ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
Pengacaraan Majlis Penutup Kem Kecemerlangan Dan Jejak
                     Jaya UPSR 2011


Assalamualaikum warahmatullah hitaala wabarakatuh...
    Bismillahhirrahmanirrahim.. Alhamdulillah hirabbil
alamin. Wassola tu wassalam, aala asyrafil anbia iwal
mursalin.. saidina Muhammad.. waala aalihi wasohbihi
ajmain...
Yang Berbahagia..Tuan Haji Mohd Fadzillah bin Mohd
Ibrahim, Penolong Pegawai PPD Pengurusan Kurikulum
(Kemanusiaan)
Yang Berusaha.. Encik Abdul Aziz bin Mohd Diah, Pengurus
Sumber Manusia, PETLIN Malaysia Sdn Bhd.
Yang Berusaha... Encik Abdul Halim bin Mohamad, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau..
Yang Dihormati... Encik Din bin Ismail... Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau...
Yang Dihormati...Guru Besar Sekolah Kebangsaan............AJK-
AJK PIBG, Fasililitator-fasilitator, Ibu- ibu dan bapa-bapa,
Yang dikasihi anak-anak didik, peserta-peserta KEM
KECEMERLANGAN DAN JEJAK JAYA 2011...serta hadhirin –
hadhirat yang dirahmati Allah..
Alhamdulillah.. Marilah kita bersama-sama merafa’kan
kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana dengan berkat limpah dan
kurniaNya, dapat kita berkumpul pada petang yang
berbahagia ini bagi menjayakan MAJLIS PENUTUP KEM
KECEMERLANGAN UPSR DAN JEJAK JAYA 2011. Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian tuan-tuan
dan puan-puan melapangkan masa untuk bersama-bersama
di dalam majlis kita pada petang ini.
Untuk pengetahuan para hadirin sekelian, KEM
KECEMERLANGAN UPSR DAN JEJAK JAYA 2011 Merupakan
program siri ke 4 sejak dijayakan pada tahun 2008. Ia adalah
program selama 2 hari bermula Jumaat 28 hb Januari ( iaitu
kelmarin) sehingga hari ini. Program ini melibatkan ......
pelajar-pelajar tahap 2 iaitu tahun 4 5 dan 6. Sebahagian
besar peserta adalah dari Sekolah Kebangsaan Durian
Mentangau manakala selebihnya adalah dari sekolah-sekolah
berdekatan iaitu .......
Program ini disokong sepenuhnya oleh syarikat PETLIN SDN
BHD yang bertempat di Kertih Kemaman Terengganu.
Antara matlamat program ini adalah untuk memberi peluang
kepada anak-anak bangsa kita mencipta kecemerlangan diri
pada peringkat sekolah rendah seterusnya ke peringkat
sekolah menengah, universiti dan sehingga ke tahap tertinggi
yang mampu di capai oleh-pelajar.
Majlis mengucapkan seribu penghargaan kepada syarikat
PETLIN kerana jasa baiknya dalam memberi kemudahan dan
peluang kecemerlangan kepada pelajar-pelajar disini. Ibarat
kata pepatah Melayu kita... kecil tapak tangan .. nyiru
ditadahkan.. begitulah besar harapan kita agar program-
program seperti ini dapat terus diadakan demi memupuk rasa
cintakan agama, cintakan ilmu dan cintakan perpaduan serta
memupuk rasa bersyukur kerana dapat berada di bumi
Malaysia yang bertuah dan makmur ini.
               Jangan diikat sarung sempoa
                 Guna buat mengira sukat
              Tangan di angkat memohon doa
               Moga Allah memberi berkat...
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah...bagi
menyempurnakan majlis kita pada petang ini, majlis dengan
sukacitanya menjemput al fadhil ustaz....
Tn Haji Sobari bin Bakar untuk memimpin doa. Dipersilakan.
xxxxxxxxxxxxxxxxxBacaan doaxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx.
Alhamdulillah. Majlis mengucapkan terima kasih kepada al
fadhil ustaz Tn Hj Sobari atas bacaan doa itu tadi.
Kalau tuan mudik duluan
                 Carikan saya buah berangan
                  Ucapan sebagai alu aluan
               Mari bersama kita dengarkan..
Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan,
Encik Abdul Halim bin Mohamad selaku Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Durian Mentangau untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Demikianlah ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh
Encik Abd Halim b Mohamad, guru Besar SK Durian
Mentangau. Majlis merakamkan ribuan terima kasih.


