 tahun, meliputi 5 peringkat iaitu
Scribbling, Preschematic,Schematic, Dawning Realism,Pseudonaturalistic dan Adolescent
Art in High School.
Namun demikian,kajian perkembangan artistik mefokuskan kepada Proses Artistik
Kaedah Chapman bagi menghasilkan karya seni iaitu, kaedah Penjana Idea (Inception of
Idea),Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement) dan Kemahiran menggunakan
bahan (Execution in a Medium).

2.2

PROSES ARTISTIK MENGGUNAKAN KAEDAH CHAPMAN.

Laura H.Chapman di dalam bukunya Approches in Art Education (1978), menjelaskan
bahawa proses kreativti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan prose
penghasilan karya ataupun proses artistik.Chapman memperjelaskan bahawa proses artistik
tidak bersifat statik, ia bersifat boleh ubah dan berulang-ulang.Maka, sebagai guru pendidikan
seni visual perlu memahami bahawa proses penghasilan karya tidak hanya tertumpu kepada
satu cara dan pemahaman tersebut hendaklah diaplikasikan ke atas murid di dalam
kelas.Pelbagai cara dan kaedah boleh diterapkan selagi proses penghasilan karya dijelaskan
dengan baik kepada murid.Terdapat 3 fasa dalam Proses Artistik Kaedah Chapman bagi
menghasilkan sesuatu karya iaitu :

2.2.1 Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)
Bagi kaedah penjanaan idea, pengkarya hendaklah menetapkan objektif, haluan dan
tujuan penghasilan sesuatu karya.Maka di dalam Pendidikan Seni Visual (PSV) guru
pendidikan seni hendaklah sentiasa membimbing dalam menetapkan hala tuju penghasilan
karya selain menerangkan kaedah menjana idea.