Hadhirin Hadhirat sekalian...
               Pelikat bersulam bertekat tujuh
               cindai berbunga dipakai dayang
                 Gelap malam tiada bersuluh
                Tuan datang membawa dian..
Sekarang marilah kita mendengarkan pula ucapan dari Encik
Abdul Aziz bin Mohd Diah, Pengurus Sumber Manusia,
syarikat PETLIN, penaja KEM KECEMERLANGAN UPSR DAN
JEJAK JAYA 2011. Dengan segala hormatnya dipersilakan...
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Majlis merakamkan ribuan terimakasih kepada Encik Abdul
Aziz bin Mohd Diah selaku wakil dari syarikat PETLIN atas
ucapan beliau itu tadi.
               Bintang di langit tidak terbilang
               Cantik bersinar bunga dilaman
              Tuan umpama bintang gemilang
              Titipkan amanat buat pedoman..
Hadirin Hadirat yang dirahmati Allah.. kita tiba ke kemuncak
acara. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan
YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI MOHD FADZILLAH BIN
MOHAMAD IBRAHIM
PENOLONG PPD Pengurusan Kurikulum Kemanusiaan..
Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
MAJLIS PENUTUP KEM KECEMERLANGAN UPSR DAN JEJAK
JAYA 2011.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada YANG
BERBAHAGIA TUAN HAJI MOHD FADZILLAH BIN MOHAMAD
IBRAHIM.. atas ucapan beliau itu tadi.


             Sampan berkolek ke tanjung Tuan
                Bawa muatan sekarung padi
             Ucapan diberi penuh penghargaan
               Terima kasih sekalung budi...
Bagi agenda seterusnya, sebagai tanda penghargaan dan
kenang-kenangan dari pihak penganjur, majlis dengan ini
menjemput dan mempersilakan, Encik Abdul Halim bin
Mohamad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Durian
Mentangau untuk menjemput dan mengiringi YANG
BERBAHAGIA TUAN HAJI MOHD FADZILLAH BIN MOHAMAD
IBRAHIM untuk menyampaikan cenderamata.
(TUNGGU SEHINGGA DIF KE PENTAS)


Majlis menjemput dan mempersilakan Encik Abdul Aziz bin
Mohd Diah Pengurus Sumber Manusia, PETLIN SDN BHD ke
pentas untuk menerima cenderamata dari YANG
BERBAHAGIA TUAN HAJI MOHD FADZILLAH BIN MOHAMAD
IBRAHIM. Dipersilakan..
(Yang bawah ni baca semasa dif berjalan ke pentas)
Encik Abdul Aziz bin Mohd Diah merupakan .........................

More Related Content

Pengacaraan majlis penutup kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011

  • 1. Pengacaraan Majlis Penutup Kem Kecemerlangan Dan Jejak Jaya UPSR 2011 Assalamualaikum warahmatullah hitaala wabarakatuh... Bismillahhirrahmanirrahim.. Alhamdulillah hirabbil alamin. Wassola tu wassalam, aala asyrafil anbia iwal mursalin.. saidina Muhammad.. waala aalihi wasohbihi ajmain... Yang Berbahagia..Tuan Haji Mohd Fadzillah bin Mohd Ibrahim, Penolong Pegawai PPD Pengurusan Kurikulum (Kemanusiaan) Yang Berusaha.. Encik Abdul Aziz bin Mohd Diah, Pengurus Sumber Manusia, PETLIN Malaysia Sdn Bhd. Yang Berusaha... Encik Abdul Halim bin Mohamad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau.. Yang Dihormati... Encik Din bin Ismail... Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau... Yang Dihormati...Guru Besar Sekolah Kebangsaan............AJK- AJK PIBG, Fasililitator-fasilitator, Ibu- ibu dan bapa-bapa, Yang dikasihi anak-anak didik, peserta-peserta KEM KECEMERLANGAN DAN JEJAK JAYA 2011...serta hadhirin – hadhirat yang dirahmati Allah..
  • 2. Alhamdulillah.. Marilah kita bersama-sama merafa’kan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana dengan berkat limpah dan kurniaNya, dapat kita berkumpul pada petang yang berbahagia ini bagi menjayakan MAJLIS PENUTUP KEM KECEMERLANGAN UPSR DAN JEJAK JAYA 2011. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan melapangkan masa untuk bersama-bersama di dalam majlis kita pada petang ini. Untuk pengetahuan para hadirin sekelian, KEM KECEMERLANGAN UPSR DAN JEJAK JAYA 2011 Merupakan program siri ke 4 sejak dijayakan pada tahun 2008. Ia adalah program selama 2 hari bermula Jumaat 28 hb Januari ( iaitu kelmarin) sehingga hari ini. Program ini melibatkan ...... pelajar-pelajar tahap 2 iaitu tahun 4 5 dan 6. Sebahagian besar peserta adalah dari Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau manakala selebihnya adalah dari sekolah-sekolah berdekatan iaitu ....... Program ini disokong sepenuhnya oleh syarikat PETLIN SDN BHD yang bertempat di Kertih Kemaman Terengganu. Antara matlamat program ini adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak bangsa kita mencipta kecemerlangan diri pada peringkat sekolah rendah seterusnya ke peringkat sekolah menengah, universiti dan sehingga ke tahap tertinggi yang mampu di capai oleh-pelajar. Majlis mengucapkan seribu penghargaan kepada syarikat PETLIN kerana jasa baiknya dalam memberi kemudahan dan
  • 3. peluang kecemerlangan kepada pelajar-pelajar disini. Ibarat kata pepatah Melayu kita... kecil tapak tangan .. nyiru ditadahkan.. begitulah besar harapan kita agar program- program seperti ini dapat terus diadakan demi memupuk rasa cintakan agama, cintakan ilmu dan cintakan perpaduan serta memupuk rasa bersyukur kerana dapat berada di bumi Malaysia yang bertuah dan makmur ini. Jangan diikat sarung sempoa Guna buat mengira sukat Tangan di angkat memohon doa Moga Allah memberi berkat... Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah...bagi menyempurnakan majlis kita pada petang ini, majlis dengan sukacitanya menjemput al fadhil ustaz.... Tn Haji Sobari bin Bakar untuk memimpin doa. Dipersilakan. xxxxxxxxxxxxxxxxxBacaan doaxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx. Alhamdulillah. Majlis mengucapkan terima kasih kepada al fadhil ustaz Tn Hj Sobari atas bacaan doa itu tadi.
  • 4. Kalau tuan mudik duluan Carikan saya buah berangan Ucapan sebagai alu aluan Mari bersama kita dengarkan.. Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan, Encik Abdul Halim bin Mohamad selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Demikianlah ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh Encik Abd Halim b Mohamad, guru Besar SK Durian Mentangau. Majlis merakamkan ribuan terima kasih. Hadhirin Hadhirat sekalian... Pelikat bersulam bertekat tujuh cindai berbunga dipakai dayang Gelap malam tiada bersuluh Tuan datang membawa dian.. Sekarang marilah kita mendengarkan pula ucapan dari Encik Abdul Aziz bin Mohd Diah, Pengurus Sumber Manusia,
  • 5. syarikat PETLIN, penaja KEM KECEMERLANGAN UPSR DAN JEJAK JAYA 2011. Dengan segala hormatnya dipersilakan... xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Majlis merakamkan ribuan terimakasih kepada Encik Abdul Aziz bin Mohd Diah selaku wakil dari syarikat PETLIN atas ucapan beliau itu tadi. Bintang di langit tidak terbilang Cantik bersinar bunga dilaman Tuan umpama bintang gemilang Titipkan amanat buat pedoman.. Hadirin Hadirat yang dirahmati Allah.. kita tiba ke kemuncak acara. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI MOHD FADZILLAH BIN MOHAMAD IBRAHIM PENOLONG PPD Pengurusan Kurikulum Kemanusiaan.. Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan MAJLIS PENUTUP KEM KECEMERLANGAN UPSR DAN JEJAK JAYA 2011. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
  • 6. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI MOHD FADZILLAH BIN MOHAMAD IBRAHIM.. atas ucapan beliau itu tadi. Sampan berkolek ke tanjung Tuan Bawa muatan sekarung padi Ucapan diberi penuh penghargaan Terima kasih sekalung budi... Bagi agenda seterusnya, sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan dari pihak penganjur, majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan, Encik Abdul Halim bin Mohamad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau untuk menjemput dan mengiringi YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI MOHD FADZILLAH BIN MOHAMAD IBRAHIM untuk menyampaikan cenderamata. (TUNGGU SEHINGGA DIF KE PENTAS) Majlis menjemput dan mempersilakan Encik Abdul Aziz bin Mohd Diah Pengurus Sumber Manusia, PETLIN SDN BHD ke pentas untuk menerima cenderamata dari YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI MOHD FADZILLAH BIN MOHAMAD IBRAHIM. Dipersilakan.. (Yang bawah ni baca semasa dif berjalan ke pentas)
  • 7. Encik Abdul Aziz bin Mohd Diah merupakan .........................