More Related Content

psv menggambar

  • 1. 1.0 PENGENALAN Sistem Pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat yang jelas sama ada tersurat atau tersirat iaitu melahirkan insan dan bangsa yang cemerlang melalui Falsafah Pendidikan Negara(FPN).Justeru itu, guru sebagai input seharusnya cemerlang terlebih dahulu sebelum menentukan output iaitu murid yang cemerlang sebagaimana yang dikehendaki oleh FPN.Jelas ,matlamat Pendidikan Seni Visual adalah untuk melahirkan insan yang harmonis,kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.Malahan Pendidikan Seni Visual juga memberi peluang kepada pelajar memperkembangkan minat dan bakat.Maka pada keseluruhannya Pendidikan Seni Visual memain peranan dalam memperkembangkan sifat yang kreatif, ekspresif dan aktif.Namun demikian, sifat-sifat ini tidak akan berkembang dengan sendirinya tanpa panduan daripada guru.Justeru, guru Pendidikan Seni di sekolah harus memainkan peranan yang penting dalam mengenal pasti pengetahuan seni dan psikologi kanak-kanak. Bagi Pendidikan Seni Visual(PSV), guru seharusnya memainkan peranan sebagai ‘moderator’ ataupun pemudahcara bagi mendapatkan ilmu pengetahuan.Maka jelas, pendidik seni seharusnya dapat bertindak sebagai moderator yang kompeten dan berupaya menerap serta menyediakan diri dalam menyampaikan ilmu secara berkesan menerusi pelbagai bahan. Dengan kata lain pendidik seni harus memperlengkapkan diri sebagai moderator yang kreatif, inovatif dan inventif.Guru Pendidikan seni harus bersikap proaktif terutamanya dalam penyampaian ilmu bukannya sekadar mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja.Zalina Yahya (Utusan Malaysia, 15 hb Mei 1999), dalam artikel yang bertajuk (Guru Abad 21 Peranan Lebih Kompleks dan Mencabar), “Sebagai arkitek sosial , guru ................... dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-citakan oleh negara,Justeru itu .................... setiap guru harus mula menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran baru dalam memasuki abad ke 21.......”. Maka sudah jelas bahawa guru pendidikan seni seharusnya sentiasa meneroka ilmu-ilmu baru khususnya yang berkaitan dengan teknologi komputer seperti kemahiran menggunakan internet, membina laman web, blog, perisian dan seumpamanya.Ini disebabkan kesanggupan dan kemampuan pendidik seni bagi menggunakan teknologi komputer dalam pendidikan mereka akan menjamin mutu produk modal insan yang akan dikeluarkan oleh bidang seni.
  • 2. Peranan guru pendidikan seni juga penting dalam menentukan kemajuan murid dan sekolah sekaligus ia bertangunggjawab memastikan mata pelajaran seni dapat dimanafaatkan . Dua peranan penting bagi menentukan seseorang guru pendidikan seni di sekolah, iaitu memastikan mata pelajaran seni di ajar kepada murid-murid dengan sempurna dan berkesan.Kedua-duanya menggunakan kemahiran pendidikan seni yang berguna kepada kemajuan sekolah dari segiu aspek fizikal dan kemudahan.Bagi guru pendidikan seni berperanan dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan adalah berkesan,berpengetahuan dan berkemahiran dalam pendidikan seni, malah haruslah berkualiti diri dari segi kepimpinan, kreatif dan berwawasan dan komunikasi serta hubungan dengan pelajar harus berkesan.Namun demikian,guru pendidikan seni cemerlang pada keseluruhannya ialah seorang guru yang berwibawa tinggi, kreatif, kecindan dan peka terhadap perkembangan individu, simpati dan empati serta mampu menjadi contoh kepada guru-guru lain dan para pelajar. Guru pendidikan seni berperanan dalam menyebarkan kualiti pengajaran pendidikan seni yang berkesan, sebagai contoh pendidikan seni haruslah menarik minat pelajar,berkesan, mudah diingat dan digunakan oleh pelajar serta guru harus bijak menggunakan kemahiran dan pengetahuan sedia ada pelajar.Guru pendidikan seni juga harus sentiasa menunjukkan minat yang mendalam semasa penyampaian pengajaran dan pembelajaran kerana ia boleh menyebabkan rasa minat, seronok dan semangat dikalangan pelajar.Bukan itu sahaja, guru seni yang baik juga akan membuat penilaian keberkesanan pengajaran , memberi motivasi dan insentif kepada pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran. Secara khususnya, peranan, tugas dan tanggungjawab guru pendidikan seni semakin mencabar.Namun demikian, sebagai guru pendidikan seni yang aktif dan cemerlang , cabaran dan rintangan yang berat dapat dipikul dengan mudah .Kerja-kerja yang ada kaitan dengan tugas dan yang berkaitan dengan pendidikan seni merupakan kerja yang menyeronokkan bagi guru pendidikan seni yang cemerlang.Kebiasaannya guru yang cemerlang sentiasa mahu melakukan kerja dengan berkualiti.Indikator utama guru pendidikan seni yang cemerlang ialah sikap amanah dan bertanggungjawab.Justeru itu, tahap kesempurnaan tugas datang dari diri yang ikhlas dan sentiasa mahu meningkatkan pengetahuan, menguasai kemahiran, sikap terbuka, berfikiran secara fleksibal, kreatif dan inovatif.
  • 3. 2.0 ARTISTIK PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK Semua kanak-kanak memiliki perkembangan artistik dan justeru itu, perkembangan artistik kanak-kanak dibesarkan.Persekitaran dipengaruhi sebenarnya oleh persekitaran memainkan peranan dan penting suasana dalam mereka membantu memperkembangkan artistik, kognitif kanak-kanak secara positif.Terdapat banyak kajian mengenai perkembangan artistik kanak-kanak antaranya, Corrado Ricci yang berbangsa Italy dalam tulisannya”Art of Little Children”, yang mengkaji beberapa lukisan kanak-kanak mengikut perkembangan artistik mereka. Terdapat pelbagai model yang memperjelaskan perkembangan artistik kanak-kanak antaranya Lowenfeld (1975), Chapman (1972).Kedua-dua model ini walaupun secara umumnya adalah berbeza tetapi masih mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang sama.Antara persamaan-persamaan ialah: a. Pada peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak faktor sosialekonomi yang dipengaruhi amat terbatas.Ini kerana, kanak-kanak lelaki dan perempuan melukis dengan cara yang lebih kurang sama. b. Perkembangan artistik kanak-kanak boleh dilihat melalui lukisan mereka daripada catan.Ini kerana, mereka menggunakan krayon, pensil dan pen.Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna. c. Lukisan kanak-kanak juga mempunyai elemen dua peringkat serentak tidak semestinya satu peringkat perkembangan sahaja. 2.1 TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK. Terdapat beberapa teori tentang perkembangan artistik kanak-kanak antaranya Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day(2001),”Stage of development are useful norms that can enlighten the teacher, but they should not be considered as goals for education”.Ia membawa maksud Peringkat pembangunan seni adalah norma yang berguna yang boleh menyedarkan guru,tetapi mereka tidak harus dianggap sebagai matlamat untuk pendidikan.Hurwitz dan Day juga merumuskan bahawa peringkat perkembangan artis kanakkanak terbahagi kepada 3 iaitu, peringkat manipulatif, membuat simbol dan peringkat praremaja.Manakala bagi Lowenfeld dan Britain (1982),menyatakan bahawa perkembangan
  • 4. artistik kanak-kanak merangkumi peringkat umur dari 2-14 tahun, meliputi 5 peringkat iaitu Scribbling, Preschematic,Schematic, Dawning Realism,Pseudonaturalistic dan Adolescent Art in High School. Namun demikian,kajian perkembangan artistik mefokuskan kepada Proses Artistik Kaedah Chapman bagi menghasilkan karya seni iaitu, kaedah Penjana Idea (Inception of Idea),Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement) dan Kemahiran menggunakan bahan (Execution in a Medium). 2.2 PROSES ARTISTIK MENGGUNAKAN KAEDAH CHAPMAN. Laura H.Chapman di dalam bukunya Approches in Art Education (1978), menjelaskan bahawa proses kreativti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan prose penghasilan karya ataupun proses artistik.Chapman memperjelaskan bahawa proses artistik tidak bersifat statik, ia bersifat boleh ubah dan berulang-ulang.Maka, sebagai guru pendidikan seni visual perlu memahami bahawa proses penghasilan karya tidak hanya tertumpu kepada satu cara dan pemahaman tersebut hendaklah diaplikasikan ke atas murid di dalam kelas.Pelbagai cara dan kaedah boleh diterapkan selagi proses penghasilan karya dijelaskan dengan baik kepada murid.Terdapat 3 fasa dalam Proses Artistik Kaedah Chapman bagi menghasilkan sesuatu karya iaitu : 2.2.1 Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea) Bagi kaedah penjanaan idea, pengkarya hendaklah menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan sesuatu karya.Maka di dalam Pendidikan Seni Visual (PSV) guru pendidikan seni hendaklah sentiasa membimbing dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea.